DIIKLANKAN OLEH

KAWAN-KAWAN

OUR ANNIVERSARY

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

MY NAZRIN

Daisypath - Personal pictureDaisypath Happy Birthday tickers

MY NAZIRA

Daisypath - Personal pictureDaisypath Happy Birthday tickers
Showing posts with label Alya Damia Shaza. Show all posts
Showing posts with label Alya Damia Shaza. Show all posts

Saturday, September 27, 2014

Aktiviti yang Sihat di Kampung Kelanahan, Papar

Hai semua. Assalamualaikum..

Dalam sebok-sebok ai ber asimen nih, ai nak jugak release sedikit tension dengan memblogingkan diri. Ok, Minta maaf lah sebab guna bahasa yang rojak. Ini adalah tulisan bukan formal ya kawan-kawan. Kalau eden berformal eden guna bahasa formal walaupun dalam penulisan. Hihihi. I love Bahasa Melayu tau.. :)

Ok. Sekadar sharing jak. Before ai start ber asimen, ai dengan hubby buat banyak aktiviti di sekitar Kampung Kelanahan ni. Best tau.. Rupa-rupanya di kampung ni ada pantai yang tersangatlah besar dan tersangatlah bersih. Pantai ada dua bahagian. Bahagian satu di Pantai Telinting dan 1 lagi di Pantai Manis. Pantai Manis ni memang banyak org tau. Pantai Telinting tu belum lagi banyak yang tau sebab jalan masuk dia belum ber tar. Huhuhu. Jauh pulok nak masuk ke kawasan pantai tu. Sebab tu la kali kurang sangat orang tau pasal kewujudan pantai tu. Hehehe. Syukurlah kan? Sebab kalau banyak orang tau, kotor lah pantai tu gamaknye.. Huhuhu..

Aktiviti kami laki bini yang menghitamkan kulit ai :( ialah aktiviti berbasikal. Haaa. Ko pikir? Kami berbasikal ke kawasan bakau dan jauh ke pelusuk hujung kampung hingga sampai ke landasan keretapi lagi. Hehehe. Kata si abang, dulu-dulu orang Cina yang dari Mainland China yang buat jalan keretapi tu sebab masa tu kita orang Sabah tak pandai nak buat jalan keretapi tu. Batu dia pun pelik. Tak pernah jumpa. Hmmmm.. So, ni gambar yang sempat ai ambil untuk tatapan you all..

Dua buah beskal...

Lain kan batu dia? Hehe..

Banyak rangit !!!

Tempat karbau mandi manda !

Tengok si abang tu. Memetik lemiding.. Yummy....

Pantai Telinting
Bergaya sopan di Pantai Telinting !

Pantai Manis. Kami memancing nih.. Hihi..

Tengok gayak Adam dan Alya dengan mummy nya.. Pertama Adam nda mau langsung pijak pasir kegelian dia. Sekali auntynya ni bawa main uma pasir, nehh nda mau naik lagi ya.. :)

Sioknya.. 

Tengok mamak dan bapak. Gembira sangat meka. Mamak mau dipaksa ya pigi mandi. Kata Alya, "Macam kau artis !" Hehehe..


Jadi? Semat kan pantai nya? I love it. Tapi, buat masa ni, Nda bole dah pi pantai. Ai busy !!!! Uwaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa...




Monday, October 21, 2013

Selamat Hari Raya Aidiladha 2013

Hai bloggie,

Cerita gembira ni. I want to kongsi with you all. Hahahaha.. Viewer blog aku ni makin banyak la wei. Bikin hairan ooo.. Jarang update pun. Yang bestnya nuffnang makin naik. Yahoooo.. Thank you thank you yang sudi klik belog ai ni.

Lagi cerita best. My lovely Adam. Dia dah pandai bunyi-bunyi macam panggil orang. Tak boleh orang lalu dekat dia mesti dia bunyi-bunyi minta angkat. Hehehe. Comel betul Adam ni. Sekarang dia dah lapan bulan. Banyak gak video dia aku ambil tapi tiada masa mau upload di akaun Youtube aku. Adam ni bagi aku macam scan muka bapa dia. Hahahahaha. Adik aku dah ada anak. Abang aku tak lama lagi. Hihihihi. Aku? Tahun depan kali. Mudah-mudahan.. Eh Yob, ko doakan la aku cepat join the club Nanti boleh anak kita kawan-kawan. Ecehhh..

Sebenarnya aku banyak keja nak buat ni. Tapi aku malas. Payah benar buat asimen kali ni. Asik tetidur saja. Mau baca novel tetidur jugak. Hmm.. Layan jari la di belog kan? Lagi siok. Manatau rating naik lagi. Kahkahkahkahkah..

Sebagai penutup entri kali ni, aku hidangkan korang dengan gambar-gambar Adam la. Hihihi. Esok dia kena suntik. Tapi Adam budak kuat. Dia tak nangis macam budak lain. Muahh... Sayang Adam..

Adam sama atuk kongsi minat yang sama. Meka dua suka tengok channel sukan. Hihihi..

Adam sama kakak Alya. Masa ni Adam masih botak. Skinhead !!

Eh lupa.. Selamat hari raya haji semua..... :)

Tuesday, July 16, 2013

Hampir Sempurna


Hampir sempurna..
Syukur alhamdulillah Allah bagi yang terbaik untuk aku...

Doakan aku ya kawan-kawan..

P/S: Tu patung.. nyebok. Hihihi..

Sunday, June 16, 2013

Middle of 2013

Holla readers.

Maigadd. Buruk benor dah blog ni. Huhuhuhu. Dah kurang sangat update dia. Sorry la sangat-sangat bagi pengunjung setia saya. Cewahhhhhhh.. Ada la kot? Satu ke dua ke.. Hahahaha..

Tiada cerita sebenarnya. Aku cuma pingin lihat kejadian blog ni. Hehehe. Korang nak tau ke cerita hampeh aku? Nak ke tak nak??? Kalau korang tak nak, okay fine. Byeeeeeee..

Macam psiko dah aku kan? Hahahahha.. Seyes. Aku tak tau nak habaq apa sama kamurang. Cerita pasal kahwin? Hahaha. Ntah lah. Tahun ni kali. Aku pun tak pasti. Tunggu jak la rombongan meminang si Abang, kan? Hihihi.

Aku update cerita melalui gambar la kan? Teda mood nak menaip.. :(

Camera360 LOL!!

Alya dah gemukk. Hihihi..



Tu jerrrrrrrr..........

Baiiiiiiiiiiiii...........

Sunday, January 13, 2013

Fikiran Untuk Alya

Hai semua,

Seronoknya bercinta dengan orang yang jauh lebih berusia. Terasa sangat-sangat disayangi. Lelaki yang berusia ni jauh lebih romantik lebih penyayang dari lelaki muda atau yang seusia dengan perempuan. I've been with many young guys. Perasaan jauh lebih senang dengan si abang. Jauh sangat bagai langit ke tujuh dengan kerak paling dalam bumi. I feel so secure. Hihihi. Jangan jeles okay. Ini lah hadiah buat aku yang bertahun hidup sendiri ada kawan pun asyik nak mainkan aku jer. Syukurlah kan. He love me with all his heart. Gedik la pulak. Hahahhhahaha.

Post ni sebenarnya untuk Alya. Aku dah bincang dengan abang baru kejap tadi. Aku minta izin dia untuk ambil Alya sebagai anak angkat yang sah. Aku ingat dia tak setuju dengan cadangan aku ni. Rupanya dia cakap, "Abang tu, yang penting sayang gembira dan tak susahkan sayang" Ecececece. Makin sayang aku dengan si abang. Hahahahahahaha.

Alya kan selama ni hidup dipassing sana sini oleh so call mummy dia tu. Aku sakit hati betul kalau ingat. Cian Alya dah masuk 2 tahun lebih belum disunat belum dicukur jambul. Huhuhu. Sayangku Alya. Umi janji, hidup Alya akan jauh lebih baik kalau mak betul Alya setuju dengan cadangan Umi ni. Eceh. Ber Umi segala aku. Hahahaha. Si Abang pun ada cakap, dia akan suruh anak-anak dia panggil aku Umi. Cerita selebihnya, kita sensor jer lah kan? Hihihihi..

Banyak orang yang rapat dengan aku bagi nasihat. Fikir dalam-dalam untuk terima abang aku ni. Solat istikharah banyak-banyak minta petunjuk dari Allah. Abang, awal-awal dah buat solat tu dah banyak kali dah dia cakaplah. Kesannya? Makin mudah urusan dia untuk masuk dalam keluarga aku. Petunjuk yang baiklah tu kan? Hihi. Aku ni memanjang kotor. Susah sangat nak solat. Lepas ni aku buatlah solat istikharah tu. Mudahan Allah beri aku petunjuk bahawa abang aku ni lah jodoh aku yang terbaik. Sesungguhnya Allah yang lebih tahu yang terbaik untuk setiap umatnya. Aminnn..

Happy sangat mak aku bila aku cerita yang si abang setuju dengan cadangan aku. Ya Allah. Mudahan mudah urusan nya semua ni. Sayang sangat dekat Alya. Muahhh. Alya sayang, Umi sayang Alya. Abah pun sayang Alya tau. Hihihihi..

Bye semua...

with my love Alya... muahhh...

hihihi. tu si abang aku.. hihihihi...


Tuesday, October 30, 2012

I'm On Strict Diet

Hola bloggie,

Yup. That's faking true. Hahaha. 2013 I will get my super duper slim figure back. Insya Allah. Cukup-cukuplah merosakkan diri kan? Ngengengenge. Tang pipi aku ada fening sikit. Dia ikut susut jugak eh? Hahahaha. Mesti buruk tu kan? Wat ever it is. I'm on diet.

Selamat tinggal dunia makan macam babs. (>_<)!

Malam pun before tido buat senaman ringan. Ecececece. Nak try-try la kecikkan ehem2. Hahahaha.

Ok bai.


Saturday, September 8, 2012

Update Syawal 2012


Salam dear,

Sori yooo sebab tak update belog nih. Bukan tak da masa. Masa tu ada. But the real problem is...don't have story to update. :( kamu percaya meh aku ni tiada cerita ? miahahahahaha..

Syawal 2012. Yup. Macam biasa balik Tawau la. 10 hari cuti tu. (Habis cuti tahunan aku huhuhuhu) Sepanjang-panjang cuti tu, aku dengan famili jak. Friends ? Nope. Nope at all. I think dah jadi kebiasaan yang harus aku terima kot. Beraya sorang-sorang. Sebab most of my friends di Tawau ni sudah berumahtangga. No more raya sama-sama. Even SMS say selamat hari raya pun tarak. It's ok la kawan. I know you all buzy sangat-sangat dah. Lain busy atur laki atur anak atur mentua. I maafkan you all. :) Maafkan aku sebab aku masih sendiri hehehe bukan mahu ku ok? Sabo jer lah kiah..

Sepanjang di Tawau, langsung tak da hati aku nak jalan-jalan ke bandar. Nope. Nope at all. Sebab ? Suka hati aku lah kan. Hahahaha. Cuma malam sebelum balik KK, aku ada kuar dengan sorang kawan (kononlah kawan) jauh dia datang dari Lahad Datu semata-mata nak jumpa aku. Romantik la tu konon. I like you but kau tu kumbang dalam taman. Malas nak main dengan kumbang spesis kau. Nanti marah segala bunga, pokok, daun dalam taman tu dekat aku yang menten cute ni. Aku bukan nak sangat main dengan kumbang tu dan spesis-spesis kumbang macam tu. Tapi, tu la kan orang dah jalan jauh pencilkan diri buang sayap dan bla bla bla bla... tetap jugak datang spesis tu dekat aku. Hish ! Dah nasib aku kot kawan dengan kumbang spesis macam tu :( not my fault ok ! dem i don't like. Kuar dengan dia tu, aku sempat melihat keseluruhan bandar Tawau dari bangunan yang paling tinggi di Tawau. Dalam hati, "lip lap jugak Tawau nih.."

Cerita lain lagi. This week la jugak ye. Contact yang aku dah lama buang satu demi satu contact aku balik. Yang satu tu aku dah delete number dah. Jadi, bila call in (dengan tak pernah mengingat number orang) aku selamba je la sambut. "Moshi-moshi, sapa ni?" Alamakkkk.. nyesal aku sambut. Rupanya kumbang dalam taman Brunei yang call. (ha, yang ni bukan kumbang LD, ok). Dah tersambut, cakap je la kan? Tak kan nak hang up pulok.. Tau apa dia cakap? "Hai you... sorry lama tak call. Selamat hari raya tau. Maaf zahir dan batin.." (dalam hati aku..maaf ??? nak ku lempang je muka kau..dasar penipu cakap kumbang luar taman rupanya kumbang dalam taman !!) Then, aku pun cakap je la "Selamat hari raya juga. Ok bye. Saya nak sambung keja !" Tut.. tut.. tut.. Ha, padan muka kau.. Hahahahaha.. Contact lain pulak.. msg di mukabuku. Jugak nak say selamat hari raya. Point dia nak mintak ampun salah silap dia. Hek ele. Macam dah aku maafkan lama dulu. Hahahaha. Ntah pape ntah. Aku pun ucap je la selamat hari raya jugak. Tapi dia ni best. Dia sempat puji gambar pic mukabuku aku yang cute tu. Miahahaha. Tq you. Dan banyak lagi la msg whatsaap bla bla bla datang..kalau aku nak cerita sini kang bosan korang baca.. hihihi..

I think tu je la ceritanya..doakan je la jodoh aku tak sangkut dengan kumbang orang. Malas aku nak dapat cop percuma perampas bahagia orang ! (aku tak da hati nak rampas lahhhhhh....)

Ok bye !

p/s: Selamat hari raya maaf zahir !! hihihihihi..

 Alya pun sempat menyebok di Tawau 2 hari..

 Budak ni dibotakkan bapak dia sejurus berakhir upacara cukur jambul

 Budak ni marah dekat aku sebab aku asyik main dengan Alya jak. 
(dia jeles dan marah sampai tetido)

 Budak ni nama Chef Aiman. Ada dua taik lalat dekat mulut. So, dia sangat lah murai. Kalau jalan jauh, baik bawa dia ni sebab ko lagi suka dengar dia celoteh dari dengar lagu dekat radio !!

Gambar ni kuku aku. Tak da kaitan dengan entri pun. 
Saja nak tayang kuku aku yang cute nih !

Ni lah sebahagian besar kuarga belah mak aku. Ada tiga kuarga tak termasuk. Dorang lambat datang beraya uma atuk aku. :( kalu tak, mesti lengkap nih............ hish !

Saturday, June 9, 2012

Mendua

Hi darl,

Quick post.

Mendua ?

Aku ?

Lantak lah..

Sapa suruh abai ?

But, at the same time, aku tetap tunggu dia supaya tunggu aku.

:(


Saturday, April 21, 2012

I miss you so much

Dear darling,

Why does the feeling of missing someone is a burden?
A burden to our heart?
Don't that feeling suppose to bring us happiness?

Right now..i only can let my eyes pour out all the sadness.
I'm so damn miss my dear Alya.
Last week i gone through my lappy.
And there she goes.
I found a video of her.
Talking to herself.
Looking at herself.

Ya Allah.
Rindunya aku dengan budak ni.

I uploaded her video in my youtube account.
Hoping that someday, she can see herself of how much i loved her.

Ini perasaan aku yang malam saja dapat bermain dengan dia.
Bagaimana dengan perasaan mak aku yang setiap saat dan ketika bersama dia?
Tiba-tiba hilang begitu saja.
Mak, maafkan aku kerana tidak dapat membetulkan keadaan.

Alya oh Alya..
Auntie rindu Alya.
Rindu yang sangat-sangat.
Alya jangan nakal-nakal ya.
Jangan bagi orang yang jaga Alya marah Alya pukul Alya.
Nanti auntie sedih.
Nanti auntie nangis.

Alya jadi orang baik ya sayang.
Nanti sudah besar boleh jumpa auntie.
Auntie rindu Alya.
Sangat !




Sunday, January 29, 2012

Saya Rindu Yang Teramat

Hai sayang,

No words can describe how much i miss this cute little baby. She's now walking by her own. It is obvious we will never get her back. Hey you, janganlah jadi jahat. Kenapa nak pisahkan kami? Can you give her all the best? Can you take a really good care of her? Can you love her the way that i love her? Bila cakap pasal Alya, mata ku mula berkaca. Jangankan mata, hati ku nangis jugak. Ya Allah, Kau buka lah pintu hati perempuan tu kembalikan Alya pada kami.

Serindu-rindu aku pada Alya, ada insan lain yang lagi rindu dengan Alya. Ya..my mom. She loves Alya so dear. Alya is her companion these few months. Kemana dia pergi, Alya la kawan nya. Berat-berat Alya, di bawa jugak ke hulu ke hilir. Sampai lenguh tangan dia. Dia ndak merungut asal Alya gembira katanya. Mak, maafkan aku... maafkan aku.. maafkan aku.. Huhuhuhuhu.. Ya Allah, andai Alya tidak dapat lagi kembali bersama kami, pastikan dia sentiasa dalam jagaan yang terbaik, kesihatannya, makannya, tidurnya... Aduii.. mata... jangan menangis...please..aku tengah pakai mask ni.. Hehehe... (nanti dicerita kan)..

Dahhh.. takmo sedey-sedey. Apapun halangan yang ada didepan nanti, aku harap aku akan jadi lebih bersabar.. People do change for the better kan? Hopefully, hamba Allah yang satu ni dapat membimbingku ke jalan yang lebih dekat pada Dia.. tempat yang selalu kita mengadu, meminta... Love can come later.. The most important thing is for me is the nawaitu.. Baik nawaitu nya, mudahan mudahlah jalannya... Amin...

My collection of Baby Alya Damia Shaza Abdullah...

Baby Alya Talking

Baby Alya Lough A Lot

Alya - Single Ladies

Senaman Untuk Alya

P/s : Auntie sayang Alya. Auntie rindu Alya. Selamanya. Be a good girl okay. Muahhh..

Saturday, August 27, 2011

Celebrating Raya 2011 @Tawau

Salam bloggie,

Tidak terjangka akalku. Cuti raya yang tersangatlah panjang. I take 6 days cuti that's equal to 2 weeks counting ooo.. 23 - 26, 29hb August, and 2hb September.. Gossshhh... Hahahahahahaha.. Tapi, macam busy juak ba.. Ndak da la masa aku melayan wayang-wayang ku yang belambak-lambak uda di lappy ni.. Hmmm... Baru layan  Kapten Jack Sparrow... Huhuhuhu.. Ingatkan bole la lepak-lepaking sambil melayan movie ku semua... Huhuhu.. I mean NONSTOP !!! Ndak pa la.. Layan jeee... Ni suma gara-gara Alya Damia Syaza ni... Sejak jaga baby kecik ni... Masa ndak ketentuan suda.. Suma kena ikut jadual dia... Ada kala aku terasa seperti dah ada anak sendiri.. Huhuhu.. Alya-alya.... (^_^)



Bawa budak ni dan mak bapak aku sekali nek flight... Sudah nya..susah la nak begerak bila di Tawau ni.. Keta tinggal di KK.. Huhuhu.. Jaga diri sayang... Miss you..

Hopefully la raya kali ni..berjalan dengan lancar... I menci la lau banyak problem.. Kadang rasa macam raya ni menyusahkan jak... Kan baik kita celebrate bekumpul-kumpul sekeluarga dalam masa 1 or 2 hari ja.. Pas tu abis la.. Ni... semua la kena baru... Huhuhuhu... Dah la tu bulan puasa macam lagi banyak pembaziran ooo... You all bayangkan lah.. Beli 1 jenis kuih di gerai satu plastik... Beli kuih lain di gerai lain plastik lagi.. Beli abc plastik lagi... Huhuhu... Sekali kuar ke bazar... Macam semua lah mo d beli... Gila2....

Apapun, memang bagi aku bulan puasa dan bulan raya lagi banyak pembaziran dari bulan-bulan biasa..

Haa.. ada cerita ni.. Kemarin malam bebuka bersama seisi keluarga besar di rumah, and suddenly........

My so called nenek kan cakap, "Ya, ada keluarga menanya-nanya pasal kau..." Toing toingggg..... OMGoshhhhhhhh... Tiba-tiba jak orang tua ni... Depan semua kuarga lagi tu... Macam mo pengsan.... Huhuhu... Plus, dia cakap orang tu polis... Behhh.... Mentang-mentang lah tinggal aku sorang jak cucu perempuan atuk yang lom kawin.. Sebok dia nak carikan aku jodoh !!!! Bengang !!! Buat malu je.. Apa diaorang nak kesah?? ada aku pakai duit diaorang? Ada aku penah pinjam apa2? Hah.. aku bagi duit adalah.. Bengang abissss aku malam tu... Malu siottt.... Last-last, aku cakap dengan mak. "Mak, sekali lagi orang tua tu cakap pasal carikan aku jodoh, tolong mak cakap dengan dia jangan nak sebok-sebok.. tak mati aku tak belaki.. aku ada keja.. aku ada harta sendiri... Lau aku nak kawin, biar jodoh tu sendiri yang datang cari aku.. Jangan nak memandai carikan aku.." Huh... bengang sungguh aku ni.... tak pe.. buat masa sekarang.. aku diam ja... (@_@)

Apa pun... moga raya ni semua akan okay. Malas nak pikir banyak.. Otak aku tak mampu........ The end.

Saturday, May 28, 2011

The Long Journey To Tawau Ever !!!

Sepanjang aku hidup ni..jalan sana jalan sini...but mostly di Sabah jugak la. Ada 1 kali jak ke KL... this is the most shocking, unpredictable journey i've ever been into. Planning memang dari bulan April lagi...eh ndak..dari bulan January lagi. But, at the end this what happen.

Let me story from the begining.

Semalam 26 May, dad cakap nak jalan esok (27hb) kul 6 pagi. And then, when my lil bro datang cakap he cannot make it sbb dia mo ambil charger handphone dia yang tinggal di bengkel and gf dia baru abis keja shift malam. So, we all decide la jalan jam 8. Biasalah Melayu, jam 8 maksudnya jam 8.30.

Minyak dah full tank, so ndak da la singgah2 lagi. Jalan ok jak pagi tu. Aku baru jak update status di facebook, say "otw ni...yehaaa !!! hope cuti kali ni, smooth la ya..na mo sakit2..." Bila naik jak di bukit Tamparuli, dang........ keta adik aku berasap..cit betul..i think base on their conversation, adik aku lupa refill minyak enjin.. Huhuhuhu... Bila dah berasap tu, nasib abg aku nampak and terus suru berenti. Luckily, tempat kami berenti tu ada double line plus ada sebuah pondok kayu buruk. Yang zink dia dah berkarat, kayu dah reput, paku kuar sana sini, kayu tempat duduk dia ada yang boleh dicabut-cabut. Dannggg... dubbusshhh... But, syukurlah kan.. O ya..5 meter ke atas di seberang jalan ada air bukit tau... Huhuhuu syukur lagi... sejuk nya airnya.. kak ipar aku sempat minum lagi.. dia bilang macam air mineral jugak bah.. hihihi.. aku ndak berani.. takut sakit perut.. Tau la perut orang kaya kan.. mana bole minum sembarang.. Hmmm...

Petama tu, adik aku ada try basah kan enjin dia dengan menggunakan semua air minum bekal kami... Huhuhuhu... ndak da suda air minum kami.. Adehhhh... Pas 10 minit, abg aku decide nak balik ke Tebobon bawa keta Viva ambil barang-barang workshop adik aku and try buat enjin dia. Al-maklumlah adik aku ni memang keja mekanik. Tapi, hmmmmm..bole gak keta dia rosak. Hish.. pening aku..

Jadi, kami yang stay di pondok tu, menunggulah macam org homeless di pondok kayu buruk tu. Nasib mak dah bekal banyak makanan macam nasi putih, ikan goreng, belacan, mee hun goreng..(bukan mee makcik ya ). Tapi tu la ndak da air minum. Adehhh... Tunggu punya tunggu Viva balik jugak sini bawa barang-barang workshop dalam jam 12 gitu sampai. Bayangkan berapa jam tunggu tu.. Cian baby Alia.. Nasib lah budak ni ndak cerewet macam baby lain. senyum jak dia.. Happy jak dia.. And luckily lagi, ada katil pasang siap dia.. Bole la letak dia di katil dia tu. Ha..time measang katil ni lagi satu hal. Punya main susah. Last-last tepasang jugak. Walaupun ndak sempurna. Tidurlah baby Alia sana.

Dari pukul 12 dorang adik aku, gf dia dan abg aku try buat enjin hanjing tu..sampai jam 4 petang kami tersadai di situ.. Damnnnnnnnnn.. what the hell ooo..??? Bila aku pikir-pikir kan.. bagus jugak la tesadai sini.. Be ngam jugak balik ahli kuarga lain dgn gf adik aku yang mulut ndak pandai diam.. tapi, itu la aku rasa hati dia baik..

O ya...isu yang timbul sini is.... sepanjang kami tersadai sini..dengan sign segitiga 10 langkah diletak dibelakang keta adik aku yang rosak tu..dan Viva yang dah pasang signal kecemasan, haram ndak da kereta yang lalu ni yang berenti dan singgah untuk bertanya atau menghulurkan bantuan. HARAM ndak da... Jangan kan keta orang biasa, keta polis ba yang lalu vrooommmmmmmm jak dia lalu tanpa memandang keta kami yang tersadai dan kami yang macam org gila dah ni..terutama aku.. dengan spek hitam...huhu panas gilak...aku kompom dah menghitam ni.. ingat nak balik nak show muka bersih...nak tengok best friend kawin kan.. memang la nak kelihatan cantik. Jangan kan menghitam.. bejerawat lagi idung aku yang jambu ni...adehhhh....

Bila aku pikir2 kan...memang ini ka budaya sopan santun orang Malaysia yang konon nya terkenal diserata dunia dengan budaya tinggi..sopan dan santun... macam sial jak ku rasa... bodoh bangang...siap ada yang pandu perlahan semata-mata nak tengok number plate.. eksiden ka ni ya..bole beli number ni..,manatau kenak... bedebahnya ku rasa..

Lau di negara orang putih ni kali...mesti ada yang berhenti dan bertanya malah menghulurkan bantuan...tapi, ini lah hakikatnya negara kita Malaysia... sangat kurang ajar..sangat tidak bertimbang rasa..sangat sombong..sangat jahanam... cuba bayangkan berada ditempat kami...  apa-apa pun, aku nekad..bedoa dalam hati..mudahan kamu semua selamat dalam perjalanan...

Akhir cerita, jam 4 lebih gak kami memulakan perjalanan ke Tawau... Jam 8 di Ranau ya.. adehhh.. Last-last, sampai di Tawau at home jam 4.30 pagiiiiiiiiii.... Penat tapi sangat-sangat bersyukur....... Tq Allah...