DIIKLANKAN OLEH

KAWAN-KAWAN

OUR ANNIVERSARY

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

MY NAZRIN

Daisypath - Personal pictureDaisypath Happy Birthday tickers

MY NAZIRA

Daisypath - Personal pictureDaisypath Happy Birthday tickers
Showing posts with label Cerpen. Show all posts
Showing posts with label Cerpen. Show all posts

Wednesday, June 21, 2017

Nazrin Loves KFC So Much

Hi Bloggie. Salam Ramadhan readers.

Aku ada cerita pasal my baby Nazrin. Astaga. He so grown up bah. Macam aku nda percaya dia begitu. Ada hari tu kan my mom bawa dia jalan sebab my mom mau p beli baju raya dia bai tu. So have to bring Nazrin along lah.

So on the way back home kan ni my mom yang cerita. Ada satu billboard KFC bah area flyover Petagas. So Nazrin ternampaklah tu gambar KFC. Terus dia berbunyi2 as macam dia mau makan tu yang dia tengok. I cannot type the sound but we all knew that sound means dia mau makan itu.

When my mom dengar kan she said la "nanti mama Nazrin balik, minta bawa ke KFC ya Nazrin".

So when we got back home, my mom cerita la kunun Nazrin saw itu billboard KFC then mau makan. I ask la Nazrin, "ya ka Nazrin? Nazrin mau p KFC?" Then, i show him gambar KFC from my phone. Terusss dia bunyi lagi as he want to eat KFC. Ayyaa kasian i said in my heart. I said to him, "Show this to your baba, ask him to bring you to KFC".

Teruss dia ambil tu telepon and find his baba in toilet. Dia p ketuk2 a tu pintu tandas. Hahahahaha. This time, i ketawa sudah nda tahan. Ayyaaa.. Funny betul. Abis jak babanya mandi, he started to merengek2 sambil tarik2 baju dia. It means he wants to change his cloth.

So i said to my husband, nahh your son mau p KFC itu.

My husband bilang "Uinaaa.. kenyang lagi kita ni". I said "ala kesian la dia ba kali dari siang lagi mau p KFC. Bawa saja la".

So, babanya terus pakai baju jalan la and sekali tukar baju nazrin baju jalan. While i went to have my shower.

Abis mandi i besiap la. Nazrin wait for me sambil looking at me besiap. As if he wants me to besiap cepat. I said "Sabar ba Nazrin, mama mau pakai tudung dulu". Baba dia pula duduk2 la tunggu I abis besiap. All of the sudden Nazrin p tarik tangan babanya ke luar pintu !! Hahahahhahahahaha.. So excited mau p KFC. Lucky jugak ada suda KFC di Kinarut.

Hahahahahahahahahahhaha. Tua suda Nazrin kan?

The end.

nah Nazrin ketuk2 tu pintu tandas.

My Nazrin enjoying eating fries ONLY !!! Hahahahahaha..

Wednesday, December 12, 2012

Cerpen: Bukan Kemahuan Hati


"Meja tu letak dekat sudut tu bang, cantik kalau letak macam tu".
"Ha ah sayang. Kejap abang bagi kemas lagi".
.
.
.
.

"Haa…..kemas dah pun. Nampak sesuai sangat, sayang. Pandai sayang atur".

Begitulah rutin hidup kami suami isteri. Rumah lah tempat kami menghabiskan masa terluang bersama-sama selepas kedua-dua kami selesai membuat kerja-kerja menanda kertas jawapan budak sekolah, membuat rancangan pengajaran dan macam-macam lagi kerja perguruan yang lain. Perabot, hiasan di laman luar rumah, kereta, gajet baru, semua tu jadi mainan kami tatkala bosan menguasai jiwa. Hampir 12 tahun hidup bersama rumahtangga kami belum juga dikurniakan seorang bayi. Seluruh pelusuk negara ni sudah kami pergi untuk berubat dan mendapatkan nasihat pakar tapi malangnya keputusannya tetap sama. Perubatan moden, perubatan kampung, pantang-larang semua dah ku lalui dan aku semakin lali dengan semua tu. Malah, langkah untuk mengambil anak angkat pun sudah kami lakukan. Anak itu dari kecil hingga berusia 7 tahun kami pelihara bagai anak sendiri, tetap kami tidak boleh punya anak sendiri.

Menurut doktor pakar, aku dan suami sama-sama subur dan tiada masalah untuk mendapatkan anak. Sebab itu lah kami tetap bersabar dan terus mencuba. Ada empat kali aku disahkan mengandung. Tapi hampa, empat kali itu jugalah aku keguguran. Sebak hati Tuhan saja yang tahu. Ibu mertua ku semakin benci dengan aku. Kerana pada sangkaannya, aku lah penyebab kedukaan ini. Hubungan ku dengan suami juga semakin renggang. Dari menghabiskan masa bersama-sama kami kini kami lebih banyak menghabiskan masa sendiri. Buat kerja masing-masing. Tapi, aku percaya suami ku tidak punya siapa-siapa lagi.

Ahh..teringat aku kisah cinta kami dizaman kami sama-sama belajar di Maktab Perguruan di Sandakan. Indahnya cinta itu. Aku bersyukur sangat cinta itu kami teruskan dalam hidup berumahtangga. Kamilah pasangan yang paling bahagia sehingga mendatangkan iri hati dikalangan rakan-rakan maktab yang lain.

"Mat, mana Ramlah. Korang ni macam belangkas. Ke sana ke mari sentiasa bersama. Cemburu betul aku tau. Aku ni masih mencari lagi pemilik tulang rusuk aku tu". Begitulah perbualan Rina dan suamiku tatkala kami sama-sama menghadiri Majlis Reunion Maktab Perguruan Sandakan tahun lalu. Tika itu, aku pegang erat pergelangan tangan suamiku dan suamiku juga merangkul kemas pinggangku. Ohhh.. indahnya perasaan kami berdua tika itu.

Masa semakin meninggalkan semua kenangan indah itu dari aku dan suami. Masing-masing sudah buntu dalam usaha untuk mendapatkan zuriat sendiri. "Oh Tuhan. Berilah kami kekuatan dalam menempuhi dugaan ini". Doa yang tiap kali ku panjatkan pada Ilahi siang dan malam tak kira waktu.

Hampir semua kenalan kami tahu mengenai masalah kami ni. Aku rasa semua pun berusaha mencari penyelesaiannya. Akhirnya, seorang kenalan lama memperkenalkan kami dengan seorang doktor pakar sakit puan dari Australia, Dr. Lisa. Dr. Lisa adalah pakar yang diikiraf dalam bidang ni. Cuma kami saja yang tidak tahu mengenainya. Seminggu lebih kami di Australia berulang-alik ke hospital tempat Dr. Lisa bekerja. Setelah melalui bermacam-macam ujian, Dr. Lisa memanggil kami berdua untuk mendengar keputusan yang kami nantikan.

"Sila duduk", ujar Dr. Lisa yang manis berkaca mata nipis dengan lesung pipit di pipi.

"Saya harap Encik Ahmat dan Puan Ramlah bertenang dengan keputusan yang ada ditangan saya ini."

Kala ini, tangan suamiku ku genggam erat dan begitu juga suamiku memegang kemas genggaman tanganku. Debaran dihati maha dahsyat sehingga aku terdengar bunyi degupan pantas jantung suamiku. Tangannya juga semakin sejuk. Dia juga merasai debaran maha dashyat yang aku rasai. Doa kepada Tuhan yang semuanya akan selamat tidak berhenti ku pohon dalam hati yang kian gundah-gelana ni.

"Setelah melakukan ujian makmal sebanyak empat kali sebagai pengesahan, keputusan yang kami perolehi tetap sama. Darah Encik Ahmat dan Puan Ramlah tidak membolehkan anda berdua untuk punyai anak sendiri" kata Dr. Lisa dengan nada yang syahdu sekali. Aku seolah-olah tidak percaya dengan apa yang baru sahaja aku dengari. Aku meminta Dr. Lisa untuk mengulang sekali lagi apa yang baru sahaja dia ucapkan. Pada saat ini, hanya airmata kedukaan yang mengalir dipipiku. Pandanganku mulai kabur. Kepalaku makin berat…….

“Sayang..sayang bangun sayang” aku mendengar suara suami ku yang cuba membangunkan aku dari pitam. Masih ku terasa basah pipiku. Oh..sungguh aku harap segala yang berlaku ini hanyalah sebuah mimpi sahaja. Tetapi, tuhan yang lebih mengetahui akan sesuatu. Akhirnya, aku redha.

Sehari selepas menerima berita yang sedih itu, aku dan suami berbincang hati ke hati mengenai apakah rancangan kami yang seterusnya. Sungguh tak ku duga suami ku dalam bicaranya yang lemah tetapi tegas itu, bulat mahukan anak sendiri. Seakan tamparan hebat bagi diriku. Jauh dalam sudut hatiku, aku juga seperti dia, mahukan anak sendiri. Ahhhhh… buntu kami mencari jalan penyelesaiannya.

Dalam kesunyian yang mencengkam sanubari. Tiba-tiba suamiku berkata, “sayang, kita cerai?”

Seakan mahu jatuh langit dikepalaku tatkala mendengar perkataan “cerai” keluar dari mulut suamiku. Aku menangis semahu-mahunya begitu juga suamiku yang memeluk dan memujuk untuk meredakan tangisku. Kata suamiku dalam pujuknya, hanya itu cara yang terbaik bagi kami berdua memiliki zuriat sendiri. "Bukan kerana rasa sayang itu telah tiada, sayang", katanya. Mungkin setakat inilah jodoh kami berdua. Malam itu, kami berpelukan erat seolah perkataan cerai itu belum pernah terlintas dalam perbualan kami.

Sekembalinya ke tanah air, kami berjumpa dengan semua ahli keluarga suamiku. Sebutir-sebutir perkara aku ceritakan agar keputusan kami untuk bercerai diterima oleh semua terutama sekali adik ipar aku yang sangat manja dan serasi denganku. Dialah yang paling tidak dapat menerima keputusan ini. Ibu mertuaku yang dahulunya membenciku juga turut menangis semahunya sambil memeluk dan mencium pipiku. Dia memarahi suamiku kerana mengambil keputusan yang bodoh ini, baginya. Aku dan suami juga sebenarnya tidak mahukan perceraian, namun apakan daya hanya inilah jalan terbaik bagi kami berdua. Setelah puas memberikan jawapan kepada ahli keluarga suamiku akhirnya, mereka dapat menerima keputusan paling meruntun jiwa ni.

Oleh kerana cuti sekolah bakal berlangsung dalam masa seminggu lagi, aku dan suami bercadang membawa seluruh ahli keluarga bercuti bersama di Kota Kinabalu. Tujuan kami adalah untuk meninggalkan kenangan-kenangan indah buat semua selepas perceraian yang akan kami lakukan hujung tahun ni. Biarlah hanya kenangan indah yang tertinggal dalam memori kami semua dan bukannya kedukaan yang berpanjangan.

-The end-