DIIKLANKAN OLEH

KAWAN-KAWAN

OUR ANNIVERSARY

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

MY NAZRIN

Daisypath - Personal pictureDaisypath Happy Birthday tickers

MY NAZIRA

Daisypath - Personal pictureDaisypath Happy Birthday tickers
Showing posts with label Current Issue. Show all posts
Showing posts with label Current Issue. Show all posts

Friday, April 8, 2016

Penyakit Kuning @ Jaundice

Salam semua. Wahwahwah.......

Sejak jadi ibu ni, paling nda da masa update blog ya !!

Pa kan daya. Anak jauh lagi penting. Jangan terasa ya bloggie. :)

Ok. Aku nak share ringkas jak ni pasal jaundice. Yes. My Nazrin kena jaundice. Hampir 2 minggu jugak kami masuk keluar Hospital. Waktu baru melahirkan tu, Nazrin kena tahan di Hospital Likas dengan bacaan 207. Ikut saiz badan Nazrin, dia sepatutnya tidak ditahan. Tapi, oleh kerana dia baru sehari, doktor terpaksa tahan. Oh ya. Nazrin kena juga penyakit ni sebab mama dan baba dia berdarah O.

Aku dah makan dan minum semua buah dan minuman yang heboh dikatakan dalam Facebook cara-cara untuk mengelakkan anak kena jaundice. Tapi, tetap jugak kena. Huhuhu.

Ni senarai usaha yang aku buat :-

1) Minum air oren (Peel Fresh)
2) Air kelapa
3) Air susu kambing
4) Air Glukose
5) Cincau
6) Kurma
7) Madu
8) Air anggur
9) Mandi guna tumbuhan kampung : Kapuk, Bunga Raya,
10) Minum ubat Tiki-tiki

Last-last, kakak ipar ku dari Benoni datang ke rumah bawa ubat titis dari Klinik Dr. Lu di Papar. Titis satu titis satu sudu kecil air susu kita. Kasi minum susu tu dengan baby guna sudu tu la.

Alhadulillah. Kuning Nazrin turun mendadak.

Ni bacaan kuning Nazrin.

207 - Masuk wad di Hospital Likas
248 - Keluar Hospital Likas
341 - Masuk Hospital Papar. Yang ni Nazrin kena masuk ubat :(
266 - Stay Hopital Papar
270 - Masuk Hopital Papar
250 - Keluar Hospital
308 - Masuk Hopital Papar
277 - Stay Hopital Papar
250 - Keluar Hospital
243 - Stay rumah dah
186 - Stay rumah dah
156 - Stay rumah dah
156 - Stay rumah dah
100 - Stay rumah dah

Bila tengok numbers di atas, hati rasa nak nanges. Huhu.

Jadi, kesimpulannya. Sila pastikan anda yang berdarah 0 untuk mempunyai ubat titis tersebut supaya anak anda nda di tahan sebab jaundice dan menerima treatment yang sangatlah menyeksakan iaitu baringkan tanpa pakaian anak anda di bawah lampu biru.. :(

ni Nazrin kena tambah air

mata kena tutup tau kalau bwah lampu biru ni (yang ni di Hospital Likas)

Yang ni di Hospital Papar


Ha........... ni lah ubat titis tu... 

Semoga bermanfaat kepada ibu-ibu dan bapa-bapa yang runsing...

Tuesday, September 2, 2014

My first Wedding Invitation as a Wife (Brunei Wedding way of Entertainment)

Hai you all. Hows your day? Best kan asyik stalk tempat orang? Its ok. Because each time you come to my page, you give me advantage. Hehe. :)

Hmmm.. Pasal tajuk entri ni. Hujung bulan Ogos memang musim kawinan kan. So, aku pun macam orang lain jugak dapat invitation pigi wedding orang.

Kami laki bini dapat 2 wedding invi. Dua-dua dari kampung ni jugak. Bestnya.. Sebab dapat experience other wedding culture. Beza sangat dengan cara kawin di Tawau tau.. Hmmm...

Meka guna alat muzik tradisional to entertain guest. Karaoke ditiadakan yoo.. So sunyi.. Pelik pun ada ku rasa. First time rasa ni. Hmmm. Bilang si abang kampung ni memang sangat kuat pegangan agama Islam. So, no big or huge or noisy entertainment ya.. Hmmm no wonder.

So enjoy sedikit video yang aku sempat amek.. And not to forgot, happy wedding to newly weds !!

See you in my next entri.

Daa..



Sunday, August 17, 2014

Cerita cik siti @ cara untuk hapuskan tikus

Hmmm.. Salam semua. Aku ada habaq dekat Twitter kan pasai cerita cik siti ni. Haaa.. Baru ai ada masa ngeeeeee..
Kan aku dah pindah di rumah wakaf dekat kampung laki aku. So dijadikan cerita rumah ni ada penghuni lain yang tak diundang. Tettt ya betul cik siti diberi nama.
Aku ingat cik siti hanya bermaharalela di bahagian kitchen saja. Sebab berapa malam berlalu aku ampai jak tupperware kuih2 atas meja makan.
Masuk malam ketiga lepas aku bagi clear abis dapur, dia mula dah nak masuk pulak bahagian ruang makan.
Eeeeee... Akibat kemasukan cik siti ke bahagian dalam rumah tupperware aku hancurrr digigitnya !!! Silakak punya cik siti.
Then, esoknya aku minta laki aku beli perangkap tikus. Ini jak cara utk tangkap dia hidup2.
Sekali jerat jak boss. Selesai dlm satu malam jak ya. Syukur alhamdulillah. Hanya seekor cik siti dalam rumah wakaf ni. Yeay !!!
Gambar berikut merupakan bahan bukti kami berjaya menangkap penceroboh yg tak diundang. Hehehe.
By the way, cara2 lain menangkap cik siti adalah indah kabar dari rupa. Trust me on this.
So, chayyo2 kpd yg baru dlm mission hapuskan tikus. Hihihi..

Tuesday, March 25, 2014

Kelebihan kad mesra Petronas (https://www.kad-mesra.com.my/default.aspx)

Hai Bloggie,

Sorry lama nda berblog. Hehehe..
Cerita kali ni pasal kelebihan kad mesra Petronas. Mesti korang ada kad ni kan? Entah-entah korang ada macam-macam lagi kad lain kan? Hehehehe.

Dah lama sebenarnya pakai kad ni. Tapi, baru hari ni mencuba gugel-gugel info pasal kelebihan kad ni. Rupa-rupanya ada banyak kelebihan kad ni tau. Tapi, tu lah kan biasa-biasa saja. Hehehe.

Antara kelebihan kad ni yang aku tengok ada dua yang pertama ialah diskaun pembelian di kedai Mesra Aku baca dalam page meka.

"Step 3
Collect Mesra points at all PETRONAS stations with any purchase of fuel and Kedai Mesra
items. You will earn one point for every litre of fuel purchase and every RM1 spent at
Kedai Mesra."

Kelebihan kedua ialah pasal diskaun jugak. Kita dapat diskaun bila beli barangan atau mendapatkan perkhidmatan daripada rakan-rakan niaga Petronas Mesra (Partners). Ada 19 syarikat  yang menjadi rakan niaga Petronas Mesra. Yang available di Kota Kinabalu (setau aku lah kan) ialah Kopetro (yang ni ada di Tanjung Aru Plaza), Burger King dan Celcom. Tapi korang mesti bear in mind yang partner-partner nih reserves the right to change the privileges offered without prior notice. Kalau korang nak tau lebih lanjut, buka sini ye. Gambar print skrin di bawah antara Partner yang join ya.

Antara partner yang join. Ada lagi beberapa tapi tak termasuk dalam print skrin ni. Hehehe.

Dekat sini aku hanya print skrin 3 partner yang available di Kota Kinabalu ni ya.. 
1- Burger King

2- Celcom (Samsung Galaxy Tab tuuuu and Celcom PortaWifi & USD Modem)

3- Haaa yang ni untuk pakej Umrah hehehehe.. Mudahan ada rezeki pegi Umrah dengan si abang and my parents.. Amiinnnn..

So, tu saja lah perkongsian ilmu yang dapat aku berikan. Kalau ada info tambahan atau kalau info aku ni salah, sila komen ya. Hehehe. Sharing is caring gitu.

Bye.

Sunday, November 17, 2013

I Love Nuffnang (How to get extra money from Nuffnang)

Alohaaaaaa!!!

Alhamdulillah syukur... Terkejut sangat aku yah. Bila buka nuffnang, RM55.80 !! Jumlah ni memang la sikit. But, seyes question, "kau ada?" hihihihi..

Ni lah power of blogging. C abang marah aku berblog. Sebab bilangnya nda da faedah. Cehhh... Dia lom nampak ni ooo.. Aku jarang pun blogging. But, how do i manage to get this amount of money??

Kamurang mau tau ka caranya? Betul ni mau tau? :)

Sonang jak ba. Follow this four simple steps:

1) Create blog account
2) Create Nuffnang account
3) Put in your Nuffnang campaign in your blog
4) Finish

Kalau nak tau lebih lanjut, you can always ask by leave your comment below and wait for my reply.

Kamurang macam nda percaya jak kan about the amount i get by blogging? Kihkihkih.. Nah di bawah sa sertakan bah tu gambar print screen.. Hihihihi.

Klik to enlarge or just put your cursor on the pic !

Klik to enlarge or just put your cursor on the pic !

Muaahhh !! Love Nuffnang......... :)


Monday, March 11, 2013

February Yang Ku Tinggal

Salam blogger,

Bisa-bisanya (dalam Malay sama erti dengan bolehnya) aku melepaskan bulan February 2013 ini tanpa sebarang entri !!!. Ini sudah lebih. Sangat terlebih. Yup. Alasan yang membosankan semua. Busy. Hell to the busy. Actually tu musim aku buat asimen OUM, but it actually turns out that aku pass 80% of all my asimen to my other friends. So, apa yang kau busykan ni Naz??

Adehhhhhhh. Ni aku malas bila banyak benda kena sensored. Aku dah taip dah tadi. Sikit punya lawa ayat aku tadi. Kena delete sebab banyak cerita kena sensored sudah. Dem it.

Haaa. kita cerita benda yang nda sensored aaa.. Aku bertukar jenama kepada jenama popular sekarang. D'Herbs kunun. Dari gincu kolegen, shampu dan krim rambut, celak mata dan pencuci pepe'. Semua D'Herbs tau. Biarpun ada sikit mahal dari barangan biasa di kedai-kedai, aku rasa ada berbaloi juga la. Harap boleh lah dikekalkan yer. :)

Done with that. Kita alih cerita kepada the incredible story if the year buat all Sabahan. Yup. Isu pencerobohan la apa lagi kan? Hmmmm..

Aku tak sangka sebenarnya keadaan di Lahad Datu terutamanya adalah teruk. Bom mesin gun segala bagai. Bila TV3 siar dalam Buletin Utama hari tu.. aku baru tau yang sebenarnya memang perang dah di Lahad Datu cian. Kami di KK ok jak bah. Tapi, keadaan malam agak sunyi lah jika dibandingkan dengan malam-malam pada hari biasa sebelum-sebelum ni. Mungkin langkah berjaga-jaga kot. Orang Sulu Pilipin ni hmmm. Meka ni mana ada pikiran ni. Tu la aku yakin ada pihak yang cucuk-cucuk pikiran meka ni. Tak pun disogok dengan duit bagi hancur Sabah ni or dibuduh-buduh bilang Sabah ni negara meka yang kaya nya dinikmati oleh orang lain. Ala..orang macam ni memang senang nak diperbodohkan. Tengoklah siapa yang paling banyak dalam perhimpunan-perhimpunan Bersih tu? Berduyun-duyun bas dari ulu-ulu kampung, kan? Hmmm. Malas cakap lebih la. Tapi, itu lah pikiran aku. Hmmmm..

Ok. See you in the next ________- i dont know. :(

Goodbye February !!!


Tuesday, November 27, 2012

Kesan Buruk Tiada Sekatan Menulis di Internet

Hai semua.

Tajuk entri patut lain sikit. Tapi aku pilih yang orang selalu "seacrh" di Google. :)

Dah jadi rutin aku agaknya, membaca berita dalam Yahoo Malaysia yang aku rasa aku perlu baca  (perlu tahu). Aku suka juga aktiviti ni sebenarnya. Sebabnya menambah pengetahuan aku yang sangat jarang baca suratkhabar dan juga tonton berita. Tapi tu lah yang bikin jengkel apabila tiba dibahagian ruangan komen. Nak tahu kenapa?

Dalam ruangan komen tu, hampir semua pembaca boleh taip untuk mengomen. Kelebihannya? Kebebasan untuk menyuarakan pendapat. Yang ini aku sokong habis. Keburukannya pula ialah apabila manusia separuh akal separuh iman ni apabila diberi kebebasan untuk menyatakan pendapat masing-masing sesedap jari menaip keluarkan apa jua bahasa yang mereka rasakan dalam hati ketika itu. Salahkah manusia-manusia ini mengeluarkan pendapat mereka yang kadang bernas kadang merapu tu dalam bentuk bahasa ilmiah? Maksudnya disini, cuba untuk berhemah dalam memberikan pandangan. Jangan ikutkan hati nanti binasa. Kita harus berfikiran dengan lebih jauh lagi bahawa apa jua yang kita taip (sekiranya pihak Yahoo Malaysia lambat untuk update ) akan dibaca oleh semua yang membaca artikel berkenaan. Orang tua, budak sekolah, budak kecik pun ada. Jadi, apabila pengomen menggunakan kata-kata kesat memaki sana-sini semua orang boleh baca. Jadi kita boleh buat kesimpulan bahawa pengomen yang menggunakan nama Melayu sebagai ID (yang kebanyakannya suka memaki dalam ruangan komen) adalah dari sebuah negara yang kurang didikan sekolah dan juga ibubapa. 

Kenapa aku bawa cerita ni pula di hari kerja macam ni?

Semuanya gara-gara marah lepas baca komen seorang komentar tiada akal macam dalam gambar print screen di bawah.

Gambar print screen ni aku ambil semalam (26 Nov 2012)

Aku ada komen lepas dah habis fikir apa yang perlu ku katakan pada manusia tiada akal tu. Komen aku, aku minta yahoo admin tolong buat sistem baru yang boleh auto delete komen yang ada perkataan-perkataan VULGAR. Aku minta yahoo jangan publish. Seram aku lepas baca komen manusia tiada akal tu. Hari ni (27 Nov 2012), aku buka balik berita ni dan aku lihat komen manusia tiada akal tu dah tiada. Komen aku pun hilang. Syukurlah. Yahoo dah lakukan apa yang patut. Kalau tadi aku cek masih ada lagi, kompom aku buat laporan polis. 

Di bawah ni, gambar print screen hari ni (27 Nov 2012).

Gambar print screen ni aku ambil hari ni (27 Nov 2012)

Ni link penuh berita ni. KLIK SINI.

Kesimpulannya. Sila berhemah. Sentiasa. Dimana jua. Mudahan negara kita tidak jadi seperti negara yang Allah sedang "cuci" akibat dosa melampau segelintir masyarakatnya. Aku dah buat fardhu kifayah aku.

Ok. Done.


Tuesday, November 20, 2012

Lelaki yang cari bala

Hai semua,

Hari ni sebenarnya, angin ku turun naik. Pagi naik sebab jem di Sepanggar. Tengahari sejuk sebab hujan dan kerja pun lancar. Petang sejuk sebab jalan ok jak. Malam naik lagi sebab terima sms macam bangkai. Aku ni tak juga jahat sangat tak lah baik sangat. Bilang orang cukup-cukup saja. Sedang-sedang saja. Cakap pasal jem di Sepanggar tu, apasal lah makin teruk ya? Please lah do something to that annoying "LAMPU TRAFIK" yang tak ketentuan peri pentingnya tu. Jem sampai IP ooo. Huhuhu. Nanti ada masa, aku nak  cerita pasal jem yang makan dalam tu.

But why on earth orang keep underestimate me? Aku tak kacau hidup orang tau. Pasal la orang ni jahat sangat dekat aku? Tak pa lah. Aku anggap semuanya dugaan Allah. Sebab aku adalah manusia cekal hatinya. Biar dimacam-macamkan orang, but aku tetap keep on going. I know i can. I still have my beloved parents who love me more than anything in this world. I have my bro yang sayang aku. My ipar who always stick to me no matter what. Dan kawan-kawan maya yang ada-ada saja celoteh meka di Twitter. Aku tau ada insan di dunia ni yang masih sayang aku. Tu sebab aku masih kuat dan cekal.

Nah kan panjang sudah.

Ceritanya sebenarnya begini. Aku terima sms dari kawan jugak la nama dia ni. Kenal dari facebook la. Dia aku tengok jual baju sukan jersey segala. Aku memang minat jadi accept jak la kan. Lama-lama dia tegur chat la. Okay fine. Dah tua. Aku anggap kawan-kawan. And suddenly akhir tahun lalu kot "abang" ni cakap ada projek nak buat di KK minta aku tolong supply barang. Jadi, aku pun minat lah nak tolong sebab barang dia nak tu memang senang dapat di KK ni. Oh ya "abang" ni orang semenanjung. Cerita punya cerita, ndak jadi projek tu. Aku ok jak lah. Nak buat apa kan? Bukan rezeki aku. Jadi, aku pun dah tak berhubung lah dengan "abang" ni.

Tiba-tiba..........................


Tu lah sms yang aku dapat. Cilakak betul orang tua tak sedar diri tu. Cukup baik ni aku tak siar habis number kau pakcik. Aku cover sikit bala kau ni. Orang dekat Palestine tu berjuang nak keamanan negara dorang. Ni kita ni duk Malaysia yang aman damai ni nak cak bala terussss. Eh, sodar-sodar lah sikit diri tu pakcik. Ada anak pompuan jugak kan? Apa kata karma ni datang balik dekat anak kesayangan pakcik? Best tak?? Hangin betul aku yob. Ingat aku ni pelacur ka? Babs tul. Ni lah akibat terlalu aman. Tak menghargai nikmat rezeki yang Allah dah bagi. Kang di bagi cacat kau kang. Haaa baru tau langit tu tinggi ka rendah. Aku tau pakcik tu suka skodeng blog aku ni jugak. Kau jangan main-main sama aku pakcik. Aku ni blogger. Sukak hati mamak bapak aku nak publish apa yang aku rasa patut disiarkan supaya orang tahu masalah dunia ni sekarang. Hish..geram betul aku nih.

Oh ya pakcik. aku nak share nanti dekat Twitter aku. Buat hesteg #MalaysianProblem ke..#MasalahMoral ke.. #KKCity ke.. Baru kau tau aku siapa. Ni buat peringatan manusia-manusia hidung belang diluar sana jugak. Mentang-mentanglah aku belum kawen apa kau ingat aku desperate sangat ka mau laki orang?? Dem lelaki-lelaki jahanam ni.

Ok aku dah marah tahap gaban. Sekian cerita amaran dari aku ni. Sapa lagi mau cari publisiti murah. Sila sms atau buatlah apa-apa yang kasi panas aku. Makan kamu marah aku ni.....

Ok bai.

Sunday, August 5, 2012

Lesen memandu

Hai sayang,

Hujung minggu ni memang banyak story. Tapi, oleh kerana aku tidak banyak masa nak menaip aku shortkan jak ok? Hehehe.. (mana korang tau aku cepatkan atau panjangkan cerita?? aku yang taip aku punya cerita.. wakakakaka.. baca jak la.. bising ! muahahahahaha)

Keta aku bagi adik pakai suruh dia bagi upgrade sikit enjin biar lebih smooth dan lajuu siiikkkitttt.. hehe.. So, aku tumpang jak la keta bapak aku. Bukan aku nak sangat kuar dari sarang ku ni. Its just that tak tergamak aku biar meka berdua kuar KK berdua jak.. Hmmm..

Bla bla bla bla.. Sehari suntuk jugak kami di KK sampai bebuka pun di tepi laut sana. Punya indah. Tengok matahari terbenam sambil membaham nasi kerabu. Nyum2..

Mak aku bukak cerita, katanya :

Mak : Musim perayaan ni mesti banyak road block ni kan, bang?
Pak :  Iya. JPJ sama Polis Trafik.
Mak : Bila lesen mu tamat tempoh, bang? Macam satu bulan lagi bah kan?
Pak : Iya. Nantilah aku pegi renew. Ambil dua tahun terus.
Aku : (Diam jak)
Mak : Ha, ko Yah bila lesen ko tamat tempoh?
Aku : Bukak dompet dan terkebil-kebil dalam kegelapan melihat tarikh luput dan terus berkata,"Ohhh.. lama lagi mak. 11 Julai.
Mak dan pak : Gelak macam nak pecah keta tu...
Aku : Heran. "Pasal ni mak?"
Mak : Gila kauuuu.... Satu bulan dah tu expired ! Sekarang tanggal 4 Ogos !!!!
Aku : Gelak lagi dashyat dari mekaaaaaaaaaaaaa.... Wakakakakakakakaka..

Punyalah aku staring di jalanraya selama ni. Tanpa sedikit pun mengetahui bahawa lesen aku dah lama expired. Syukurlah selama ni aku belum ditahan JPJ or Polis Trafik. Adedededede..

Ok. Sok (6 Ogos) aku renew ok !!!!!!!! dem lucu.. Hahahahaha..

P/s: Memang patut sangatlah JPJ bagi tarikh luput lesen ikut tarikh lahir pemegang lesen. Sebab tarikh tu jak la yang majoriti kita ingat.. Tak gitu ? (^_^)


Tuesday, July 31, 2012

Saman 2012

Hai sayang,

Malas cek saman. Ni lah padahnya. Bagi yang memandu gaya mikel shumaker tu, sila merajinkan diri check laman web ni di bawah. Kalau boleh, setiap minggu satu kali check. Hihihihi..

link

Lau teda account, create satu. Mudah sangat nak check saman POLIS ka saman JPJ ka just guna IC or nombor kenderaan. Aku lupa bila masa aku ter be lajuuuu dekat trafik light. Hahahaha.

Ok bai.


Friday, July 27, 2012

Jumputan style

Salam sayang,

Hihihi.. tak tau nak hapdet apa yo !
Nak habaq ni je la.
Style jumputan ni. Dari Dian Pelangi.
Pakai-pakai je. Ntah ngam ntah ndak..
Huhuhuhu..

Ok bai.


Thursday, May 24, 2012

Cerita mimpi aneh

Hai darl,

Malu sebenarnya aku nak ceritakan kisah benar yang terjadi pada aku semalam ______

(23 May 2012). <<< ya ampun aku. Birthday mak aku !!!! Uwaaaaaaaa.... aku lupa.. Jap2.. aku nak tampar diri sendiri 17 kali.. dushummmmm..dushummm... (padan mukak kau..anak tak kenang budi...) Seyesly, aku baru ingat oo.. huhuhuhuhu.. 23hb tu aku busy gilak.. Banyak urusan kerja dan kewangan.. Sampai lunch pun skip sebab berkejar ke sana ke mari.. Huhuhu.. Sok aku nak mintak ampun nih.. Nak call sekarang dah lewat pulak.. :'( sadis sungguh...

Ok balik kepada mimpi tu. Sebelum itu, aku cerita kan kejadian sebelum mimpi. Aku tido awal pukul 10 macam tu. Then, jam 3 lebih (am), encek beruang call nak chat dia baru habis keja. Then, bangunlah layan kejap kang marah lagi beruang tu. Chat punya chat sampai kul 4 saja. Pastu, sambung tido.

Mungkin dekat kul 5 lah aku ada dengar sikit sayup-sayup suara orang mengaji. Tapi, telinga bebal ni tutup pakai bantal sebab nak sambung tido. Kan kita tau, pas orang mengaji Subuh pun tiba. Haa.. time nih la aku mimpi. Aku mimpi, kononnya aku dah bangun dengan macam-macam kepayahan untuk pegi ambil wudhu nak solat Subuh. Then, sedar lagi. "Oh, mimpi". Tetido lagi. Mimpi lagi. Situasi lain tapi penceritaan sama. Konon nak pegi solat Subuh. Dan ianya berlangsung mungkin lebih kurang 5 mimpi.

Tiba-tiba, tangan kanan aku rasa panas semacam. Aku tersentak (tapi lom bangun sangat) terasa seperti ada yang memukul tangan aku. Perggggggghhhhhhh.. punya main seram. Lepas beberapa ketika, aku bangun. Kali ni bangun betul-betul. Mak aiii.. panas ok tangan aku tu. Panas yang tak lah menggelegak. Tapi panas lah. Bangun jak, aku terus p toilet bersihkan diri dan ambil wudhu. And terus solat Subuh.

Pengajaran cerita. Jika anda dengar azan terutama sekali azan Subuh, sila bangun kan diri. BUKAN melalui mimpi. Tapi BANGUN yang bangun. Pegi solat. Tak takut ke???????? Sangat seram ok.


Sunday, March 11, 2012

20 Tricks to Get Tight, Toned Abs Faster

Focus on the Burn
Many times we completely zone out while working out. We're watching TV, thinking of our to-do list, or even wishing the workout was over instead of paying attention to what we're doing. By focusing on the exercise at hand, you not only are less prone to injury (no distractions so that you can listen to your body), but you also engage the mind-body connection which helps to recruit more muscle fibers , thereby improving your results.

Close Your Rib Cage
In your average sit-up you probably come up and down and don't think much more about the movement, right? Well, when you lower down from a sit-up, pay close attention and keep your rib cage closed. This helps to "crunch" your abs more, engage your transverse abdominals, and keep your back safely supported.

Engage Your Pelvic Floor
You've probably heard of Kegels before, right? By engaging your pelvic floor (act as though you're trying to stop your urine midstream) before and during any abs exercise you perform, you better engage your transverse abdominals, which act as a girdle for your entire core. This helps give you a tighter midsection-quite literally-all the way around!

Don t Hold Your Breath
Your core muscles need oxygen to work at full capacity, so be sure that you keep breathing. As a general rule, you want to inhale on the easiest part of the move (on the way down from a crunch) and exhale when you have to exert the most force (on the way up on a crunch).

Start Small
Just like you wouldn't jump in the deep end of the pool before you know how to swim, you shouldn't tackle a complicated or advanced core move on your first try. Start small by working in a smaller range of motion (holding a plank for 15-20 seconds), and then as your core strength improves and you master proper form, make the movement to larger and more difficult exercises.

Work in All Dimensions
Your body doesn't just work in one plane of movement, so why should your abs? Instead of always doing crunches, include absexercises that rotate, twist and turn your body like you do in real life. Functional fitness moves such as this Side Lunge Wood Chopor this Stability Ball Chop and Twist are both great exercises to build a truly strong core

Add a Weight
Dumbbells aren't just for bicep curls ! Like any other muscle, abs need to be challenged to get stronger. So if regular sit-ups aren't doing it any more (or if you have to do more than 20 to feel the burn), throw some weights into the mix and watch your results multiply.

Always Warm Up Properly
A warmed up core is a happy core. Because your abs are tied in to your lower back, it's extremely important to start any workout with a proper warm up to prevent injury. Warm those muscles up with some light marching in place and gentle standing rotation of your midsection.

Walk the Plank
Training your abs is not all about sit-ups and crunches. While those do work your abs, the plank is a more complete core move that works all the different parts of your abs and your upper-body. But instead of just holding the plank in a static position, engage even more of your ab strength by performing this challenging Plank Walk-Up. It's tough, but your abs will thank you for it!

Picture a Grapefruit
One of the biggest mistakes people make when doing mat work for their abs is that they keep their head down. This puts unnecessary strain on your neck and takes the focus off of your abs to perform the move. Every time you're doing abs exercises on the floor, imagine a grapefruit is lodged between your chin and your chest. For best results, don't let your chin lower to your chest!

Squat
As exercise physiologists study and better understand the core, more and more are recommending that we think of our core not just as the stomach and lower-back area, but also as our entire pillar (meaning everything except our legs, arms, and head). To really strengthen your core, fitness professionals recommend strengthening the muscles that tie in to your pillar like your glutes. And what's one of the best ways to fire those glutes?Deep squats, baby!

Train Your Back
True muscle strength is all about balance. Many of us focus on toning our abs (the muscles we can see) and totally neglect our lower backs. This strength imbalance can lead to lower-back injury and pain. Here's a good rule to remember: For every core exercise you do that only targets your abs (Read: isn't twisting, a plank, or involves standing--which all involve the back), you should do a specific lower-back exercise as well like this Swan Dive. Working your lower back makes for a more complete abs workout!

Try Balance Work
Really want stronger abs? Incorporate balance work into your routine. Whether it's with a Bosu, a stability ball, a balance board, or simply just standing on one leg, exercisesthat test your balance cause you to fire your core deeply, thereby giving you a more effective ab workout!

Go Slow
Think speeding through your ab workout will speed up your results? Think again. To really feel the burn, try slowing down. By changing the speed of your abs exercises, you'll work your abs in a more targeted way that boosts strength and results!

Tweak Your Diet
It doesn't matter how many hours you spend in the gym each week. If your diet isn't on point, you're not going to see that 6-pack. To show off those toned abs, eat a diet with plenty of lean protein, low-fat dairy, fruits, vegetables, and whole grains. Also, follow these tips to beat belly bloat (which might be hiding your fabulous abs!)

Make Sure to Rest
Just like other muscles, your abs need rest. Don't directly work your abs two days in a row. Take a recovery day in between. Rest helps give you muscles time to repair and get stronger!

Change it Up
Are you guilty of doing the same ab workout day after day? If so, it's time to switch it up. In fact, for best results, you should change up your entire workout-including abs!-every four to six weeks. Not sure where to start? Try SHAPE's free workout builder.

Maintain Constant Tension
If you're short on time, here's an easy trick to get more for your ab-workout buck: Flex your abs and keep them that way throughout your entire core workout. Whether you're doing crunches, planks, or balance work, squeeze those abs as if you're preparing for someone to punch you in the gut to get even more out of your usual moves.

Work Your Upper Abs Last
Many traditional abs exercises target the top of your abs. Problem is, they neglect your lower abs and obliques. Try starting your workout with lower-ab moves like this Double-Leg Lower Lift and this Bicycle Maneuver, which both work multiple areas of your abs. Then, if you have time, end your training session with upper-ab work.

Try Yoga or Pilates
Many yoga poses and Pilates exercises are extremely good for building core strength. If you're sick of tacking ab workouts on to the end of your cardio or strength session, trade your usual moves in for a yoga or Pilates class. Besides building core strength, these mind-body exercises can also increase your flexibility and reduce stress. Bonus!

nak buat nanyi !!!!!!!!!!!!!!! miahahahahaha....


kedit : yahoo news.

Sunday, February 19, 2012

Manusia bila hilang pertimbangan


Hai sayang,

Kejam sungguh kesan kebebasan menerbitkan apa jua bentuk penulisan dalam internet sekarang. Kebebasan disini bermaksud tiada halangan, tiada tapisan. Semua boleh dibaca oleh pengguna internet. Beberapa minggu ini, aku selalu membaca komen-komen pembaca mengenai berita di Yahoo yang kontroversi. Setakat ini, inilah yang terjahat sekali. Sila lihat sendiri gambar di atas. Aku tak mampu untuk menaipnya semula.

Jagalah lidah. Jagalah adab. Hormati manusia lain. Dunia kita pasti berubah menjadi lebih baik.

Sekain.

Sunday, February 12, 2012

Whitney Houstan meninggal ?

Hai sayang,

Baru baca tadi dekat yahoo news.. Sob sob sob.. One of my favourite female singer.. Meninggal sebab drug jugak. Huhuhuhu.. Pasal banyak mati sebab drug nih? Sayang sangat tau.. Sia-sia ja bakat yang ada tuh. But, for sure aku blame abis Bobby Brown tu. Sebab dialah Whitney jadik macam nih. Plus, black community yang asyik blame Whitney sebab tak 100% macam Aretha Franklin.. Huhuhuhu..

Cian Whitney.. Hidup sengsara.. Famous brings thousand of miserable.. Huhu. Baik lah yang sederhana jak kan? Syukur suma yang berlaku sederhana jak..

Dan yang paling best sekali semalam mak aku mengamuk macam singa betina dengan adik aku dan gf dia tuh. Padan mukak.. !! Mak mengamuk sebab gf adik aku take away Alya macam tu ja dari hidup dia. Ngam-ngam baru jumpa budak dua ekor tu di uma haaa siap korang kena amukan mak. Hahahaha.. I've been wondering all these years mana aku dapat sikap pemarah nih?? Rupanya dari mak.. Tapi, mak jarang meletup.. Sekali meletupppp... Miahahahhaha.. Rasa korang. And, ALYA  dah ada dengan kami.. Yeaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa... Sayang Alya.. Muaahhhh..

Luv,
Sayang yang buzy !

P/s: Ni lagu terbaekk Whitney.. RIP..
She said "The biggest devil is me. I'm either my best friend or my worst enemy"

Friday, February 10, 2012

Ni nama dia kena block eh?

Hello...

Ada sapa boleh explain.. apaka benda nya nih??
Ni blogspot abg Adha yg rajin update keje kosong..

Apa maksud ni ye? Hmmmm..

Sunday, January 29, 2012

Saya Rindu Yang Teramat

Hai sayang,

No words can describe how much i miss this cute little baby. She's now walking by her own. It is obvious we will never get her back. Hey you, janganlah jadi jahat. Kenapa nak pisahkan kami? Can you give her all the best? Can you take a really good care of her? Can you love her the way that i love her? Bila cakap pasal Alya, mata ku mula berkaca. Jangankan mata, hati ku nangis jugak. Ya Allah, Kau buka lah pintu hati perempuan tu kembalikan Alya pada kami.

Serindu-rindu aku pada Alya, ada insan lain yang lagi rindu dengan Alya. Ya..my mom. She loves Alya so dear. Alya is her companion these few months. Kemana dia pergi, Alya la kawan nya. Berat-berat Alya, di bawa jugak ke hulu ke hilir. Sampai lenguh tangan dia. Dia ndak merungut asal Alya gembira katanya. Mak, maafkan aku... maafkan aku.. maafkan aku.. Huhuhuhuhu.. Ya Allah, andai Alya tidak dapat lagi kembali bersama kami, pastikan dia sentiasa dalam jagaan yang terbaik, kesihatannya, makannya, tidurnya... Aduii.. mata... jangan menangis...please..aku tengah pakai mask ni.. Hehehe... (nanti dicerita kan)..

Dahhh.. takmo sedey-sedey. Apapun halangan yang ada didepan nanti, aku harap aku akan jadi lebih bersabar.. People do change for the better kan? Hopefully, hamba Allah yang satu ni dapat membimbingku ke jalan yang lebih dekat pada Dia.. tempat yang selalu kita mengadu, meminta... Love can come later.. The most important thing is for me is the nawaitu.. Baik nawaitu nya, mudahan mudahlah jalannya... Amin...

My collection of Baby Alya Damia Shaza Abdullah...

Baby Alya Talking

Baby Alya Lough A Lot

Alya - Single Ladies

Senaman Untuk Alya

P/s : Auntie sayang Alya. Auntie rindu Alya. Selamanya. Be a good girl okay. Muahhh..

Sunday, January 22, 2012

Laki Orang Yang Gatal Nak Mampos

Hai.

Berdasarkan tajuk, saya nak minta maaf la awal-awal. Sebab entri ni khas untuk pemunya number phone +60123513406. Sebab saya nak keluarkan entri lawak antarabangsa ni sebab saya dah bosan dengan lelaki hidung belang macam pemunya handphone ni.

Seyes, masa chat di fb dulu-dulu, saya tak tahu dia dah kawin. Cakap awal-awal dia bujang. Saya tak lah nak sangat dengan dia. Saya ni kan chatters. Suka chat dengan orang yang boleh buat lawak. Make me lough. Tapi, yang ni seyes sebab kedua saya layan chat di facebook sebab kami sama bangsa which is Suluk. So, saya percaya la konon yang sama bangsa takkan jahat punya. Macam saya. :)

Kami chat dah lama dulu sampai saya lupa siapa ka yang tiba-tiba mesej saya. (Ini membuatkan saya ingin menukar number.... sangat !!! Tapi, masih dalam pertimbangan.)

Malas nak cakap banyak. Below gambar skrin capture direct dari handphone saya.

p/s: Jangan main-main dengan saya. Dengan number pon ko sekali kuar. Apa ko rasa? Oren? Hahaha..






(Mesej dibawah sekali terpaksa dibuang sebab sangat-sangat kasar bahasanya..)

Jadey? Saya ni jahat ka? Sapa yang jahat ni? 
Buat pedoman semua lelaki diluar sana, ada bini tu, sayang-sayanglah. Penat tau diusha dulu-dulu. Lau bosan (saya pun ndak paham, apa yang boleh dibosankan sebab saya belum kawin. But, seyesly make love not sex ok.. Kalau kurang ilmu tu, sila-sila tambah ilmu di dada. Jangan segan untuk communicate with your soul mate. Harsh say, jangan cari perempuan lain untuk hilangkan gian ndak sedap dengan bini sendiri !)

Nota lain. Jantan begini memang bikin dunia yang aman ni boleh porak peranda. Dan jantan ni bagi saya adalah yang paling tiada akhlak la. I mean no harm to anybody kecuali pemunya number ni. Sebab dia bikin wa panasssssssssssssssss....

Daaa...and Gongxi Fa Chai Wan She Ru Ye..

Saturday, October 8, 2011

Man can be worst than Setan !


KUALA LUMPUR, Oct 8 — A man sodomised his 23-day-old son yesterday after his wife refused to have sex, according to police sources. Harian Metro reported this morning that the mother found injuries on the baby’s anus and mouth when she was bathing him yesterday evening. She had earlier refused to have sex with her 28-year-old husband since she had given birth three weeks ago.
“The mother was shocked to see the mouth bruised. She examined it further and found the anus injured as well,” the police source said. The 39-year-old mother only noticed at 4pm that the baby was weak and listless when she bathed the child.
The incident has sparked outrage among Malaysians who have called the man a “sick bastard” on Twitter.
Police believe the man bruised the toddler’s mouth when trying to stop him from crying during the sexual assault. He is believed to have sodomised the baby in the bedroom while his wife was resting in the living room. The source said that without her husband’s knowledge, the mother took the baby from the family’s home in Batu Caves to a nearby clinic. She was then referred to Hospital Selayang.
“The doctor confirmed the baby was sodomised."
“Furious with her husband, she lodged a report at the Selayang police station,” the source was quoted as saying by the Malay tabloid. Police arrested the man at about 8pm at his residence. He is expected to be remanded for four days. The newspaper added that Gombak police chief Abdul Rahim Abdullah confirmed the suspect’s detention. The suspect is being investigated under Section 377 of the Penal Code which relates to unnatural sexual acts.




Nangis aku baca artikel ni. Ya Allah, dah kiamat ka? Seramnya. How people can be so mean. 

Wednesday, August 17, 2011

Antara penyebab kebencian pada MukaBuku

Salam blogger,

Straight to the point. Aku suka dengan laman sosial mukabuku tu. Sebab boleh tau perkembangan kawan-kawan tanpa sibuk bertanya itu dan ini. Semua pun nak cerita kan? Hahahaha.. Lagi satu boleh shopping online. Sangat-sangat jimat bagi aku lah.

But, bila tertengok profile yang mengarut-ngarut macam contoh di bawah ni, buat aku menyampah dengan mukabuku. Malu pun ada. Gersang sangat kah wanita-wanita di luar sana? Sampai tergamak letak nama samaran "......... Gersang Menunggu" ?? Pelik otak aku fikirkan. Ye lah. Aku pun dah usia macam ni lum kawin lum ada teman tapi taklah sampai tergamak mengganggu goyah iman tipis kebanyakan lelaki di luar sana dengan nama pelik dan gambar yang masya Allah. Dan lagi yang buat aku malu is terang-terang amoi seksi ni letak agama dia Islam. Huhuhuhuhu.. Orang tawau lagi tu. Hayyoo... Ndak ku kenal budak ni tau. Lau ku kenal lama sudah aku sound. Tapi aku dah report dah profile dia dengan sebab gambar tidak bersesuaian. Maafkan kan kakak ya dik. 

Kepada gadis-gadis dan wanita-wanita diluar sana. Janganlah mencemar nama agama Islam kita yang sedia tercemar ni (akibat pergolakan politik kotor dan banyak lagi sebab lain yang malas aku nak sebut sebab nanti makin panjang entri aku malam-malam macam ni) supaya tolong-tolonglah menjadi gadis dan wanita Islam yang seislamnya. Lau terdesak sangat nak berkenalan dengan lelaki-lelaki iman tipis diluar sana, janganlah letak agama Islam as your religious, ok? Tolong sikit jak jaga nama baik agama kita. 

Sekian dan terima kasih. 

~Maju umat, majulah agama.~