DIIKLANKAN OLEH

KAWAN-KAWAN

OUR ANNIVERSARY

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

MY NAZRIN

Daisypath - Personal pictureDaisypath Happy Birthday tickers

MY NAZIRA

Daisypath - Personal pictureDaisypath Happy Birthday tickers
Showing posts with label OUM. Show all posts
Showing posts with label OUM. Show all posts

Saturday, October 31, 2015

My 8th months of pregnancy

Allahu akbar. Allahu rabbi. Selawat pada Nabi junjungan besar. Sesungguhnya pengalaman mengandung semakin hari semakin menarik. It seems like every day you getting know your baby inside your womb. My baby active at night when i was ready to go to bed. So, siang memang dia kurang aktif. Gerak jugak la but not that active compare to night movement.

Oh baby. Mama loves you. Baba also loves you. Jadilah anak yg pintar, sihat dan selamat dunia akhirat. Doakan yg terbaik utk keluarga kita ya sayang.

Barang baby almost 100% done. Barang mama jak yg belum lengkap ni sayang. Huhuhu. Doakan mama kuat ya. Mama ni penakut sayang. Tapi, demi baby mama ni mama kuatkan semangat. Mudahan lahirmu nanti segalanya mudah. Mama mau anak mama ni sihat. Jangan kuning ya nak. �� Demi baby, mama minum air jus oren Marigold oren yg masam tu. Petua auntie di Tawau. Anak dia tiada kuning. Huhuhu. Mudahan la ya nak.

Mama minta maaf sbb mama kurang bercakap dengan baby. Mama sibuk siang keja, malam buat asimen. Huhuhu.. ��

Keluarlah dengan selamat nak bila masanya sampai nanti. Mama nda sabar peluk cium anak mama. ��

Muahhh.

Saturday, February 14, 2015

Again ! Hantu tidur !

Salam blogger.

Entah apa yang tak kena dengan mata ni. Asyik mengatuk saja. Berat sangat. I have a lot of work to be done ok ! But....... arghhhhhhhhhhhhhhhhhhh

Teruk la kalau macam ni. Ni bukan pertama kali tau, Aaaaaaa aku ingat. Dulu pun aku macam ni jugak dan masa tu masa buat asimen. Hmmm..

Jadi, kesimpulannya, makin banyak asimen makin mengantuk la mata ni. Ahaha. Sadap.

Ni kali lah.. Sandi,

Ok byeeee..


Hawa Umairah binti Ahmad

Wednesday, January 21, 2015

First entry for 2015

Assalamualaikum semua.. Salam sejahtera dan bukannya Salam 1Malaysia. Sebabnya mudah saja. Takda makna ya ahahahahaha....

Hamboiii punya tambirang betul suda aku kan? Miahahahahaha. Dulu-dulu time bujang bukan main kan? Mesti mau ada first entri yang tanggal 1. Hahhahaha. Ketara nda da kerja dulu kan.. Sekarang malar busy. Almaklumlah sudah kahwin sudah belaki mesti mau jaga masa. Tidak boleh suda buang masa suka-suki. Masa penuh buat macam-macam benda. Hehehehe.

Tapi, untuk dijadikan cerita yang best kan.. Ni bulan musim asimen lagi. Last month asimen UUM. Nda juga banyak. Tapi, bolehlah akan menambahkan lagi kebizian aku. List di bawah tu yang setakat entri ni ditulis lah. Hehehe..

Syukur lah kan.

Ok bai. Si Abang memanggil lagi. Eeeeeeeeeeeeeeeeeee.. Kelapisan betul. Hahahahahahhaha...

1) Business Law
2) International Business  
3) Marketing management
4) Gaya Hidup Sihat
5) Membentuk dan Membuat Binaan
6) Pengajaran Komsas dlm BM
7) Biologi
8) Pengurusan Silang Budaya
9) Linguistik

Ni kali ai sapu rata. Ahaks~~~~~~~ but i wish dapat buat satu kali lagi asimen bina model landskap ooo.. siok bai tu. Sa sukak !! Please pm me ya? Sapa2 dapat ni asimen dan tak mau buat, Hehehehehe..



Wednesday, October 22, 2014

The most hard assignment i've ever had !

Salam you all,

Happy Deepavali. Eventhough its holiday but i don't have any. I'm stuck at home finishing all the assignment.  I have a lot of new assignment. But, this one is the hardest and it's really challenging my level of thinking.

Yup. The subject is "MPW1143/2143 PENGAJIAN ISLAM". The question is:-

TUJUAN 
Tugasan ini bertujuan untuk menilai kebolehan pelajar mengenal pasti laman web yang anti Islam dan pro Islam serta melihat kemampuan pelajar menganalisis secara kritis laman web tersebut.

KEPERLUAN
Terdapat kepelbagaian laman web dan blog Islam. Kenal pasti laman-laman web atau blog yang anti Islam dan pro Islam.

Aren't this was too much?? After looking and searching for 2 days in a row, I now knew that Islam is really in a deep deep deep deep trouble. It's like Islam is drowning. People all around the world looking Islam as the most ridiculous religion ever especially the anti Islam. Too many agenda being played by professional player. Until some of people seems loss in seeing Islam as the most beautiful and perfect religion.

Whatever it is for me this assignment is tough. Hard. Crazy. Not worth to do. But, its my new client. Need to do it and finish by today. :( Wish me luck people.....

How i wish at this moment i can play with Alya, Adam and Hawa.. :(

Bye.

Saturday, September 27, 2014

Aktiviti yang Sihat di Kampung Kelanahan, Papar

Hai semua. Assalamualaikum..

Dalam sebok-sebok ai ber asimen nih, ai nak jugak release sedikit tension dengan memblogingkan diri. Ok, Minta maaf lah sebab guna bahasa yang rojak. Ini adalah tulisan bukan formal ya kawan-kawan. Kalau eden berformal eden guna bahasa formal walaupun dalam penulisan. Hihihi. I love Bahasa Melayu tau.. :)

Ok. Sekadar sharing jak. Before ai start ber asimen, ai dengan hubby buat banyak aktiviti di sekitar Kampung Kelanahan ni. Best tau.. Rupa-rupanya di kampung ni ada pantai yang tersangatlah besar dan tersangatlah bersih. Pantai ada dua bahagian. Bahagian satu di Pantai Telinting dan 1 lagi di Pantai Manis. Pantai Manis ni memang banyak org tau. Pantai Telinting tu belum lagi banyak yang tau sebab jalan masuk dia belum ber tar. Huhuhu. Jauh pulok nak masuk ke kawasan pantai tu. Sebab tu la kali kurang sangat orang tau pasal kewujudan pantai tu. Hehehe. Syukurlah kan? Sebab kalau banyak orang tau, kotor lah pantai tu gamaknye.. Huhuhu..

Aktiviti kami laki bini yang menghitamkan kulit ai :( ialah aktiviti berbasikal. Haaa. Ko pikir? Kami berbasikal ke kawasan bakau dan jauh ke pelusuk hujung kampung hingga sampai ke landasan keretapi lagi. Hehehe. Kata si abang, dulu-dulu orang Cina yang dari Mainland China yang buat jalan keretapi tu sebab masa tu kita orang Sabah tak pandai nak buat jalan keretapi tu. Batu dia pun pelik. Tak pernah jumpa. Hmmmm.. So, ni gambar yang sempat ai ambil untuk tatapan you all..

Dua buah beskal...

Lain kan batu dia? Hehe..

Banyak rangit !!!

Tempat karbau mandi manda !

Tengok si abang tu. Memetik lemiding.. Yummy....

Pantai Telinting
Bergaya sopan di Pantai Telinting !

Pantai Manis. Kami memancing nih.. Hihi..

Tengok gayak Adam dan Alya dengan mummy nya.. Pertama Adam nda mau langsung pijak pasir kegelian dia. Sekali auntynya ni bawa main uma pasir, nehh nda mau naik lagi ya.. :)

Sioknya.. 

Tengok mamak dan bapak. Gembira sangat meka. Mamak mau dipaksa ya pigi mandi. Kata Alya, "Macam kau artis !" Hehehe..


Jadi? Semat kan pantai nya? I love it. Tapi, buat masa ni, Nda bole dah pi pantai. Ai busy !!!! Uwaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa...




Monday, March 11, 2013

February Yang Ku Tinggal

Salam blogger,

Bisa-bisanya (dalam Malay sama erti dengan bolehnya) aku melepaskan bulan February 2013 ini tanpa sebarang entri !!!. Ini sudah lebih. Sangat terlebih. Yup. Alasan yang membosankan semua. Busy. Hell to the busy. Actually tu musim aku buat asimen OUM, but it actually turns out that aku pass 80% of all my asimen to my other friends. So, apa yang kau busykan ni Naz??

Adehhhhhhh. Ni aku malas bila banyak benda kena sensored. Aku dah taip dah tadi. Sikit punya lawa ayat aku tadi. Kena delete sebab banyak cerita kena sensored sudah. Dem it.

Haaa. kita cerita benda yang nda sensored aaa.. Aku bertukar jenama kepada jenama popular sekarang. D'Herbs kunun. Dari gincu kolegen, shampu dan krim rambut, celak mata dan pencuci pepe'. Semua D'Herbs tau. Biarpun ada sikit mahal dari barangan biasa di kedai-kedai, aku rasa ada berbaloi juga la. Harap boleh lah dikekalkan yer. :)

Done with that. Kita alih cerita kepada the incredible story if the year buat all Sabahan. Yup. Isu pencerobohan la apa lagi kan? Hmmmm..

Aku tak sangka sebenarnya keadaan di Lahad Datu terutamanya adalah teruk. Bom mesin gun segala bagai. Bila TV3 siar dalam Buletin Utama hari tu.. aku baru tau yang sebenarnya memang perang dah di Lahad Datu cian. Kami di KK ok jak bah. Tapi, keadaan malam agak sunyi lah jika dibandingkan dengan malam-malam pada hari biasa sebelum-sebelum ni. Mungkin langkah berjaga-jaga kot. Orang Sulu Pilipin ni hmmm. Meka ni mana ada pikiran ni. Tu la aku yakin ada pihak yang cucuk-cucuk pikiran meka ni. Tak pun disogok dengan duit bagi hancur Sabah ni or dibuduh-buduh bilang Sabah ni negara meka yang kaya nya dinikmati oleh orang lain. Ala..orang macam ni memang senang nak diperbodohkan. Tengoklah siapa yang paling banyak dalam perhimpunan-perhimpunan Bersih tu? Berduyun-duyun bas dari ulu-ulu kampung, kan? Hmmm. Malas cakap lebih la. Tapi, itu lah pikiran aku. Hmmmm..

Ok. See you in the next ________- i dont know. :(

Goodbye February !!!


Sunday, January 27, 2013

Sekali lagi

Hai all,

Entri dah makin berkurangan. Aku tau tu. Aku pun ndak tau apa mau share. Sorry ya dear bloggie. Bukan aku lupa daratan atau lebih semat kalau ku kata kacang lupakan kulit, tapi aku betul-betul no idea what to write. Hmmmm... what if aku story pasal my so call perubahan? Hihihihi..

As you all know, baru dekat 2 bulan aku kawan dengan si Abang. Mak kauuu.. baru 2 bulan ya?? Aku rasa macam dah 4-5 bulan dah. Kahkahkahkah. Itulah kot namanya cinta sejati.. mangkali?? Hahahaha.. Sepanjang 2 bulan ni, aku dah jauh berubah (ni orang cakap lah). Aku tak perasan sangat. Sebab aku yang empunya diri kan? Hihihi. Orang cakap lah, aku makin lembut (gitewww) tak garang sangat dah. Keep calm on the road jugak, semualah serba serbinyaa.. Hihihi. Semua thanks to him la kan. Lelaki yang bisa mengubah aku kepada yang lebih baik. Syukurlah. Love him.

Sebenarnya, sedar tak sedar dah sampai musim buat assignment lagi. Aku banyak rejek kertas orang. Malas aku nak buatnya lagi. Kenak-kenak lagi orang yang banyak songeh. Malas aku nak layan nya. Buang karan je. Baik buat yang senang dan tak banyak songeh. Senang sikit pikiran.

Haaaaa.. sebuat pasal pikiran, baru-baru ni aku dapat sakit kepala yang teramat sangat. Tahan punya tahan, sampai si abang marah. Paksa bawa hospital check. Sebab kalau pegi klinik memang sah doktor akan cakap sakit kepala biasa je ni cik. Malas aku. Jadi kami pegi Queen. Huhuhuu. Percaya tak percaya. Aku dapat migrain yerrr.. Terima kasih tuan-tuan dan puan-puan yang banyak bagi aku benda nak pikir tu. Syukurlah ada abang. Dia nasihat. Lepas ni, sayang jangan banyak pikir yer. Biar abang yang pikir untuk sayang. Ecehhhh.. begitu sayang abang aku nih dekat aku tau. Hehehe. Dan lepas hari tu, migrain dah tak datang-datang lagi. Hihihi.. Mujarab kot nasihat abang aku tu. ^_^v.

Lepas migrain, aku dapat demam selesma. Kali ni pegi klinik dekat IP je. Dengan abang jugak sebab ngam-ngam semua orang rumah kuar pegi Maulidur Rasul. Aku tak dapat pegi sebab hmmm sebab sibuk buat keja assignment lah. Hihihi. Teruk aku selesma. Malu jugak dengan si abang. Cute banget muka aku kot  masa sakit tu. Sampai dia asyik bagi aku ketawa. Hihihi.

InsyaAllah jika tiada aral merintang, ada rezeki, kami....................
.
........
.........
................
....................
...........................
...............................

sekeluarga akan balik Tawau Febuari cuti Tahun Baru Cina nanti. Hihihii. Suspen jer kan? Pasal kahwin, insyaAllah October ni. Ecehhhhhhhhhhhhh.. Semangat aku nih. Rumah dah hampir siap. Baju tengah pilih-pilih color lagi. Tempat? Mungkin di KK saja. Hmmm.. Tengoklah nanti camna. Hihihihihi..

Ok Time to finish the assigment.... Baiii..

Manchester United ... (tiba-tibaaaaaaaa kahkahkahkah..)



Monday, July 23, 2012

How To Get Hot Seat Without Even Paying For The Hot Seat !


Entri ni sambungan entri Model Landskap :)

Seyesly, masa model ni dah siap. Aku mula pening macamana nak angkut benda ni naik plane. Besaq juga la 60cm x 45cm. Saiz memang ngam-ngam satu seat ni. Kalau nak cabut pokok-pokok dia tak mungkin la. Kang longgar pulak. Jadi, aku angkut ja macam tu pegi airport. Sampai airport, abang aku tanya awek-awek kapal kat kaunter. Macamana nak bawa model ni? Kena hand carry ka? Awek tu cakap, ya encik ni hand carry. Matilaaaaaa.. tecabut la pokok-pokok cute tu. Aku tak puas ati. Pegi cari boss dia. Hehehe.. Luckily, ada manager duduk-duduk dekat kaunter.

Manager tu pun cakap sama jugak, kena letak dalam kotak. Adedede. Aku cakap la, tak boleh encik benda ni dah ada orang yang tunggu di airport Tawau. Ntah malaikat mana yang suntik hati manager tu. Terus manager tu bagi solution yang hebat macam ni.

1) Kamu semua masuk dulu dalam plane sebelum orang lain masuk.
2) Ambil seat belakang sekali sebab plane ni tak penuh.
3) Kami hahahahaha and say thank you banyak-banyak jak la sama tu manager. :)

Macam tu la kami dapat hot seat airasia. Jadi artis jalan dulu tanpa bayar apa-apapun untuk dapatkan hot seat tu. Hihihihii..

Sekian dan terima kasih.


Penat ok...

Dia amek dua seat satu kali ;p

Sunday, July 22, 2012

How to make landscape model (Model landskap)

Hai sayang,

Seminggu terakhir bulan Jun 2012, aku terima satu projek menghasilkan Model Landskap yang mempunyai dua unsur dalamnya iaitu softscape dan hardscape. Seriously, aku tak pernah buat seumur hidupku. But, that lause keep on pushing me and persuade me to do it. Masa dia pujuk aku tu, aku tengah busy siapkan 3 lagi asimen OUM. Mau tak mau aku termakan pujukan kakak tu untuk buat jugak sebuah model landskap yang ku beri nama "Mini Perdana Park Model Landskap".

Oleh kerana tiada pengalaman menghasilkan model landskap ni, aku macam biasa belajar dari Mr. G tengok hasil-hasil model landskap yang pernah orang buat. I totally don't have any idea how to make itu fake pokok, fake rumput karpet. Kalau buat pondok-pondok tu i know la sebab my bro pernah buat untuk model rumah idaman dia (nak tau link ada sini). Selesai sahaja buat asimen OUM, aku mula shopping untuk cari bahan-bahan model landskap tu. Nak cari bahan untuk projek pertama sekali dalam otak aku, mesti ada semua di Eaton's Centre Point, KK. So, situlah tujuku. Separuh barang dapatlah macam gabus tebal yang sangat lah besar (memalukan betul bawa keliling Centre Point !!). Kertas warna, gam UHU, cutter dan macam-macam lagi.

Untuk pokok palsu pulak. Nasib baik pekerja baik hati di Eaton's bagi idea. Dia cakap cuba cari di Kaison. Walaweiii.. ada jual rupanya. Tapi, rupa dia tak lah semacam pokok kecil-kecil sebab kita kena cabut satu-satu dan buat sendiri. Hmmm.. at least dapat la kan? hehehe..

Untuk rumput karpet pulak, aku habis akal. Aku ingat nak beli kain bulu-bulu tapi macam mustahil orang buat pakai kain bulu-bulu sebab mahal. So, aku jalan-jalan di kedai RM2 di Indah Permai. Hek elehhh.. rupa-rupanya mereka guna span hijau cuci piring tuuuu.. Just belah dua sahaja untuk dapatkan rumput yang sederhana tebal.. Sesuai sangat nyahhh.. :)

Untuk kolam projek tu pulak, aku cuma perlu lubangkan separuh (ikut bentuk kolam tu la) gabus tu dan warnakan guna water color jenama Buncho warna biru terang habis cerita.. Hehehehe..

Untuk kawasan parking lot keta cuma gunakan kertas warna hitam dan liquid paper untuk pembahagi. Sangat mudah, kan ? Hehehe..

Seronok sangat buat projek ni. Aku ambil masa 2 hari sahaja untuk buat model landskap dan 2 hari untuk buat folio dia.. Puas hati sangat. Aku tak sabar nak tau markah yang kakak tu dapat. Hehe.

Gambar dibawah contoh proses menghasilkan model landskap tu..

Oh ya.. sambungan cerita proses membawa model landskap sebesar 45cm x 60cm naik kapal terbang akan disambung kemudiannnn.. Ngeeeeee....



Full picture indak boleh la kan? Hehehe.. Mau tengok jugak, sila bagi emel di ruangan komen.

Saturday, May 26, 2012

6 Peringkat Pembangunan Produk Baru (New Product Development-NPD)


Memperbaiki dan mengemaskini barisan produk adalah penting untuk kejayaan bagi mana-mana organisasi. Kegagalan untuk sesebuah organisasi untuk berubah boleh menyebabkan kemerosotan dalam jualan dan dengan pesaing perlumbaan akan datang. Proses NPD adalah penting dalam sesebuah organisasi. Produk melalui peringkat kitaran hayat mereka dan akhirnya akan digantikan Terdapat lapan peringkat pembangunan produk baru. Peringkat ini akan dibincangkan secara ringkas di bawah:

1) Penjanaan Idea
Idea produk baru perlu datang dari suatu tempat. Tetapi di manakah organisasi mendapatkan idea-idea mereka untuk NPD? Sesetengah sumber boleh didapati termasuk:

• Dalam syarikat itu sendiri - pekerja
• Pesaing
• Pelanggan
• Pengedar, pembekal dan lain-lain

2) Pemeriksaan / Saringan idea
Proses ini melibatkan peralihan melalui idea-idea yang telah dijana pada peringkat pertama dan memilih idea-idea yang boleh dilaksanakan dan boleh dilaksanakan untuk dibangunkan.

3) Analisis Perniagaan
Organisasi boleh mencari apa yang mereka percaya untuk menjadi idea yang boleh dilaksanakan, bagaimanapun, idea ini perlu diambil kepada sasaran pengguna. Apakah yang mereka mahukan idea? Ia akan menjadi praktikal dan boleh dilaksanakan? Ia akan menawarkan manfaat yang organisasi berharap ia akan? atau mereka terlepas pandang isu-isu tertentu?

4) Pembangunan produk
Jika konsep pengeluaran lulus ujian perniagaan, ia bergerak ke R & D atau kejuruteraan untuk dibangunkan ke dalam pengeluaran fizikal. Peringkat ini juga dikenali sebagai pelaburan lompatan besar.

Jabatan R & D akan membangunkan satu atau lebih versi fizikal konsep produk. Ia akan menjadi berharap untuk mereka bentuk satu prototaip yang akan memuaskan pengguna, dan boleh dihasilkan dengan cepat lebih pada kos bajet. Ia mungkin mengambil masa seminggu, sebulan, atau setahun. Prototaip itu mesti memerlukan ciri-ciri berfungsi, dan juga menyampaikan ciri-ciri psikologi yang dimaksudkan.

5) Pengujian pasaran
Selepas berpuas hati dengan pengurusan prestasi fungsi dan fizikal produk bersedia untuk berpakaian dengan nama jenama dan pembungkusan dan dimasukkan ke dalam ujian pasaran. Kos ujian pemasaran boleh menjadi besar, dan mengambil masa yang boleh membenarkan pesaing untuk mendapat kelebihan. Jika pengurusan yakin tentang produk baru, maka syarikat boleh melakukan ujian pemasaran sedikit atau tidak.

6) Pengkomersilan
Ia merupakan peringkat yang seterusnya apabila syarikat itu memperkenalkan produk baru ke pasaran. Syarikat akan menghadapi kos terbesar. Pada peringkat ini, syarikat mestilah menguruskan kemudahan pembuatan skala penuh. Syarikat itu boleh membelanjakan berjuta-juta ke atas pengiklanan, jualan promosi produk baru pada tahun pertama.

• Masa
• Tempat
• Sasaran
• Bagaimana

Monday, May 21, 2012

Rezeki Bulan Mei

Hai darl,

Mula lagi kerja part time yang sangat lah part time ni.
Aku sebenarnya tak mo dah buat sebab bukan aku pandai pun.
Plus, aku malas dah nak perah-perah otak.
Tapi, orang cakap "rezeki jangan ditolak, musuh jangan dicari."

Okeh. Aku buat. Kali ni pantas. Insya Allah.
Nanti aku hapdet lagi. Berapa ratus tugasan kena buat kali ni.
Setakat ni baru 3 horang submit.

Mudahan kali ni mudah saja jalannya ya ! Amin..

Oh ya Kaamatan. Aku nak balik. Kawan aku dah deliver baby kembar lelaki. Tapi cian. Budak tu masih berusia 8 bulan. :( But so far, dua-dua okay. Yang satu kurang berat. Yang satu jantung degup laju pulak. :( 
Like my officemate cakap, yang kurang berat tu suppose adalah yang tua. "Menurut kajian" katanya.

Kah kah kah. Okay. Di layan kau Eva Mendes. Aku pun tak tau sebenarnya kebenaran "kajian" itu. Hehe Malas nak google. Banyak keja. 

Ok bai.

I tinggalkan my darl dengan video yang sangat lucu bagi aku. Sedap tau sora encek Beruang tu.
Tak percaya?? Dengar sendiri... =,=

kah kah kah kah..
ps: I miss someone. I wish ___________ !!!


Sunday, May 6, 2012

THE MYTH

Identify some local and international customers right. Design a guideline, or a charter, for your future business in order to know handling customers in the right way. Design your own customer touch point that you think is necessary to meet the customers’ needs and wants.

Mengenal pasti beberapa pelanggan tempatan dan antarabangsa. Rekabentuk satu garis panduan, atau piagam untuk perniagaan masa depan anda untuk mengetahuipengendalian pelanggan dengan cara yang betul. Rekabentuk pelanggan titik sentuhan anda sendiri yang anda fikir adalah perlu untuk memenuhi keperluan pelanggan dan mahu.
 
"apa la susah soalan ni? aku bingung.. lol..........."

Sunday, March 4, 2012

Aku kangen banget !!!

Sayang yang ku rindui,

Sangat kangen ok !
Lor ngerti ngak?
Kangen dehhh kangen...

Hahahaha..
bukan pada siapa pun
tapi pada kamu yah... my dear bloggie..

Ngeeeeeeeeee...

Aku sedang mencipta rekod. Dengan menyiapkan 5 assignment dalam tempoh 2 hari sahaja.
Bahu sakit, kebas..

Sabar-sabar ! Chayyo-chayyooo..........

Doakan guwe cepatin nyiapin suma.. guwe mau balik Tawau dehhhhhhhhhh,....

Saturday, February 18, 2012

Hantu Tidur

Hai sayang,

Seyesly im so fed up mo mampus with my own eyes. This one week aku jadi hantu tidur. Paling lama aku boleh bangun tika berada dalam bilik indah ku, 30 minit. Seyes 30 minit sahaja. And after that 30 minit I will automatically tidur. Huhuhuhuhu. Never happen. Or.. Or ada hantu tidur dalam bilik aku lately ni?? Biar dalam keadaan aku tengah men hp if itu hantu tidur datang, aku tetidur jugak. Tidur yang langsung mati. Bukak mata, kompom dah terang. Seram ok.. Dengan tak pakai selimut dengan bantal masih tak bersentuh. Ohohohohoho.. apa nak jadi dengan mata aku ni???

Keja aku yang bertimbun-timbun ni tak gerak walau seinci kedepan. Begerak seinci kebelakang adalah kot. Hishhhhhhhhhhh.. Bila nak siap camni??? Kalau minggu ni tak siap barang dua keja, aku kena pass dah dekat kawan-kawan yang boleh ambil. Goshh.. seyesly ini sangat membebankan.

Siang lak, ada Alya kecik ni asik kacau-kacau nak men lah tu... Huhuhuhuhu... aku kena fokus untuk siapkan cepat... Berikut senarai subjek projek kali ni...


HBSS 3203 PENGENALAN SOSIOLOGI X 2
HBAE 3103 KRAF TRADISIONAL X 2
HBML 3203 TATABAHASA DALAM PENGAJARAN BAHASA MELAYU X 2
HBEF 1403 SENI DALAM PENDIDIKAN X 1
HBML 2103 MORFOLOGI DAN SINTAKSIS BAHASA MELAYU X 4
BDAW 2103 BASICS OF FINANCIAL ACCOUNTING X 1
HBML 1103 PENGENALAN PENDIDIKAN BAHASA MELAYU X 2
HBPE 1103 PENGENALAN PENDIDIKAN JASMANI X 1
HBLS 3203 ASAS ELEKTRIK DAN ELEKTRONIK X 1
HBAE 1103 PENGENALAN PENDIDIKAN SENI VISUAL X 5
BBKN 3103 BUSINESS COMMUNICATION X 1
BBPM 2103 MARKETING MANAGEMENT X 1

Haaaaaaaaaaa... seksa ka tak seksaa??
Sabar deh sabar dehhh..

Ok bai.