DIIKLANKAN OLEH

KAWAN-KAWAN

OUR ANNIVERSARY

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

MY NAZRIN

Daisypath - Personal pictureDaisypath Happy Birthday tickers

MY NAZIRA

Daisypath - Personal pictureDaisypath Happy Birthday tickers
Showing posts with label Is it LOVE?. Show all posts
Showing posts with label Is it LOVE?. Show all posts

Monday, April 2, 2018

My Second Pregnancy

Salam my dear,

It's been too long from my last writing. Huhuhu. Actually ada jugak nak post dari apps handphone but turns out Redmi tak dapat guna Blogger Apps. Huhuhu.

Yup. I'm on my second pregnancy!! Dah masuk minggu ke 32 dah.. Hihihi. And seriously, sama macam first pregnancy. I didn't know the gender. Masa scan majoriti doctors say it's a girl. Tetiba ada one doc say it's a boy!

Oho.. Mak stress. But, this time i ada sikit bijak. Mak beli baju colour putih jaa hahaha. Beli sikit ja sbb baju abg Nazrin yg lama masi baru lagi. Tak mau membazir.

Mengandung kali ni mmg jauh berbeza dari yg pertama. 2 kali mak ke Emergency tau!! Yg pertama tu sebab sakit belakang yg menyucuk2. Graso macam nak mati ja. Memang pertama kenak sakit tu, mak cuba bawa bertenang. Minta husband tolong urut2 kan belakang. Ada kurang sikit. Sekali middle of the night tu, mak dah tak tahan. Nangissssssssssssssss...

Terus kami ke Queen. Sbb tu yg dekat. Masa sampai terus masuk Green Zone. Doc cakap apasal nda ke Likas? Dia ada cakap jgk, no ambulance available masa tu, kalau tak mmg kenak naik ambulance la i ke Likas. I cannot talk suda. Sakit sangat....... Then, dorang decide bagi ubat tahan sakit. But ada mention jgk this will effect my baby. I ask them what  kind of effect? Dia blg just that baby akan ikut kurang gerak sbb mabuk oleh ubat. I ask lagi. Its that akan give side effect to my baby? Dia cakap, no nanti ubat hilang, the baby akan ok jugak. So, i said ok.

Nah.. after makan the ubat, i disuruh berehat. Before i fell asleep, there goes my muntah. Huhuhu. Sorry! Betul2 tak tahan. Sampai ke pagi kami di sana. Dalam jam 7 macam tu baru discharge. Masa di rumah, sakit tu datang balik. :(

I said ni mesti bukan sebab the pregnancy. Ni mesti sakit perut or benda lain. Then, dalam jam 10 pagi,  kami ke Klinik Dr Bahrain di Pekan Sabindo ja. Tp, my husband said mau jumpa yg betul2 Dr Bahrain. So, pegi la kami ke Sembulan. Mak aihhhhhhhhhh. Rupa2nya, standard dia 1 patient = 1 hour. Bayangkan brapa lama mak tungguuuuuuuuuu.. Maybe dalam jam 5 baru dapat jumpa doc.

Tapi memang berbaloi la penantian tu. The doc said actually i kena sakit kencing kotor which is very common utk ibu mengandung. But he said kalau dibiar akan menyebabkan keguguran. Ohohohoho. Then, dia cakap ubat hospital tak membantu pun hilangkan sakit tu. Jdi dia bagi ubat antibiotik yg tolong hilangkan kuman di tmpt pundi kencing. Dia cakap within 48 hours i should be normal again. Yep. Apa dia cakap betulllllllllll.. Huhuhu. Hospital222222 baik tak yah pegi.

Sakit kedua yg menyebabkan mak ke Emergency is perut kejang. Ni kali mak direct ke Likas. Actually, mak tak nak ke sana sebab jauh sangat and mak rasa sakit ni sebab mmg perut yg ada kembung angin. Tp, si husband insist!!!!!!!!!!! So, pigilah kami. Ingatkan bole jumpa doc yg area emergency jak.. Ampunnnnnnnnnn.. oleh sebab kandungan dah cecah week 27, dipaksa naik ke PAC !!!! Allahhhhhhhh..

You know ka PAC is what? Huhuhu. Mummies akan kena cek seolah2 you mau deliver suda. All the cek2 bukaan, all the Cardiotocography (CTG) la and so on. Huhuhu. Mak rasa nak tumbuk baba dah malam tu. I already said i did not want to go Likas. Huhuhu. Ai this is very sad story. Stop.

Tu la dua cerita setakat ni. Nanti mak sambung lagi OK?

Daaaa....


Thursday, December 12, 2013

Genap Setahun

Salam semua..

Hari ini aku happy sangat. Tapi, agak penatlah. Huhuhu. Biasalah wanita bekerjaya gitu. Sabar jer lah kan. Syukur diberi peluang mencari duit sendiri. Hehe.. Eksited sangat aku hari ni, sampai ada kawan opis tanya kenapa muka kau happy ni moi? Erkk.. Obvious sangat ka? Hahahhaha..

Ya.. Hari ni genap setahun usia perkenalan aku dengan si Abang. Hehehe.. Tak sangka kan? Tahan jugak si Abang sama aku ni. Hihihihi.. Dari 12.12.12 jow... Jangan jeles yah..Buwekkk... Tapi, seyes aku jeles dengan Che Ta. Dia nikah 11.12.13 kan? Huhuhuhu.. Rezeki dia la tu.. Hmmmmm..

Kali ni kami tak celebrate sangat. Aku tak banyak masa nak keluar. Busy terus la katakan...

Di kepsi jak yang sempat. Ngeeeee~~~~~~~~



Dear Love,

Thank you for loving me..

I LOVE YOU.. :)


Sunday, October 20, 2013

It's Getting Weird

Hi dear bloggie,

I miss him like every single second of my life. Gosh..
I will be mad for no reason if he's not around me..
What is this feeling?

I want him to be near me all the time..
I want to hear his voice..
I want to see his eyes..
I want to see his smile..
What is this feeling?

Am I in deep crazy love?

I think indeed I am..

Muahhh.. My fiance yang kuat berlawak. Love him. Muahh.. Hahahahaha....

Wednesday, December 12, 2012

Pertemuan Aku dan Dia

Dear bloggie,

Mesti semua blogger pun sebok nak berkesah-kesah tentang tarikh unik yang manusia-manusia terpilih jak menjalani hari yang hanya muncul 100 tahun sekali ni kan? Aku pun begitulah kiranya. Miahahaha. Bagaimana untuk aku kesahkan barang sedikit tentang hari ku untuk tarikh yang istimewa ini ya? Hmmmm..

Dah banyak aku taip tadi tapi aku padam. Taip. Padam, Taip. Padam. Mungkin cerita kali ini hanya layak diketahui bila sampai masanya kot? Erkkk.. Apa yang aku tahu, tarikh ni menjadi tanda bermula kesah cinta aku dan dia. Hahahaha. Dipendekkan cerita. I'm in love. I have a very strong feeling that this is it. Cross my finger. Mudahan semuanya dipermudahkan. Mak, pak. Semoga mak dan bapak dapat terima dia sebagaimana aku terima dia. Bulan depan insyaAllah.. :)

Arios.

12.12.12

*PS: Aku kena buang tarikh 12.12.12 dari tajuk entri sebab banyak sangat komen spam aku dapat dari omputeh sex maniac. Hihi.

Thursday, September 20, 2012

How Can I Not Love You?

Berkenan betul aku dengan lirik lagu ni. Enjoy la korang erk.


Cannot touch, cannot hold, cannot be together ...
cannot love, cannot kiss, cannot have each other ...
Must be strong and we must let go -
Cannot say what our hearts must know ...

How can I not love you?
What do I tell my heart?
When do I not want you here in my arms?
How does one waltz away from all of the memories?
How do I not miss you when you are gone?

Cannot dream, cannot share sweet and tender moments ...
Cannot feel how we feel, must pretend it's over ...
Must be brave and we must go on,
Must not say what we've known all along.

How can I not love you?
What do I tell my heart?
When do I not want you here in my arms?
How does one waltz away from all of the memories?
How do I not miss you when you are gone?

How can I not love you?

Must be brave and we must be strong.
Cannot say what we've known all along.

How can I not love you?
What do I tell my heart?
When do I not want you here in my arms?
How does one waltz away from all of the memories?
How do I not miss you when you are gone?

How can I not love you .... when you are gone?



Saturday, September 15, 2012

Perang

Perang. Berperang lagi.
Sudah aman. Perang lagi.
Sudah sunyi sudah diam.
Bising lagi. Gamat lagi.

Entah berapa kali aku tersungkur.
Aku pun dah lupa.
Yang aku ingat aku kalah dalam setiap pertempuran.
Aku ni tampak jak gagah.
Hakikatnya aku paling lemah.
Itulah sebabnya aku acapkali kalah.

Tersungkur. Kalah.
Tapi, aku bangun juga.
Biar merangkak. Biar bertongkah. Luka parah.
Aku bangkit juga.

Cukuplah dengan perang ini.
Carilah askar lain yang jauh lebih gagah.
Aku mau diam. Aku mahu sunyi.
Biarlah tanpa senjata.
Yang serasa aku, aku pun tidah tahu fungsi sebenar senjata tu.

Mahu ku cakap pasrah.
Aku pun tidak tahu tahap pasrah tu.
Jadi aku mau diam saja. Diam.


Saturday, September 8, 2012

Update Syawal 2012


Salam dear,

Sori yooo sebab tak update belog nih. Bukan tak da masa. Masa tu ada. But the real problem is...don't have story to update. :( kamu percaya meh aku ni tiada cerita ? miahahahahaha..

Syawal 2012. Yup. Macam biasa balik Tawau la. 10 hari cuti tu. (Habis cuti tahunan aku huhuhuhu) Sepanjang-panjang cuti tu, aku dengan famili jak. Friends ? Nope. Nope at all. I think dah jadi kebiasaan yang harus aku terima kot. Beraya sorang-sorang. Sebab most of my friends di Tawau ni sudah berumahtangga. No more raya sama-sama. Even SMS say selamat hari raya pun tarak. It's ok la kawan. I know you all buzy sangat-sangat dah. Lain busy atur laki atur anak atur mentua. I maafkan you all. :) Maafkan aku sebab aku masih sendiri hehehe bukan mahu ku ok? Sabo jer lah kiah..

Sepanjang di Tawau, langsung tak da hati aku nak jalan-jalan ke bandar. Nope. Nope at all. Sebab ? Suka hati aku lah kan. Hahahaha. Cuma malam sebelum balik KK, aku ada kuar dengan sorang kawan (kononlah kawan) jauh dia datang dari Lahad Datu semata-mata nak jumpa aku. Romantik la tu konon. I like you but kau tu kumbang dalam taman. Malas nak main dengan kumbang spesis kau. Nanti marah segala bunga, pokok, daun dalam taman tu dekat aku yang menten cute ni. Aku bukan nak sangat main dengan kumbang tu dan spesis-spesis kumbang macam tu. Tapi, tu la kan orang dah jalan jauh pencilkan diri buang sayap dan bla bla bla bla... tetap jugak datang spesis tu dekat aku. Hish ! Dah nasib aku kot kawan dengan kumbang spesis macam tu :( not my fault ok ! dem i don't like. Kuar dengan dia tu, aku sempat melihat keseluruhan bandar Tawau dari bangunan yang paling tinggi di Tawau. Dalam hati, "lip lap jugak Tawau nih.."

Cerita lain lagi. This week la jugak ye. Contact yang aku dah lama buang satu demi satu contact aku balik. Yang satu tu aku dah delete number dah. Jadi, bila call in (dengan tak pernah mengingat number orang) aku selamba je la sambut. "Moshi-moshi, sapa ni?" Alamakkkk.. nyesal aku sambut. Rupanya kumbang dalam taman Brunei yang call. (ha, yang ni bukan kumbang LD, ok). Dah tersambut, cakap je la kan? Tak kan nak hang up pulok.. Tau apa dia cakap? "Hai you... sorry lama tak call. Selamat hari raya tau. Maaf zahir dan batin.." (dalam hati aku..maaf ??? nak ku lempang je muka kau..dasar penipu cakap kumbang luar taman rupanya kumbang dalam taman !!) Then, aku pun cakap je la "Selamat hari raya juga. Ok bye. Saya nak sambung keja !" Tut.. tut.. tut.. Ha, padan muka kau.. Hahahahaha.. Contact lain pulak.. msg di mukabuku. Jugak nak say selamat hari raya. Point dia nak mintak ampun salah silap dia. Hek ele. Macam dah aku maafkan lama dulu. Hahahaha. Ntah pape ntah. Aku pun ucap je la selamat hari raya jugak. Tapi dia ni best. Dia sempat puji gambar pic mukabuku aku yang cute tu. Miahahaha. Tq you. Dan banyak lagi la msg whatsaap bla bla bla datang..kalau aku nak cerita sini kang bosan korang baca.. hihihi..

I think tu je la ceritanya..doakan je la jodoh aku tak sangkut dengan kumbang orang. Malas aku nak dapat cop percuma perampas bahagia orang ! (aku tak da hati nak rampas lahhhhhh....)

Ok bye !

p/s: Selamat hari raya maaf zahir !! hihihihihi..

 Alya pun sempat menyebok di Tawau 2 hari..

 Budak ni dibotakkan bapak dia sejurus berakhir upacara cukur jambul

 Budak ni marah dekat aku sebab aku asyik main dengan Alya jak. 
(dia jeles dan marah sampai tetido)

 Budak ni nama Chef Aiman. Ada dua taik lalat dekat mulut. So, dia sangat lah murai. Kalau jalan jauh, baik bawa dia ni sebab ko lagi suka dengar dia celoteh dari dengar lagu dekat radio !!

Gambar ni kuku aku. Tak da kaitan dengan entri pun. 
Saja nak tayang kuku aku yang cute nih !

Ni lah sebahagian besar kuarga belah mak aku. Ada tiga kuarga tak termasuk. Dorang lambat datang beraya uma atuk aku. :( kalu tak, mesti lengkap nih............ hish !

Saturday, August 25, 2012

Spinning

the world is spinning my dear and so as my troubles. the one thing that i've been avoiding this whole year, keep chasing me around. should i call it fate? one thing that i'm sure right now, is that i can not say anything yet. i have to make sure that everything is doing well and on track. if, the first thing do happen, i will talk. i will ask. oh Allah, give me strength.

ya Allah, apa yang sudah aku buat ni? takdir ka semua ni? hadapi saja? kurus la aku kalau macam ni terus. bila ku sangka the storm is gone, rupa-rupanya the storm is actually getting even stronger. oh my..

i can not see the future and no one can. so, just face it. no matter how strong the storm blow, i hope i will be strong too. :(

p/s: gambar tiada kaitan dengan entri at all !



Monday, June 25, 2012

New Free Smartphone From Teddy

Dear darl,

Biarpun smartphone nya biasa-biasa saja. But, it's still new and i got it for free...
Nehhhh.. kau ada? indak da kan? kah kah kah..

#LG Optimus P500 Red..#

Nanti, sayang mau #HTC X One# ya darling???
Hehehehe... muakssssssssssss..

Ok bai.


Saturday, June 9, 2012

Mendua

Hi darl,

Quick post.

Mendua ?

Aku ?

Lantak lah..

Sapa suruh abai ?

But, at the same time, aku tetap tunggu dia supaya tunggu aku.

:(


Sunday, May 27, 2012

Halusnya Perasaan Itu

Dear darl,

Pernahkah kamu memikirkan sedalam-dalamnya
akan satu perasaan yang selalu hadir dalam diri ?
Perasaan itu halus dan tulus.
Dia datang tanpa diundang.
Ada yang suka dengan hadirnya dia.
Ada yang duka dengan hadirnya dia.

Aku?
Takut aku untuk mengkategorikan diri dimana aku kala ini.

Sesungguhnya perasaan halus itu dihadiahkan oleh Pencipta untuk kita merasa hidup sebagai manusia.
Sungguhpun hadirnya yang tak terduga bisa mencetus pelbagai rasa dalam jiwa.
Jangan sekali dibenci kala tibanya dalam jiwa yang lara.
Bersyukurlah kerana Dia masih ingat kamu.
Dia mahu kamu merasa nikmatnya hidup dengan adanya perasaan itu.
Jangan pula terlebih rasa kala tibanya dalam jiwa yang bergelodak.

Sederhana saja. Pasti semua akan selamat. Insya Allah.

Jiwa yang kusut,
Bergembiralah kerana Dia masih ingat kamu.
Walaupun kadang aku juga rasa sepi kian mencengkam bila tibanya dia. :(

 Kredit : HootSuite Photos

P/s: I Miss You Dear Encek Beruang !!!! Di mana pun kamu bertugas, aku selalu ingat kamu. Harap kamu juga begitu. Jangan pernah ada dusta di antara kita.

Note lagi. Saat aku menulis entri "kerinduan" ni, tiba-tiba encek Beruang (entah dimana gerangannya sekarang, yang sudah dua hari sepi tanpa kabar) sempat melemparkan kata kecintaannya buatku pada mesengger muka buku ku yang ku biar sentiasa online. Terima kasih Teddy ku. (^_^)

Saturday, May 19, 2012

Panas memanjang plus busy memanjang !

komo esta?

it's freaking hot.
it's been two days now.
why is it so hot?
hot.....

itu jak la yang aku fikir berapa hari ni.. haishhh..
hujan nya kejap jak. tapi panasnya.. Masya Allah..
ini panas yang seyes.
lama dah aku idup di dunia ni. tapi, ini kali lah yang terpanas pernah dicatatkan oleh badan aku.
hahahaha..

see... nothing to say thou.. :)

i'm wasting my weekend (and most of my nights lol.. ) watching "How I Met Your Mother" through movie2k. siok.. laju jugak. nda da sangkut-sangkut. aktiviti banyak habis ke sini jak la sebab encek beruang tu busy memanjang. terpaksalah layan diri sendiri. kadang dua hari baru dia call. dekat seminggu baru video skype.. haishh.. sms pun jarang.. ntah ke mana la kami ni kan? hahahaha.. wat eva la bilang. pernah aku bosan tahap gaban sampai block number dia. dekat 3 hari jugak lah block. then baru dia call bertubi-tubi. lain pulak rasa hati sebab tiba-tiba block dia. then, unblock. terpaksalah sambut jugak call dia..

suddenly,

"nazzzzzzzzzzzzz.....................napa ndak sambut cal ? janganlah macam ni. kalau marah pun, jangan lah nda sambut call.. nazzzzzzzzzzz.. please.. jangan buat macam ni lagi. sayang, keja ka ni? napa diam sayang? sayang mo cakap apa? cakap lah ady dengar.. tapi aku diam jak. then, dia cakap lagi.. jangan sayang marah ba.. ady sibuk ni keja terus nda berenti. mo pengsan suda ni. apa boleh buat, banyak acara sekarang di tawau. ady busy.. aku diam lagi.. then, dia cakap.. ok sayang keja la dulu. nanti ady cal ya.. ingat, sambut call tu jangan di letak.. ok sayang.. jaga diri.."

mamat ni haishhh.. dia tak sedar aku block number dia bukan sebab aku tak sambut cal dia. hahahaha..

layan jak la.. oh ya.. ady tu bukan nama sebenar. how i wish nama dia ady.. sweet kan nama tu? buweeekk..

persoalan: carry on je la kan? dah dia yang nak langgar aku pakai vigonya kalau aku cari lelaki lain. hish !!!


Saturday, April 14, 2012

Ada orang mahu beli taman ?

Beruang : Tok tok tok...
               Ada orang dalam ?

Kechik : Ada.. Ada apa ya ?

Beruang : Tumpang tanya, boleh ?

Kechik : Boleh.. ndak jugak dicas apa-apa kan ?

Beruang : Iya. Hehehe.

Kechik : Bha mo tanya apa encik ?

Beruang : Ini taman bha ada yang punya ka ?

Kechik : Hah ? Taman yang mana encik ?

Beruang : Taman ini lah. Yang ada bunga sekuntum tu. Yang ada papan tanda "Di Larang Main-Main Di Sini". Yang sejuk tu. Yang ada bangku kayu sebijik tu. Yang ada buaian sebuah tu. Yang ada rama-rama seekor tu.

Kechik : Ohhhh.. taman tu. Tiada yang punya tu encik. Kenapa encik tanya ?

Beruang : Saya mau beli. Mau di kasi cantik lagi biar berseri biar lebih banyak bunga yang tumbuh mekar. Biar lebih banyak rama-rama pelbagai warna datang. Biar lebih ceria.

Kechik : Hmmmm.. encik seyes ka ni mau beli taman tu ? Bukan apa encik. Mahal taman tu setahu saya. Kalau encik seyes mahu beli. Nanti saya tanya tuan punya taman ya.

Beruang : Saya mahu sekarang. Lagi cepat lagi bagus. Saya takut ada orang lain beli.

Kechik : Ndak lari gunung dikejar encik.

Beruang : Ahhh. itu gunung. Jangan samakan dengan taman yang cantik ni.

Kechik : Sebenarnya, saya lah tuan punya taman tu encik. Encik seyes nak beli ni ? Sanggup ? Banyak songeh ni taman encik. Kadang-kadang pandai mekar bunganya rumputnya. Kadang-kadang pandai layu tu. Encik mesti faham pe el nya baru encik dapat beli taman ni. Apa kata encik sewa dulu ? Kenal-kenal dulu dengan pe el taman ni.

Beruang : Ndak mau sewa-sewa. Mau terus beli ni. Seyes. Awak mahu jual ?

Kechik : (Tergamam seribu bahasa...)

Beruang : Mahu ndak ? Saya bukan apa cik. Saya jatuh hati dengan taman ni. Saya mahu sangat taman ni. Taman ni kalau di baja ni, kompom la mekar sampai anak cucu cicit ni. Percayalah cik.

Kechik : Ekkk? Hmmm...baiklah encik. Kalau sudah encik berkata begitu. Saya bukan apa encik. Saya takut encik sia-sia kan taman yang sedang-sedang ni. Banyak orang datang tanya-tanya taman ni. Tapi, saya ndak jadi jual sebab orang yang nak beli pertama jak nampak serius. Lepas beberapa minggu dah buang tebiat. Encik begitu ka nanti ?

Beruang : Tidak. Jangan samakan saya dengan orang lain. Kalau saya sia-siakan taman ni, cik ambil pisau terus tikam saya ya. Lepas tu cik bunuh dirilah supaya ndak ditangkap. Hahahaha. Jangan risau lah cik. Saya betul-betul mahu taman ni. Saya sanggup. Saya akan usahakan yang terbaik untuk taman ni.

Kechik : Baiklah encik. Encik masuklah dulu tengok-tengok taman ni. Manatau makin jatuh hati tu. Hehehe.

Beruang : Ok. Terima kasih cik.
               (Aduhhh.. mati lah aku. Cantiknya taman ni.)

Kechik : Oh.. sama-sama encik. Saya jual ya ?

Beruang : Saya beli.

- The end -


Ini lah encik Beruang tu. 
Kechik dah jual taman tu dekat dia !!
(Blush)