Sehari sebelum Ramadan, aku akhirnya bertemu semula dengan buah hati aku yang tersayang di Kay Kay. Percutian yang sejak 10 hari lalu diatur akhirnya menjadi kenyataan. Berdebar menunggu kemunculannya di Terminal 1. Tepat pukul 12.50 pm dia tiba dengan beg galas tersangkut dibahu dengan senyuman semanis madu yang sungguh menenangkan hatiku. Ku sambut dia dengan sebuah senyuman yang cukup bermakna. Ternyata setelah 8 bulan tepat berpisah, dia kelihatan cukup berubah dan menawan hatiku.
Sehari meluangkan masa bersama kami berpisah pada malam hari nya dan esoknya pula adalah hari pertama puasa bagi tahun ini. Sebagai memenuhi permintaannya, kami tidak merencanakan untuk bertemu pada hari pertama puasa. Namun, Tuhan yang maha merancang. Kami bertemu juga pada hari pertama puasa kerana ada urusan yang perlu kami selesaikan. Pertemuan singkat itu, bukan sahaja ada kami berdua tetapi juga turut disertai oleh abangku dan emakku. Tidak kujangka rupanya pertemuan singkat itu merupakan pertemuan terakhir ku dengan dia di bumi Kay Kay ini. Kerana esoknya pukul 3 pm dia akan kembali ke Kay El.
Penerbangan itu sangat meletihkan dirinya. Bukan sahaja itu, ditambah lagi dengan perjalanannya pulang ke Rawang, Selangor dengan menggunakan KTM. Yang aku kesiankan ialah masa puasa nya yang bertambah sejam kerana dia bersahur ikut masa Kay Kay tetapi berbuka ikut masa Kay El. Oleh kerana jarak perjalanan yang jauh, dia terpaksa berbuka di dalam KTM berhimpit-himpit dengan bangla-bangla yang memenuhi ruang KTM itu. Sepanjang perjalanannya dalam KTM itu, aku setia menemaninya melalui sms. Dia akhirnya sampai di rumah hampir pukul 10 pm. Hasil perjalanan yang memenatkan itu, dia diserang demam yang syukurlah tidak berapa teruk.
Ku sangka hari akan berlangsung seperti biasa pada hari ketiga puasa. Namun, aku dikejutkan lagi dengan panggilan mengejut dari dia di awal pagi. Lebih kurang pukul 7 am, dia menelefon aku untuk memberitahu bahawa dia terpaksa pulang ke Tawau kerana abangnya baru sahaja meninggal akibat sakit demam malaria mengejut. Seperti berhenti jantungku sesaat mendengar berita tersebut. Lalu aku cadangkan dia untuk terus sahaja ke kaunter Airasia untuk membeli tiket kerana tiket tidak lagi boleh dibeli melalui online jika kurang dari 24 jam sebelum penerbangan. Dia akhirnya berjaya mendapatkan tiket yang akan berlepas pada pukul 2.20 pm yang berharga RM700 lebih.
Tepat pukul 5.45 pm dia sampai di Tawau namun dia tidak sempat melihat jenazah kerana baru sahaja dikebumikan berhampiran tanah perkuburan di kampungnya. Dalam smsnya yang terakhir kepadaku, jangan ambil hati jika dia tidak membalas sms ku kerana dia ingin berkabung bersama keluarganya. Aku katakan, jangan risau kerana aku faham situasinya.
Hari berlalu seperti biasa namun ku rasakan cukup tidak lengkap tanpa mengetahui perkembangan dirinya di sana. Tepat pukul 8.30 pm dia menghantar sms kepada ku memberitahu kabarnya di sana. Aku cukup gembira kerana semuanya berjalan dengan lancar. Tetapi sms nya yang kedua sungguh menyedihkan hati kerana katanya, dia baru mengalami kemalangan petang tadi. Jantungku bagai disentak-sentak membaca sms tersebut. Sakit sungguh hatiku sebab baru sebulan lalu dia terlibat dalam eksiden di Kay El ketika ingin pergi ke tempat kerja. Akibat eksiden tersebut, motor yang baru juga dibelinya rosak teruk dan memerlukan kos hampir RM1,000 untuk diperbaiki. Syukur juga kerana dia hanya mengalami cedera ringan di bahagian lutut dan tangan sebelah kanan.Eksiden kali ini adalah disebabkan kecuaian nya tidak melihat kenderaan di belakang ketika mengundurkan kereta dan kos untuk membaiki kereta Vios yang dilanggarnya hampir RM250.
Sekarang dia tidak dibenarkan untuk kembali ke Kay El kerana tidak ada yang menjaga ibu dan bapanya di rumah. Rumah itu hanya tinggal kedua orang tuanya dan seorang adiknya yang masih bersekolah. Rumahnya di Tawau tu pula sebenarnya baru sahaja dibersihkan akibat banjir kilat yang paling dashyat dalam sejarah banjir di kampung tersebut. Masalahnya sekarang, hancur semua perancangan kami untuk masa depan. Berapa sangatlah gaji yang boleh dia perolehi jika bekerja di Tawau tu?? Dan aku pula tidak boleh pulang semula ke Tawau kerana kedua orang tua ku tidak mahu lagi berpindah balik ke Tawau. Dia mahu aku turut sama tinggal di Tawau. Tapi, bagaimana dengan kerja ku? Dengan orang tua ku? Akhirnya, kami memutuskan untuk membiarkan dahulu keadaan begini sehingga semua masalah selesai baru kami memikirkan tentang kami pula.

No comments:
Post a Comment
Nak komen? Sila layan diri..