Hi blog,
Been so many years!
Well just want to jotting down a special memory of mine so i can read it back when maybe someday i lost my memory.. chaiihhh..
My third child we name him Nazmi. A very simple one.
Lahir pada 3 Feb 2022 jam 8.58 pagi. Berat 3.28kg. 2 hari lewat dari due date dia which is 1 Feb 2022. Ada cerita disebalik kelewatan ini. Nanti ku ceritakan.
As per my doctor in KKIA Papar, Doctor Fizi. He said:
1- 30 Jan 2022 - Buat swab test di Hospital Papar
2- 31 Jan 2022 - Serah diri di Hospital Likas (atas sebab baby belum keluar sebelum due date dan aku ibu mengandung yg ada kencing manis (GDM).
3- 1 Feb 2022 - Induce dan melahirkan
So, 30hb tu me and shuben pi la buat swab test. Pertama kali aku buat eh sakit nya ampun aku. Macam sampai ke otak hahahaha. Ketawa nurse tu buat. Dalam sejam dah dapat result dan resultnya pastilah negatif covid kan. Ada jugak aku dapat SMS dan notification di MySejahtera pasal keputusan tu.
31hb bersamaan hari Isnin sehari sebelum Chinese New Year 2022. Traffic tak berapa jammed sebab sekolah dah cuti dan mungkin dah banyak org balik kampung utk cuti CNY. Dalam jam 11 pagi kami bertolak dari rumah bawa budak dua orang tu jugak sekali and my mom and dad bawak kereta Viva.
Kamiorang singgah makan tengahari di Mee tauhu di bawah tu. Nda sedap makanan berlauk dia. Huhuhu. Checkin di Likas jam 1.13pm. Zaman Covid ni hanya ibu mengandung sahaja yang boleh masuk ke hospital ya. Kalau mau hantar barang ka makanan ka minuman ka semua just pass sama sekuriti di pintu masuk. Mereka sediakan kertas note utk tulis nama, bilik warded pesakit dan contact number. Kasian ni sekuriti ada job baru sudah. Mudahan naik la kan gaji dorang. Bukan sorang dua pesakit di Likas ni oiii..
Disebabkan terlalu ramai ibu mengandung yang checkin di Likas, hanya jam 3.34pm baru lah aku dapat masuk ke Wad Kenanga 1 bilik 10. Tiada sudah PACC macam dulu-dulu yah. Register di kaunter PACC dan terus masuk ke wad. Di wad lah baru aku di cek itu ini. Dalam jam 7pm baru sampai giliran ku check bukaan dan scan baby. Sandi wei menunggu. Yang tambah seram ialah masa di cek bukaan rahim sudah 3cm yah!! Kalah dorang Nazrin ma Nazira yang baru 2cm. Oleh kerana bukaan sudah 3cm aku nda boleh sudah kena induce maksudnya mesti tunggu sendiri bukaan lebih besar sampai 10cm baru dikasi beranak. Berat si baby masa di scan is 3.3kg. Dalam jam 11.30pm kena ambil darah untuk simpanan dorang sekiranya ada masalah kes tumpah darah aku nanti.
Esoknya iaitu 1 Feb CNY sudah. Kedengaran jugak bunyi mercun bunga api segala tapi aku melayan contraction yg sedang2 saja sakitnya sampai dalam jam 2am begitu berenti tu sakit. Risau sudah masa ni teda bukaan. But i keep on berjalan-jalan supaya bukaan lebih cepat. Sekejap tidur sekejap berjalan. Huhuhu. Jam 7am doctor meround and check still 3cm. But doctor Dinesh dan MO dia masa tu doctor si gadis manis (i forgot her name) decide to booked Labor Room sebab i dah due. Memandangkan terlalu pack ibu-ibu beranak di Labor Room jadi sampai the next shift doctor meround i still di Wad. Jam 1pm tu masa di check masih lagi 3cm. Doctor MO in charge nama dia Liyanan decide cancel the booking sebab i still 3cm. I was like "what???". Redha jak la kan masa ni. Then jam 9pm the next round doctor HO Dayang check masih lagi 3cm yahhhhhhhhhh.
2 Feb. 12am doctor Dayang check lagi but still 3cm. Terus, i think there must be something wrong. Then, i talked to the doctor saying memang history i beranak is pecah ketuban saja atau induce. Tak ada tunggu bukaan. But the doctor diam saja but saying they cannot bagi induce sebab dah ada bukaan 3cm if its 1 to 2cm baru boleh di induce. Geram tahap dewa dah aku.. uhuhu. Jam 12.30pm doctor Najihah pulak cek allahu masih 3cm. Masa ni i dah tak boleh sabar. Takkanlah meka nda boleh buat apa-apa kan? Mau perap me lama-lama di wad ka?? Then i whatsapp ipar ku si Acik asking the hell macam ni? Dia terus whatsapp Ketua doctor di Kenanga which is doctor Helmi yg hensem. 1 hour later, 1.30pm doctor Helmi buat rounding dan decide booked Labor Room and explain the procedure nanti di Labor Room which is pecah ketuban and beranak. I said i understand and i thank him sebab thats what suppose to be done from day 2 warded. 5.50pm small contraction started. Masa ni memang i target tak sempat la beranak on 2 Feb 2022 uwaaaaaaaaaa. Nice date bahhhh...
3 Feb. Jam 3.50am baru lah di bawa masuk ke Labor Room bilik 10 bilik yang sama masa beranak kan Nazrin dan Nazira khas untuk penghidap Hep B. 5.15am baru kena pecah ketuban. Haaaa masa ni yang terjawab sudah kenapa teda bukaan untuk beberapa hari lalu. Rupa-rupanya ada selaput yang agak tebal dalam tu. Berabis jugak doctor bidan tu mengorek. Minta maaf jugak dia sebab takes too long and make me sakit. I said its ok doc. Do what you have to do as long as i can deliver the baby safely. Turns out dia tak dapat korek the selaput then terpaksa minta tolong sama kawan dia. Oh ya both also perempuan. Syukur. Few minutes after, berjaya jugak doctor tu tolak selaput tu out of the delivery way. Aihh syukur sangat-sangat. Dekat2 jam 6am begitu ada bidan lelaki datang tanya-tanya my condition. I said im still ok. Masa ni seram sudah aduhai takkan la bidan ku nanti doctor bidan lelaki ni??? Doa banyak-banyak dah minta lah Allah bagi aku bidan perempuan. Dia sempat cakap sama bidan yang tengah stock up barang di bilik tu call him if i start mau beranak sebab dia mau pegi solat Subuh jap. Pas dia jalan, i ask tu bidan sapa yang akan deliver me? Dia bilang tu la tadi tu. Omo... Seram. Then i ask her minta sikit air. Im so haus. Uwaaa..
Dalam jam 8am ada beberapa 3 or 4 orang bidan UMS pelatih masuk bilik. Masa ni contraction makin kerap dan makin kuat sudah. Doctor bidan yang meround masa ni (doctor perempuan) dia tengah tulis-tulis case note untuk aku. Macam biasa banyak soalan pasal Hep B. I pasang zikir-zikir dan doa Nabi Yunus play di Youtube. Doctor tu ada jugak explain me pasal tu ubat tahan sakit masa contraction dan dia cakap dalam jam 8.40am ada ketua doctor meround baru mereka can decide mau kasi me apa ubat. Sempat i said selagi i boleh tahan sakit tu i akan tahan saja. Tengok jam i said macam nda sempat saja ambil ubat tahan sakit ni sebab sakit contraction makin kuatttttt..
Few minutes after the talking, i said Doctor, macam di bawah sudah kepala dia ni, i can feel it. Then, dorang p cek, yessssss dah nampak kepala baby. Doctor tu terus cakap sama 1 orang pelatih to assist her. Wah sempat lagi dorang berbincang-bincang mau pakai PPE apa sama tu bidan yang memerhati (perempuan jugak! I wonder mana sudah bidan lelaki tu) Memang teruk lah kali ni sebab nda ngam tempat pijak sama tempat pegang tangan tu kena setup budak pelatih. Jadi, bidan tu tengok-tengoklah rupanya mau kasi turun lagi tu besi-besi. Tambahan lagi, the contraction sangat pendek ya masa dia. Oh my god! Masa push ke 3 kepala baby dah keluar tapi termasuk balik sebab i berenti push sebab tu contraction berenti. Terus tu bidan cakap teran saja sebab dah di luar dah ni tinggal sikit saja. Macam tengah tengok perlawanan bola sepak jugak kalau diingat-ingat masa ni sebab 3 pelatih, 1 doctor dan 1 bidan di dalam bilik ni tengah sorak-sorak tengah bagi semangat. Hahahaha. dan akhirnya jam 8.58am lahirlah si baby ke dunia ini. Alhamdulillah. 3.52pm barulah i dapat masuk Wad Kenanga 2 bilik 8 (bilik yang beranak ceaser).
4 Feb. Jam 2pm baru dapat keputusan boleh discharge out. Semangat lah i kemas barang. Tau-tau jam 7.40pm baru betul-betul dipanggil untuk ambil surat discharge. Sangatlah pack Likas sekarang. Huhuhu dan i tengok chart keadaan pack macam ni dah start sejak September 2021. Kasian para nurses, doctors, sekuriti dan bidan-bidan.
Macam muka abg kakak nya jugak masa awal-awal ni.
No comments:
Post a Comment
Nak komen? Sila layan diri..