DIIKLANKAN OLEH

KAWAN-KAWAN

OUR ANNIVERSARY

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

MY NAZRIN

Daisypath - Personal pictureDaisypath Happy Birthday tickers

MY NAZIRA

Daisypath - Personal pictureDaisypath Happy Birthday tickers

Sunday, June 26, 2011

Maha Suci Allah Tuhan Sekalian Alam


Hari ini aku ingin mengucapkan terima kasih yang tidak terhingga pada dua entiti.


Pada entiti satu, Allah Taala.
Jika boleh tika dan saat ini aku sembah-Mu ya Allah akan ku sembah Kau tanpa putus..akan aku penuhi bibir ini dengan kalimah kesyukuran tidak terhingga buat-Mu Tuhan yang menciptakan segala apa jua yang ada di langit dan di bumi begitu juga apa yang ada di antara keduanya.


Namun, apalah daya ku? Saat ini aku adalah wanita yang sedang dalam keadaan gering. Aku hanya mampu mengucapkan kalimah kesyukuran yang tidak putus dalam hatiku.


Syukur aku Tuhan, Kau masih sayangkan aku hamba-Mu yang paling lalai yang paling lemah dalam menempuhi dugaan hidup. 
Terima kasih di atas kejadian yang menimpa aku hari ini. Kini, aku tahu siapa dia yang sebenarnya sebelum aku terima dia sepenuhya dalam hidup ku.


Sebenarnya, sudah dua kali Tuhan beri aku peluang untuk melihat siapa dia sebenarnya. Kali pertama, aku tidakkan mata hati untuk percaya atas sebab aku pegang pada janjiku "tidak akan tinggalkan siapa-siapa yang bertahkta di hati". Kali kedua, aku terus sedar, ya ini lah apa yang ingin Tuhan sampaikan kepadaku. Dia bukan untuk aku walau sejauhmana hatinya dan hatiku bersatu.


Pada entiti kedua, dia.
Jika dia ada didepan mata tika dan saat ini, akan ku renung matanya sedalam-dalamnya dengan mataku yang tidak putus oleh airmata dan seribu satu kesalan. Sebolehnya aku ingin menampar saja wajahnya namun, aku sedar tamparan itu tidak akan boleh mengembalikan kejadian yang telah berlaku.


Terima kasih dia. Kerana kamu, hari ini DENGAN RASMINYA aku menutup sepenuhnya hati ku untuk menerima siapa pun. Siapa pun. Kerana tiada "hati" sudah dalam diriku. Hati itu hilang hancur berkecai bersama dosa dan penipuan yang telah kau lakukan.


Bukan sekali kau dusta padaku. Kali pertama, aku maafkan kerana menganggap semua orang yang bersalah harus diberi peluang kedua. Biar seteruk mana dosa mu aku maafkan. Kali kedua ini, kau dustai aku dengan lebih dashyat. Kau tipu aku ketika kau katakan cintamu hanya padaku.


Dia, aku cukup terluka atas dosamu pada orang lain. Aku tidak pernah merasakan sebegini terluka. Terima kasih yang tidak terhingga kerana pernah melafazkan kata yang cukup indah padaku.


"Syg, kita kawin.."


Terima kasih dia..Dan maafkan aku sebab aku tidak akan memaafkan semua salah dan dosamu pada aku dan keluargaku. Aku malu punya teman seperti kamu.


Maafkan aku mak dan bapak, kerana kamu tidak akan melihat aku menjadi punyanya orang. Maafkan aku.


p/s : kepada yang pening dan bingung akan entri yang cukup sadis ni, ini adalah kisah benar yang berlaku padaku. Nasihatku, JANGAN SESEKALI SERAHKAN HATI kamu pada insan yang belum lagi kepunyaan kamu.. JANGAN..!!!!



4 comments:

  1. dan bunga pun layu
    daun gugur satu persatu

    pokok mengering
    ranting patah
    tanah merekah

    aku paham situsimu kawan
    bersabarlah.

    ReplyDelete
  2. ya aku akan terus bersabar.
    Tuhan maha mengerti atas segalanya sama ada kitapaham atau tidak.
    Semua yang terjadi ada hikmahnya.
    Aku yakin dan redha atas semua yang berlaku.
    Mudahan aku akan jadi lebih cekal.
    dan lebih berhati-hati.

    Thnx Cat.. I MIS U...

    ReplyDelete
  3. dlm situasi yg sama...relax bro..pham2...=)suka entri ne

    ReplyDelete
  4. :) carry on..life's too precious to be wasted on some stupid man..

    ReplyDelete

Nak komen? Sila layan diri..