DIIKLANKAN OLEH

KAWAN-KAWAN

OUR ANNIVERSARY

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

MY NAZRIN

Daisypath - Personal pictureDaisypath Happy Birthday tickers

MY NAZIRA

Daisypath - Personal pictureDaisypath Happy Birthday tickers

Sunday, June 19, 2011

Pilihan Hatiku


Dear bloggie,

Walaupun penyanyi nya ndak la secantik KD ndak seayu Dian Sastro, 
tapi lagunya cukup indah..
Biarlah aku jadi dia yang sederhana
Sederhana dalam segala hal..

Kadang tangan ku ingin menggapai bahagia
Tapi, selalu juga ndak kesampaian..
Biarlah aku sendiri 
kerna mungkin sendiri dan sepi itu yang paling setia
yang tidak akan memberi kesangsian..

Kadang hati ingin senyum seindah senyuman Datuk Siti
Tapi, mungkin senyum itu lebih baik di dalam hati..

Kadang mulut ingin berbicara suatu yang pasti
Tapi, selalu juga jawapan yang buntu aku perolehi..

Jadi, bloggie..
Baiklah kita jadi macam dulu kan? :)
Kita bicara dengan lantang 
Tapi dalam diam..
Biarlah mata yang selalu sedih ni mengalirkan air nya dalam diam
mungkin itu yang terbaik buatnya..

Tuhan, aku mohon ketenangan hati buat aku meneruskan hidup yang mungkin masih panjang 
dan mungkin juga masih sedikit tersisa..
Ketenangan hati buat aku dan dia yang masih aku sayang..
Moga Kau lindungi dia dalam sihat dan sakitnya...
Berikan dia kekuatan untuk dia tempuhi hidupnya yang mungkin bahagia jua akhirnya..

Amin ya Rabb.....

2 comments:

Nak komen? Sila layan diri..