Wanita oh wanita. Menyebutnya sahaja pasti menimbulkan suatu kesenangan suatu kedamaian dalam minda juga dapat dirasakan dalam hati. Kenapa aku berkata sedemikian rupa? Jawapannya hanya satu. Siapa insan yang paling kita sayang didunia ini? Pasti jawapannya bukan kekasih bukan pakcik bukan cikgu dan bukan juga makcik bedah sebelah rumah. Satu jawapan yang pasti ialah ibu atau mamak atau mummy atau emak atau umi atau mungkin bonda. Betulkan?
Tidak kah kamu wahai kaum Adam merasakan berdosa seandainya kamu berbuat jahat pada seorang wanita? Wanita yang juga pada dasarnya segolongan dengan insan yang paling kamu sayang di dunia ini?? Wanita yang bertarung nyawa melahirkan kita ke dunia.
Fitrah kejadian wanita adalah berasal dari kejadian Nabi kita yang pertama, Nabi Adam (a.s). Tidak wanita itu dicipta dari bahagian atas badan kamu untuk kamu junjung dirinya. Tidak juga wanita itu dicpta dari bahagian bawah kaki kamu untuk kamu pijak-pijak dirinya. Sebaliknya, wanita itu diciptakan untuk kamu dari bahagian yang paling dekat dihati kamu untuk kamu sayangi dan lindungi dengan penuh rasa tanggungjawab.
Tuhan tidak berikan kamu lidah untuk menabur kata-kata indah sekadar untuk menyenangkan hatinya. Setelah dia bersenang hati dengan kehadiran kamu, setelah dia mahu kamu untuk melindunginya dan menyayanginya baru kamu tunjukkan siapa kamu sebenarnya. Mengapa perlu berkata manis sekadar untuk mendapatkan kesenangan duniawi sementara? Mengapa perlu menidakkan perkara yang terang lagi bersuluh benar dan mengiyakan perkara yang nyatanya salah dengan penuh rasa keyakinan?
Fikirkan lah wahai kaum Adam berapa banyak hati wanita sudah kamu sakiti? Betapa hancur hati mereka, makhluk yang disayangi pencipta-Nya??