DIIKLANKAN OLEH

KAWAN-KAWAN

I'M A NUFFNANGER !

OUR ANNIVERSARY

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

MY NAZRIN

Lilypie - Personal pictureLilypie First Birthday tickers

Sunday, May 27, 2012

Halusnya Perasaan Itu

Dear darl,

Pernahkah kamu memikirkan sedalam-dalamnya
akan satu perasaan yang selalu hadir dalam diri ?
Perasaan itu halus dan tulus.
Dia datang tanpa diundang.
Ada yang suka dengan hadirnya dia.
Ada yang duka dengan hadirnya dia.

Aku?
Takut aku untuk mengkategorikan diri dimana aku kala ini.

Sesungguhnya perasaan halus itu dihadiahkan oleh Pencipta untuk kita merasa hidup sebagai manusia.
Sungguhpun hadirnya yang tak terduga bisa mencetus pelbagai rasa dalam jiwa.
Jangan sekali dibenci kala tibanya dalam jiwa yang lara.
Bersyukurlah kerana Dia masih ingat kamu.
Dia mahu kamu merasa nikmatnya hidup dengan adanya perasaan itu.
Jangan pula terlebih rasa kala tibanya dalam jiwa yang bergelodak.

Sederhana saja. Pasti semua akan selamat. Insya Allah.

Jiwa yang kusut,
Bergembiralah kerana Dia masih ingat kamu.
Walaupun kadang aku juga rasa sepi kian mencengkam bila tibanya dia. :(

 Kredit : HootSuite Photos

P/s: I Miss You Dear Encek Beruang !!!! Di mana pun kamu bertugas, aku selalu ingat kamu. Harap kamu juga begitu. Jangan pernah ada dusta di antara kita.

Note lagi. Saat aku menulis entri "kerinduan" ni, tiba-tiba encek Beruang (entah dimana gerangannya sekarang, yang sudah dua hari sepi tanpa kabar) sempat melemparkan kata kecintaannya buatku pada mesengger muka buku ku yang ku biar sentiasa online. Terima kasih Teddy ku. (^_^)

Saturday, May 26, 2012

6 Peringkat Pembangunan Produk Baru (New Product Development-NPD)


Memperbaiki dan mengemaskini barisan produk adalah penting untuk kejayaan bagi mana-mana organisasi. Kegagalan untuk sesebuah organisasi untuk berubah boleh menyebabkan kemerosotan dalam jualan dan dengan pesaing perlumbaan akan datang. Proses NPD adalah penting dalam sesebuah organisasi. Produk melalui peringkat kitaran hayat mereka dan akhirnya akan digantikan Terdapat lapan peringkat pembangunan produk baru. Peringkat ini akan dibincangkan secara ringkas di bawah:

1) Penjanaan Idea
Idea produk baru perlu datang dari suatu tempat. Tetapi di manakah organisasi mendapatkan idea-idea mereka untuk NPD? Sesetengah sumber boleh didapati termasuk:

• Dalam syarikat itu sendiri - pekerja
• Pesaing
• Pelanggan
• Pengedar, pembekal dan lain-lain

2) Pemeriksaan / Saringan idea
Proses ini melibatkan peralihan melalui idea-idea yang telah dijana pada peringkat pertama dan memilih idea-idea yang boleh dilaksanakan dan boleh dilaksanakan untuk dibangunkan.

3) Analisis Perniagaan
Organisasi boleh mencari apa yang mereka percaya untuk menjadi idea yang boleh dilaksanakan, bagaimanapun, idea ini perlu diambil kepada sasaran pengguna. Apakah yang mereka mahukan idea? Ia akan menjadi praktikal dan boleh dilaksanakan? Ia akan menawarkan manfaat yang organisasi berharap ia akan? atau mereka terlepas pandang isu-isu tertentu?

4) Pembangunan produk
Jika konsep pengeluaran lulus ujian perniagaan, ia bergerak ke R & D atau kejuruteraan untuk dibangunkan ke dalam pengeluaran fizikal. Peringkat ini juga dikenali sebagai pelaburan lompatan besar.

Jabatan R & D akan membangunkan satu atau lebih versi fizikal konsep produk. Ia akan menjadi berharap untuk mereka bentuk satu prototaip yang akan memuaskan pengguna, dan boleh dihasilkan dengan cepat lebih pada kos bajet. Ia mungkin mengambil masa seminggu, sebulan, atau setahun. Prototaip itu mesti memerlukan ciri-ciri berfungsi, dan juga menyampaikan ciri-ciri psikologi yang dimaksudkan.

5) Pengujian pasaran
Selepas berpuas hati dengan pengurusan prestasi fungsi dan fizikal produk bersedia untuk berpakaian dengan nama jenama dan pembungkusan dan dimasukkan ke dalam ujian pasaran. Kos ujian pemasaran boleh menjadi besar, dan mengambil masa yang boleh membenarkan pesaing untuk mendapat kelebihan. Jika pengurusan yakin tentang produk baru, maka syarikat boleh melakukan ujian pemasaran sedikit atau tidak.

6) Pengkomersilan
Ia merupakan peringkat yang seterusnya apabila syarikat itu memperkenalkan produk baru ke pasaran. Syarikat akan menghadapi kos terbesar. Pada peringkat ini, syarikat mestilah menguruskan kemudahan pembuatan skala penuh. Syarikat itu boleh membelanjakan berjuta-juta ke atas pengiklanan, jualan promosi produk baru pada tahun pertama.

• Masa
• Tempat
• Sasaran
• Bagaimana

Thursday, May 24, 2012

Cerita mimpi aneh

Hai darl,

Malu sebenarnya aku nak ceritakan kisah benar yang terjadi pada aku semalam ______

(23 May 2012). <<< ya ampun aku. Birthday mak aku !!!! Uwaaaaaaaa.... aku lupa.. Jap2.. aku nak tampar diri sendiri 17 kali.. dushummmmm..dushummm... (padan mukak kau..anak tak kenang budi...) Seyesly, aku baru ingat oo.. huhuhuhuhu.. 23hb tu aku busy gilak.. Banyak urusan kerja dan kewangan.. Sampai lunch pun skip sebab berkejar ke sana ke mari.. Huhuhu.. Sok aku nak mintak ampun nih.. Nak call sekarang dah lewat pulak.. :'( sadis sungguh...

Ok balik kepada mimpi tu. Sebelum itu, aku cerita kan kejadian sebelum mimpi. Aku tido awal pukul 10 macam tu. Then, jam 3 lebih (am), encek beruang call nak chat dia baru habis keja. Then, bangunlah layan kejap kang marah lagi beruang tu. Chat punya chat sampai kul 4 saja. Pastu, sambung tido.

Mungkin dekat kul 5 lah aku ada dengar sikit sayup-sayup suara orang mengaji. Tapi, telinga bebal ni tutup pakai bantal sebab nak sambung tido. Kan kita tau, pas orang mengaji Subuh pun tiba. Haa.. time nih la aku mimpi. Aku mimpi, kononnya aku dah bangun dengan macam-macam kepayahan untuk pegi ambil wudhu nak solat Subuh. Then, sedar lagi. "Oh, mimpi". Tetido lagi. Mimpi lagi. Situasi lain tapi penceritaan sama. Konon nak pegi solat Subuh. Dan ianya berlangsung mungkin lebih kurang 5 mimpi.

Tiba-tiba, tangan kanan aku rasa panas semacam. Aku tersentak (tapi lom bangun sangat) terasa seperti ada yang memukul tangan aku. Perggggggghhhhhhh.. punya main seram. Lepas beberapa ketika, aku bangun. Kali ni bangun betul-betul. Mak aiii.. panas ok tangan aku tu. Panas yang tak lah menggelegak. Tapi panas lah. Bangun jak, aku terus p toilet bersihkan diri dan ambil wudhu. And terus solat Subuh.

Pengajaran cerita. Jika anda dengar azan terutama sekali azan Subuh, sila bangun kan diri. BUKAN melalui mimpi. Tapi BANGUN yang bangun. Pegi solat. Tak takut ke???????? Sangat seram ok.


Monday, May 21, 2012

Rezeki Bulan Mei

Hai darl,

Mula lagi kerja part time yang sangat lah part time ni.
Aku sebenarnya tak mo dah buat sebab bukan aku pandai pun.
Plus, aku malas dah nak perah-perah otak.
Tapi, orang cakap "rezeki jangan ditolak, musuh jangan dicari."

Okeh. Aku buat. Kali ni pantas. Insya Allah.
Nanti aku hapdet lagi. Berapa ratus tugasan kena buat kali ni.
Setakat ni baru 3 horang submit.

Mudahan kali ni mudah saja jalannya ya ! Amin..

Oh ya Kaamatan. Aku nak balik. Kawan aku dah deliver baby kembar lelaki. Tapi cian. Budak tu masih berusia 8 bulan. :( But so far, dua-dua okay. Yang satu kurang berat. Yang satu jantung degup laju pulak. :( 
Like my officemate cakap, yang kurang berat tu suppose adalah yang tua. "Menurut kajian" katanya.

Kah kah kah. Okay. Di layan kau Eva Mendes. Aku pun tak tau sebenarnya kebenaran "kajian" itu. Hehe Malas nak google. Banyak keja. 

Ok bai.

I tinggalkan my darl dengan video yang sangat lucu bagi aku. Sedap tau sora encek Beruang tu.
Tak percaya?? Dengar sendiri... =,=

kah kah kah kah..
ps: I miss someone. I wish ___________ !!!


Saturday, May 19, 2012

Panas memanjang plus busy memanjang !

komo esta?

it's freaking hot.
it's been two days now.
why is it so hot?
hot.....

itu jak la yang aku fikir berapa hari ni.. haishhh..
hujan nya kejap jak. tapi panasnya.. Masya Allah..
ini panas yang seyes.
lama dah aku idup di dunia ni. tapi, ini kali lah yang terpanas pernah dicatatkan oleh badan aku.
hahahaha..

see... nothing to say thou.. :)

i'm wasting my weekend (and most of my nights lol.. ) watching "How I Met Your Mother" through movie2k. siok.. laju jugak. nda da sangkut-sangkut. aktiviti banyak habis ke sini jak la sebab encek beruang tu busy memanjang. terpaksalah layan diri sendiri. kadang dua hari baru dia call. dekat seminggu baru video skype.. haishh.. sms pun jarang.. ntah ke mana la kami ni kan? hahahaha.. wat eva la bilang. pernah aku bosan tahap gaban sampai block number dia. dekat 3 hari jugak lah block. then baru dia call bertubi-tubi. lain pulak rasa hati sebab tiba-tiba block dia. then, unblock. terpaksalah sambut jugak call dia..

suddenly,

"nazzzzzzzzzzzzz.....................napa ndak sambut cal ? janganlah macam ni. kalau marah pun, jangan lah nda sambut call.. nazzzzzzzzzzz.. please.. jangan buat macam ni lagi. sayang, keja ka ni? napa diam sayang? sayang mo cakap apa? cakap lah ady dengar.. tapi aku diam jak. then, dia cakap lagi.. jangan sayang marah ba.. ady sibuk ni keja terus nda berenti. mo pengsan suda ni. apa boleh buat, banyak acara sekarang di tawau. ady busy.. aku diam lagi.. then, dia cakap.. ok sayang keja la dulu. nanti ady cal ya.. ingat, sambut call tu jangan di letak.. ok sayang.. jaga diri.."

mamat ni haishhh.. dia tak sedar aku block number dia bukan sebab aku tak sambut cal dia. hahahaha..

layan jak la.. oh ya.. ady tu bukan nama sebenar. how i wish nama dia ady.. sweet kan nama tu? buweeekk..

persoalan: carry on je la kan? dah dia yang nak langgar aku pakai vigonya kalau aku cari lelaki lain. hish !!!


Thursday, May 10, 2012

Untuk siapa-siapa lah


Sama siapa-siapa lah tujunya,

Hai. Pa kabar kau? Ok jugak? Sudah makan ka? Di mana ko makan? Behh.. sedap kah jugak makan di situ tu? Ndak pernah o aku makan sana. Bha, nantilah balik mo try makan sana. Belanja aku ya. Apa? Lokek? Hahahahahaha. Orangnya cewek-cewek lah di belanja bha baru siok. Tambah sayang. Lau ko nda mo belanja pun, aku pegi jugak makan sana. Tapi, mungkin sama kawan-kawan yang tengah heavy pregnant tu lah. Dua orang. Haisshh.. Mesti dorang comel tu kan? Orang bilang perempuan time pregnant lah yang tercantik sekali. Hehehehe.. Kompom lai tu. Aku setuju. Tapi, emmmmm.. tapi, emmmm.. bila lah agaknya aku bisa jadi perempuan tercantik tu a? Ada peluang ka jugak aku untuk jadi perempuan tercantik tu? :( Ndak pa la. Bilang kawan aku sini, "Kasi yang di Atas buat kerja-Nya, kau jalani jak la hidup yang sederhana tu." Emmm.. betul jugak kan? Jalani jak la. Sudah Tuhan tetapkan ini lah jalanan ku. Mo diapakan lagi kan? Bukannnya aku mengalah awal-awal. Sudah jugak Tuhan nampak betapa berusahanya aku untuk ubah nasib sendiri. Tapi, kalau itu jugak lah yang dibagi..terima jak la. Hehehehehe.. nahh kan melalut sudah aku.

Wei..bestkah jadi kau? Mesti best kan? Apa sangatlah yang ko pikir banyak. Kenak kau aku. Suma pun mesti dipikir awal-awal. Lau ndak, mampuslah terkapai-kapai. Len lagi menghadap umum, len lagi menjawab soalan sana-sini.  Yang ku heran ni, apa juak yang ko pikir malam-malam konok? Lau ko jadi aku, baru ko rasa lagi banyak mau dipikir. Baru ko rasa kalutnya jadi aku.

Sekain.


Tuesday, May 8, 2012

Masai yang tak terungkai

Darling,

Masai nya jiwa ku kala ini.
Kenapa masai bukan kusut ?
Argghh..lantak la dengan pilihan.

Banyak ceritera yang berpusing
kebelakangan dan kedepanan ini.
Aku layan kan saja dengan menyimpan secubit rasa
akan dunia depan karang.
Kenapa secubit bukan segenggam ?
Sebab biasalah tu.
Aku kan penakut !

Namun, bila sampai satu peringkat ceritera yang sensored,
aku pilih untuk lebih mencintai yang Satu.
Tapi, rupanya pilihan ku ini membuka kemarahan
yang tidak bertepian sang arjuna.

Apa salahkah aku yang penakut ni untuk kembali normal ?
Kembali bercanda berkongsi rasa tanpa mengutip sekarung nista ?

Puas sudah aku mohon kemaafan pada sang arjuna yang egois.
Tetap dia lagi egois dari segala egois.
Seperti menyampaikan kata pada angin lalu.
Sepi tanpa perkhabaran atau balasan.

Argghhh..sakitnya menanti.
Jangan sampai aku yang singsing lengan tarik kain sikit ke atas.
Nanti aku hilang tanpa dapat kau jejak baru padan mukak sana !!!
Aku kan pakar hilang..
Jangan kau duga aku.
Titik.


Sunday, May 6, 2012

THE MYTH

Identify some local and international customers right. Design a guideline, or a charter, for your future business in order to know handling customers in the right way. Design your own customer touch point that you think is necessary to meet the customers’ needs and wants.

Mengenal pasti beberapa pelanggan tempatan dan antarabangsa. Rekabentuk satu garis panduan, atau piagam untuk perniagaan masa depan anda untuk mengetahuipengendalian pelanggan dengan cara yang betul. Rekabentuk pelanggan titik sentuhan anda sendiri yang anda fikir adalah perlu untuk memenuhi keperluan pelanggan dan mahu.
 
"apa la susah soalan ni? aku bingung.. lol..........."