DIIKLANKAN OLEH

KAWAN-KAWAN

I'M A NUFFNANGER !

OUR ANNIVERSARY

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

MY NAZRIN

Lilypie - Personal pictureLilypie First Birthday tickers

Friday, July 29, 2011

Aku kah wanita itu ?

Wanita itu sungguh rapuh hatinya,
walau nafsu nya lebih banyak dari akalnya yang satu..
tapi, hatinya tiada tolok bandingan bila mencintai..


Wanita itu tercipta dari tulang rusuk kaum Adam..
Lindungi dia..sayangi dia..kerna dia sebahagian dari mu..
Wanita tidak akan pernah lengkap tanpa lelaki
Lelaki jua tidak pernah akan lengkap tanpa wanita..
Saling memerlukan, saling melengkapi..
Di sebalik kejayaan seorang lelaki,
pasti ada wanita yang berdiri teguh disisinya..
menyokong dan memberi pendapat walau mungkin tidak akan diguna pakai..
tapi, dia tetap akan berdiri di situ..
menyokong mu..menyayangi mu..


Cantik wanita kerana kejernihan wajah
Manis wanita kerana senyuman yang indah
Ayu wanita kerana kesedarhanaanya
Hebat wanita kerana keimanan yang teguh..


Carilah wanita berdasarkan agamanya
bukan wajahnya..bukan penampilannya..dan bukan juga perwatakannya..
Kerna wajah, penampilan & perwatakannya bisa kau ubah mengikut apa jua acuan yang kau mahu..
Cintanya pada agama, pada Rasul..tidak akan bisa kau bentuk semahumu..


Kerna wanita bila menyinta..hanya Allah yang tahu hatinya...



Gambar adalah sekadar hiasan semata-mata~~~~

Thursday, July 28, 2011

Maghrib at Sepanggar

I have this few pictures that i've took several weeks ago.


I like the colours that look so perfect during maghrib.
The colours are orange, white, soft blue, a liltle dark blue..
Somehow the colours merge into one..


If only two hearts that love each other can merge into one just like the colours in the sky..i am hoping that someday..i can too..


Sorry for the quality of the pictures..since i took it while in the running car..perhaps, that's just like my story a liltle happiness while in a few times a liltle sadness in the end.... (T_T).



Tuesday, July 19, 2011

Wake up, sayang..

Sayang,
Please wake up..
Please stand on your sweet little feet..


Sayang,
Go on..
Live on..
There's nothing more for you here..


Sayang,
You will be okay..
All this while, you went just fine..
So, there's nothing for you to worry..
Coz you will be okay...


Sayang,
I know you can do it..
You always can..


Sayang,
Cheer up..
Coz somewhere in this small world,
there will always be someone who love you with all their heart..

Sunday, July 17, 2011

We ain't got nothing...


Dear bloggie,


At this moment,
I felt empty..
I felt lost...
I tried flashing back
what have i done in my life?


If i'm being good to others or not?
Or i'm being selfish?


Huh..
Life's really turning me upside down..
People come and go as per their liking..
But, i'm still here not moving even an inch towards or backwards..
I never felt this kind of emptiness......


Today,
someone special left me for the second time..
I really don't know why..
For God sake i don't have any idea why..
I'm yet alone..


And today too,
Dearest friend of mine
getting married..
i'm so happy for her..
but deep inside, i felt sad..
Maybe i felt alone..again...


Tomorrow,
I'll be alone again..
My dearest kak che moved away..
To pursuit her dreams...
I'm all alone in the world of second class citizen..
A world where everyone trying to be liked by others 
by stabbing each others..
Trying to be someone at their point of view...


I really don't know whats gonna happen in my life..
I don't plan things..
Things just happen..
All i did is pray and make my self belive that in the end
maybe i can be happy with someone...


Al-Mighty, 
I'm tired.. 
I'm exhousted..
If only i could be just like the others...





Pull me in close and don't let me go.....

The Art of Graffiti


Pictures that i took the day i bought Transformer Dark of the Moon ticket..
The gravity as you all knew located on abandoned building in front of Suria Sabah.
I really like the graffiti.
Enjoy... ;p

Tuesday, July 12, 2011

Subuh Yang Syahdu




subuh yang syahdu...
pada Mu Tuhan yang menciptakan segalanya, aku bersujud...
mohon diberikan kekuatan dalam menjalani hidup yang penuh onak dan liku...


Aku mohon diberikan petunjuk...
Moga jalan yang aku pilih,
lebih mendekatkan aku pada Mu..


Sesungguhnya Kau yang Maha Mengetahui atas segala sesuatu..







Sunday, July 10, 2011

Alasan Untuk Berdosa

"Aku dah usaha tinggal dah, tapi tak mampu. Nak buat macam mana"


"Tak boleh bai, aku ni lemah dengan godaan. Nafsu kuat sangat. Tu yang tak boleh tinggal benda-benda ni"


"Allah dah takdirkan aku camni. Aku nak buat camna. Dah tertulis di lauh mahfuz aku ni buat maksiat-maksiat ni. Takdir aku memang begini"


Itulah dia antara alasan yang sering didengari. Mungkin kita tidak pernah mendengarnya daripada mulut orang lain.


Tetapi kita mendengarnya daripada hati kita sendiri.


Ya. Kita memberikan alasan, untuk membenarkan kita melakukan dosa, keingkaran kepada Allah SWT.


Kita tunjukkan pada ketidak mampuan kita, kita katakan ia adalah punca godaan yang datang, malah adakalanya kita meletakkan perkara ini atas takdir Allah dan menyatakan ini semua susunan-Nya.


Inilah alasan-alasan kita.


Alasan untuk berdosa. Benarkah ia satu alasan yang melepaskan kita dari azab seksa-Nya?


Kita Yang Memilih Untuk Lemah


Dalam mengharungi kehidupan, sememangnya manusia akan bertemu dengan cabaran dan dugaan. Halangan demi halangan akan wujud untuk menguji insan.


Ujian ini adalah untuk melihat dari kalangan manusia ini, yang manakah yang terbaik amalannya, yang manakah yang layak menerima rahmat Allah dan memasuki syurga-Nya.


"Dia lah yang telah mentakdirkan adanya mati dan hidup (kamu) - untuk menguji dan menzahirkan keadaan kamu: siapakah di antara kamu yang lebih baik amalnya; dan Ia Maha Kuasa (membalas amal kamu), lagi Maha Pengampun, (bagi orang-orang yang bertaubat);" - Surah Al-Mulk ayat 2.


Maka sudah menjadi lumrah bahawa dalam kehidupan ada ujian.


Justeru apakah alasan tidak mampu?


Hakikatnya, semua manusia mampu melepasi ujian yang Allah sediakan. Allah SWT telah berjanji bahawa, setiap ujian yang ditimpakan ke atas diri manusia itu, berada dalam lingkungan kemampuannya.


"Allah tidak memberati seseorang melainkan apa yang terdaya olehnya." - Surah Al-Baqarah ayat 286.


Jadi, bagaimanakah boleh tidak mampu?


Jawapannya adalah, kita yang memilih untuk lemah. Kita yang memilih untuk tidak mengharungi cabaran dengan bersungguh-sungguh. Kita memilih untuk tidak berusaha hingga ke akhirnya.


Kita memilih untuk tunduk dan menerima kegagalan, lantas redha dengan kemaksiatan yang kita lakukan.


Perhatikan betul-betul di dalam jiwa kita. Benarkah kita tidak mampu? Atau kita yang memilih untuk tunduk kepada kerosakan?


Takdir Allahlah Yang Silap?


Menuding kepada Allah dan menyalahkan-Nya atas dosa-dosa yang kita lakukan adalah satu jenayah yang besar. Itu tandanya keimanan di dalam jiwa sudah terkoyak dan rosak. Masya Allah...


"Kenapa Allah benarkan aku buat dosa?" Kita akan bertanya-tanya.


Tetapi siapa yang memilih untuk melakukan dosa? Siapa yang bergerak untuk melakukan dosa? Siapakah?


Kita.


Ketahuilah di dalam kehidupan ini, Allah berikan manusia satu perkara yang besar bernama IKHTIAR, pilihan, untuk manusia memilih sendiri antara yang buruk atau yang baik. Maka terletak di tangan kita untuk bergerak ke arah mana.


Dan setiap arah yang kita ambil, kita perlu sedar, ada konsikuensinya.


"Tidak ada paksaan dalam ugama (Islam), kerana sesungguhnya telah nyata kebenaran (Islam) dari kesesatan (kufur)" - Surah Al-Baqarah ayat 256.


Di zaman Umar Al-Khattab RA, ada seorang lelaki mencuri. Bila ditanya mengapa dia mencuri, lelaki itu menjawab: "Aku mencuri kerana, Allah telah mentakdirkan aku mencuri"


Saidina Umar menyuruh lelaki itu dipotong tangannya, dan disebat 40 kali.


Sahabat-sahabat terkejut dengan hukuman itu. "Wahai Umar, hukum untuk mencuri hanyalah potong tangan. Mengapa ditambah dengan 40 sebatan?"


"Potong tangan untuk mencuri, dan 40 sebatan adalah untuk tuduhannya ke atas Allah SWT"


Ini adalah dalil yang jelas bahawa, kesalahan kita adalah tanggungjawab kita sendiri.


Lelaki itu, boleh sahaja memilih untuk tidak mencuri. Allah memberikannya ikhtiar. Tetapi dia memilih untuk ingkar kepada Allah SWT dan melakukan kejahatan dengan sengaja.


Dan siapa yang mengetahui takdir Allah?


Tiada siapa mengetahui.


Justeru, bagaimana alasan bahawa: "Allah dah takdirkan aku macam gini, jadi orang jahat" itu boleh dipakai?


Pengajaran Pembunuh 100 Orang


Saya suka dengan kisah pembunuh 100 orang. Dia telah membunuh 99 orang. Kemudian dia hendak bertaubat.


Lihatlah. Dia telah membunuh 99 orang. Tidak pula dia menyalahkan Allah SWT atas tindakannya membunuh 99 orang itu.


Bahkan, dia bergerak pula hendak bertaubat kepada Allah SWT. Lihat usahanya itu. Lihat kehendaknya itu.


Sampai kepada seorang alim, alim itu berkata bahawa, orang sepertinya tiada harapan. Oleh kerana marah, dia membunuh pula orang itu, mencukupkan pembunuhannya kepada 100. Tetapi selepas itu, dia mencari lagi jalan untuk bertaubat.


Lihat. Walaupun seorang alim menyatakan kepadanya bahawa dia telah tiada harapan, dia tetap berusaha. Lihatlah kepada dia ini. Adakah dia berkata: "Memang Allah dah takdirkan aku begini"???


Akhirnya, dia bertemu dengan seorang lagi alim. Dan orang alim itu berkata bahawa lelaki itu perlu meninggalkan suasana yang tidak membina. Maka ditunjukkan satu perkampungan yang boleh memberikannya suasana untuk bertaubat.


Maka bergeraklah lelaki itu. Tetapi di tengah perjalanan, dia meninggal dunia. Meninggal dunai tanpa sempat bertaubat. Tetapi dalam keadaan sedang berusaha untuk bertaubat.


Dan dia dimasukkan ke dalam syurga. Kisah ini boleh didapati dalam Sohih Muslim dalam bab Taubat.


Lihatlah bagaimana Allah membalas usahanya. Dia tidak sempat pun bertaubat.


Tetapi dia tidak berputus asa untuk menebus dosanya. Dia tidak berputus asa mencari jalan keluar.


Dia berusaha dan berusaha tanpa menuding jari kepada itu dan ini. Dia tidak pula memberikan alasan bahawa takdir tidak menyebelahinya dan dirinya sudah ketagih, tidak berkemampuan dan sebagainya.


Tetapi dia berusaha. Dia menggagahkan dirinya. Dia berusaha merapat kepada Allah SWT. Dia tidak memilih untuk lemah. Dia tidak memilih untuk semakin jauh daripada Allah.


Lihatlah dia.


Penutup: Pandanglah Kepada Diri. Diri Itu Yang Perlu Diperbaiki


Pokoknya, ketidak mampuan kita bukan alasan. Allah juga tidak pernah bersalah dalam hal ini. Tetapi diri sendirilah yang perlu dipersalahkan.


Mengapa memilih jalan sedemikian? Mengapa tidak berusaha sehingga habis hayat?


Mengapa tidak bergerak mendekati Allah dengan sepenuh kekuatan? Soalan-soalan ini perlu dilontarkan kepada dalam diri kita.


Perhatikan diri kita.


Yang bersalah hakikatnya adalah kita.


Kita yang memilih jalan kefasadan.


Dan siapa kata kita tidak boleh keluar?


Allah kah kata? Adakah kita mengetahui?


Hakikatnya, kita yang memilih untuk terus kekal dalam kerosakan.


Justeru, siapa yang memilih untuk keluar?


P/s: diambil dari laman web iluvislam

Aku pro KEAMANAN...

Syukur alhamdulillah...kerana malam ini Tuhan berikan aku ketajaman akal dan fikiran dalam membalas hujah-hujah mereka yang auta dalam kefahaman masing-masing. Seperti yang semua maklum, (bapak aku suka guna ayat maklum dalam setiap ungkapan perbualan - faham-) huru hara yang dicetuskan oleh c Polan kafir yang belum tentu kesahihan warganegaranya dalam beberapa minggu ini yang mana kemuncaknya adalah hari Sabtu 9 Julai 2011 bersamaan dengan 7 Syaaban..


Malam ini aku berjaya membalas semua komen teman-teman yang aku rasa pro PAS dan pro AMBIGA.. Sebagai seorang penulis bebas, aku memilih untuk pro KEAMANAN..aku tidak pro PERKASA..


Bagi aku, untuk mengelakkan negara dari menghadapi kemelut yang berpanjangan, adalah lebih baik setiap warganegara berfikir dengan sewarasnya adakah penentangan yang berunsur keganasan akan membawa kebaikan? Adakah masa depan seperti nasib negara perang yang ingin kita wariskan kepada generasi akan datang? 


Sokonglah siapapun yang ingin anda sokong. Namun, dengan berbekalkan fikiran waras dalam setiap tindakan dan keputusan, insya Allah semuanya akan baik dan aman sahaja. Jangan gadaikan keamanan negara atau kemurnian agama demi kepentingan individu-individu tertentu yang sudah pasti setiap daripada kita tidak tahu hujung pangkal hati budinya..


Kekalkan keamanan...


p/s: Aku menulis dari mata hati...maaf andai menimbulkan kemarahan pada sesiapapun...


Thursday, July 7, 2011

Freedom of Mind



Minda,
please stop thinking about something that is surely fated not yours..
please stop..


I'm exhausted..
I really need to find back all the courage
to be yet alone..


So far, you are alone..
So, be it..


Then, why are you still thinking?


Please minda..
Think about yourself first..
Forget about everything..everyone...


You will be fine...
Alone..


:)




Wednesday, July 6, 2011

Rezeki Jangan ditolak Musuh Jangan Dicari

Dear Bloggie,


Rezeki mencurah-curah..

cumang saya yang malas...

Asi ka tolak rezeki...?



Kata orang,

rezeki jangan ditolak, musuh jangan dicari..



Hmmm...ada 2 lagi ni...

mo ambek ka ndak ya?

PJK ooo....

Hujung bulan 7 due...

Dua bulan oo saya kerjakan ni barang.. huhuhuhuhu...



Ambek



Tak ambek



Ambek



Tak ambek



Ambek



Tak ambek



Ambek



Tak ambek



Ambek



Tak ambek



Ambek



Tak ambek



Ambek



Tak ambek



Ambek



Tak ambek



Ambek



Tak ambek



Ambek



Tak ambek



Ambek



Tak ambek



Ambek



Tak ambek



Ambek la kot...



:)



Rezeki saya tak tolak....

Musuh saya tak cari......

orang bagi salam...

saya jawab jak la..

layan tak layan bolakang punya cerita...

hihihihihihi... :)



 

Sunday, July 3, 2011

Mood : Happyyyy....

Bloggie,

Jam ni aku cukup happy.... at last all my work dah abisss....

yahoooooooo !!!!!!!!! :)

berbaloi-baloi... tis time aku dapat RM2K lebih... sapa bagi???

Hehehehe...

Apa pun... ada tambahan lagi 3 set.. Ni kak sepupu aku punya... 
Kureng betulla beniaga ma kuarga ni bikin rugi..kan2??...

Lantaklah.. yang penting dia bayarkan saman ku.... 
Sesungguhnya aku nak memandu.. HUHUHUHU..
benci JPJ  balik2 mo saman aku... comel sangat ke aku ketika memandu?? Citt... :)

Pas ni aku nak menonton movie2 yang masih pending dalam lappy baru ni.. yes....
 lantaklah bekas aku yang bagi ka apa ka.. yang penting aku nak nonton !!! 

p/s: sapa mo movie...dtg la uma.. wakwakwak...


Gambar TIADA KAITAN LANGSUNG dengan entri...
So what?? Who cares?? :)

Saturday, July 2, 2011

Transformer - Dark of the Moon 3D

Punya la siok ni cerita...Betul ini kali la..terbaik compare to last movie.
Sedang asyik aku menonton.. smpai bahagian Sam & Dylan bergasak... nah... teteriak aku dengan lantangnya, 


"NO"


hahahhahahahahhaahahhahahahahahahhahahahahhahahahahhahahahahahahahahhaha...malu sungguh aku ketika itu... hebat betul ni cerita ba..tanpa disedari aku seakan-akan hanyut dalam cerita itu..ndak tau berkhayal diri sebagai Carly? hahhaha.. teda2 ko naz....


To be honest, ni is my first time ba tinguk movie in 3D.. punya main pening..dapat seat row K lagik.. huhuhu..and for those yang belum pernah tengok movie in 3D dan bercadang nak g tengok, i nasihat u all pilih seat bolakang sekali... kompom siok eh.. tia pening tu... 


Paling aku sukak adegan Sam sedih tengok Autobots leaving earth..then kapal meletup... punya la airmata Sam...memang kuat cengeng bha c Shia LaBeof ni... cuak kamu perhati kan.. sikit2 beair tu mata dia... tpi, siok la kan time dia hug Carly... huhuhuhu.. itu lah bagi aku cintan matik... "Don't ever let me go" bilang c Carly... Oh... how i wish.... :(


Cakap pasal audience kan.. kan aku tgk second day 12.00am ya.. audience kan.. mmmmmmm... 50-50 ba chinese n malay... punya la semat... artis pun macam banyak bha... ahahhaha.. guy ensom2..mmm... ada la sekerat dua.. tp, ada satu nie... comey.. "boleh pandang2, jangan pegang2" lalalalaalalala....


Salute abisla ma Michael Bay...!!!


p/s: macam mo p tengok lagi bha.. tp, da kawan... sapa2 mo p tgk.. ajak ba aku kasian.... :)