DIIKLANKAN OLEH

KAWAN-KAWAN

I'M A NUFFNANGER !

OUR ANNIVERSARY

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

MY NAZRIN

Lilypie - Personal pictureLilypie First Birthday tickers

Monday, December 30, 2013

Percutian di Ostrich Village Lodge (OVL), Kg. Rampayan Laut, Kota Belud.

Dear you alls,

Ecehhh. salam kepagian yooww..
Just a quick update on our activity on last weekend.
Kazen aku minta kami sekeluarga datang meramaikan majlis hantaran dia dengan cewek manis berbangsa Iranum dari Kota Belud. Alih-alih, bapak aku yang jadi tukang becakap sana yaaa.. siap berpantun lagi. Kau ada? hihihihi... Nama tempat tu Ostrich Village Lodge. Best jugak tempat tu sebabnya lengkap untuk apa-apa acara pun. Meka ada servis untuk meeting room, seminar, even dewan dia pun besar kauuu. Katering ada.. Kanopi ada.. Adehh.. I'm having a thought suda mau buat my wedding there. Ahaks. Bilik dia pun banyakkkk kauu.. Lengkap dengan katil, air-cond, tandas. Tapi, tiada TV. Lols.. Lagi satu, kalau kau guna line telepon DiGi memang baik kau bagi off jer la. Takda line. Kecuali kau keluar dari lodge tu. Hehehehe. Celcom line kuat sana. cantik view dia ooo.. Boleh nampak tu Gunung Kinabalu. Aku ada tanya staff cleaner sana. Aku cakap tempat selalu kenak booked ka? Dia bilang nda jugak sebab meka banyak terima tempahan makan-makan untuk pelancong Korea jer. Pelancong Korea akan datang dalam jam 4 petang. Meka tak tidur situ cuma makan jer and menjalankan aktiviti paling siok katanyaaa.. Which is watching fireflies.. mau pigi tempat tu kena naik sampan. Siuk bilang pekerja tu.

Kalau korang nak pigi sini better bawak kete yang besar sebab jalan masuk ke tempat ni ehem2 la best dia. Jauhh jugak nak masuk sini. Lepas tu kalau jalan terusssssss lagi akan jumpa perkampungan Iranum jugak and sebelah dia laut sesuai untuk memancing. Tapi, siang mesti pigi sebab no lampu jalan. So malam memang gelap gilaaaa.. And you can see ada banyak tanah perkuburan. Ngeeeeeeeeeeeee...

Ok. Ni antara gambar yang sempat aku snap khas untuk tatapan korang.

Oh ya, si abang pun ikottt.. Siok banar dia bilang. Hehehehehe..


Si Abang marukuk la sejaaa..





Cantik kan pemandangan laut dia? Paling di sukak tu pelancong Korea tinguk sun set.




Warung Pendekar Mustar daaaa...Ni warung sebelah saja sama tu lodge. jalan kaki jer dalam 300 meter. Eksesais pepagiii...



Mee guring dia punya laaa... Hehehehe..


Eksesais la sangat nyahh. Minum neskupi nai.. Aku minum 3in1 old town white coffee.


Ada munyit dipelihara. Nama dia Roro.




Ni pejabat dia. Santai abis tempat ni. No rules on check out yaaaaaaaaa tuan2 dan puan2. You can check out anytime you want..






Ada quad ride. Giteww.. Sewa ni.



Yang ni ektuali bilik pameran kaum Iranum. Cantik. Ada tempat kawen. ada macam2. Ada gift juga untuk dibeli.


Mini mart kedai ni sebelah lodge. Satu building.



Yang bangunan besar sikit tu Pusat Internet Kg. Rampayan Laut. Yang kecik sikit tu kedai runcit sebelah saja ni lodge.


Ni pamplet OVL.



Ada muka Pandikar Amin sanaaaa.. jagakkk...


Cantik kan siling dia? Huhay. Siling macam ni ada di pejabat saja. Kami suka santai sini sebab ekon dia sejuk. Ngeeeeeeeee..

That's all guys.. Sila jeles.

Ya ampunan. Sori lupa wish. Selamat Bertunang kazen ku. Alvin.

Saturday, December 28, 2013

Kita Semua Sama

Salam.

Kita sama jak. Kau nda percaya? Atau kau angkuh dan tinggi diri hingga merasa diri kau seagung Tuhan semulia Nabi. Mari kita kasi terang sama kau yang kita ni sama jak.


































Kau di atas ka.
Kau di bawah ka.
Kau tinggi ka.
Kau rendah ka.
Kau busuk ka.
Kau wangi ka.
Kau baik ka.
Kau jahat ka.
Kau pemihir ka.
Kau pembersih ka.
Kau jantan ka.
Kau betina ka.
Kau sundal ka.
Kau suci ka.
Kau kaya ka.
Kau miskin ka.
Kau putih ka.
Kau hitam ka.
Kau kacak ka.
Kau jelek ka.

Sampai satu masa kawan, sampai masa tu baru kau akun kita ni sama jak.

Masa tu, baru kau menyesal dengan semua perbuatan mu di atas muka bumi Allah ni. Yang dia bagi pinjam sementara untuk kita ni hamba-Nya berbuat baik antara satu sama lain, untuk kita ni hamba-Nya sama-sama menambah takwa tambah iman agar ada bekalan kita bila menghadap Dia kelak.

Kita bukan maksum. Kita manusia biasa macam manusia lah. Jadi janganlah angkuh janganlah tinggi diri. Sebab semua yang kita ada bersifat sementara. Tiada yang kekal melainkan amal ibadah kita. Fardhu ain ka fardhu kifayah ka. Semua amal baik dan jahat kita Dia akan bagi kita dan semua kita-kita tengok sama-sama.

Masa tu baru kau akun kan? Yang kita ni sama jak.

Tungguuuuuuuuuuuuuuuuuuu.....

Sekain.


Wednesday, December 25, 2013

Blog Tok Wan: Harta Benda Ujian Terbesar Umat Muhammad s.a.w.

Blog Tok Wan: Harta Benda Ujian Terbesar Umat Muhammad s.a.w.: IMAN adalah aset rohani manusia yang tidak ternilai harganya. Tinggi atau rendahnya martabat manusia di sisi Allah ditentukan dengan k...

Thursday, December 12, 2013

Genap Setahun

Salam semua..

Hari ini aku happy sangat. Tapi, agak penatlah. Huhuhu. Biasalah wanita bekerjaya gitu. Sabar jer lah kan. Syukur diberi peluang mencari duit sendiri. Hehe.. Eksited sangat aku hari ni, sampai ada kawan opis tanya kenapa muka kau happy ni moi? Erkk.. Obvious sangat ka? Hahahhaha..

Ya.. Hari ni genap setahun usia perkenalan aku dengan si Abang. Hehehe.. Tak sangka kan? Tahan jugak si Abang sama aku ni. Hihihihi.. Dari 12.12.12 jow... Jangan jeles yah..Buwekkk... Tapi, seyes aku jeles dengan Che Ta. Dia nikah 11.12.13 kan? Huhuhuhu.. Rezeki dia la tu.. Hmmmmm..

Kali ni kami tak celebrate sangat. Aku tak banyak masa nak keluar. Busy terus la katakan...

Di kepsi jak yang sempat. Ngeeeee~~~~~~~~



Dear Love,

Thank you for loving me..

I LOVE YOU.. :)


Sunday, November 17, 2013

I Love Nuffnang (How to get extra money from Nuffnang)

Alohaaaaaa!!!

Alhamdulillah syukur... Terkejut sangat aku yah. Bila buka nuffnang, RM55.80 !! Jumlah ni memang la sikit. But, seyes question, "kau ada?" hihihihi..

Ni lah power of blogging. C abang marah aku berblog. Sebab bilangnya nda da faedah. Cehhh... Dia lom nampak ni ooo.. Aku jarang pun blogging. But, how do i manage to get this amount of money??

Kamurang mau tau ka caranya? Betul ni mau tau? :)

Sonang jak ba. Follow this four simple steps:

1) Create blog account
2) Create Nuffnang account
3) Put in your Nuffnang campaign in your blog
4) Finish

Kalau nak tau lebih lanjut, you can always ask by leave your comment below and wait for my reply.

Kamurang macam nda percaya jak kan about the amount i get by blogging? Kihkihkih.. Nah di bawah sa sertakan bah tu gambar print screen.. Hihihihi.

Klik to enlarge or just put your cursor on the pic !

Klik to enlarge or just put your cursor on the pic !

Muaahhh !! Love Nuffnang......... :)


Monday, November 4, 2013

I Love You


Khas: Dedikasi buat bakal suamiku.

Abang,
Biar apa pun halangan kita,
Aku tau kita pasti akan bisa menempuhnya.

Abang yang kenal aku.
Abang yang paling sayang aku.

Tapi, orang tak tahu dan mungkin abang sendiri pun tak tau sebab abang mana bukak Internet, bukak blog aku ni. Aku sayang abang lebih dari sayang abang sama aku, tau?

Ya. Sekali lagi aku ucapkan Syukur Alhamdulillah. Allah pertemukan aku sama abang. Sebijik apa yang aku pinta dalam salah satu doaku.

"Ya Allah yang Maha Mendengar Yang Maha Mengetahui akan segala sesuatu. Aku tahu aku hambamu yang paling hina, dalam kesedihan baru ku meminta-minta pada-Mu sedang Kau sentiasa mendengar lagi mengetahui akan setiap yang ada di langit dan di bumi. Satu pintaku Ya Allah. Berikanlah aku kesenangan hati berupa seorang suami. Dialah suamiku yang matang, yang baik hati, yang akan menyayangi aku sehingga ke mati ku, yang akan menjaga aku dan yang akan membawa aku ke syurga bersama dia, suamiku. Biar siapapun dia, walau buta IT sama sekalipun, hadirkan dia dihadapan pintu rumahku. Akan aku sambut dia dengan senyuman ikhlas dari hatiku yang rawan. Aamiin Ya Rabbal Aalamiin."

Aku mau abadikan apa yang ada dalam hatiku.
Biar jadi tatapan anak-anak kita suatu masa nanti,
Betapa umi dorang sayang abah dorang.

Nanti sudah abang pandai guna Internet, bukak blog aku ni.
Baru abang tau yang selama kita bertunangan, aku curah rasa sayang aku sama abang hasil penulisan aku dalam blog ini. Lepas baca tulisan ni, mesti abang kesat-kesat airmata gembira tu kan? Abang tu memang. Cengeng. Macam sayang. Hehe.

Selamat malam abang.
Tidurlah dengan lena. Semoga kita cepat disatukan. Supaya hidup abang tak keseorangan lagi.

Nukilan,
Sayang abang yang cengeng tapi comel.

P/s:
Dear readers, its my own thing. Korang baca jer ye. Jangan sampai muntah ya udah.
Mode: Madly in love (^_^)V - Kurang sudah aku bingung sebab ada abang. Pelengkap hidupku. Buwekk.. :)


Monday, October 21, 2013

Selamat Hari Raya Aidiladha 2013

Hai bloggie,

Cerita gembira ni. I want to kongsi with you all. Hahahaha.. Viewer blog aku ni makin banyak la wei. Bikin hairan ooo.. Jarang update pun. Yang bestnya nuffnang makin naik. Yahoooo.. Thank you thank you yang sudi klik belog ai ni.

Lagi cerita best. My lovely Adam. Dia dah pandai bunyi-bunyi macam panggil orang. Tak boleh orang lalu dekat dia mesti dia bunyi-bunyi minta angkat. Hehehe. Comel betul Adam ni. Sekarang dia dah lapan bulan. Banyak gak video dia aku ambil tapi tiada masa mau upload di akaun Youtube aku. Adam ni bagi aku macam scan muka bapa dia. Hahahahaha. Adik aku dah ada anak. Abang aku tak lama lagi. Hihihihi. Aku? Tahun depan kali. Mudah-mudahan.. Eh Yob, ko doakan la aku cepat join the club Nanti boleh anak kita kawan-kawan. Ecehhh..

Sebenarnya aku banyak keja nak buat ni. Tapi aku malas. Payah benar buat asimen kali ni. Asik tetidur saja. Mau baca novel tetidur jugak. Hmm.. Layan jari la di belog kan? Lagi siok. Manatau rating naik lagi. Kahkahkahkahkah..

Sebagai penutup entri kali ni, aku hidangkan korang dengan gambar-gambar Adam la. Hihihi. Esok dia kena suntik. Tapi Adam budak kuat. Dia tak nangis macam budak lain. Muahh... Sayang Adam..

Adam sama atuk kongsi minat yang sama. Meka dua suka tengok channel sukan. Hihihi..

Adam sama kakak Alya. Masa ni Adam masih botak. Skinhead !!

Eh lupa.. Selamat hari raya haji semua..... :)

Sunday, October 20, 2013

It's Getting Weird

Hi dear bloggie,

I miss him like every single second of my life. Gosh..
I will be mad for no reason if he's not around me..
What is this feeling?

I want him to be near me all the time..
I want to hear his voice..
I want to see his eyes..
I want to see his smile..
What is this feeling?

Am I in deep crazy love?

I think indeed I am..

Muahhh.. My fiance yang kuat berlawak. Love him. Muahh.. Hahahahaha....

Tuesday, August 13, 2013

Selamat Hari Raya 2013

Slmt hari raya semua...
Im so damn busy ooo.
But, I really miss you my dear bloggie... Muahhhh.. Ahaks~~~~
Pssttt.. Im currently, planning on my wedding.. Kahkahkahakah.... Serammmm siotttt.....

Tuesday, July 16, 2013

Hampir Sempurna


Hampir sempurna..
Syukur alhamdulillah Allah bagi yang terbaik untuk aku...

Doakan aku ya kawan-kawan..

P/S: Tu patung.. nyebok. Hihihi..

Sunday, June 16, 2013

Middle of 2013

Holla readers.

Maigadd. Buruk benor dah blog ni. Huhuhuhu. Dah kurang sangat update dia. Sorry la sangat-sangat bagi pengunjung setia saya. Cewahhhhhhh.. Ada la kot? Satu ke dua ke.. Hahahaha..

Tiada cerita sebenarnya. Aku cuma pingin lihat kejadian blog ni. Hehehe. Korang nak tau ke cerita hampeh aku? Nak ke tak nak??? Kalau korang tak nak, okay fine. Byeeeeeee..

Macam psiko dah aku kan? Hahahahha.. Seyes. Aku tak tau nak habaq apa sama kamurang. Cerita pasal kahwin? Hahaha. Ntah lah. Tahun ni kali. Aku pun tak pasti. Tunggu jak la rombongan meminang si Abang, kan? Hihihi.

Aku update cerita melalui gambar la kan? Teda mood nak menaip.. :(

Camera360 LOL!!

Alya dah gemukk. Hihihi..



Tu jerrrrrrrr..........

Baiiiiiiiiiiiii...........

Saturday, May 4, 2013

1 May - Snorkeling with my love

Holla you all.
Tomorrow voting day. Hmmm. Undi la siapa yang korang rasa membantu hidup korang. Jangan terpedaya dengan air liur basi calon-calon yang tidak ketentuan tu. Hehe. Lain mukadimah kali ni. Sempena PRU13 la kan. Aku dapat tiket free ni. Sekuarga lagi giteww. Tiket kapal terbang okey. Hihihi. Dalam kuarga kami, aku sorang jak yang mengundi di kawasan bandar Tawau. Yang lain semua di Balung. Huhuuu. Petang sikitlah aku turun mengundi. Hihihi..
Berdasarkan tajuk entri ni, hehehehe. Yup, 1 May cuti Hari Pekerja hari tu kami sekeluarga jalan-jalan ke Pulau Manukan. Si Abang pun ikut sekali. Best sangat-sangat tau. Aku ni seumur-umur tak pernah snorkeling. Kali ni, setelah si Abang paksa berkali-kali, baru aku berani tau. Tu pun dengan bantuan jaket keselamatan. Hihihi.. Serius cakap, siok habis. Makin jauh ke laut kau selam, makin besaq ikan dan makin banyak jenis ikan yang kau jumpa. Nasib la aku tak dapat nak tangkap gambar ikan-ikan tu. Huhuhu. Cantikkkk. Hehehe..
Yang banyak aku tangkap gambar, gambar aku dengan si Abang je lah. Hahahaha. Next time, kami nak pegi Pulau Mamutik la pulok. Hahahaha. Seronot sangat.
P/s: Yob, kau jangan berair mata nangis tengah malam mimpi snorkeling di sini. Hahahahaha..

Friday, April 26, 2013

My 30th Birthday !!

Salam all.

Huhuhuhu. Birthday kali ni im turning 30. Hahahaha. Tuak sudah aku. Umur ni hanya angka. Sebab people see me as 20 something jugak. Miahahahaha. Oh please jangan jeles.

Kali ni sambutan sangatlah ntah apa-apa ntah. Aku sibuk atur kerja-kerja kontraktor. Ambil cuti kunun nak celebrate sama si Abang, tau-tau... Hahaha. Bak kata si abang, sabar sayang. Celebrate bila-bila boleh. Kita atur mana yg penting dulu ya?. Huhuhu.. Mudahan semua urusan beres. Fenat tau nyahhh.. Ke hulu ke hilir... Tapi best ada si Abang. Hihihi.. Sayang abang. Muahh.

Kek? Ada jugak. Tapi slice jer. Huhu. Dah malam baru cari kek. Mana da whole cake suda. Huhuhu. Sabo jer la. Birthday present pun tunda. Adududu..

Tapi disebalik semua ini. Birthday kali ni the best !!!. Sebab ada sudah cahaya hidup saya. My dear Abang sayang. Hahaha. Mudahan murah la rezeki kami berdua. Cepat kahwin. Mesti korang gatal dan tak sabar nak tengok muka comel bakal anak aku kan? Hihihihi. Aku pun tak sabar yobbbbb..

Ok la. Keja belambak dekat opis ni. Boss dah jeling-jeling manja dekat aku. Hahahaha. Hadiah utk peminat blog aku ni. Aku selitkan gambar kami dua. Eksklusif yobbb. Miahahahaha...

Tuesday, April 9, 2013

Gersang

Salam semua. Hola.

I really missing my dear blog. Taip d hape nda sama ghaso dia dengan taip di keyboard okay ?? Sengal betul. Hurmmm. Sabo jer la yob.

Update. No improvement. Yup. Pi mai pi mai tang tu jer la. Really have to work my ass out ooo. Ha.. Memang my ass ada byk kemajuan lah. Baju kerja banyak yg makin mengecil. Jahat sungguh mesin basuh tu. Hurmmm..

Me and si Abang so far so horny. Eh. So far so good. Ngehehehe.. Getting better every single day. Pasal my ex2 mmg hampeh siot. Satu2 sms la, call guna number lain la, PM di facebook la. Adehh. Sabo jer la si Abang. Tapi, baru2 ni ada satu ex aku yg keja di KL mencari berabis ni. Maigaddd.. Dia betul2 nak balik dengan aku. Huhuhu. Kesian jugak aku dengan dia. Hopefully, dia okay la sudah tu. Aku dah block dia dari hubungi aku lagi. Kesian betul. Hmmm.. Pengajaran la kepada org2 diluar sana. Sila jaga pasangan anda baik2. Nanti dah berjauh baru nak jilat balik ludah. Tak ke malu sendiri?? Hmmm..

Sunday, March 24, 2013

Pengalaman menaiki keretapi Sabah

Hai darling.

Hari Sabtu 23 Mac, c Abg bawa aku jalan-jalan ke Beaufort naik keretapi. Wahhh.. Punya siok naik keretapi.. Keretapi baru...ekon dia kuat, nda bising, jalan dia ok, kira laju jugak sebab 2 jam gitu boleh dah sampai Beaufort.

C abg pun nda pernah rupanya naik keretapi tu. First time gitu.. Aku bangun jam 5 pagi gitu. Jam 6 c abg sampai dah d uma ambil aku. Jam 6.30 kami dah sampai Terminal Keretapi Tg. Aru. Sarapan dulu d cafeteria dia. Ok jugak makanan dia. Ada mahal sikit la.

Harga tiket? Mak aihhh. Murah gila la berbanding kita drive sendiri sebab beli minyak, makanan segala bagai. Hihi. Naik train ni, kita enjoy tengok pemandangan dia tau. Dari Terminal Tg Aru ke Beaufort, harg tiket RM4.80 jer untuk satu hala. Murah kan? :)

Kenangan yang paling best naik train dengan c Abg ialah Abg belikan ai cincin ya... Hihi. Biarpun kecik tapi cukuplah sebagai tanda dia betul-betul serius dengan aku, kan? Hihihi.

Oh ya. Ada satu gua yang akan train tu lalui. Lokasi dia sebelum Papar. Jarak kurang 1 minit gitu. Kalau kena driver yang best, dia tak bagi hidup lampu tau... So, bayangkan gelap dia tu. Hihihi. C Abg eksited sangat. Haha. Sebenarnya c Abg mabuk dah. Dia tu cepat sgt pening. Geram aku. Heheehe. Nasib dia tak muntah hari tu. Kalau tak, aku ganyang dia. Hahahaha. Ala...cakap jer tu. Kita sayang ok...???? Hehhe...
Ok la. Tu jerla cerita pengalaman naik train. Harap korang yang baca ni, yg Sabahan terutamanya....silalah luangkan sedikit masa untuk rasa sendiri pengalaman naik train ni. Bestttttt.. Aku siap lambai semua kereta dan motor yg kena berenti disetiap hentian. Haahaha. Ala-ala model gitu. ;)