Salam.
Kita sama jak. Kau nda percaya? Atau kau angkuh dan tinggi diri hingga merasa diri kau seagung Tuhan semulia Nabi. Mari kita kasi terang sama kau yang kita ni sama jak.
Kau di atas ka.
Kau di bawah ka.
Kau tinggi ka.
Kau rendah ka.
Kau busuk ka.
Kau wangi ka.
Kau baik ka.
Kau jahat ka.
Kau pemihir ka.
Kau pembersih ka.
Kau jantan ka.
Kau betina ka.
Kau sundal ka.
Kau suci ka.
Kau kaya ka.
Kau miskin ka.
Kau putih ka.
Kau hitam ka.
Kau kacak ka.
Kau jelek ka.
Sampai satu masa kawan, sampai masa tu baru kau akun kita ni sama jak.
Masa tu, baru kau menyesal dengan semua perbuatan mu di atas muka bumi Allah ni. Yang dia bagi pinjam sementara untuk kita ni hamba-Nya berbuat baik antara satu sama lain, untuk kita ni hamba-Nya sama-sama menambah takwa tambah iman agar ada bekalan kita bila menghadap Dia kelak.
Kita bukan maksum. Kita manusia biasa macam manusia lah. Jadi janganlah angkuh janganlah tinggi diri. Sebab semua yang kita ada bersifat sementara. Tiada yang kekal melainkan amal ibadah kita. Fardhu ain ka fardhu kifayah ka. Semua amal baik dan jahat kita Dia akan bagi kita dan semua kita-kita tengok sama-sama.
Masa tu baru kau akun kan? Yang kita ni sama jak.
Tungguuuuuuuuuuuuuuuuuuu.....
Sekain.
No comments:
Post a Comment
Nak komen? Sila layan diri..