DIIKLANKAN OLEH

KAWAN-KAWAN

OUR ANNIVERSARY

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

MY NAZRIN

Daisypath - Personal pictureDaisypath Happy Birthday tickers

MY NAZIRA

Daisypath - Personal pictureDaisypath Happy Birthday tickers

Friday, April 8, 2016

Penyakit Kuning @ Jaundice

Salam semua. Wahwahwah.......

Sejak jadi ibu ni, paling nda da masa update blog ya !!

Pa kan daya. Anak jauh lagi penting. Jangan terasa ya bloggie. :)

Ok. Aku nak share ringkas jak ni pasal jaundice. Yes. My Nazrin kena jaundice. Hampir 2 minggu jugak kami masuk keluar Hospital. Waktu baru melahirkan tu, Nazrin kena tahan di Hospital Likas dengan bacaan 207. Ikut saiz badan Nazrin, dia sepatutnya tidak ditahan. Tapi, oleh kerana dia baru sehari, doktor terpaksa tahan. Oh ya. Nazrin kena juga penyakit ni sebab mama dan baba dia berdarah O.

Aku dah makan dan minum semua buah dan minuman yang heboh dikatakan dalam Facebook cara-cara untuk mengelakkan anak kena jaundice. Tapi, tetap jugak kena. Huhuhu.

Ni senarai usaha yang aku buat :-

1) Minum air oren (Peel Fresh)
2) Air kelapa
3) Air susu kambing
4) Air Glukose
5) Cincau
6) Kurma
7) Madu
8) Air anggur
9) Mandi guna tumbuhan kampung : Kapuk, Bunga Raya,
10) Minum ubat Tiki-tiki

Last-last, kakak ipar ku dari Benoni datang ke rumah bawa ubat titis dari Klinik Dr. Lu di Papar. Titis satu titis satu sudu kecil air susu kita. Kasi minum susu tu dengan baby guna sudu tu la.

Alhadulillah. Kuning Nazrin turun mendadak.

Ni bacaan kuning Nazrin.

207 - Masuk wad di Hospital Likas
248 - Keluar Hospital Likas
341 - Masuk Hospital Papar. Yang ni Nazrin kena masuk ubat :(
266 - Stay Hopital Papar
270 - Masuk Hopital Papar
250 - Keluar Hospital
308 - Masuk Hopital Papar
277 - Stay Hopital Papar
250 - Keluar Hospital
243 - Stay rumah dah
186 - Stay rumah dah
156 - Stay rumah dah
156 - Stay rumah dah
100 - Stay rumah dah

Bila tengok numbers di atas, hati rasa nak nanges. Huhu.

Jadi, kesimpulannya. Sila pastikan anda yang berdarah 0 untuk mempunyai ubat titis tersebut supaya anak anda nda di tahan sebab jaundice dan menerima treatment yang sangatlah menyeksakan iaitu baringkan tanpa pakaian anak anda di bawah lampu biru.. :(

ni Nazrin kena tambah air

mata kena tutup tau kalau bwah lampu biru ni (yang ni di Hospital Likas)

Yang ni di Hospital Papar


Ha........... ni lah ubat titis tu... 

Semoga bermanfaat kepada ibu-ibu dan bapa-bapa yang runsing...