DIIKLANKAN OLEH

KAWAN-KAWAN

OUR ANNIVERSARY

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

MY NAZRIN

Daisypath - Personal pictureDaisypath Happy Birthday tickers

MY NAZIRA

Daisypath - Personal pictureDaisypath Happy Birthday tickers

Sunday, December 23, 2012

Aku Dan Kerongsang Emasku

Assalamualaikum,

Hari ni sedih betul. Sedih yang teramat. Hari ini akhirnya aku kehilangan kesayanganku "kerongsang emas". Kerongsang ni bukan sembarang kerongsang. Bukan macam perempuan normal lain mereka boleh pakai apa jenis kerongsang pun untuk dipadankan dengan baju dan tudung mereka. Aku hanya boleh pakai satu kerongsang sahaja. Itulah dia kerongsang emasku yang mak hadiahkan masa aku masih dalam tingkatan 4 (1999). Aku bukan nak temberang cakap tapi kulit aku elergik dengan barangan yang bukan emas. Jangankan kerongsang, jam pun aku tak boleh pakai. Besi? Plastik? Kulit? Getah? Ha.. you name it. Aku dah try semua jenis jam. Paling lama boleh aku pakai satu jam tu, hanya setengah hari. Lepas jak setengah hari kompom kulit aku gatal semacam. Sedihkan? Ketidaknormalan ku ni. Kurnia Tuhan. Sabar.

Tapi, entri ni memang aku nak buat jugak untuk memperingati kerongsang kesayanganku tu. Kerongsang tu kecil jak. Mak cakap dia beli tahun 1999 tu harga dia dalam RM350. Bentuk kerongsang tu, macam bunga raya. Kelopak dia warna emas campur silver ditengah. Ditangkai dan jarum dia semua emas. Hmm. Dijadikan cerita.. Hari Khamis lepas aku tengah bersiap nak pergi kerja. Sedang-sedang cucuk kerongsang tu, tiba-tiba jarum dia terlepas dari kelopak. Aku try jugak bagi ketat balik tapi tak dapat. Jadi, aku ingat Sabtu atau Ahad aku nak hantar kedai emas di Menggatal. Sebelum ni, memang dah berapa kali jugaklah kerongsang tu ada masalah dan mesti dibuat dikedai emas jugak.

Ada beberapa kejadian yang pernah aku kehilangan kerongsang tu. Ada satu kali tu, akibat terlalu menguap dalam kapal terbang (KL-Tawau), kerongsang tu terlepas dari tudung aku dan terjatuh di bahagian bawah sekali tempat duduk. Karau aku memanjangkan tangan untuk mencapai kerongsang tu. Aku dapat jugak capai kerongsang tu tapi, kesan dia? Tangan aku sakit bagai nak tercabut untuk seminggu. :(

Memandangkan kelmarin (Sabtu) mak sibuk buat rendang tempahan kawan abang aku jadi aku cancel lah pergi Menggatal bagi baik kerongsang tu. Hari ni, hujan memanjang. Aku berat hati juga nak pergi tapi oleh kerana kulit leher aku dah gatal sangat (akibat dua hari pakai kerongsang lain) aku dan mak pun pergi jugaklah. Baru nak keluar simpang Taman Tebobon ni, aku dari jauh dah nampak ada kren besar gila babs tutup jalan simpang tu. Pelan-pelan aku drive rupanya pekerja tu ada bukak jalan kampung untuk tembus ke jalan besar. Aku ingat jalan tu macam jalan kampung biasa lah jadi aku redah jak. Tau-tau lecak dan sempit kalah jalan kampung Batu 4 Jalan Apas di Tawau. Aku nak reverse konon tak jadi kuar tapi memandangkan pekerja-pekerja tu dah menunggu nak tengok aku dapat lalu tak jalan tu sebab mereka nampak kereta aku memang lowered gila.



Sepanjang melalui jalan macam jungle trophy tu, mulut aku dah menyumpah seranah dengan kerja baik pulih parit dan jalan dekat simpang taman kami tu. Gara-gara mereka aku terpaksa lalu jalan becak tu. Mak marah aku konon aku ni penakutlah, berani tapi penakutlah macam-macam lagi. Aku bukan takut nak lalu jalan tu, tapi aku risau kereta aku sangkut di jalan sempit one way tu. Kalau ada apa-apa jadi dengan kereta aku siapa nak hantar aku pergi kerja esok? Dah lah annual leave aku habis. Jadi memang berhantam cakap betul aku dan mak. Sampai sempat mak cakap, "tu lah kau, ketulahan sama aku."

Lepas jak seksa melalui jalan kampung becak gila babs tu, kami pun sampai lah di Menggatal. Aku minta mak sorang pergi sebab aku dah tak da mood nak turun kereta. Jadi, mak sorang pergi kedai emas tu untuk baiki kerongsang tu. Tak sampai berapa minit mak datang. Dia cakap, rosak sikit jak boleh pakai lepas ni. Masa tu aku tengah cakap dengan si Abang pasal jalan yang kena tutup tu. Aku nak bagitau dia, kena pakai kereta besar baru ok kalau nak keluar dari taman. Sedang-sedang tu, mak cakap dia letak kerongsang tu dalam beg aku (yang memang haram jadah berzip). Dia letak betul-betul dikocek tempat aku simpan gincu dan handphone. Lepas jak mak simpan tu, aku cakap baik kita jalan-jalan dulu buang masa sampai kren besar tu dah tak block lagi simpang masuk ke taman. Mak cakap, ok.

Jadi, kami pun jalan-jalan lah di Pekan Menggatal tu. Tanpa ada pikiran langsung pasal kerongsang tu yang mak letak dalam kocek beg aku tu, aku asyik selak tangan cek handphone takut bunyi sms ka call ka yang aku tak dengar. Habis satu Pekan tu kami round. Bla punya bla. Kami pun balik rumah.

Sampai di rumah, aku gembira sebab si Abang ada di rumah tengah bersembang dengan adik aku yang servis kereta dia. Lepas tu, mak masuk dapur bagi makan adik dan si Abang durian. Aku happy tengok mereka semua gembira berbual sama-sama. Aku memang tak senang duduk sebab aku kan tak tahan bau durian tu. Jadi, duduk jauh sikit. Banyak lah perkembangan sihat hubungan si Abang dengan mak dan adik. Aku gembira sangat tengok.

Bla punya bla, hari dah malam. Aku naik kemas barang (pindahkan barang aku ke beg yang biasa aku pakai ke pejabat). Then, aku cari-carilah mana kerongsang emas tu. Tak jumpa. Aku panggillah mak minta dia tengok sama. Sampai cari di kereta pun tak jumpa. Hati aku dah sedih gila dan aku jangka memang sah jatuh time kami jalan-jalan di Pekan Menggatal.

Mak aiihhh. Punya panjang cerita aku pasal kerongsang aku ni. Itulah barang paling lama aku simpan yang mak bagi. Kita semua tahukan dulu-dulu RM350 tu besar nilainya. Sanggup mak buang demi belikan aku kerongsang emas supaya aku boleh pakai tudung dan supaya elergik aku tak ganggu aku belajar. :'-( Lama gila tu 1999 - 2012. Aku tak pernah pakai kerongsang lain tau sepanjang tempoh masa tu. Huhuhuhuhu. Kenangan tu jauh lebih berharga jika nak banding aku beli sendiri nanti. Huhuhu. Aku harap si Abang boleh hadiahkan aku sebijik kerongsang emas. Jadi, ada juga nilai sentimental kerongsang tu nanti. Aminnn.

Note: Kerongsang emas tu jatuh (kot) masa tangan aku dok seluk cari handphone. Bertuah betul orang yang jumpa tu. :(

Nuffnang Tak Naik-Naik

Hai dear Bloggie,

Jarang dah aku update kan? *Hihihihi* Busy bah orang gayut di pokok depan umah tu. Miahaha sejak dua menjak dah buang tebiat aku. Hahahahaha. Tak lah aku busy layan my darling sana. Dia ni best tahap gaban. Aku tak payah susah-susah. Aku tak perlu buat apa-apa pun. All I have to do is smile. That's all. He'll do the rest. Siok kan begitu? That's how things should be bah kan? Jangan perigi cari timba. Biar tu timba mencari perigi. Miahahaha.

Ok done with the intro yang geli semacam. Back to tajuk entri. Bengang betul aku rasa tau. Macam kepujian pulak nuffnang ni. Hari tu naik mendadak bah. Dari RM5 lebih to RM29 gitew. Tu aku tekejut. Then, check bulan lalu RM33. Check lagi tadi masih RM33. Awat dia stop naik ya? Wa heran ni. Dah berapa minggu dah macam ni. Stats aku tiap hari naik gila babs. Tambah lah aku heran. Huhuhu. Hmmm.. Lantaklah beb. Malas sangat dah aku layan nih. Kot-kot memang ada konspirasi ni nuffnang ni. What ever lah. :'-(






Wednesday, December 12, 2012

Pertemuan Aku dan Dia

Dear bloggie,

Mesti semua blogger pun sebok nak berkesah-kesah tentang tarikh unik yang manusia-manusia terpilih jak menjalani hari yang hanya muncul 100 tahun sekali ni kan? Aku pun begitulah kiranya. Miahahaha. Bagaimana untuk aku kesahkan barang sedikit tentang hari ku untuk tarikh yang istimewa ini ya? Hmmmm..

Dah banyak aku taip tadi tapi aku padam. Taip. Padam, Taip. Padam. Mungkin cerita kali ini hanya layak diketahui bila sampai masanya kot? Erkkk.. Apa yang aku tahu, tarikh ni menjadi tanda bermula kesah cinta aku dan dia. Hahahaha. Dipendekkan cerita. I'm in love. I have a very strong feeling that this is it. Cross my finger. Mudahan semuanya dipermudahkan. Mak, pak. Semoga mak dan bapak dapat terima dia sebagaimana aku terima dia. Bulan depan insyaAllah.. :)

Arios.

12.12.12

*PS: Aku kena buang tarikh 12.12.12 dari tajuk entri sebab banyak sangat komen spam aku dapat dari omputeh sex maniac. Hihi.

Cerpen: Bukan Kemahuan Hati


"Meja tu letak dekat sudut tu bang, cantik kalau letak macam tu".
"Ha ah sayang. Kejap abang bagi kemas lagi".
.
.
.
.

"Haa…..kemas dah pun. Nampak sesuai sangat, sayang. Pandai sayang atur".

Begitulah rutin hidup kami suami isteri. Rumah lah tempat kami menghabiskan masa terluang bersama-sama selepas kedua-dua kami selesai membuat kerja-kerja menanda kertas jawapan budak sekolah, membuat rancangan pengajaran dan macam-macam lagi kerja perguruan yang lain. Perabot, hiasan di laman luar rumah, kereta, gajet baru, semua tu jadi mainan kami tatkala bosan menguasai jiwa. Hampir 12 tahun hidup bersama rumahtangga kami belum juga dikurniakan seorang bayi. Seluruh pelusuk negara ni sudah kami pergi untuk berubat dan mendapatkan nasihat pakar tapi malangnya keputusannya tetap sama. Perubatan moden, perubatan kampung, pantang-larang semua dah ku lalui dan aku semakin lali dengan semua tu. Malah, langkah untuk mengambil anak angkat pun sudah kami lakukan. Anak itu dari kecil hingga berusia 7 tahun kami pelihara bagai anak sendiri, tetap kami tidak boleh punya anak sendiri.

Menurut doktor pakar, aku dan suami sama-sama subur dan tiada masalah untuk mendapatkan anak. Sebab itu lah kami tetap bersabar dan terus mencuba. Ada empat kali aku disahkan mengandung. Tapi hampa, empat kali itu jugalah aku keguguran. Sebak hati Tuhan saja yang tahu. Ibu mertua ku semakin benci dengan aku. Kerana pada sangkaannya, aku lah penyebab kedukaan ini. Hubungan ku dengan suami juga semakin renggang. Dari menghabiskan masa bersama-sama kami kini kami lebih banyak menghabiskan masa sendiri. Buat kerja masing-masing. Tapi, aku percaya suami ku tidak punya siapa-siapa lagi.

Ahh..teringat aku kisah cinta kami dizaman kami sama-sama belajar di Maktab Perguruan di Sandakan. Indahnya cinta itu. Aku bersyukur sangat cinta itu kami teruskan dalam hidup berumahtangga. Kamilah pasangan yang paling bahagia sehingga mendatangkan iri hati dikalangan rakan-rakan maktab yang lain.

"Mat, mana Ramlah. Korang ni macam belangkas. Ke sana ke mari sentiasa bersama. Cemburu betul aku tau. Aku ni masih mencari lagi pemilik tulang rusuk aku tu". Begitulah perbualan Rina dan suamiku tatkala kami sama-sama menghadiri Majlis Reunion Maktab Perguruan Sandakan tahun lalu. Tika itu, aku pegang erat pergelangan tangan suamiku dan suamiku juga merangkul kemas pinggangku. Ohhh.. indahnya perasaan kami berdua tika itu.

Masa semakin meninggalkan semua kenangan indah itu dari aku dan suami. Masing-masing sudah buntu dalam usaha untuk mendapatkan zuriat sendiri. "Oh Tuhan. Berilah kami kekuatan dalam menempuhi dugaan ini". Doa yang tiap kali ku panjatkan pada Ilahi siang dan malam tak kira waktu.

Hampir semua kenalan kami tahu mengenai masalah kami ni. Aku rasa semua pun berusaha mencari penyelesaiannya. Akhirnya, seorang kenalan lama memperkenalkan kami dengan seorang doktor pakar sakit puan dari Australia, Dr. Lisa. Dr. Lisa adalah pakar yang diikiraf dalam bidang ni. Cuma kami saja yang tidak tahu mengenainya. Seminggu lebih kami di Australia berulang-alik ke hospital tempat Dr. Lisa bekerja. Setelah melalui bermacam-macam ujian, Dr. Lisa memanggil kami berdua untuk mendengar keputusan yang kami nantikan.

"Sila duduk", ujar Dr. Lisa yang manis berkaca mata nipis dengan lesung pipit di pipi.

"Saya harap Encik Ahmat dan Puan Ramlah bertenang dengan keputusan yang ada ditangan saya ini."

Kala ini, tangan suamiku ku genggam erat dan begitu juga suamiku memegang kemas genggaman tanganku. Debaran dihati maha dahsyat sehingga aku terdengar bunyi degupan pantas jantung suamiku. Tangannya juga semakin sejuk. Dia juga merasai debaran maha dashyat yang aku rasai. Doa kepada Tuhan yang semuanya akan selamat tidak berhenti ku pohon dalam hati yang kian gundah-gelana ni.

"Setelah melakukan ujian makmal sebanyak empat kali sebagai pengesahan, keputusan yang kami perolehi tetap sama. Darah Encik Ahmat dan Puan Ramlah tidak membolehkan anda berdua untuk punyai anak sendiri" kata Dr. Lisa dengan nada yang syahdu sekali. Aku seolah-olah tidak percaya dengan apa yang baru sahaja aku dengari. Aku meminta Dr. Lisa untuk mengulang sekali lagi apa yang baru sahaja dia ucapkan. Pada saat ini, hanya airmata kedukaan yang mengalir dipipiku. Pandanganku mulai kabur. Kepalaku makin berat…….

“Sayang..sayang bangun sayang” aku mendengar suara suami ku yang cuba membangunkan aku dari pitam. Masih ku terasa basah pipiku. Oh..sungguh aku harap segala yang berlaku ini hanyalah sebuah mimpi sahaja. Tetapi, tuhan yang lebih mengetahui akan sesuatu. Akhirnya, aku redha.

Sehari selepas menerima berita yang sedih itu, aku dan suami berbincang hati ke hati mengenai apakah rancangan kami yang seterusnya. Sungguh tak ku duga suami ku dalam bicaranya yang lemah tetapi tegas itu, bulat mahukan anak sendiri. Seakan tamparan hebat bagi diriku. Jauh dalam sudut hatiku, aku juga seperti dia, mahukan anak sendiri. Ahhhhh… buntu kami mencari jalan penyelesaiannya.

Dalam kesunyian yang mencengkam sanubari. Tiba-tiba suamiku berkata, “sayang, kita cerai?”

Seakan mahu jatuh langit dikepalaku tatkala mendengar perkataan “cerai” keluar dari mulut suamiku. Aku menangis semahu-mahunya begitu juga suamiku yang memeluk dan memujuk untuk meredakan tangisku. Kata suamiku dalam pujuknya, hanya itu cara yang terbaik bagi kami berdua memiliki zuriat sendiri. "Bukan kerana rasa sayang itu telah tiada, sayang", katanya. Mungkin setakat inilah jodoh kami berdua. Malam itu, kami berpelukan erat seolah perkataan cerai itu belum pernah terlintas dalam perbualan kami.

Sekembalinya ke tanah air, kami berjumpa dengan semua ahli keluarga suamiku. Sebutir-sebutir perkara aku ceritakan agar keputusan kami untuk bercerai diterima oleh semua terutama sekali adik ipar aku yang sangat manja dan serasi denganku. Dialah yang paling tidak dapat menerima keputusan ini. Ibu mertuaku yang dahulunya membenciku juga turut menangis semahunya sambil memeluk dan mencium pipiku. Dia memarahi suamiku kerana mengambil keputusan yang bodoh ini, baginya. Aku dan suami juga sebenarnya tidak mahukan perceraian, namun apakan daya hanya inilah jalan terbaik bagi kami berdua. Setelah puas memberikan jawapan kepada ahli keluarga suamiku akhirnya, mereka dapat menerima keputusan paling meruntun jiwa ni.

Oleh kerana cuti sekolah bakal berlangsung dalam masa seminggu lagi, aku dan suami bercadang membawa seluruh ahli keluarga bercuti bersama di Kota Kinabalu. Tujuan kami adalah untuk meninggalkan kenangan-kenangan indah buat semua selepas perceraian yang akan kami lakukan hujung tahun ni. Biarlah hanya kenangan indah yang tertinggal dalam memori kami semua dan bukannya kedukaan yang berpanjangan.

-The end-

Tuesday, November 27, 2012

Kesan Buruk Tiada Sekatan Menulis di Internet

Hai semua.

Tajuk entri patut lain sikit. Tapi aku pilih yang orang selalu "seacrh" di Google. :)

Dah jadi rutin aku agaknya, membaca berita dalam Yahoo Malaysia yang aku rasa aku perlu baca  (perlu tahu). Aku suka juga aktiviti ni sebenarnya. Sebabnya menambah pengetahuan aku yang sangat jarang baca suratkhabar dan juga tonton berita. Tapi tu lah yang bikin jengkel apabila tiba dibahagian ruangan komen. Nak tahu kenapa?

Dalam ruangan komen tu, hampir semua pembaca boleh taip untuk mengomen. Kelebihannya? Kebebasan untuk menyuarakan pendapat. Yang ini aku sokong habis. Keburukannya pula ialah apabila manusia separuh akal separuh iman ni apabila diberi kebebasan untuk menyatakan pendapat masing-masing sesedap jari menaip keluarkan apa jua bahasa yang mereka rasakan dalam hati ketika itu. Salahkah manusia-manusia ini mengeluarkan pendapat mereka yang kadang bernas kadang merapu tu dalam bentuk bahasa ilmiah? Maksudnya disini, cuba untuk berhemah dalam memberikan pandangan. Jangan ikutkan hati nanti binasa. Kita harus berfikiran dengan lebih jauh lagi bahawa apa jua yang kita taip (sekiranya pihak Yahoo Malaysia lambat untuk update ) akan dibaca oleh semua yang membaca artikel berkenaan. Orang tua, budak sekolah, budak kecik pun ada. Jadi, apabila pengomen menggunakan kata-kata kesat memaki sana-sini semua orang boleh baca. Jadi kita boleh buat kesimpulan bahawa pengomen yang menggunakan nama Melayu sebagai ID (yang kebanyakannya suka memaki dalam ruangan komen) adalah dari sebuah negara yang kurang didikan sekolah dan juga ibubapa. 

Kenapa aku bawa cerita ni pula di hari kerja macam ni?

Semuanya gara-gara marah lepas baca komen seorang komentar tiada akal macam dalam gambar print screen di bawah.

Gambar print screen ni aku ambil semalam (26 Nov 2012)

Aku ada komen lepas dah habis fikir apa yang perlu ku katakan pada manusia tiada akal tu. Komen aku, aku minta yahoo admin tolong buat sistem baru yang boleh auto delete komen yang ada perkataan-perkataan VULGAR. Aku minta yahoo jangan publish. Seram aku lepas baca komen manusia tiada akal tu. Hari ni (27 Nov 2012), aku buka balik berita ni dan aku lihat komen manusia tiada akal tu dah tiada. Komen aku pun hilang. Syukurlah. Yahoo dah lakukan apa yang patut. Kalau tadi aku cek masih ada lagi, kompom aku buat laporan polis. 

Di bawah ni, gambar print screen hari ni (27 Nov 2012).

Gambar print screen ni aku ambil hari ni (27 Nov 2012)

Ni link penuh berita ni. KLIK SINI.

Kesimpulannya. Sila berhemah. Sentiasa. Dimana jua. Mudahan negara kita tidak jadi seperti negara yang Allah sedang "cuci" akibat dosa melampau segelintir masyarakatnya. Aku dah buat fardhu kifayah aku.

Ok. Done.


Tuesday, November 20, 2012

Lelaki yang cari bala

Hai semua,

Hari ni sebenarnya, angin ku turun naik. Pagi naik sebab jem di Sepanggar. Tengahari sejuk sebab hujan dan kerja pun lancar. Petang sejuk sebab jalan ok jak. Malam naik lagi sebab terima sms macam bangkai. Aku ni tak juga jahat sangat tak lah baik sangat. Bilang orang cukup-cukup saja. Sedang-sedang saja. Cakap pasal jem di Sepanggar tu, apasal lah makin teruk ya? Please lah do something to that annoying "LAMPU TRAFIK" yang tak ketentuan peri pentingnya tu. Jem sampai IP ooo. Huhuhu. Nanti ada masa, aku nak  cerita pasal jem yang makan dalam tu.

But why on earth orang keep underestimate me? Aku tak kacau hidup orang tau. Pasal la orang ni jahat sangat dekat aku? Tak pa lah. Aku anggap semuanya dugaan Allah. Sebab aku adalah manusia cekal hatinya. Biar dimacam-macamkan orang, but aku tetap keep on going. I know i can. I still have my beloved parents who love me more than anything in this world. I have my bro yang sayang aku. My ipar who always stick to me no matter what. Dan kawan-kawan maya yang ada-ada saja celoteh meka di Twitter. Aku tau ada insan di dunia ni yang masih sayang aku. Tu sebab aku masih kuat dan cekal.

Nah kan panjang sudah.

Ceritanya sebenarnya begini. Aku terima sms dari kawan jugak la nama dia ni. Kenal dari facebook la. Dia aku tengok jual baju sukan jersey segala. Aku memang minat jadi accept jak la kan. Lama-lama dia tegur chat la. Okay fine. Dah tua. Aku anggap kawan-kawan. And suddenly akhir tahun lalu kot "abang" ni cakap ada projek nak buat di KK minta aku tolong supply barang. Jadi, aku pun minat lah nak tolong sebab barang dia nak tu memang senang dapat di KK ni. Oh ya "abang" ni orang semenanjung. Cerita punya cerita, ndak jadi projek tu. Aku ok jak lah. Nak buat apa kan? Bukan rezeki aku. Jadi, aku pun dah tak berhubung lah dengan "abang" ni.

Tiba-tiba..........................


Tu lah sms yang aku dapat. Cilakak betul orang tua tak sedar diri tu. Cukup baik ni aku tak siar habis number kau pakcik. Aku cover sikit bala kau ni. Orang dekat Palestine tu berjuang nak keamanan negara dorang. Ni kita ni duk Malaysia yang aman damai ni nak cak bala terussss. Eh, sodar-sodar lah sikit diri tu pakcik. Ada anak pompuan jugak kan? Apa kata karma ni datang balik dekat anak kesayangan pakcik? Best tak?? Hangin betul aku yob. Ingat aku ni pelacur ka? Babs tul. Ni lah akibat terlalu aman. Tak menghargai nikmat rezeki yang Allah dah bagi. Kang di bagi cacat kau kang. Haaa baru tau langit tu tinggi ka rendah. Aku tau pakcik tu suka skodeng blog aku ni jugak. Kau jangan main-main sama aku pakcik. Aku ni blogger. Sukak hati mamak bapak aku nak publish apa yang aku rasa patut disiarkan supaya orang tahu masalah dunia ni sekarang. Hish..geram betul aku nih.

Oh ya pakcik. aku nak share nanti dekat Twitter aku. Buat hesteg #MalaysianProblem ke..#MasalahMoral ke.. #KKCity ke.. Baru kau tau aku siapa. Ni buat peringatan manusia-manusia hidung belang diluar sana jugak. Mentang-mentanglah aku belum kawen apa kau ingat aku desperate sangat ka mau laki orang?? Dem lelaki-lelaki jahanam ni.

Ok aku dah marah tahap gaban. Sekian cerita amaran dari aku ni. Sapa lagi mau cari publisiti murah. Sila sms atau buatlah apa-apa yang kasi panas aku. Makan kamu marah aku ni.....

Ok bai.

Tuesday, November 13, 2012

Tempat makan makanan laut yang lebih baik dari Pasar Pilipin

Hai semua,

Semua orang sedia maklum kan Sabah ni heaven untuk makanan laut yang segar dan murah. Hehe. Syukurlah kan anugerah Allah. Masa aku masih bergelar student di Kota Kinabalu ni, tempat makan yang paling aramaitii sekali ialah di Pasar Pilipin. Sekarang bagi aku Pasar Pilipin tak bersih, mahal dan macam-macam lagi lah. Ada kawan aku tu sakit perut berak-berak lepas jak makan di situ. Hmmm...

Tempat makan makanan laut yang lebih bagus di Kota Kinabalu ni ialah dekat Pasar Malam bersebelahan Pasar Besar Kota Kinabalu di Jalan Tun Fuad Stephen. Area ni memang senang nak cari. Kawasan dia luas dan berbumbungkan kanopi putih. Banyak gerai ada dekat situ. Makanan laut dia pun masih fresh. Ada macam-macam jenis masakan yang sedap jugak lah. Bukan sekadar ikan bakar saja tau. Hehehe. Semua gerai menyediakan pelbagai jenis makanan laut macam ikan. udang harimau, udang biasa, ketam suri, sotong. Aduhh. Perut terus lapar. Eeeee..

Di bawah ni ada beberapa keping jak gambar untuk tatapan anda.

Tapun-tapun.
Itu mummy and daddy saya. Meka yang pilih lauk. Hehe.

 Ni sotong besaq punya. Anak udang di tepi tu yang rejek kot. Hehe.

 Ni ketam suri masak telur sambal. Nyum2 Kriuk2.

 Ikan ketambak masak tiga rasa.

Ni sotong masak goreng tepung. Sedapppp.. Dia letak daun kari sebagai perasa.

Tempat dia di kawasan bertanda *bintang*

Makan kali ni amek lauk sikit jak sebab kami tiga orang jak makan. Teka berapa kah harga makanan yang kami bayar. Ngengengengengenge..

Nanti aku nak makan sana lagi. Yeehaaa... Selamat tinggal dunia 45kg. (@_@)v


Thursday, November 8, 2012

Alone


This is a crazy world
These can be lonely times
It's hard to know who's on your side
Most of the time

Who can you really trust
Who do you really know
Is there anybody out there
Who can make you feel less alone
Some times you just HAVE to make it on your own


Thursday, November 1, 2012

Cara Paling Cepat Dapatkan Kulit Muka Yang Halus

Assalamualaikum dan hai semua.

Hari ini aku nak kongsi satu rahsia pasal muka lagi la kan. Hehehe. Sejak publish entri-entri pasal kecantikan muka ni, trafik belog aku ni makin naik. Hehehe. Pasal produk Daiso "Narakashiwa Charcoal Mask" tu perghhh.. power betei. Tiap hari ada saja orang view. Satu hari boleh cecah 25 view paling kurang lah tu.

Okay2. Balik cite aku yang sensasi ni. Produk ni dari Daiso jugak. Aku jalan-jalan hari tu mencari Charcoal Cleanser hampeh takda. So, meng "scan" barangan di Daiso 1B. Aku jumpa benda ni tau. Pelik betul aku bentuk dia. Nama dia pun pelik.

Taraaaaaaaaaaaaaaa..

Cocoons (The peeling effect of natural silk)

Harga dia biasalah RM5. Suma barang Daiso memang RM5 kecik ka besar ka. Hehe. Cara pakai rendam sekejap dalam air panas yang suam-suam sikit (tujuan: bagi dia basah sikit). Lepas tu masukkan jari telunjuk dalam lubang dan tenyeh pelan-pelan dekat muka. Tak payah tenyeh berabis nyah. Tenyeh kawasan T-zone dan dagu. Lepas dah pusing abis cocoons tu (pakai semua bahagian, rugi tak bagi licin abis cocoon tu), cuci muka macam biasa. 

Hasil nya?? Seyesly. Kulit lebih halus.. Kalau tak percaya pegi cari sendiri, beli dan try. Jangan pakai selalu lah nanti nipis kulit muka tu. Aku dah lama beli ni, baru dua cocoon pakai. Baru dua kali pakai, ipar aku dah tegur, "licin kulit muka, apa rahsia?" hehe.

Ok. tu je la cite nya. Sekian. Selamat berjaya mendapatkan produk best lagi murah ni. Bye !

Tuesday, October 30, 2012

I'm On Strict Diet

Hola bloggie,

Yup. That's faking true. Hahaha. 2013 I will get my super duper slim figure back. Insya Allah. Cukup-cukuplah merosakkan diri kan? Ngengengenge. Tang pipi aku ada fening sikit. Dia ikut susut jugak eh? Hahahaha. Mesti buruk tu kan? Wat ever it is. I'm on diet.

Selamat tinggal dunia makan macam babs. (>_<)!

Malam pun before tido buat senaman ringan. Ecececece. Nak try-try la kecikkan ehem2. Hahahaha.

Ok bai.


Wednesday, October 24, 2012

Selamat Hari Raya Aidil Adha

Bloggie,

Sementara ada kesempatan ni, aku nak ucapkan selamat hari raya aidil adha buat semua. I've been very busy lately. Tapi, gendut memang tetap priority la. Nak balik kurus macam dulu-dulu semacam dah tak da harapan dah. Hahaha. Semuanya thanks to my beloved mum. Suka sangat masak sedap-sedap pastu paksa orang makan banyak-banyak. Orang tak mo makan sebenarnya. Tapi, mak paksa. Dah duk menghadap lauk-pauk yang kalah restoren sedapnya. Ter tambah jugaklah barang sepinggan lagi. Tu lah pasal aku semakin sihat. Pssstt..orang lelaki cakap kan, sedap pegang. Eh ! (>_<)

Ok bai.



Thursday, October 18, 2012

Mencintaimu (Me Karoks)

Segalanya teramat bererti dihatiku. Selamanya.
Hanya satu yang tak mungkin kembali.
Hanya satu yang tak pernah terjadi.

Segalanya teramat bererti dihatiku. Selamanya.

Sadis saja lirik lagu ni.
Ya. Aku rindu untuk menyinta. Aku rindu untuk dicintai.
Jauh benar perjalanan jambatan aku berbanding yang lain.
Tak pa.  Aku yakin tetapan Allah. :)

Video dibawah ni, kawan aku Anavea yang kandid. Aku tengah feeling karoks. Tak sedar dia kandid. Kami pegi lepas balik keja hari jumaat ntah bila tu. Pegi Chempaka Square. Teringat pulak aku pegi sana dengan kawan-kawan sekolah menengah. Masa kami pegi tu, kami suma dah kerja. Kira dah besar dah tu kan? Hehe.

Bila dah free nanti, nak ajak Anavea dan Aina pegi lagi. Best perasaan pas karoks. Hihihi.

Layan video ni tau. Macam dah berabad jugak aku tak upload new video of me dekat akaun Youtube. Hihi.




Wednesday, October 10, 2012

Pesan Ku

Buat semua stalker,

Saya masih hidup. Walaupun saya tidaklah seberapa gembira, tapi saya sihat. Alhamdulillah. Berapa kali pun saya terluka, saya masih bernafas. Walau tak sekuat mana. Dengan izin Dia, saya masih ada sekelumit hati. Kalau blog ni tiada update untuk 6 bulan, mungkin saya sudah tiada di dunia ni. Selagi saya hidup, insyaAllah blog ni akan diupdate.

Saya minta maaf. Saya berhak pilih dengan siapa saya mahu berkawan. Status really does matter.

Sekain.


Friday, September 28, 2012

Buat Kamu Kawan Ku

Kawan,

Aku masih ingat nasihat terakhir kamu pada aku hampir setahun yang lalu. Kamu nasihat aku. Jaga diri baik-baik. Jangan kuat nangis. Hidup biar happy. Biar hati tak happy mesti senyum. Senyuman tu sedekah. Orang lain tengok pun senang hati. Macam-macam lah kamu cakap untuk aku. Yang paling aku ingat, kamu doakan aku supaya cepat-cepat ada kawan baik supaya boleh join hidup kamu-kamu. Ermm.

Tapi kawan,

Aku minta maaf. Satu pun aku tak mampu buat. Aku dah cuba ikut nasihat kamu. Tak semua pun asal adalah yang terbuat kan? Macam senyum tu. Ya. Aku senyum dengan semua orang. Kawan aku cakap, banyakkan senyum Naz, berseri hari tengok kau senyum. Tapi, dengan segala macam masalah yang datang menimpa bertalu, aku mula lupa cara nak senyum yang itu. Aku lupa. Maafkan aku.

Kawan,

Malam ini, aku terkenang kembali semua tu. Aku hitung-hitung. Ya, benar. Tak banyak yang aku mampu  buat. Setahun kawan. Setahun. Maafkan aku. Aku kira lepas dari hari ini, aku akan balik kepada asalan aku. Diam. Sugul. Mungkin lebih gigih lah cari bekalan dunia dan akhirat sendiri-sendiri.

Kawan,

Aku harap hidup kau jauh lebih baik dari aku. Asal boleh ku nampak senyuman comel sang arjuna kecil yang tampan diperantiku. Sudah memadai.

P/S: sesugul-sugulnya hari, bila ada pelangi biar sedikit, tetap indah hari tu.

Thursday, September 27, 2012

Manis Gula Sakit Semut

Dia ni macam gula.
Tak diletak tempat yang kedap udara dan bertutup habis, dihurung semut la dia.
Baru terlupa sekejap nak tutup rapat bekas tu, mulalah semut datang bawak geng lagi tu.
Hoi la manusia, jangan sesekali lupa tutup rapat bekas tu.
Biar ketat sampai susah nak bukak.
Bagi aku, bagus lagi gula tu bangas sendiri daripada dihurung semut-semut yang jahat.
Walaupun semut ada macam-macam jenis, tetap sama pedihnya gigitan dia.
Jadi, hati-hati dengan semut ni.
Keta aku habis diceroboh semut.
Ntah bila masa aku bubuh gula dalam tu.
Or else, memang dia tu aku?
Bedebah jak ku rasa. Ngeee.
Tapi, syukurlah kan.
Banyak-banyak manusia di dunia ni, aku antara yang terpilih merasakan betapa manisnya gula dan pedihnya semut.
DONE !


Cinta Hakiki

Ku mohon cinta yang abadi.


"Ya Allah, kurniakanlah daku perasaan cinta kepada-Mu, Dan cinta kepada orang yang mengasihi-Mu, Dan apa sahaja yang membawa daku menghampiri cinta-Mu. Jadikanlah cinta-Mu itu lebih aku hargai daripada air sejuk bagi orang yang kehausan, Ya Allah, sesungguhnya aku memohon cinta-Mu, Dan cinta orang yang mencintai-Mu serta cinta yang dapat mendekatkan aku kepada cintaMu.

Ya Allah, apa sahaja yang Engkau anugerahkan kepadaku daripada apa yang aku cintai, Maka jadikanlah ia kekuatan untukku mencintai apa yang Engkau cintai. Dan apa sahaja yang Engkau singkirkan daripada apa yang aku cintai, Maka jadikanlah ia keredaan untukku dalam mencintai apa yang Engkau cintai, Ya Allah, jadikanlah cinta-Mu sesuatu yang paling aku cintai daripada cintaku kepada keluargaku, hartaku dan air sejuk pada saat kehausan.

Ya Allah, jadikanlah aku mencintai-Mu, mencintai malaikat-Mu, Rasul-Mu dan hamba-Mu yang soleh, Ya Allah, hidupkanlah hatiku dengan cinta-Mu dan jadikanlah aku bagi-Mu seperti apa yang Engkau cintai, Ya Allah, jadikanlah aku mencintai-Mu dengan segenap cintaku dan seluruh usahaku demi keredhaan-Mu."


Serahkan lah hati kita kepada Allah. Simpankan rasa itu semata-mata hanya untuk Allah SAW. Biarkan Allah temukan hati yang mencintai Allah itu dengan hati yang lain, yang mana hati itu juga turut mencintai Allah. Yakinlah, jika kita menghiaskan hati ini dengan cinta Allah, pasti cinta yang hadir itu sentiasa mekar dan tidak akan layu. Malah cinta itu pasti kekal sentiasa kerana sandarannya juga adalah Zat yang Maha Kekal.

sumber: http://www.iluvislam.com




Thursday, September 20, 2012

How Can I Not Love You?

Berkenan betul aku dengan lirik lagu ni. Enjoy la korang erk.


Cannot touch, cannot hold, cannot be together ...
cannot love, cannot kiss, cannot have each other ...
Must be strong and we must let go -
Cannot say what our hearts must know ...

How can I not love you?
What do I tell my heart?
When do I not want you here in my arms?
How does one waltz away from all of the memories?
How do I not miss you when you are gone?

Cannot dream, cannot share sweet and tender moments ...
Cannot feel how we feel, must pretend it's over ...
Must be brave and we must go on,
Must not say what we've known all along.

How can I not love you?
What do I tell my heart?
When do I not want you here in my arms?
How does one waltz away from all of the memories?
How do I not miss you when you are gone?

How can I not love you?

Must be brave and we must be strong.
Cannot say what we've known all along.

How can I not love you?
What do I tell my heart?
When do I not want you here in my arms?
How does one waltz away from all of the memories?
How do I not miss you when you are gone?

How can I not love you .... when you are gone?



Saturday, September 15, 2012

Perang

Perang. Berperang lagi.
Sudah aman. Perang lagi.
Sudah sunyi sudah diam.
Bising lagi. Gamat lagi.

Entah berapa kali aku tersungkur.
Aku pun dah lupa.
Yang aku ingat aku kalah dalam setiap pertempuran.
Aku ni tampak jak gagah.
Hakikatnya aku paling lemah.
Itulah sebabnya aku acapkali kalah.

Tersungkur. Kalah.
Tapi, aku bangun juga.
Biar merangkak. Biar bertongkah. Luka parah.
Aku bangkit juga.

Cukuplah dengan perang ini.
Carilah askar lain yang jauh lebih gagah.
Aku mau diam. Aku mahu sunyi.
Biarlah tanpa senjata.
Yang serasa aku, aku pun tidah tahu fungsi sebenar senjata tu.

Mahu ku cakap pasrah.
Aku pun tidak tahu tahap pasrah tu.
Jadi aku mau diam saja. Diam.


Tuesday, September 11, 2012

Menongkah


di mana jalan nya ?

sedari hari ke hari
baki yang tersisa barang 4 kali tukar bulan saja
lagi kurang sebulan tuju yang baru lagi

aduhhh..
di mana jalannya ni ??
buta ka mata
buta ka hati
mungkin jiwa yang gersang dan kosong

sudah tau gersang kosong
tidak lagi mau mengisi
siapa kau tunggu nong ?
tiada yang lebih arif dari kau
pasal takat penuh nya
pasal takat kepekatan nya
pasal semualah

kau isi lah sendiri
kerna kau lebih mengerti
biar lah jalan itu kau sendiri kurang mengerti
kau jalan saja asal jangan sampai jalanan yang kau ambil
mengganggu gugat jalanan yang sudah lama siap

menapak la sendiri nong
cuba saja buka mata hati
manatau ada bayangan yang tertimbul dalam jiwa mu yang gersang dan kosong tu

jalan saja ya nong...

Saturday, September 8, 2012

Update Syawal 2012


Salam dear,

Sori yooo sebab tak update belog nih. Bukan tak da masa. Masa tu ada. But the real problem is...don't have story to update. :( kamu percaya meh aku ni tiada cerita ? miahahahahaha..

Syawal 2012. Yup. Macam biasa balik Tawau la. 10 hari cuti tu. (Habis cuti tahunan aku huhuhuhu) Sepanjang-panjang cuti tu, aku dengan famili jak. Friends ? Nope. Nope at all. I think dah jadi kebiasaan yang harus aku terima kot. Beraya sorang-sorang. Sebab most of my friends di Tawau ni sudah berumahtangga. No more raya sama-sama. Even SMS say selamat hari raya pun tarak. It's ok la kawan. I know you all buzy sangat-sangat dah. Lain busy atur laki atur anak atur mentua. I maafkan you all. :) Maafkan aku sebab aku masih sendiri hehehe bukan mahu ku ok? Sabo jer lah kiah..

Sepanjang di Tawau, langsung tak da hati aku nak jalan-jalan ke bandar. Nope. Nope at all. Sebab ? Suka hati aku lah kan. Hahahaha. Cuma malam sebelum balik KK, aku ada kuar dengan sorang kawan (kononlah kawan) jauh dia datang dari Lahad Datu semata-mata nak jumpa aku. Romantik la tu konon. I like you but kau tu kumbang dalam taman. Malas nak main dengan kumbang spesis kau. Nanti marah segala bunga, pokok, daun dalam taman tu dekat aku yang menten cute ni. Aku bukan nak sangat main dengan kumbang tu dan spesis-spesis kumbang macam tu. Tapi, tu la kan orang dah jalan jauh pencilkan diri buang sayap dan bla bla bla bla... tetap jugak datang spesis tu dekat aku. Hish ! Dah nasib aku kot kawan dengan kumbang spesis macam tu :( not my fault ok ! dem i don't like. Kuar dengan dia tu, aku sempat melihat keseluruhan bandar Tawau dari bangunan yang paling tinggi di Tawau. Dalam hati, "lip lap jugak Tawau nih.."

Cerita lain lagi. This week la jugak ye. Contact yang aku dah lama buang satu demi satu contact aku balik. Yang satu tu aku dah delete number dah. Jadi, bila call in (dengan tak pernah mengingat number orang) aku selamba je la sambut. "Moshi-moshi, sapa ni?" Alamakkkk.. nyesal aku sambut. Rupanya kumbang dalam taman Brunei yang call. (ha, yang ni bukan kumbang LD, ok). Dah tersambut, cakap je la kan? Tak kan nak hang up pulok.. Tau apa dia cakap? "Hai you... sorry lama tak call. Selamat hari raya tau. Maaf zahir dan batin.." (dalam hati aku..maaf ??? nak ku lempang je muka kau..dasar penipu cakap kumbang luar taman rupanya kumbang dalam taman !!) Then, aku pun cakap je la "Selamat hari raya juga. Ok bye. Saya nak sambung keja !" Tut.. tut.. tut.. Ha, padan muka kau.. Hahahahaha.. Contact lain pulak.. msg di mukabuku. Jugak nak say selamat hari raya. Point dia nak mintak ampun salah silap dia. Hek ele. Macam dah aku maafkan lama dulu. Hahahaha. Ntah pape ntah. Aku pun ucap je la selamat hari raya jugak. Tapi dia ni best. Dia sempat puji gambar pic mukabuku aku yang cute tu. Miahahaha. Tq you. Dan banyak lagi la msg whatsaap bla bla bla datang..kalau aku nak cerita sini kang bosan korang baca.. hihihi..

I think tu je la ceritanya..doakan je la jodoh aku tak sangkut dengan kumbang orang. Malas aku nak dapat cop percuma perampas bahagia orang ! (aku tak da hati nak rampas lahhhhhh....)

Ok bye !

p/s: Selamat hari raya maaf zahir !! hihihihihi..

 Alya pun sempat menyebok di Tawau 2 hari..

 Budak ni dibotakkan bapak dia sejurus berakhir upacara cukur jambul

 Budak ni marah dekat aku sebab aku asyik main dengan Alya jak. 
(dia jeles dan marah sampai tetido)

 Budak ni nama Chef Aiman. Ada dua taik lalat dekat mulut. So, dia sangat lah murai. Kalau jalan jauh, baik bawa dia ni sebab ko lagi suka dengar dia celoteh dari dengar lagu dekat radio !!

Gambar ni kuku aku. Tak da kaitan dengan entri pun. 
Saja nak tayang kuku aku yang cute nih !

Ni lah sebahagian besar kuarga belah mak aku. Ada tiga kuarga tak termasuk. Dorang lambat datang beraya uma atuk aku. :( kalu tak, mesti lengkap nih............ hish !

Friday, August 31, 2012

Perjanjian 20 Perkara Dalam Pembentukan Malaysia

Sempena sambutan kemerdekaan ke 55 Malaysia.
Copy paste dari FB 1 Suara Sabah :

Selamat maju jaya Malaysia.


Perkara 1: Agama
Walaupun tiada bantahan terhadap agama Islam sebagai agama kebangsaan Malaysia akan tetapi agama rasmi sepatutnya tidak akan diadakan di Borneo Utara, dan segala perundangan mengenai agama Islam yang terkandung di dalam Perlembagaan Malaya tidak harus digunakan di Borneo Utara.

Perkara 2: Bahasa
Bahasa Melayu harus dijadikan Bahasa Kebangsaan Persekutuan Penggunaan Bahasa Inggeris harus diteruskan untuk tempoh sepuluh tahun selepas Hari Malaysia Bahasa Inggeris harus digunakan sebagai bahasa rasmi Borneo Utara untuk semua tujuan berkaitan dengan negeri dan persekutuan, tanpa had masa.

Perkara 3: Perlembagaan
Walaupun Perlembagaan Persekutuan Malaya diterima sebagai asas untuk membentuk Perlembagaan Malaysia, akan tetapi Perlembagan Malaysia seharusnya dipersetujui oleh pergabungan negeri-negeri bebas dan sepatutnya bukan sesuatu susunan pindaan kepada sebuah perlembagaan yang telah digubal dan dipersetujui oleh negeri-negeri yang berasingan di dalam keadaan yang berlainan sekali. Sebuah perlembagaan baru untuk Borneo Utara sewajarnya amat diperlukan.

Perkara 4: Ketua Persekutuan
Ketua (Yang Di Pertua Negara) Borneo Utara tidak layak untuk dipilih sebagai Ketua Persekutuan.

Perkara 5: Nama Persekutuan
"Malaysia" bukan "Melayu Raya".

Perkara 6: Imigresen
Kawalan ke atas penghijrahan dari luar ke mana-mana tempat di Malaysia seharusnya terletak di bawah kuasa kerajaan Persekutuan tetapi kemasukan ke Borneo Utara sepatutnya juga memerlukan persetujuan Kerajaan Negeri. Kerajaan Persekutuan tidak seharusnya berkuasa membatalkan kemasukkan sesiapa pun ke dalam Borneo Utara jika ia berkaitan dengan urusan kerajaan negeri kecuali atas sebab-sebab keselamatan sahaja. Borneo Utara seharusnya mempunyai kuasa yang tidak terhad ke atas pergerakan seseorang, kecuali mereka yang bertugas di bawah kerajaan Persekutuan daripada tempat-tempat lain Malaysia di Borneo Utara.

Perkara 7: Hak Menarik Diri
Hak untuk memisah atau menarik diri dari Persekutuan seharusnya tidak ada.

Perkara 8: Borneonisasi
Proses untuk melantik orang-orang tempatan ke dalam perkhidmatan awam negeri Borneo Utara seharusnya diwujudkan secepat mungkin.

Perkara 9: Pegawai-pegawai British
Segala usaha harus dibuat untuk menggalakkan pegawai-pegawai Birtish untuk meneruskan perkhidmatan mereka dalam perkhidmatan awam sehingga tempat mereka boleh diganti oleh orang-orang tempatan yang berkelayakan.

Perkara 10: Kewarganegaraan
Tertakluk kepada pindaan berikut, Perenggan 148(k) cadangan dalam Laporan Cobbold seharusnya menentukan hak kewarganegaraan penduduk Borneo Utara di dalam Persekutuan :
Perenggan kecil (I) seharusnya tidak mengandungi syarat mengenai penetapan selama 5 tahun
Untuk diselaraskan dengan undang-undang kami, perenggan kecil (II) sepatutnya menyatakan "7 daripada 10 tahun" dan bukan "8 daripada 10 tahun"
Perenggan kecil (II) tidak sepatutnya mengandungi sekatan berkenaan dengan kewarganegaraan ibu bapa seseorang yang dilahirkan di Borneo Utara selepas Hari Malaysia semestinya menjadi warganegara persekutuan.

Perkara 11: Cukai dan kewangan
Borneo Utara seharusnya mempunyai kuasa ke atas kewangan, tabung pembangunan, dan cukai sendiri.

Perkara 12: Kedudukan khas bangsa asli/bumiputera Borneo Utara
Pada prinsipnya bangsa asli Borneo Utara seharusnya menikmati hak keistimewaan seperti yang diberikan kepada bangsa Melayu di Malaya, tetapi formula yang dipraktikkan di Malaya tidak semestinya digunapakai oleh Borneo Utara.

Perkara 13: Kerajaan Negeri
Ketua Menteri harus dipilih oleh ahli-ahli tidak rasmi Majlis Perundangan. Borneo Utara seharusnya mempunyai suatu sistem kementerian yang sesuai.

Perkara 14: Jangkamasa Peralihan
Sepatutnya tujuh tahun dan dalam masa ini kuasa perundangan mesti diberikan kepada Kerajaan Borneo Utara mengikut perlembagaan dan tidak dipengaruhi oleh kerajaan persekutuan.

Perkara 15: Pelajaran
Sistem pelajaran Borneo Utara yang wujud sekarang harus diteruskan dan dengan itu ia harus diletakkan di bawah kawalan kerajaan negeri.

Perkara 16: Perlindungan kepada Perlembagaan
Tidak ada sebarang pindaan, perubahan atau pembatalan dapat dilakukan oleh Kerajaan Pusat kepada perlindungan-perlindungan yang diberikan khas kepada Borneo Utara tanpa persetujuan kerajaan Borneo Utara. Kuasa ini adalah hak mutlak penduduk negeri ini.

Perkara 17: Perwakilan dalam Parlimen Persekutuan
Ini sepatutnya bukan hanya bergantung kepada jumlah penduduk Borneo Utara tetapi juga kepada keluasan dan keupayaannya, dan dalam mana-mana perkara ia sepatutnya tidak kurang dari jumlah perwakilan dari Singapura.

Perkara 18: Nama Ketua Negeri
Yang Di Pertua Negara.

Perkara 19: Nama Negeri Sabah.
*( Bukan berstatus "Negeri" dalam Malaysia , Sabah dan Sarawak adalah berstatus "Negara" )

Perkara 20: Tanah, hutan, kerajaan tempatan dan lain-lain
Perkara dalam Perlembagaan Persekutuan mengenai kuasa Majlis Tanah Persekutuan tidak harus melibatkan Borneo Utara. Seperti itu juga, Majlis Kebangsaan Kerajaan Tempatan tidak harus melibatkan Borneo Utara.

Saturday, August 25, 2012

Spinning

the world is spinning my dear and so as my troubles. the one thing that i've been avoiding this whole year, keep chasing me around. should i call it fate? one thing that i'm sure right now, is that i can not say anything yet. i have to make sure that everything is doing well and on track. if, the first thing do happen, i will talk. i will ask. oh Allah, give me strength.

ya Allah, apa yang sudah aku buat ni? takdir ka semua ni? hadapi saja? kurus la aku kalau macam ni terus. bila ku sangka the storm is gone, rupa-rupanya the storm is actually getting even stronger. oh my..

i can not see the future and no one can. so, just face it. no matter how strong the storm blow, i hope i will be strong too. :(

p/s: gambar tiada kaitan dengan entri at all !



Wednesday, August 15, 2012

My Happy Stats :)

Dear darl,

Nothing much to say. Hmm.. Why these few weeks i hardly publish new post to my blog ya? Hmmmm.. What is the reason? I guess maybe because my mind and my heart is empty..

Kosong..Suram...Gelap...Sunyi...

Ahhhh... what ever la kan? Life's goes on and on.. even when i think i'm at the edge. Tetap juga world spinning on its circle..Tiada apa yang berubah.. Haaaa... apa yang pasti bergerak maju ke depan is my..

BLOG STATS

Hahahhahaha.. bijak juga cara aku buat tajuk entri.. Hihihihihi..

See for your self la yaaa...


Sunday, August 5, 2012

Lesen memandu

Hai sayang,

Hujung minggu ni memang banyak story. Tapi, oleh kerana aku tidak banyak masa nak menaip aku shortkan jak ok? Hehehe.. (mana korang tau aku cepatkan atau panjangkan cerita?? aku yang taip aku punya cerita.. wakakakaka.. baca jak la.. bising ! muahahahahaha)

Keta aku bagi adik pakai suruh dia bagi upgrade sikit enjin biar lebih smooth dan lajuu siiikkkitttt.. hehe.. So, aku tumpang jak la keta bapak aku. Bukan aku nak sangat kuar dari sarang ku ni. Its just that tak tergamak aku biar meka berdua kuar KK berdua jak.. Hmmm..

Bla bla bla bla.. Sehari suntuk jugak kami di KK sampai bebuka pun di tepi laut sana. Punya indah. Tengok matahari terbenam sambil membaham nasi kerabu. Nyum2..

Mak aku bukak cerita, katanya :

Mak : Musim perayaan ni mesti banyak road block ni kan, bang?
Pak :  Iya. JPJ sama Polis Trafik.
Mak : Bila lesen mu tamat tempoh, bang? Macam satu bulan lagi bah kan?
Pak : Iya. Nantilah aku pegi renew. Ambil dua tahun terus.
Aku : (Diam jak)
Mak : Ha, ko Yah bila lesen ko tamat tempoh?
Aku : Bukak dompet dan terkebil-kebil dalam kegelapan melihat tarikh luput dan terus berkata,"Ohhh.. lama lagi mak. 11 Julai.
Mak dan pak : Gelak macam nak pecah keta tu...
Aku : Heran. "Pasal ni mak?"
Mak : Gila kauuuu.... Satu bulan dah tu expired ! Sekarang tanggal 4 Ogos !!!!
Aku : Gelak lagi dashyat dari mekaaaaaaaaaaaaa.... Wakakakakakakakaka..

Punyalah aku staring di jalanraya selama ni. Tanpa sedikit pun mengetahui bahawa lesen aku dah lama expired. Syukurlah selama ni aku belum ditahan JPJ or Polis Trafik. Adedededede..

Ok. Sok (6 Ogos) aku renew ok !!!!!!!! dem lucu.. Hahahahaha..

P/s: Memang patut sangatlah JPJ bagi tarikh luput lesen ikut tarikh lahir pemegang lesen. Sebab tarikh tu jak la yang majoriti kita ingat.. Tak gitu ? (^_^)


Tuesday, July 31, 2012

Saman 2012

Hai sayang,

Malas cek saman. Ni lah padahnya. Bagi yang memandu gaya mikel shumaker tu, sila merajinkan diri check laman web ni di bawah. Kalau boleh, setiap minggu satu kali check. Hihihihi..

link

Lau teda account, create satu. Mudah sangat nak check saman POLIS ka saman JPJ ka just guna IC or nombor kenderaan. Aku lupa bila masa aku ter be lajuuuu dekat trafik light. Hahahaha.

Ok bai.


Friday, July 27, 2012

Jumputan style

Salam sayang,

Hihihi.. tak tau nak hapdet apa yo !
Nak habaq ni je la.
Style jumputan ni. Dari Dian Pelangi.
Pakai-pakai je. Ntah ngam ntah ndak..
Huhuhuhu..

Ok bai.


Monday, July 23, 2012

How To Get Hot Seat Without Even Paying For The Hot Seat !


Entri ni sambungan entri Model Landskap :)

Seyesly, masa model ni dah siap. Aku mula pening macamana nak angkut benda ni naik plane. Besaq juga la 60cm x 45cm. Saiz memang ngam-ngam satu seat ni. Kalau nak cabut pokok-pokok dia tak mungkin la. Kang longgar pulak. Jadi, aku angkut ja macam tu pegi airport. Sampai airport, abang aku tanya awek-awek kapal kat kaunter. Macamana nak bawa model ni? Kena hand carry ka? Awek tu cakap, ya encik ni hand carry. Matilaaaaaa.. tecabut la pokok-pokok cute tu. Aku tak puas ati. Pegi cari boss dia. Hehehe.. Luckily, ada manager duduk-duduk dekat kaunter.

Manager tu pun cakap sama jugak, kena letak dalam kotak. Adedede. Aku cakap la, tak boleh encik benda ni dah ada orang yang tunggu di airport Tawau. Ntah malaikat mana yang suntik hati manager tu. Terus manager tu bagi solution yang hebat macam ni.

1) Kamu semua masuk dulu dalam plane sebelum orang lain masuk.
2) Ambil seat belakang sekali sebab plane ni tak penuh.
3) Kami hahahahaha and say thank you banyak-banyak jak la sama tu manager. :)

Macam tu la kami dapat hot seat airasia. Jadi artis jalan dulu tanpa bayar apa-apapun untuk dapatkan hot seat tu. Hihihihii..

Sekian dan terima kasih.


Penat ok...

Dia amek dua seat satu kali ;p

Sunday, July 22, 2012

Tak Kan Ku Buang

Dear darling,

Di ruangan ini aku menulis. Sebebas yang mungkin. Kenangan. Sejarah. Informasi. Kesihatan. Sakit. Macam-macam lagi. Kebanyakan entri adalah berkisar kepada pengalaman hidup aku sendiri. Kalau anda stalker yang tegar, pasti anda perasan saya masih menyimpan semua entri yang terkebelakang. Suka duka cerita hati saya. Mostly, cerita pasal hati saya yang selalu derita kerana dipermainkan oleh ranting-ranting yang salah.

Semua entri itu, tak kan ku buang. Biar entri itu jadi penghibur kala kebosanan menerjah ruang jiwa. Sekurang-kurangnya, aku pernah rasa bahagia dan gembira kerna pernah merasa manisnya disayangi dan menyayangi. Biar kala aku lemah, aku temui sedikit kekuatan kerna aku pernah harungi sakit yang sama suatu ketika dulu. Agar aku tau, aku masih boleh berdiri dan terus melangkah.

Terkini, aku masih lagi begitu dan begini. Kedepan tidak kebelakang pun tidak. Aku masih diam dan menunggu. Untuk aku bergerak lagi. Mustahil. Biarlah aku dengan kawan aku yang satu tu, si Bongol ! Si Bongol yang selalu ceria. Dia selalu dan kadang-kadang ada untuk aku. Aku yang sentiasa bosan sendiri ni. Kesian dia. Si Bongol tu suka sangat makan Chicken Foldover ! Makanan pertama yang aku belanja dia. For giving the returns sebab tolong aku cari rumah baru kawan aku di kawasan tempat tinggal si Bongol tu. Aku dan si Bongol tu hanya kawan. Kawan yang kawan. Semalam lepas bangun dari terawikh dan tidur, si Bongol suruh aku siap sebab dia ingat dia sudah janji aku. Bawa aku pegi tengok movie Batman. Wayang yang pukul 12 midnite. Kesian si Bongol. Dia bawa kereta dia yang sot-sot tu. Mati-mati kereta tu sebab aku rasa mungkin timing dia rendah sangat. Jadi, semalam tu kami kuar pakai keta aku. Ahhhh... akhirnya si Bongol tau gayak ku memandu. Huhuhu.. macam nenek-nenek dia leter aku. Ok fine ! Aku akan slow dan cermat.

Oh ya Bongol.. Tima kasih sebab sudi kawan dengan aku. Yang cerewet. :) Semoga segala hajatmu menjadi kenyataan. Kita sama-sama naik speed bot mu belah lautan. Naik super bike mu belah KK ni.. Decorate rumah idaman mu seperti mana yang kamu sukakan.. Bongol-Bongol ! :)

Si Bongol suka bagi aku gambar duit yang riban-riban...


How to make landscape model (Model landskap)

Hai sayang,

Seminggu terakhir bulan Jun 2012, aku terima satu projek menghasilkan Model Landskap yang mempunyai dua unsur dalamnya iaitu softscape dan hardscape. Seriously, aku tak pernah buat seumur hidupku. But, that lause keep on pushing me and persuade me to do it. Masa dia pujuk aku tu, aku tengah busy siapkan 3 lagi asimen OUM. Mau tak mau aku termakan pujukan kakak tu untuk buat jugak sebuah model landskap yang ku beri nama "Mini Perdana Park Model Landskap".

Oleh kerana tiada pengalaman menghasilkan model landskap ni, aku macam biasa belajar dari Mr. G tengok hasil-hasil model landskap yang pernah orang buat. I totally don't have any idea how to make itu fake pokok, fake rumput karpet. Kalau buat pondok-pondok tu i know la sebab my bro pernah buat untuk model rumah idaman dia (nak tau link ada sini). Selesai sahaja buat asimen OUM, aku mula shopping untuk cari bahan-bahan model landskap tu. Nak cari bahan untuk projek pertama sekali dalam otak aku, mesti ada semua di Eaton's Centre Point, KK. So, situlah tujuku. Separuh barang dapatlah macam gabus tebal yang sangat lah besar (memalukan betul bawa keliling Centre Point !!). Kertas warna, gam UHU, cutter dan macam-macam lagi.

Untuk pokok palsu pulak. Nasib baik pekerja baik hati di Eaton's bagi idea. Dia cakap cuba cari di Kaison. Walaweiii.. ada jual rupanya. Tapi, rupa dia tak lah semacam pokok kecil-kecil sebab kita kena cabut satu-satu dan buat sendiri. Hmmm.. at least dapat la kan? hehehe..

Untuk rumput karpet pulak, aku habis akal. Aku ingat nak beli kain bulu-bulu tapi macam mustahil orang buat pakai kain bulu-bulu sebab mahal. So, aku jalan-jalan di kedai RM2 di Indah Permai. Hek elehhh.. rupa-rupanya mereka guna span hijau cuci piring tuuuu.. Just belah dua sahaja untuk dapatkan rumput yang sederhana tebal.. Sesuai sangat nyahhh.. :)

Untuk kolam projek tu pulak, aku cuma perlu lubangkan separuh (ikut bentuk kolam tu la) gabus tu dan warnakan guna water color jenama Buncho warna biru terang habis cerita.. Hehehehe..

Untuk kawasan parking lot keta cuma gunakan kertas warna hitam dan liquid paper untuk pembahagi. Sangat mudah, kan ? Hehehe..

Seronok sangat buat projek ni. Aku ambil masa 2 hari sahaja untuk buat model landskap dan 2 hari untuk buat folio dia.. Puas hati sangat. Aku tak sabar nak tau markah yang kakak tu dapat. Hehe.

Gambar dibawah contoh proses menghasilkan model landskap tu..

Oh ya.. sambungan cerita proses membawa model landskap sebesar 45cm x 60cm naik kapal terbang akan disambung kemudiannnn.. Ngeeeeee....



Full picture indak boleh la kan? Hehehe.. Mau tengok jugak, sila bagi emel di ruangan komen.

Kedai Tukar Cermin Kereta di Kota Kinabalu

Hai all,

Salam ramadhan. Sedih sebenarnya puasa pertama dan kedua still in gering. Dah masuk hari ke tujuh im still peyed. Huhuhu.. Gila subur or ada sakit ? Palis222 ok..

Back to our story. Kan keta aku cermin depan tu ada retak sikit. So, kemarin i decided to redah Kota Kinabalu just to find that one liltle shop yang specialist tukar cermin keta. Syukur alhamdulillah I got a very good friend of mine yang tau kedai tu. Yang susahnya, kita main calling-calling jak. Dia di Putatan soo busy siapkan report kerja dia. So, me, my mum and my ipar went hunting by ourselves. Huhuhuhuhu.. So dem ayu ok.

Kalau you all nak beli sendiri cermin tu paling murah ada jual di Kedai Standard area Kolombong-Inanam. Harga RM185 boleh minta murah RM175 yang ni double layer. Dia jual sekali gam cermin tu.. Tapi, you kena cari kedai yang boleh pasang lah.. Hehehehe.. and in my opinion, takda kedai yang nak guna cermin luar dan tolong pasang kan.. :)

Ok. Kedai yang specialist jual dan pasang cermin keta ni ada di :

Kam Foong Auto Glass Sdn Bhd
Lot 9, Paramount Industrial Development,
Jalan Kolombong, 5 1/2 Mile, 88100 Kota Kinabalu, Sabah.
(area Giant Kolombong).

Seyesly, kedai ni memang specialist. 1 hari ntah berapa kereta yang kuar masuk. Dan servis pun cepat. Mine siap not more than 2 hours. I get warranty for 3 months also :) Oh ya. Kalau beli sendiri dan minta kedai ni pasang cas rm200. Kalau buat semua di kedai ni, rm350. Ha.. pilih la mana yang berkenan.

Below some pics i took :)




P/s: I love my ride.. :)


UPDATE 2016 : NUMBER PON NI KEDAI 088-420622. MINTA SAJA DISKAUN TIME MEMBELI, MMG DI BAGI PUNYA. BARU2 NI AKU MENCARI 1 KK CERMIN TINGKAP DMAX KU YG DI KASI PECAH PENCURI, ORG DI STANDARD KESTAU, CARILAH DI KAM FOONG MESTI DRG ADA PUNYAAAA... YA AMPUN. YA KAN BARU KU INGAT. THEN, P SANA LA CARI. ADA DONG. KESIMPULANNYA, KEDAI PASANG CERMIN KERETA MESTI ADA STOK BERBANDING KEDAI YG JUAL BARANG KERETA. HAHAHAHAHAHAHAHA...


Wednesday, July 18, 2012

Demam yang panjang

Hai sayang,

Lepas jak kejadian sedih tu, asal malam jak mesti aku demam. :'( What happen to me ? Sadis sangat kah kejadian sedih tu ? Otak aku cakap, it's nothing it will pass macam juga cerita-cerita sedih sebelum ini. Time will heal. Tapi, deep inside my tiny heart, it hurt much more than all hurts that i've been into. :'( Mungkin tu la antara sebab demam ku panjang dan hanya malam ja menyerang..

Panas ok. Kalau diukur tahap panas demam ku ni mungkin 38 darjah celcius. Malas dah makan ubat. What for ? Ndak juga kebah. Apa ubat yang mujarab ya ?

Ok bai.

Saturday, July 14, 2012

Projek Sarang Burung Walit Di Pasir Putih, Tawau

Hai sayang,

Macam dah trend di Tawau, Sabah orang berlumba buat rumah untuk Projek Sarang Burung Walit terutama sekali di Kg. Pasir Putih. Entri ni aku buat sebab rumah aku di Tawau pun tengah sibuk buat rumah burung sarang walit ni. Aku cuma tau bila baru-baru ni balik kampung. Seyesly, it's huge. Rasa-rasanya saiz rumah burung tu dalam 10 kaki lebar 16 kaki tinggi. Bayangkan lah dorang bina rumah burung tu di tingkat atas uma kawasan balkoni belakang uma. Gila tinggi oo.. Ada lagi ruang masuk burung macam 2 kaki tinggi. Hmmm..

Mudahan sukses la ya projek ni. Boleh aku tumpang sekaki salah-salah tumpang satu badan. Kah kah kah.. Di bawah ni antara gambar yang sempat aku snap untuk bahan blog aku yang haprak ni. Cekitdoutt...

 dari kejauhan.. punya la view dia kan? tau la kampung kasian.. hahahaha..

 ini dari tingkat satu rumah burung tu..

 ini tingkat atas rumah burung. takut aku jatuh.. punya men gayat !!

ini la pelan lengkap uma burung tu.. bestnya burung tu. ada uma.. hmmmm...

p/s : Sapa mau minta lukis pelan, jangan malu jangan segan emel aku. ada orang bank cakap, based on paperwork my bro, boleh senang-senang dapat loan 50K.. hmmm... 

Thursday, July 12, 2012

Menangis lagi

Wahai hati yang parah kerna lara yang amat,

Bersabarlah. Dia sedang menduga. Keluh mu tidak akan menghilangkan duka itu walau sedikit cuma. Malah, keluh mu menambah berat di bahu kirimu saja. Apa lagi tangis. Cuma bawa derita pada sepasang kelopak indah yang Dia cipta indah khas buat mu. Kalau ada pun sama mungkin mirip saja. Sudah lah dengan kesedihan. Sabar ya sayang ? Aku tau kau tabah.

Arghhhh... Sialan. Bedebah.

Kamu tidak faham derita ku. Aku sudah cukup sengsara. Asyik bertemu dengan ranting-ranting yang salah. Yang salah. Yang salah. Yang salah. Yang salah. Yang salah. Yang salahhhhhhhhhhh.. Penat. Aku hampir sampai tahap putus asa. Tuhan... ampun kan aku. Hamba mu yang selalu lupa.

Ranting-ranting, tolong jangan ambil sisa kekuatan yang ada dari aku. Itu saja yang aku ada. Kalau diambil lagi, aku tak tahu aku bisa berdiri lagi atau terkapai dalam noda.

Di mana silapnya jalanan ini ? Otak ku tak mampu berfikir nahtijah semua nya. Aku pingin ada. Aku pingin rasa. Aku pinginnnn banget. Kenapa jalannya terasa sangat jauh dan mustahil ? Atau adakah aku ini selayaknya berteman lara ?

Kasian mamak dan bapak. Punya anak seperti aku. :'(

Monday, July 9, 2012

Lots to catch up soon !

Dear darl,

Banyak yang aku nak hapdet.
But not today.
Perhaps tomorrow ? :)

Ok bai..

Monday, June 25, 2012

New Free Smartphone From Teddy

Dear darl,

Biarpun smartphone nya biasa-biasa saja. But, it's still new and i got it for free...
Nehhhh.. kau ada? indak da kan? kah kah kah..

#LG Optimus P500 Red..#

Nanti, sayang mau #HTC X One# ya darling???
Hehehehe... muakssssssssssss..

Ok bai.


Wednesday, June 13, 2012

Keropok Angry Bite

Hi darl,

I miss him :(

Hehehe.. Sedap keropok angry bite ni. Keluaran Kimanis Food Industries yang terletak di Jalan Bundusan Kota Kinabalu, Sabah. Brand dia guna D-Jack. Pada mulanya aku tak percaya ipar aku bagitau ada keropok angry bird. Rupanya dorang guna nama ANGRY BITE. Harga RM1.20 saja.. Aku beli di Pasaraya Sunny, Tanjung Aru.

Ada tida perisa :

1) Cheese - Sedapp
2) BBQ - Lagi sedapp
3) Ayam - Boleh lah...

Ok bai.. (sedang makan yang perisa cheese...... ;p )




(P/s: Aku minah popok.. tanya la aku semua pasal keropok. 
Aku lah raja !! Di iktiraf dari tahun 1990)