DIIKLANKAN OLEH

KAWAN-KAWAN

I'M A NUFFNANGER !

OUR ANNIVERSARY

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

MY NAZRIN

Lilypie - Personal pictureLilypie First Birthday tickers

Wednesday, August 25, 2010

Jodoh

"JODOH"

Renungkanlah sedalam-dalamnya. Hanya ALLAH yang Maha Berkuasa ke atas sesuatu..
...
"Jangan terlalu memandang bintang di langit hingga kita terlupa rumput di bumi."

Tidak,
Jodoh tiada kaitan dengan keturunan. Hanya belum sampai masanya. Ia bagai menanti jambatan untuk ke seberang. Kalau panjang jambatannya jauhlah perjalanan kita. Ada org jodohnya cepat sebab jambatannya
singkat. Usia 25 tahun rasanya belumlah terlalu lewat. Dan usia 35 tahun belum apa2 kalau sepanjang usia itu telah digunakan untuk membina kecemerlangan. Nyatakanlah perasaan dan keinginan anda itu dalam doa2 lewat sembahyang. Allah mendengar.

Wanita baik untuk lelaki yang baik, sebaliknya wanita jahat untuk lelaki yang jahat. Biar lambat jodoh asalkan mendapat Mr Right dan biar seorang diri drpd menjadi mangsa lelaki yang tidak beriman kemudian nanti.

Memang kita mudah tersilap mentafsir kehidupan ini. Kita selalu sangka, aku pasti bahagia kalau mendapat ini. Hakikatnya, apabila kita benar2 mendapat apa yang kita inginkan itu, ia juga dtg bersama masalah.

Kita selalu melihat org memandu kereta mewah dan terdetiklah di hati kita, bahagianya org itu. Hakikatnya apabila kita sendiri telah memiliki kereta mewah kita ditimpa pelbagai kerenah. Tidak mustahil pula org yang memandu kereta mewah(walaupun sebenarnya tak mewah) terpaksa membayar lebih tatkala berhenti untuk membeli durian di tepi jalan. Orang lain membeli dengan harga biasa, dia terpaksa membayar berlipat ganda.

Ketika anda terperangkap dalam kesesakan jalan raya, motosikal mencelah-celah hingga mampu berada jauh di hadapan. Anda pun mengeluh, alangkah baiknya kalau aku hanya menunggang sebuah motosikal seperti
itu dan cepat sampai ke tempat yang dituju. Padahal si penunggang motosikal mungkin sedang memikirkan bilakah dia akan memandu kereta di tgh2 bandar raya.

Bukan semua yang anda sangka membahagiakan itu benar2 membahagiakan. Bahagianya mungkin ada tapi deritanya juga datang sama. Semua benda, pasti ada baik buruknya.

Demikian juga perkahwinan. Ia baik sebab ia dibenarkan oleh agama, sunnah Nabi, sebagai saluran yang betul untuk melepaskan shahwat di samping membina sahsiah dan sebagainya, tapi ia juga buruk sebab ramai
org yang berkahwin hidupnya semakin tidak terurus.

Ramai orang menempah neraka sebaik sahaja melangkahkan kaki ke alam berumahtangga. Bukankah dengan ijab dan Kabul selain menghalalkan hubungan kelamin, tanggungjawab yang terpaksa dipikul juga turut
banyak? Bukankah apabila anda gagal melaksanakannya, anda membina dosa seterusnya jambatan ke neraka?

Berapa ramaikah yang menyesali perkahwinan masing2 padahal dahulunya mereka bermati-matian membina janji, memupuk cinta kasih malah ada yang sanggup berkorban apa sahaja asalkan segala impian menjadi nyata?

Jika tidak sanggup untuk bergelar isteri tidak usah berkahwin dulu. Jika merasakan diri belum cukup ilmu untuk bergelar ibu ataupun ayah, belajarlah dulu. Jika rasa2 belum bersedia untuk bersabar dgn kerenah
anak2, carilah dulu kesabaran itu. Jangan berkahwin dahulu sebab kenyataannya ramai yang tidak bersedia untuk melangkah tetapi telah melompat, akhirnya jatuh terjerumus dan tidak jumpa akar berpaut tatkala cuba mendaki naik.

Berkahwin itu indah dan nikmat bagi yang benar2 mengerti tuntutan2nya. Berkahwin itu menjanjikan pahala tidak putus2 bagi yang menjadikannya gelanggang untuk mengukuhkan iman, mencintai Tuhan dan menjadikan
syurga sebagai matlamat. Berkahwin itu sempadan dari ketidaksempurnaan insan kepada kesempurnaan insan - bagi yang mengetahui rahsia2nya.

Berkahwinlah anda demi Tuhan dan Nabi-Nya, bukan berkahwin kerana perasaan dan mengikut kebiasaan. Jodoh usah terlalu dirisaukan, tiba masanya ia akan datang menjemput, namun perlu juga anda membuka
lorong2nya agar jemputan itu mudah sampai dan tidak terhalang. "

Seorang teman pernah berpesan..

"Kadang2 Allah sembunyikan matahari..
Dia datangkan petir dan kilat..
kita menangis dan tertanya-tanya,
kemana hilangnya sinar..
Rupa2nya.. Allah nak hadiahkan kita pelangi.." "

`Cinta yang disemadikan tidak mungkin layu selagi adanya imbas kembali. Hati yang remuk kembali kukuh selagi ketenangan dikecapi. Jiwa yang pasrah bertukar haluan selagi esok masih ada. Parut yang lama pastikan sembuh selagi iman terselit didada...`

Sunday, August 22, 2010

Petua Kulit Lembap dan Cantik

Ringkas dan sangat praktikal plus mampu buat.....

Pas mandi, jangan terus lap badan yang basah-basah tu..

Time masih basah tu la..korang sapu dengan 
minyak Johnson Baby Oil Lite...

Sangat-sangat mujarab... Kulit badan pasti bebas masalah kulit kering dan kusam... Sapu pada bahagian kaki dan tangan anda...

Selamat mencuba....

6 Best Foods for Healthy Skin

Sandra Bullock, Rihanna, and Lindsay Lohan: What do these women have in common? They’ve all been embroiled in tabloid-worthy scandals. But what else? They all look good, even when the press isn’t. That’s because they have what so many of us strive for: Perfect skin.

So, what’s the secret? How do some of us achieve the golden hue of Halle Berry while the rest of us get stuck with a scaly patchwork of blotches, pimples, and dry spots? Some of it’s genetic, sure, but that’s not the whole story. If you listen to the conventional wisdom coming from the pharmaceutical companies, you might think the problem is that you just haven’t discovered the right cream, ointment, or alcohol-soaked cleansing pad to clear up your face. But those are solutions of last resort. What you need is a preventive strategy, one that involves nurturing the complex balance of nutrients that feed your skin and nurture your inner glow. In other words, if you want the kind of skin that looks good even through a Hollywood scandal, you’ve got to eat right. Here are six foods that will have you looking your best.

1. SALMON
Salmon is an ideal food for many reasons, but as far as your skin’s concerned, there’s only one that matters: It’s among the world’s greatest sources of omega-3 fatty acids. Those are the essential fats that, along with bolstering the cognitive powers of your brain, concentrate in the walls of your epidermal cells to help lock in moisture. Plus, in one study, researchers supplemented two groups of mice with either omega-3 or omega-6 fats. After two weeks, the skin of the omega-3-fed group exhibited a 20 percent faster recovery rate from exposure to ultraviolet light. That gives salmon two crucial skin boons: keeping your skin from looking dry and helping it battle the dangers of excessive sunlight.

2. CARROTS
Carrots are teeming with tiny orange pigments called beta-carotene, and when you ingest those pigments, you’re inviting them to nestle into your skin, fill in blotches, and give you a healthy glow. And what’s more, research shows that this can actually help prevent premature aging from sun damage. But is the accumulation of orange in your skin going to make you look like an extra from Jersey Shore? Well, hopefully not. But eating excessive loads of carotene-rich foods can lead to a condition called carotenosis, wherein your skin stops looking healthy and starts looking, well, orange. But the conditions is rare, so unless you notice yourself turning into a prison jumpsuit, feel free to chow down.


3. AVOCADO
One study published by The Journal of the American College of Nutrition found that people with higher intakes of olive oil had fewer wrinkles than people with higher intakes of butter. The reason: Butter is loaded with saturated fat, while olive oil is rich in monounsaturates, the same essential fats that make up more than 50% of the calories in an avocado. So why eat avocado over olive oil? Both are good, but avocados have the added bonus of B vitamins, which also help to keep your skin looking vibrant and smooth.

4. BEANS

Legumes, to be more precise. This is the class of plants that includes black beans, chickpeas, lentils, soybeans, and peanuts. And how do these puny pods protect your face? By smoothing out wrinkles. Australian researchers analyzed the diets of more than 400 elderly men and women and found that high intakes of legumes—alongside vegetables and healthy fats—resulted in 20% fewer wrinkles over time. The effect is likely a result of isoflavones—potent antioxidants—concentrated in the beans.

5. GRAPES
Besides providing protection from heart attack and stroke, antioxidants called polyphenols found in grapes can also help keep middle-aged skin from sagging. That’s because polyphenols improve skin’s elasticity by strengthening collagen, the primary protein in skin’s innermost layer.

6. WATER
Okay, it’s not as fun to drink as wine, but water is the strongest weapon you have against lifeless skin. That’s why they call it “moisturizing”—because you’re trying to lock moisture, aka water, into your skin. To put it broadly, all the body’s processes rely on hydration, so if you’re not sipping throughout the day, you’re likely to have a slower metabolism, groggier head, and, yes, drier skin. One study suggested that it takes a mere half-liter of water to create a measurable increase in the capillary blood flow to your body’s outer layer. That’s just over 16 ounces. Try doing that a few times a day and you’ll have a face like a baby’s bottom in no time.
Taken from : Yahoo.com

Wednesday, August 18, 2010

Lipat Kain wei....

Salam semua...dah abis sahur? Hehehe.. Tentu korang banyak dengar cerita-cerita tak baik yang tersebar meluas dalam facebook kan? Ni lah facebook ni bila dah pengunaan meluas, adalah insan @ hantu yang akal tahap siput ba*# mencarut, mencerca benda atau orang lain.. Diaorang ingat diaorang jak ka yang guna facebook. Mindless betul..

Eh..tersasar plak cerita aku kali ni.. Actually, aku nak cakap.. Facebook ni ada jugak kebaikan bila digunakan dengan berhemah.. Contohnya, aku dah tau cara lipat kain yang cepat dan praktikal. Hehehe. Lembap.. Mesti korang dah berabad tau kan? Nasib baik kawan aku tagged aku dalam video tu.. Barulah aku tau cara melipat kain yang sangat2 mudah dan praktikal...

Sonang sangat2.. Jom mencuba... Aku tengok 7 kali baru pass tau.. Ahahahahahaha....

video

Ni versi Jepun.. Versi English ha.. kat bawah...



Sunday, August 15, 2010

Dugaan Di Awal Ramadan 2010


Sehari sebelum Ramadan, aku akhirnya bertemu semula dengan buah hati aku yang tersayang di Kay Kay. Percutian yang sejak 10 hari lalu diatur akhirnya menjadi kenyataan. Berdebar menunggu kemunculannya di Terminal 1. Tepat pukul 12.50 pm dia tiba dengan beg galas tersangkut dibahu dengan senyuman semanis madu yang sungguh menenangkan hatiku. Ku sambut dia dengan sebuah senyuman yang cukup bermakna. Ternyata setelah 8 bulan tepat berpisah, dia kelihatan cukup berubah dan menawan hatiku.


Sehari meluangkan masa bersama kami berpisah pada malam hari nya dan esoknya pula adalah hari pertama puasa bagi tahun ini. Sebagai memenuhi permintaannya, kami tidak merencanakan untuk bertemu pada hari pertama puasa. Namun, Tuhan yang maha merancang. Kami bertemu juga pada hari pertama puasa kerana ada urusan yang perlu kami selesaikan. Pertemuan singkat itu, bukan sahaja ada kami berdua tetapi juga turut disertai oleh abangku dan emakku. Tidak kujangka rupanya pertemuan singkat itu merupakan pertemuan terakhir ku dengan dia di bumi Kay Kay ini. Kerana esoknya pukul 3 pm dia akan kembali ke Kay El.


Penerbangan itu sangat meletihkan dirinya. Bukan sahaja itu, ditambah lagi dengan perjalanannya pulang ke Rawang, Selangor dengan menggunakan KTM. Yang aku kesiankan ialah masa puasa nya yang bertambah sejam kerana dia bersahur ikut masa Kay Kay tetapi berbuka ikut masa Kay El. Oleh kerana jarak perjalanan yang jauh, dia terpaksa berbuka di dalam KTM berhimpit-himpit dengan bangla-bangla yang memenuhi ruang KTM itu. Sepanjang perjalanannya dalam KTM itu, aku setia menemaninya melalui sms. Dia akhirnya sampai di rumah hampir pukul 10 pm. Hasil perjalanan yang memenatkan itu, dia diserang demam yang syukurlah tidak berapa teruk.


Ku sangka hari akan berlangsung seperti biasa pada hari ketiga puasa. Namun, aku dikejutkan lagi dengan panggilan mengejut dari dia di awal pagi. Lebih kurang pukul 7 am, dia menelefon aku untuk memberitahu bahawa dia terpaksa pulang ke Tawau kerana abangnya baru sahaja meninggal akibat sakit demam malaria mengejut. Seperti berhenti jantungku sesaat mendengar berita tersebut. Lalu aku cadangkan dia untuk terus sahaja ke kaunter Airasia untuk membeli tiket kerana tiket tidak lagi boleh dibeli melalui online jika kurang dari 24 jam sebelum penerbangan. Dia akhirnya berjaya mendapatkan tiket yang akan berlepas pada pukul 2.20 pm yang berharga RM700 lebih.


Tepat pukul 5.45 pm dia sampai di Tawau namun dia tidak sempat melihat jenazah kerana baru sahaja dikebumikan berhampiran tanah perkuburan di kampungnya. Dalam smsnya yang terakhir kepadaku, jangan ambil hati jika dia tidak membalas sms ku kerana dia ingin berkabung bersama keluarganya. Aku katakan, jangan risau kerana aku faham situasinya.


Hari berlalu seperti biasa namun ku rasakan cukup tidak lengkap tanpa mengetahui perkembangan dirinya di sana. Tepat pukul 8.30 pm dia menghantar sms kepada ku memberitahu kabarnya di sana. Aku cukup gembira kerana semuanya berjalan dengan lancar. Tetapi sms nya yang kedua sungguh menyedihkan hati kerana katanya, dia baru mengalami kemalangan petang tadi. Jantungku bagai disentak-sentak membaca sms tersebut. Sakit sungguh hatiku sebab baru sebulan lalu dia terlibat dalam eksiden di Kay El ketika ingin pergi ke tempat kerja. Akibat eksiden tersebut, motor yang baru juga dibelinya rosak teruk dan memerlukan kos hampir RM1,000 untuk diperbaiki. Syukur juga kerana dia hanya mengalami cedera ringan di bahagian lutut dan tangan sebelah kanan.Eksiden kali ini adalah disebabkan kecuaian nya tidak melihat kenderaan di belakang ketika mengundurkan kereta dan kos untuk membaiki kereta Vios yang dilanggarnya hampir RM250.


Sekarang dia tidak dibenarkan untuk kembali ke Kay El kerana tidak ada yang menjaga ibu dan bapanya di rumah. Rumah itu hanya tinggal kedua orang tuanya dan seorang adiknya yang masih bersekolah. Rumahnya di Tawau tu pula sebenarnya baru sahaja dibersihkan akibat banjir kilat yang paling dashyat dalam sejarah banjir di kampung tersebut. Masalahnya sekarang, hancur semua perancangan kami untuk masa depan. Berapa sangatlah gaji yang boleh dia perolehi jika bekerja di Tawau tu?? Dan aku pula tidak boleh pulang semula ke Tawau kerana kedua orang tua ku tidak mahu lagi berpindah balik ke Tawau. Dia mahu aku turut sama tinggal di Tawau. Tapi, bagaimana dengan kerja ku? Dengan orang tua ku? Akhirnya, kami memutuskan untuk membiarkan dahulu keadaan begini sehingga semua masalah selesai baru kami memikirkan tentang kami pula.



"Wahai Tuhan kami! janganlah Engkau mengirakan Kami salah jika Kami lupa atau Kami tersalah. Wahai Tuhan Kami ! janganlah Engkau bebankan kepada Kami bebanan Yang berat sebagaimana Yang telah Engkau bebankan kepada orang-orang Yang terdahulu daripada kami. Wahai Tuhan kami! janganlah Engkau pikulkan kepada Kami apa Yang Kami tidak terdaya memikulnya"


Saturday, August 7, 2010

Plastic Bag Is Evil !!!

One million plastic bags are used and thrown away every minute around the world, according to environmental experts. Worldwide between 500 billion and one trillion of them go into landfill, rivers, seas and oceans. Countries have begun to control the use of plastics which are blamed for a host of environmental and health problems. And Sabah has started an anti-plastic campaign that discourages the use of plastic shopping bags on Mondays in Kota Kinabalu capital.

About 150 tonnes of plastic are used every day in Kota Kinabalu, says Yabi Yangkat, director of environment of the Envrionmental Protection Department. Almost a third of these are plastic shopping bags and Styrofoam food containers. They clog drains that breed disease-carrying pests such as mosquitoes, cockroaches, flies and rats, and cause floods.


“Most of this rubbish clogs our drains,” Yangkat tells Insight Sabah. “If there is heavy rain for two or five hours, many parts of the city and its outskirts will be flooded.” In landfill, plastics take 1,000 years to break up. Experts say plastics are not bio-degradable even those that claim to be. What happens to them is a process known as photodegradation that breaks them up into succeedingly smaller particles that leach toxic chemicals such as bisphenol A (BPA) into the soil and water which then contaminate our food. BPA is blamed for a host of illnesses from brain damage in infants and very young children, to endocrine disorders, most cancers such as breast and prostate cancers, diabetes, sexual, reproductive and heart diseases.
Although statistics are not available in Sabah, health experts notice a marked increase of cancers and heart diseases affecting many young people. They are unable to say whether BPA from plastic is to blame.

Environmentalists are concerned over plastic trash in oceans. It kills hundreds of marine mammals which eat plastic bags, mistaking them for food. A study two years ago by Charles Moor, an oceanographer and chemist of the Algalita Marine Research Foundation, found that about 44% of all seabirds ate plastic by mistake. And 267 marine species swallowed plastic bags which looked like jellyfish in mid-ocean.
Scientists and health experts are alarmed by recent findings that plastics in ocean decompose very much faster than they have been thought. Researchers say their study has shown that degrading plastics are leaching toxic chemicals such as bisphenol A into the seas, possibly threatening ocean animals and people, according to a report in the National Geographic.

Yangkat says his department thought of reducing the use of plastics last year. “We started the no plastic campaign then,” he says. “But the response from shopping complexes was poor.” The campaign has taken off this year because Kota Kinabalu City Hall is involved in it. “They are the licensing authority,” he says.
On June 7, Masidi Manjun, minister of tourism, culture and environment, launched the “No plastic bags on Mondays” campaign and another to make Tanjung Aru town, about 10km from Kota Kinabalu city, a “Green Town without Litter”.

Yangkat says his department has installed five rubbish traps in three rivers in Sembulan and two in Likas to keep them clean and remove plastics from them. They cost 120,000 ringgit ($37,000) each. Two more will be installed in the city soon. City hall workers clear rubbish from the traps every day.
“We spend about 400,000 ringgit every year on our environmental projects,” he says.

 taken from : http://insightsabah.gov.my/article/read/515


Nak hilangkan jerawat paling pantas?

Ni bukan produk aku nak jual tau.. Hehehehe.. Ni lah produk yang aku pakai since 3 tahun lalu lagik.. Produk ni memang sangat-sangat berkesan dalam "mematikan" jerawat yang dah nak hidup menempel di wajah mulus anda.. Sejak aku pakai benda ni, jerawat susah nak tumbuh kat muka aku tau.. 

Dia nya ni bukan seperti losyen muka tau.... Dia ni macam jel jer tempel sikit dua kali sehari pada jerawat yang nak tumbuh tu... Insya-Allah pas dua hari gerenti jerawat tu hilang tau.... Lihat lah wajah aku yang free jerawat.. Alhamdulillah...

Ha..hampir aku lupa benda penting.. Produknya ni murah jak.. Korang mampu sangat-sangat lah nak memilikinya.. Dalam RM5-7 tak silap aku... Nama dia "Love & Beauty" dari LaFair.. Produk tempatan okeyy... Made in Selangor tak silap.. Satu ni boleh pakai berbulan-bulan lamanya.... Jimat kan? Korang cuba la...



Wednesday, August 4, 2010

Boyfriend

Yahuuuu...

Bf @ kekasih saya akan balik bercuti d Kay Kay bersama saya pada 10hb ini.. saya sangat tidak sabar berjumpa semula dengan beliau setelah hampir 8 bulan tidak bertemu..

Bf saya sangat membencikan. Tapi, bagi saya dia sangat hensom seperti staring tamil di kaca tv.. Walaupun bgtu, saya sangat sayangkan beliau.. Beliau juga mengatakan bahawa tidak sabar berjumpa dengan saya.. Pastinya...

Saya panggil dia "sayang". Beliau juga memanggil saya dengan panggilan "sayang".. Sangat fair & square okeyy...

Doakan kami bertemu jodoh juga ya..

Monday, August 2, 2010

Konsert Double Trouble @Tawau

Entri kali ni hmmm...pasal benda dah basi which happening during my vacation at Tawau jugak lah.Tak lain tak bukan pasal.........

"Konsert Double Trouble" okeyyy....

Konsert cam begini memang jarang sekali dibuat di Tawau okeyy...memandangkan aku suda berada di Tawau, aku pun pegi la menyaksikannya (rock kapak jugak aku okeyyyy)

Me, my brother Amat and his lovely wife plus my uncle (super duper cool) pergi la menonton konsert julung-julung kali diadakan tu..Dalam kul 8pm kitaorang dah gerak dah..siap tak nak makan takut lambat n penuh plak..oleh kerana Venue tak jauh dari uma, kejap jak dah sampai..Sampai jak di Stadium..hek eleh..banyaknya orang...(RELA, POLIS, Polis Bantuan, Crew) dari penonton berbayar.. Dijadikan cerita, kami dapat betul2 dekat pagar pemisah (maksudnya di depan stage la of coz gitu..)

Saudara saudari bayangkanlah kitaorang dah tercegat di situ dari kul 8 malam.. but the konsert hanya bermula pada kul 10 malam !!!! Shit jugak yah orang besar ni...Tau2 jak la org Tawau, kalau bab teriak2 ni..hmmm..sakit telinga korang okeyyyy...Penonton sume dah BOOOO abis dah..sebabnya Pengacara yg berbadan gempal tu asyik kata "Sebentar lagi kita akan menyaksikan Konsert yang julung-julung kali diadakan di Tawau"..Contoh2 teriakan orang Tawau :

1) Oitttt..cepatlah oi...bukan aku bayar sembarangan nih..duit Tokek ku jual ni!!!
2) Cepatlahhhhh!!!! Penat aku be OT nih!!! (OT = over time)..
3) Penipu!!! Penipu!!! Penipu!!!!!!!!
4) Cepatlah bah!! Ndak payahlah ko mo betesting sound sana..ndak juak kami tau piching lari ka tune lari ka..kami mo enjoy!!!!

Ha..macam tu la lebih kurang bunyi jeritan orang-orang Tawau..akhirnya, kul 10 malam baru konsert dimulakan. Opening dia...fuhhh dashyat..Bunyi tembakan2 lorr... Siap lighting lip lap lip lap okeyyy..telinga aku memang dah pekak sebab 4 bijik speaker besarrrrrr 3 langkah depan aku..siookk dapat jimatkan tenaga korek telinga esoknya..

From my point of view, suara dan karektor Awie (Wings) jauh lebih bersemangat dan sedap dan nyaring dan tinggi jika dibandingkan dengan suara Amy (Search). But, thats sebelum diaorang lawan2 suara tau... Acara lawan suara tu memang superb..kita dapat dengar perbezaan tinggi (capai note) suara otai berdua ni..kurang lebih begini lah bunyi lawan2 dorang..

Awie : Lu punya Lu punyaaaaaaa...
Amy : Luu puunyaaa luu punyaaaaaa......

sampailah berbelas kali okey...sampai dah capai note paling tinggi bagi penyanyi rockers...tebeliak mata aku tengok dan terkeluar gegendang telinga aku dengar.. Siokkkk abisssssssssssssss..... Jadi, pandangan aku pada mulanya tu jauh meleset sebab Otai Amy lebih dasyhat bunyik dia....uuuuuuuu....1 kali jak dengar Amy cakap """Peeeewwwiitttt"""..

Ni video sikit jak yang sempat aku rakam bah..enjoylah korang yah...

video
video

Antara gambar-gambar yang sempat aku zoom kan..




Mangga Sagu & Sanggar Peppek (bukan yg tuttttt tu k...)

Well, at last terbuka juga hati ku nak mengupdate blog yang manis ni...Hehehehe...
Actually, so many things happen tau during this past few weeks.. Thats why i dont have time to update my blog...

Cerita petama sekali hmmm.....pasal aku cuti la..balik Tawau...
Oh...ianya adalah percutian yang paling buruk pernah saya alami... Tak sangka-sangka... Menyesal sungguh saya balik tau... Penyakit yang paling saya tak suka datang menjenguk.. Hmmm.. Bukan sakit kena buat2 tau.. Sakit perut lah... Hehehehe... Korang jangan tak tau, aku punya perut paling sensitif di dunia ni.. 

Hmmm.. Agak2 la wei... Tapi, betullah.. hari petama sampai tu.. Aku jalan dengan dua kawan lama.. Petama pegi kenduri akikah uma nenek dia.. Ha..sampai petang tau.. Ko ada? Hehehehe... Dah pagi tu menghantam makan kuih segala jenis manisan orang Bugis lah katakan.. dan lauk pauk yang aneka rasa benuk dan warna pun aku hantam jugak.. Maklumlah lama tak makan makanan Tawau... Huhuhuu... Petang tu, aku di bawa ke bandar Tawau konon nak merasa "Mangga Sagu" di Indo Cafe, Fajar.. Hmm.. memang yummmyy la... siap belemak lagi... di tambah dengan mangga Pilipin yang manis.. Hmmm... Kecur liur dibuatnya.. Tanpa berlengah-lengah, aku pun baca bismillah dan makan sepuas-puasnya... Kawan kata sedap ni makan dengan Sanggar Peppek.. Ha, ni makanan orang Bugis jugak tau... Tapi, bagi aku rating Sanggar Peppek ni dalam 5/10 jak.. Tapi, aku cubit-cubit jugak la sebab nak merasanya.... Dekat Maghrib baru aku sampai uma... hehehehehe... Petang tu senyum sorang-sorang, siok jugak balik sekali sekala ni...merasa makanan Tawau...

Ha, dijadikan cerita, aku tido awal sebab penat sangat-sangat.. Tido 1 jam, aku terbangun dek kerana perut aku memulas-mulas tahap cipan yang teramat-amat... Sampai aku teriak panggil mak aku... "Mak!!!!!!!!!!!!!!!!!!, perut sakit !!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!.. Berlari mak aku tengok aku yang dah berpeluh-peluh menahan kesakitan...

Aku sakit satu malam okeyyyy... Ingat kan nak aku pegi Emergency tapi takut pulak kenak suntik lagi...Tahan jer la aku malam tu... Siangnya aku ingat dah baik sikit... Muntah okayyyyy... Muka dah pucat lesi, mata dah sembam dan termasuk sikit... Hmm... Mak dah berkeras nak bawak jumpa Doktor perut aku di Poliklinik Dr. Chang di Sabindo. Sampai di klinik, aku diperiksa seperti biasa (tekan2 perut).. Sesi soal jawab jgk la.. Last2, kata doktor balik makan ubat ni ikut masa dan esok jumpa lagi sebab ada kemungkinan kenak Appendix.... Ha? Mampos la aku.... Esoknya, aku pegi lagi check klinik tu.. Pas cek, terus dia bagi surat rekomen masuk Emergency di Spital suru cek darah n air kencing sebab dia takut aku ada Appendix... Laaaa....kes lagi...

Waktu masuk emergency, doktor yg bertugas masa tu muda belia dan lelaki pulak tu.. Aduhaii.... India okeeeyyy... Dia suru mak keluar. Ditemani seorang pelatih Masterskill yg tembam macam Auntie aku kat KL yang juga seorang nurse lulusan Masterskill, doktor India itu menyoal aku.. 

Doktor : Kencing ada sakit kah?. 
Aku : Takda..mcam biasa.
Doktor : Boyfriend, ada? (sambil senyum2 kambing)
Aku : Ada lah..(sambil tersenyum malu2 kucing)
Doktor : Ada melakukan hubungan kelamin? (dengan mukak serius)
Aku : Belum kahwin la doktor. Boyfriend duk KL. (dengan mukak marah)

Hampehnya ku rasa...Aku tau la memang ada prosedur macam tu, tapi, agak2lah menyoal dengan muka serius.. Sial.. Huhuhuhu.. Dengan ternyata mukak dia yg tak konfiden memeriksa perut ku. Dia bersoal jwb pulak dengan doktor sorang lagi (lelaki dan muda okeeeyyyy).

Doktor India : Hmmm...macamana ni beb? Aku confuse la. Dia ni Appendix ke tak.... (Hampehhhhhh)
Doktor Dua : Hayyoo.. do not judge base on patient eyes la. Eyes kan lie ok. Look on her reaction..

Punyala aku hangin... Dah tekan2 pun tak tau lagi ke aku ada penyakit tau tak???? Then, doktor India tu suruh budak perubatan ambil darah aku untuk diuji. Sakittttttttttttttttt okeyyyy... Dah tu, budak tu yang berlagak pandai depan budak2 Masterskill tekan2 tangan aku cucuk2 tangan aku.. Last2 aku cakap. "Pelan2 okay.. Pembuluh darah saya kecik so, hati2." Padan mukak kau...

Last2, ada sorang doktor perempuan masuk..nak ambil barang dia (mungkin dia doktor sebelum shif ni)..Doktor India terus panggil,"Kakak sayang, boleh tak tolong cek 1 patient tu whether dia ada Appendix atau tak.. Doktor yang baik hati dan agak jauh lebih berpengalaman dari dua org doktor td terus periksa aku..2 minit kemudian, dia cakap.. "Okay, konfim takde Appendix..."..

Ha? Sebenarnya aku jauh bersyukur la.. Tapi, kenapa selepas aku di cek oleh Doktor India tu dan kenapa selepas darah aku d ambil baru disahkan aku tiada penyakit tu????? Sakitnya hati addddddddddoiiiiiiiiiiiii...

Begitula serba sedikit kisah babak pertama yang menyedihkan sepanjang percutian aku...Di tambah kes lagi, semua planning bercuti di Peranginan Tampi-Tampi terpaksa di batalkan sama sekali...akibat sakit perut ku yang masih menguasai diri... Hampehhhhh....


takkan aku sentuh kau lagi biar ada orang bayar 1juta USD okeyyyyy!!!!