DIIKLANKAN OLEH

KAWAN-KAWAN

OUR ANNIVERSARY

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

MY NAZRIN

Daisypath - Personal pictureDaisypath Happy Birthday tickers

MY NAZIRA

Daisypath - Personal pictureDaisypath Happy Birthday tickers

Sunday, May 12, 2019

Berpisah susu

Salam Ramadhan kareem.

Sedih tak terkira di Hari Ibu ni, my baby Nazira dah stop menyusu badan . Dia baru 11 bulan 17 hari. Huhuhuhu.. Abangnya dulu setahun lebih itu pun sebab kami paksa dia berhenti susu badan. Sebabnya, tengah pregnant Nazira bila Nazrin menyusu badan terasa sakit sangat sampai nangis-nangis. Nasib hubby pandai pujuk Nazrin masa tu.

Naziraaaaa.. Huhu maafkan mama. Hanya sampai sini saja rezeki mama utk Zira. Sedih sangat..  Dengar cerita dari mak memang masa aku dulu pun sekejap saja menyusu badan dengan mak. Tu pun bukan susu botol puting. Tapi susu botol yg macam gelas. Duduk untuk minum susu biarpun tengah tidur!!

Wahai ibu-ibu di luar sana, sekiranya anak masih mahu menyusu badan, berikanlah dengan penuh kasih-sayang. Sebab bila anak dah tak mahu menyusu badan, diri sendiri akan merasa kehilangan yang amat. 


Tinggal sikit lagi satu tahun Zira.. Why you suddenly want to stop??? Argghhhh..