DIIKLANKAN OLEH

KAWAN-KAWAN

I'M A NUFFNANGER !

OUR ANNIVERSARY

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

MY NAZRIN

Lilypie - Personal pictureLilypie First Birthday tickers

Thursday, December 29, 2011

Mummy I Love You

Dear love,

Taburkan lah biar berjuta wang ringgit.
Apalah akan sama dengan derita dan penat lelah dia?
Pernah kamu cuba untuk merasai walau sedikit sakit dan penat dia?
Yang selamanya dari saat matanya jaga hingga matanya tutup untuk berehat barang sebentar?
Mungkin dalam rehatnya, masih jua sibuk memikirkan apa lah nasib kita?

Fikir semahunya untuk kita.
Untuk dirinya mungkin cuma 5% daripada fikirannya kepada diri kita.

Mummy..........

I miss u so much................


Luv,
Ur only daughter !!!

Wednesday, December 28, 2011

Lemah Selemah-lemahnnya

Sayang,

Malam ini tangis ku terburai jua bersama pekat malam yang makin mencengkam hati dan sanubari. Apa yang perlu dipersoalkan sedalam-dalamnya? Apa yang ada dengan jawapan? Kalau jawapan itu bukanlah suatu penyelesaian?. Apa guna mempersoalkan soalan yang kita sendiri tahu tidak akan ada penyelesaiannya?

Walau fikiran meronta untuk sebuah jawapan pasti, tetap akal menyanggal, "tidak ada jawapan yang kau cari jiwa".. Mana hentinya semua derita dan sengsara ini?

Puas sudah aku berfikir untuk lari dari sengsara ini. Makin aku cuba untuk lari dan menidakkan sengsara ini tetap jua ia berlari mencari dan terus menerpa aku yang sudah sedia lemah.

Jiwa, fikiran, akal, hati bersatulah kamu dalam aku. Tolong aku lepas dari sengsara ini. Kerna aku sendiri. Fizikalnya aku ramai. Hakikatnya aku sendiri. Aku dan aku sahaja yang mampu untuk selamatkan aku yang kian lemah. Jika aku kian lemah, hibalah jiwa yang sedalamnya aku perlukan selamanya..

Bukalah walau sedikit ruang cuma untuk aku juga lepas sedikit dari duka dan sengsara yang kadang ku fikir teman rapat ku. Duka dan sengsara.

~my heart my soul~


Tuesday, December 27, 2011

The Best Day Ever !

Hi sayang,

Hmm.. what i can say that, today (27 Dec 11) was the worst day ever. Sangat penat fizikal dan mental. Sampai tempat keja baru 1 jam berlalu aku dah start counting hours to lunch break. What a great worker i am?.. Bukan aku sorang ja yang menghidap penyakit "kira jam balik" ni, Eva pun sama. Dia tekejut sebab baru 1 jam berlalu. Hahahaha.. Kami memang pekerja yang sangat produktif lagi efisen.

3 days in a row menghadap laptop menyiapkan kerja yang aku rasa orang nya dah lama tunggu. Ayyakkk.. bila nak siapkan ni Naza? Pemalas tul ko yah.. Ku cucuk lobang idung kau kang..padan muka!

Apapun, life without my beloved Alya and my mum is so bored. Suma nak buat pun aku rasa macam boleh sangat untuk dilengah-lengahkan. And i think i had made a record of the year by waking up from bed at almost 12pm. Ini aktiviti paling sihat pernah dilakukan. Tapi, best la.. bukan selalu pun... Layan keja yang aku rasa ntah la bila siapnya. Siap sendiri kot? Buwekkkkkkkkkk...

Mengantuknyaaaaaaaaa... badan rasa letih macam eskrem yang nak cair kena sinaran matahari terik. Ahhh.. kan best boleh cair macam eskrem tu? Kot-kot boleh tido time cair tu. Kah kah kah kah..

Seyesly, i wanna say.. Saya adalah budak baek, ok. Saya tak kacau hidup orang.

And for today conclusion, i'm dying to sleep. Balik karang aku nak pengsan barang 5 jam.. Fuhhh. Mudahan tak terlebey kang kojol terus.. Hahahaha.. Kalau-kalau aku kojol, aku nak mintak mahap dari hujung rambut sampai hujung kaki dan dari otak sampai tulang jari kaki pada semua. Ingat, saya budak baek, Jangan nak jadikan saya budak jaat. Tak moooooooo... ;p



Luv,
Naza.

Sunday, December 25, 2011

Handphone Hello Kitty

Hi darling,

Hmmm... Berdasarkan tajuk entri ni, sudah pasti pemiliknya bukan aku. Dan tak lain tak bukan pemiliknya ialah Kak ipar aku yang hantu Hello Kitty. Baru-baru ni dia beli handphone ni. Sangat so like Hello Kitty. Tapi, handphone ni tak boleh on guna sim kad Digi. Jadik, dia tak boleh guna. Dia kena guna sim kad Celcom.

Tapi, seyesly.. ada lagi orang yang minat gila-gila sampai kalau boleh suma barang nak tukar jadi benda yang kita minat?? Hmm.. kak ipar aku lagi kot... Tak mo cakap banyak. Tengok sendirik. Sebijik Hello Kitty kan?

Huhuhuhuhu...

p/s : Aku tak hingin benda macam ni.. Comel sangat and tak berbaloi nak pakai.


Dari depan nampak macam patung-patung je kan? ;p (aku peminat syiling 50sen lama huhuhuhuhu..)

 Ni pandangan dari bolakang.. (ada speaker)

 Ni bila buka..baru nampak macam handphone..

 Ada camera.

Button pun comell.. aduhh macam kucingggggggg...!!!


Ok bai.


Saturday, December 24, 2011

Mari Belajar Tulisan Jawi

نام ساي اياله نذلييا ناسر
سايا اداله سورڠ ڤنوليس بلوڬ
توجوءن اوتاما ساي بربلوڬ اياله اونتوق ممبوءت دياري كهيدوڤن ساي.
ساي جومڤ ساتو لامن ويب يڠ مڠاجر كيت مڠنل دان ممباچا هوروف-هوروف جاو.
لامن ويب تو اياله كليق د سين.


Merry Christmas Lebai Google



Saya rakam video ni tadi.. tantekkk..
tahun depan apa pulak ye??

merry chrsitmas semuaaa...

p/s: Feliz Navidad...   : )

Friday, December 23, 2011

Burn

Kadang diri terfikir pelbagai kemungkinan..
semua bermula dengan perkataan "andai"..

Andai aku adalah pokok, kan bagus.
Aku hanya mengikut arah tiupan angin yang membelai dedaun ku.

Andai aku adalah meja, kan bagus.
Aku akan berada di mana juga aku diletakkan.

Andai aku adalah burung, kan bagus.
Aku akan bebas berterbangan ke mana jua sayapku membawaku.

Tapi, aku bukan pokok, aku bukan meja dan aku juga bukan burung.
Aku adalah aku.
Yang diciptakan oleh Yang Satu.

Bagaimana sekali arus kehidupan duniawi mencabar keberadaanku,
tetap aku adalah aku. Mensyukuri segalanya.


Sunday, December 18, 2011

Eksklusif Majlis Persandingan Aza & Raj

Hola....

Aku baru balik dari menghadiri majlis perkahwinan or should i say majlis resepsi? Hihihi.. (ntah aku tak tau....hik hik hik) kawan lama sejak dari awal sekolah menengah and that was our first time jumpa face to face ogehhhh...

Hihihihihi...tau napa aku cakap kami kawan lama tapi tak pernah jumpa?? Hahahaha.. Malu i nak story ektuali.. Hmmm... ku gagahkan jugak la nak bukak cerita lama ni.. Buwekkk..

Me and Aza Evianna Adique kawan lama dari pen pal. Have you guys ever heard that before? Hehehehe.. Let me explain further. Dolu-dolukan mana da semua facebook, twitter, blog segala bagai ni.. Hand phone pun tarak.. So, bagi mereka yang suka menulis dan mencari kawan satu jak cara that is by..... yes, you right. By writing.. i mean a real writing sending out letter by pos using stamp... Wahhh.. hihihihi.. Gitu la i dulu-dulu.. Kawan dengan Aza melalui surat-menyurat.. Tiap minggu tunggu surat.. Lau busy, bebulan juak baru ada kabar.. Tapi, aku seyes lupa who contact who ya.. Aza ke yang contact aku sebab aku post alamat di ruangan Daily Ekspree Ruangan Mencari Kenalan? Hahahaha.. Mrs. Raj, if you read this post, correct me if i'm wrong... ngeeeeeeee... Sebagai tambahan, aku rasa aku masih ada simpan semua surat dari Aza... Huhuhuhu...

Itu lah perkataan Aza cakap right before we shake hands.. "First time jumpa!!!" :) By the way, you look lovely darl..

Okay, back to our real story. Hmm.. Rasanya di KK ni, inilah pertama kali pegi tempat kawin di dalam Grand ballroom.. Nice.. Cute.. Lovely.. Pink... Hihihi.. Pengacara majlis best, penyanyi sangat best (meremang bulu mendengarnya both Hafiz & Alex... Goshhh sedappp ogehhh...) aku ada rakam duet mika tu Belaian Jiwa tapi, hampehhhhhhhhh.. sound quality totally out.. Aku lupa nak kurangkan volume huhuhuhu... Makan?? Adehhh.. sedappp jugakk.. Japanese style. Supeb la Aza.. Yummy... Video nikah tu.. mak aiii..nak terkeluar air mata aku (yang cengeng ni) tatkala melihat mummy Aza nanges.. Huwaaaa....

Yang tak bestnya??.. aku lupa bawak kamera ogehhh.. Cuma guna hand phone 5 MP jak.. Huhuhuhu.... At least ada kan? Hehehehe... Below some photo yang bole aku share..

Tahniah dear Azaaaa......
May you two stay the same. Cute couple. :) Hehehehe.. Aku ingat lagi camna Aza couple ngan Raj.. Buwekkkkkkkkkkkkkk.. Hahahaha...

 Sori terpaksa di hitam putih kan..sebab gambar tak best.. Tapi, korang memang best. Sempat berhenti untuk pose lalu dekat aku. Hihihihi... Aza siap bagi peace.. Hehehe..

 Cute ogehhh....

I'm at table 38.. :) Good table Za.. hikhikhik... 

Tejukkk... Ngeeeeeeee..

The Menu :





The gift:


The end.

PS: Sori encek Ali..dah tanggal 18.. huhuhu.. lagu dah siap??? Call ja ok...

Saturday, December 17, 2011

bekas gigitan

hi syg...


ntah apa menatang yang menggeget tangan aku ni tak ilang-ilang tau bekas dia...huhuhu buat hina tangan ja bah..


i menci tauuu....


sebab dia huduh...


uwaaaaaa...


Published with Blogger-droid v2.0.2

Friday, December 16, 2011

Budak Kecik Zaman Dulu

Pada suatu ketika dulu, ada sorang budak tomey nama yaya. Dia anak pompuan tunggal daripada empat orang adik-beradik. Oleh kerana yang demikian, beliau tersangatlah indipendendnya. Beliau tidak menenen botol susu sedari kecil. Beliau hanya menenen susu menggunakan gelas (yang nyata bukan botol susu baby2).

Budak tomey itu juga sangatlah independend ketika makan. Sedari kecik, dia makan sendiri tanpa disuapkan oleh mak dia. Dia nak makan sendirik macam orang besar. Beliau akan duduk di kerusi (tengah-tengah meja) macam bos. Makan dengan berselera sehinggalah tiada lagi ahli keluarga yang berada di meja. (menunjukkan betapa dedikasinya beliau ketika makan). Menurut mak beliau, budak comey itu akan makan sehingga kepala beliau tersembap ke piring kerana tertidur.!

Begitulah nekad dan azam budak tomey tu makan. Beliau mengikut sunnah nabi iaitu mengunyah sehingga 44 kali.

Sekain.

baju ni warna puteh..ada miau2 warna mewahhh..hik hik hik...


Wednesday, December 14, 2011

Dream

Hi darling,

How am i suppose to say this? Okay, let me start. It all began with a weird dream i had last night. In the first part of the dream i can't barely remember anything. It look like I'm having a vacation or what.. But, the weirdos occurred in the second part of my dream last night.

Here it goes...

We are on our way to Tanjung Aru Beach in my little white viva going to have a family picnic. Suddenly, the road jammed with no cause at all. And there’s a black motorcycle at my left side trying to make a way in that chaotic jammed.

Then........ BUMMMMPPP !!

The motorcycle hit my car and run away just like that. With no further delay, i drove as fast as i can just to find that motorcycle. Not more than 100 yards, i look back using the side mirror and i saw a horrible accident. That motorcycle accident by itself (maybe too fast and the road condition is not that good).

At that same moment, i slowly drove my car to the side road and let my father go and take a look at the motorcyclist. I just wait there and sit by the pedestrian walk. Few minutes later, here goes the weirdo again !!

A car that i once knew, stop by the side road too. The driver walk pass me and slowly walk to the scene without locking his car. Noticing that, I try to catch him but it happens that somehow i knew this guy. I stopped and quickly hide myself in the crowd when i saw him walking back to lock his door. And oh my goshh !! Yes, i knew this guy.

Taraaaaaa... tu jew....The end. Sekain.

Morale of the story: I'm in pain of forgetting all the memories. Or perhaps this dream try to tell me something that, he already pass me ultimately so... walk away stupid Naza.. :)



Morale of the story two: Nombor 4D Toto kuar miss dua number ja...special okay..1055 haissshhh.. hahahahhaha....

Sunday, December 11, 2011

Pandang Ke Depan

Hye sayang,

(+_+)
pandang biar ke depan. hengat senang ka? hihihi.. kadang pandang belakang pun best tau. tengok di mana kau berada pada saat itu masa itu tahun itu. Apa kah aku melalut ni? Hehehe..

Tiada aktiviti jugak hari ni, jadi full time nanny untuk Alya ja. My mom and dad pegi Kota Marudu hantar atok berubat. Entah sakit apa atok aku tu. Lama tak ke Beaufort. Haisshhh malas la nak ke sana. Takut terserempak someone. :D. Hopefully atok sihat lah pas ni. Tapi ya la kan orang tua. Sakitnya macam-macam.

Hari ni aku memandang ke belakang. Entri-entri yang lalu ku baca satu-satu.. Sampai ada satu aku post ke fb. Macam best entri tu. Hihihihi.. Tu la pasal kan. Kadang-kadang kita kena tengok belakang jugak. Just to remind our self apa yang pernah berlaku dulu..

Chuuuppppp...

Right now kan.. encek Madi sedang melamar. Haissshhh..

klau madi nak malamar naz, naz nak ke?

hehe awalnya..nti madi nyesal
hehe

nyesal....knapa pla?

ya la..madi blum jmpa lg
nti rupanya naz ni lain dr yg madi kenal
hihihi

naz yg madi plih...jdi kena trima s'andainya....
cantik ka....x cantik ka....mdi x ksah...yg pting baek...



wahhh...punya maen seyes aku.. never look back huh ! i guess so la jugak.. shhhhhhhhhh...

ok bai.. 


Saturday, December 10, 2011

Saya Nak Jadi Tukang Kayu

Dear sayang,

Sepanjang minggu ni, keja aku asik mengeluh.. Ngeluh pasal apa? Hmmm... pasal mata aku yang asik gerak-gerak / kelip-kelip. Orang cakap ada maksud. Apa lah konok maksud nya tu if kelopak mata kanan bahagian bawah asik kelip-kelip?? Ada kawan aku cakap, "ko tunggu hari ke 45, kompom ilang sendiri !" Watt?? Am i gonna leave this world on day 45? Hihihihi.. Gasak kang kawan aku tu. Hihihii..

O ya.. hari ni best.. Aku buat apa mau ku.. Such as buat rak kecik-kecik tu.. Hihihi.. Cute.. Hasil tangan guwe nih... Apa pun, aku nak jadi carpenter. Carpenter best.. Macam Noah.. Hehehehe.. Please watch this clip.. This is the best script in this movie "The Notebook".. Sob.. sob.. sob.... Uwaaaaaa.. nak tengok lagi.. Hihihihi..


Apapun, wa cinta ama Ryan Gosling... Muahhh. Hihihi.. Favourite dialogue Ryan always say :

"What do you want?"

Would you stop thinking about what everyone wants? Stop thinking about what I want, what he wants, what your parents want. What do YOU want? What do you WANT?

What... do... you... want? 
Whaddaya want?


Ok bai..

Tuesday, December 6, 2011

Ujan o Ujan

Dah musim hujung tahun kot ndak da matahari...
dan akibatnya seperti di bawah......
semoga aku berjaya menghabiskannyaaa dalam tempoh sejam..
hukhukhuk...


aku nak bagi siar gambar antu ujan eh antu anti ujan hihihihihi supaya tak ujan terus...
ni lukisan aku tau...hehehhe...perkenalkan, sayalah "antu anti ujan".. miahahahhaha...

kawan aku eva takut tgk lukisan aku yang indah ni..hahahhaha..

ok bai.


Sunday, December 4, 2011

Sama atau Serasi ?

Tuan tuan dan puan puan,

Persamaan dan keserasian itu adalah dua benda yang berbeza.
Cari keserasian bukannya persamaan.
Agaknya, gambar pokok ni boleh cerita kan perbezaan


persamaan atau keserasian

itu?

Wednesday, November 30, 2011

Makan Kek !

Hai dear,

Quick update.. I'm tired. Semalam kan aku kan menang besar !!! Hahahaha.. Main tembak-tembak kapal dengan kawan di skype. Punya siok ketawa terbahak-bahak sebab menang kan.. Best tau men game di skype ni. ada banyak game. Boleh main single game, main dua orang.. Best.. Antara yang paling siok di layan is Sea Battle, Fuel Pipe and All-Star Bowling.. Nak main mesti ada akaun skype and download gameXN application di SINI.. Sapa-sapa yang nak main game, tapi nda da kawan.. Boleh la add aku di skype "yaya.kechik" wahhh... seyes aku nak men game nihhh..

Alamak..terpanjang lagi tauu.. tadi konon nak quick update.. Bla..bla..blaaa...

Ektuali kan birthday Alya on 22 Nov bah.. baru ni kami ada masa beli kek dan celebrate kecik-kecik... Kek di sponsor oleh bos besar Abg Amat guwe... Sedap rupanya kek ni lau letak lama-lama di esbok.. Kira half dari kek ni,... aku yang telan sorang.. siap bawa bekal ke opis..hihihihihi... Alya, nanti besar-besar sikit Anty spend beli kek yaaa.. Hehehehe..


And lastly, hmmmm aku decorate my christmas tree di opis.. Hmmm.. this is my second time decorate christmas tree.. last year aku jugak yang buat... Huhuhu.. tapi bestttt... :) Biarlah jelek kan? Yang penting ada.. Hahahhhhahha.. Bos ku lokek.. Ndak mo beli yang baru... Huhuhu...


Happy Early Christmas Day y'all... :)

Monday, November 28, 2011

Old Lancer Never Die

ada...tiada...
wujud...tiada...
hadir....tiada...
kosong...penuh...
hambar....penuh....
kusut....seluruh....

cuba diisi namun tumpah jua..
cuba ditampal namun kopak jua...
cuba dijahit namun koyak jua...

cuba dan terus mencuba..
lihat ke mana halanya nanti..
akan kah sama halanya?
atau kah ke jalanan tujunya?

isilah...cubalah..
siapa mau larang?




Sunday, November 27, 2011

Movie Marathon Review

Hi dear,

so far i've been watching 4 movies and there are :




and


Hmmm... okay here goes. Antara suma empat movie ni, which do you think is my favourite?
10...........
9..............
8............
7.............
6.........
5..........
4...........
3.........
2........
1..........

tettttttt... vetol.. its Blue Valentine !!!

Seyesly tho.. i did not felt any deep emotion as blue valentine. The feeling of love of Dean to Cindy. And i said to a dear friend of mine right after watching it, i said "ada tak lelaki macam Dean? Sya nak dua tapau satu".. Cinta Dean sangatlah mendalam. Ini lah yang bagi saya cinta untuk kehidupan. He's living his life as for his family. His wife (Cindy) and his daughter (Frankie).. Even dia ada thousand of hidden talent, he choose not to explore all of it because he knew it will not gives him what he plan of not having at the first place which is his wife and daughter (she's NOT his daughter !!!!) Aku paling suka time they having dinner at the Future Love Room.. the conversation... God !!!! taken my mind... out of this world... let me check if i can find the script...

CINDY : Why don't you do something...
DEAN  : Like what?
CINDY : I don't know... isn't there anything you want to do?

Dean thinks about it. Shakes his head.
                       
DEAN : What am I supposed to want to do?
CINDY : I don't know... You have so many things you could do. You're good at everything. You could do anything you wanted.
DEAN : I just wanna be with you.

(ektuli..ni yang dalam script, yang dalam movie jauh lebih baik...)

for the full movie review, you can go check it HERE.

Nanti free2 lagi, aku nak tengok sekali lagi..Blue Valentine...

Hmmm.. movie yang lain, aku nangis jugak tapi tue laa tak sehebat Blue Valentine. For example, Elizabethtown. Dia cerita pasal kasut. Kasut yang pada sangkaan suma akan cipta sejarah hebat. But it turn out tak. Its a disaster. Cari2 jalan pulang.. Jalan2 jumpa gadis bertopi merah.. Dan mereka bersama bersayang.. Huh..

Remember Me..Cerita pasal mati. Dia tak boleh terima hakikat abang dia bunuh diri on his brother 22 birthday. Dan bergaduh betumbuk hingga jumpa gadis kecik molek yang konon faham apa yang dia lalui. Bla bla bla.. akhirnya dia berdiri di bangunan 9/11. Dan mati di tempat kejadian. Ohoho.. rupanya ni cerita 11/9.. Haku tertipu...

Black Swan. Makkkk kiiahhhhh.. aku tengok kul 12 lebih pagiii... Aku confuse tgk cerita ni sebab..bagi aku cerita ni macam cerita hantu.. Seram aku tengok.. Susah sangat kah nak jadi Black Swan.?? Sampai nak gila bagaaiii... Mungkin sebab didikan mak dia kot.. Kesian dia on that age still doing that ehem22 thing to feel alive.. (lalalalalalalalalala...)

Okay bai.. Hari ni nak gi Gaya Street.. Nak g Kay Kay... Macam di KK..sumanya macam di KK...lalalalalalalla....

Saturday, November 26, 2011

Mempersayangi Diri (produk Himalaya)

 Hai sayang............

Best nyaaa habih dah urusan asimen segala. And i think its time to pamper meself !!
Bila aku tenung muka di cermin make up aku ni, aku dok heran macam tak pecaya bahawa jeng jeng jeng

kulit muka aku dah kusam :( tak macam dolu22..
hmm maybe tis is akibat tido tak tentu, stress segala (macam aku yang punya asimen !!!)

So, dijadikan cerita.. aku cadang nak tukar set penjagaan kulit muka ke Himalaya. Macam best.. Sebab bila aku google pasal "produk muka Himalaya" vanyakk orang cakap scrub muka dia vesttt..

And, so as my beeeaaauutttiiiful hair.. Ni nak buat contest dgn ipar aku rambut sapa paling banyak taburan di lantai.. Hehehehe.. I'm seyesly getting bold and bold ogehhh.. Sit ! Ni pasal apa pulak?? Pasal gatal nak belaki ke?? Hahahhaha.. I know im stress over all the asimen and the master paper..

Pas google jugak, aku putuskan untuk mencuba Syampu Protien Himalaya dan Conditionernya sekali.. Manyak jugak orang cakap produk Himalaya ni memang banyak orang percaya biarla asal dia dari India !! Kot kot rambut aku bole jadik macam rambut Rani Mukherjee.. Jangan jewesss taw..

Sok, nak serbu Himalaya di 1B or di Karamunsing. Hopefully suma yang aku nak adaaaaaa...
Sempena tahun baru ni, aku nak ucapkan,

"Selamat tinggal rambut gugur dan wajah yang kusam..."

(dengan penuh keyakinan !!)



Tuesday, November 22, 2011

Mata oh Mata





Apa pun, tahniah buat pasukan Harimau Muda atas kejayaan pulun Emas dari GAruda dalam penalti terhebat di abad ini.. 


Sunday, November 20, 2011

Tiada erti

Apapun yang berlaku dalam hidup,
aku sentiasa ingatkan diri..

"Alhamdulillah.. Tuhan, dengan dugaan dan sakit yang Kau berikan akan ku hadapi dengan sabar dan tawakal. Semoga aku menjadi hamba Mu yang lebih bersabar.."

Ndak da benda nak update sebenarnya.. Just like to have a post on this amazing date..

20.11.2011

Tapi itu lah kan.. Apa yang aku tau, aku sudah cuba sedaya upaya untuk menjadi seseorang (i mean manusia apa adanya) tetapi, pada akhirannya bukan kudrat kita untuk tetapkan putusannya.. Itulah terma "tawakal" itu wujud.. Tawakal harus diwujudkan setelah usaha dan doa dilakukan dengan bersungguh. Serahkan pada Yang Mencipta.. Dan yang pasti Qada' dan Qadar itu suatu yang harus kita percayai..

Apa yang aku merepek ni? Heyyy.. aku tak merepek benda yang karut dan marut ok. Semua yang aku utarakan benar belaka.. Cuma mungkin aku pingin punya entri pada hari yang extraordinary ni.. Aku ingat lagi, setahun yang lalu.. Aku dan dia berharap agar tarikh istimewa ini akan menjadi saksi penyatuan hati kami.. Tapi, sebagai mana yang telah aku terangkan di atas, kita manusia hanya mampu merancang, Tuhan jua yang menentukan.. Di mana suda dia ya? Bahagia kiranya dengan pilihan hati yang lebih sesuai dengan dirinya.. Bahagia lah kamu hendaknya.. Itulah mahuku bagi semua kenalan dan bekas kenalan aku..

Di mana aku setahun akan datang? Skudai? Hahahaha.. Tuhan, sekali lagi aku mohon.. "K" yang terakhir ini.. biarlah aku jua memperolehinya... Namun, jika "K" yang terakhir hanya mendatangkan keburukan dan mudarat pada aku.. Sesungguhnya, Kau yang Maha Mengetahui... Aku berserah..

 menari aku pandai..



 sukaneka aku jugak harapan..

aku dok depan ok...

Hebatkah aku?
Kalau aku hebat, kenapa aku masih di sini..?
Begini?
Semua ketentuan Tuhan :)

Saturday, November 19, 2011

Sabtu yang ketam

Quick hapdet..

Rancangan awal nak all up kemas uma..
mak sya balik senin.. yeahhhhh...

baru sekerat kemasan, habang sya ajak g makan KETAM uma mentua dia..
haisssshhh...
mulanya tak nak pegi...
tapi...
tapiiiii..
tapiiiiiiii..

KETAM tu menggoda...

Jadi sya pegi jugak..
Tapi..ketam tak banyak dah..
(dorang dah makan awal kot...huhuhu..)

Inilah ketamnya..
Untuk pengetahuan semuaa..
Ini adalah ketam suri..sebelum masak, warna dia biru bintik-bintik.
pas masak jadik oren.. :)


Gambar ada sedikit kabur. sebab sya masih tak pandai guna kamera baru.. eh henpon baru.. :)

Sebagai tambahan, ada sedikit hiburan untuk anda. Ni video budak dekat uma mentua habang sya.
Dia tomei. Dia nyanyi lagu tajuk

"Assalamualaikum"

video

Video pun miring2.. sya baru tau cara rakam.. hahaha..kesiannya sya..!!

Astalavista.


Thursday, November 17, 2011

Love You Till The End (PS ILU)

Sampai ke akhirannya, aku akan mencintaimu...
Wahhh.. vetul ka translation aku tu..
Seyeslydoh..
This movie (PS I Love You) and this song (Love You Till The End),
was so dearly in my heart..
Can not erase not a rhythms, not a words..

Movie dah 3 kali tengok
sekarang baca novel dia pulak..

I wonder if there's really a couple out there
so much in love macam dalam movie ni..
Will be so (envy)..

Pada yang velom222 tengok movie tahun 2007 ni..
silalah tengok..
I guarantee you, all the feelings in this whole world..
plus crying till the end...

Aku sodih lagiiii...
hengat movie ni... huhuhuhuhu...
Hillary Swank and Gerald Butler awesome...............

"A young widow discovers that her late husband has left her 10 messages intended to help ease her pain and start a new life."



I just want to see you
When youre all alone
I just want to catch you if I can
I just want to be there
When the morning light explodes
On your face it radiates
I cant escape
I love you till the end


I just want to tell you nothing
You dont want to hear
All I want is for you to say
Why dont you just take me
Where Ive never been before
I know you want to hear me
Catch my breath
I love you till the end


I just want to be there
When were caught in the rain
I just want to see you laugh not cry
I just want to feel you
When the night puts on its cloak
Im lost for words dont tell me
All I can say
I love you till the end

Butuh

Sebenarnya butuh itu apa?
Kangen ya?
Nggak kan?
Sebenarnya aku butuh apa sih??

Iya..

Aku butuh rasa itu, damai itu..
Nyamannya bila berada di situ..
Aku bukan butuh kamu kok..

Aku cuma butuh "rasa" itu.. "damai" itu...
Aku senang banget sama "rasa" itu.. "damai" itu....
Aku kangen dong sama "rasa" itu.. "damai" itu....

Kapan sih aku bisa rasain balik semua itu?
Aku butuh untuk kamu butuh aku..
KAMU...
ya kamu..

Rasa kangen pd "rasa kangen" !!!

p/s: pada kangen yang meluap-luap..


Thursday, November 3, 2011

Post Buat Zahiril Adzim

Hari ini akhirnya aku berjaya miliki
sang penggerak hati
"Bogel Menuju Tuhan" nama diberi.

Pada teman seblogger aku mula kenali
Nekad dihati
untuk aku mahu punyai
senaskah untuk diri sendiri.

Seluruh Kota Kinabalu pelusuk segala ku cari
tetap ku tak temui
Seorang teman baru di ruang maya menasihati
cuba cari di internet ruang tiada infiniti.

Belum habis bait-bait buku diratapi
ku amati
airmata mengalir tanpa ku sedari
Jelas, anak muda tempatan ini
punya jiwa dan semangat kental dalam sanubari.

Airmataku mengalir saat meneliti
judul "Dia & Aku Kata"
Alangkah bahagianya jiwa andai dicintai
oleh lelaki seperti Zahiril Adzim
pesona taksubmu pada kasih Shera Aiyob
buatku kelu
mindaku cemburu.

Tahniah anak muda kerana berjaya
menapak
mengisi
mengharumi
menggerakkan
minda kosong ini !
dan juga segenap manusia yang kosong seperti tin kosong !

Semoga perkahwinan kamu dicucuri rahmat Dia Tuhan Yang Satu !
Selamat Pengantin Baru.

P/S : Ini bukti aku bagi duit solok buat kahwin kau.

P/S II : Buat Hafiz, aku sudah miliki !!!


Wednesday, November 2, 2011

Jom Mendaki

He's not the one..
hihihihihi.. Ali..Ali... Thanks for that simple advice but yet gives big impact to me this (mooning)..
hahahahaha..

Jom mendaki.. left useless thing behind..left all sadness behind..
move forward.. see the world.. let's "Run The World" !! (bukan aku cakap, ni Kak B yang cakap)..


Sunday, October 30, 2011

Aku nak buat TESIS?

Dear luv,

OMGosh !!! Am I going to do this?
First time.. Time belajar dulu pun buat latihan praktikum ja..

O Tuhan.. Mudahan la aku bisa buat.
Gilak ni. Huhuhuhu.. Bab 1 - 3 RM500. Orang cakap lau sampai abis RM1,200. Wahhh.. agak-agak bebaloi ke sakit kepala aku dan my social life keep aside ni?

time piki2 nak buat ke tak??
last2 buat gmbr d atas guna paint.

ni la mesej aku dapat dari kakak tu..

"Ok dear.. Do the best in the best k. I trust U!"

Makkkiahhhh....!!! in the best??
Cikgu jugak ke ni? Hahahaha..


Saturday, October 29, 2011

Ikan Bakar

Hai luv,

Baca jak tajuk mesti tau da kan apa aku nak cerita. Hehehe.. Hari ni awal sikit makan malam nya. Kul 5 petang. Adeiii.. laparla malam ni.. Sob sob sob.. Tak pe bole diet sikit.. Hehehe..
Malas nak tulis panjang.. Hehehehe.. nak buat keja lagi... Daa.....

Enjoy mamam ikan bakar (ikan kayu)..

Pemandangan Yang Seram

Taken at Tg Aru Plaza, Kota Kinabalu, Sabah, Malaysia at 6.00 pm 28 October 2011.
See for yourself.



Credit : Cewek Comel