sang penggerak hati
"Bogel Menuju Tuhan" nama diberi.
Pada teman seblogger aku mula kenali
Nekad dihati
untuk aku mahu punyai
senaskah untuk diri sendiri.
Seluruh Kota Kinabalu pelusuk segala ku cari
tetap ku tak temui
Seorang teman baru di ruang maya menasihati
cuba cari di internet ruang tiada infiniti.
Belum habis bait-bait buku diratapi
ku amati
airmata mengalir tanpa ku sedari
Jelas, anak muda tempatan ini
punya jiwa dan semangat kental dalam sanubari.
Airmataku mengalir saat meneliti
judul "Dia & Aku Kata"
Alangkah bahagianya jiwa andai dicintai
oleh lelaki seperti Zahiril Adzim
pesona taksubmu pada kasih Shera Aiyob
buatku kelu
mindaku cemburu.
Tahniah anak muda kerana berjaya
menapak
mengisi
mengharumi
menggerakkan
minda kosong ini !
dan juga segenap manusia yang kosong seperti tin kosong !
Semoga perkahwinan kamu dicucuri rahmat Dia Tuhan Yang Satu !
Selamat Pengantin Baru.
P/S : Ini bukti aku bagi duit solok buat kahwin kau.
P/S II : Buat Hafiz, aku sudah miliki !!!
wow....akhirnya..heheheh
ReplyDeletebestkan buku tu...heheh
bestttttttttt.... :)
ReplyDelete