DIIKLANKAN OLEH

KAWAN-KAWAN

OUR ANNIVERSARY

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

MY NAZRIN

Daisypath - Personal pictureDaisypath Happy Birthday tickers

MY NAZIRA

Daisypath - Personal pictureDaisypath Happy Birthday tickers

Friday, August 31, 2012

Perjanjian 20 Perkara Dalam Pembentukan Malaysia

Sempena sambutan kemerdekaan ke 55 Malaysia.
Copy paste dari FB 1 Suara Sabah :

Selamat maju jaya Malaysia.


Perkara 1: Agama
Walaupun tiada bantahan terhadap agama Islam sebagai agama kebangsaan Malaysia akan tetapi agama rasmi sepatutnya tidak akan diadakan di Borneo Utara, dan segala perundangan mengenai agama Islam yang terkandung di dalam Perlembagaan Malaya tidak harus digunakan di Borneo Utara.

Perkara 2: Bahasa
Bahasa Melayu harus dijadikan Bahasa Kebangsaan Persekutuan Penggunaan Bahasa Inggeris harus diteruskan untuk tempoh sepuluh tahun selepas Hari Malaysia Bahasa Inggeris harus digunakan sebagai bahasa rasmi Borneo Utara untuk semua tujuan berkaitan dengan negeri dan persekutuan, tanpa had masa.

Perkara 3: Perlembagaan
Walaupun Perlembagaan Persekutuan Malaya diterima sebagai asas untuk membentuk Perlembagaan Malaysia, akan tetapi Perlembagan Malaysia seharusnya dipersetujui oleh pergabungan negeri-negeri bebas dan sepatutnya bukan sesuatu susunan pindaan kepada sebuah perlembagaan yang telah digubal dan dipersetujui oleh negeri-negeri yang berasingan di dalam keadaan yang berlainan sekali. Sebuah perlembagaan baru untuk Borneo Utara sewajarnya amat diperlukan.

Perkara 4: Ketua Persekutuan
Ketua (Yang Di Pertua Negara) Borneo Utara tidak layak untuk dipilih sebagai Ketua Persekutuan.

Perkara 5: Nama Persekutuan
"Malaysia" bukan "Melayu Raya".

Perkara 6: Imigresen
Kawalan ke atas penghijrahan dari luar ke mana-mana tempat di Malaysia seharusnya terletak di bawah kuasa kerajaan Persekutuan tetapi kemasukan ke Borneo Utara sepatutnya juga memerlukan persetujuan Kerajaan Negeri. Kerajaan Persekutuan tidak seharusnya berkuasa membatalkan kemasukkan sesiapa pun ke dalam Borneo Utara jika ia berkaitan dengan urusan kerajaan negeri kecuali atas sebab-sebab keselamatan sahaja. Borneo Utara seharusnya mempunyai kuasa yang tidak terhad ke atas pergerakan seseorang, kecuali mereka yang bertugas di bawah kerajaan Persekutuan daripada tempat-tempat lain Malaysia di Borneo Utara.

Perkara 7: Hak Menarik Diri
Hak untuk memisah atau menarik diri dari Persekutuan seharusnya tidak ada.

Perkara 8: Borneonisasi
Proses untuk melantik orang-orang tempatan ke dalam perkhidmatan awam negeri Borneo Utara seharusnya diwujudkan secepat mungkin.

Perkara 9: Pegawai-pegawai British
Segala usaha harus dibuat untuk menggalakkan pegawai-pegawai Birtish untuk meneruskan perkhidmatan mereka dalam perkhidmatan awam sehingga tempat mereka boleh diganti oleh orang-orang tempatan yang berkelayakan.

Perkara 10: Kewarganegaraan
Tertakluk kepada pindaan berikut, Perenggan 148(k) cadangan dalam Laporan Cobbold seharusnya menentukan hak kewarganegaraan penduduk Borneo Utara di dalam Persekutuan :
Perenggan kecil (I) seharusnya tidak mengandungi syarat mengenai penetapan selama 5 tahun
Untuk diselaraskan dengan undang-undang kami, perenggan kecil (II) sepatutnya menyatakan "7 daripada 10 tahun" dan bukan "8 daripada 10 tahun"
Perenggan kecil (II) tidak sepatutnya mengandungi sekatan berkenaan dengan kewarganegaraan ibu bapa seseorang yang dilahirkan di Borneo Utara selepas Hari Malaysia semestinya menjadi warganegara persekutuan.

Perkara 11: Cukai dan kewangan
Borneo Utara seharusnya mempunyai kuasa ke atas kewangan, tabung pembangunan, dan cukai sendiri.

Perkara 12: Kedudukan khas bangsa asli/bumiputera Borneo Utara
Pada prinsipnya bangsa asli Borneo Utara seharusnya menikmati hak keistimewaan seperti yang diberikan kepada bangsa Melayu di Malaya, tetapi formula yang dipraktikkan di Malaya tidak semestinya digunapakai oleh Borneo Utara.

Perkara 13: Kerajaan Negeri
Ketua Menteri harus dipilih oleh ahli-ahli tidak rasmi Majlis Perundangan. Borneo Utara seharusnya mempunyai suatu sistem kementerian yang sesuai.

Perkara 14: Jangkamasa Peralihan
Sepatutnya tujuh tahun dan dalam masa ini kuasa perundangan mesti diberikan kepada Kerajaan Borneo Utara mengikut perlembagaan dan tidak dipengaruhi oleh kerajaan persekutuan.

Perkara 15: Pelajaran
Sistem pelajaran Borneo Utara yang wujud sekarang harus diteruskan dan dengan itu ia harus diletakkan di bawah kawalan kerajaan negeri.

Perkara 16: Perlindungan kepada Perlembagaan
Tidak ada sebarang pindaan, perubahan atau pembatalan dapat dilakukan oleh Kerajaan Pusat kepada perlindungan-perlindungan yang diberikan khas kepada Borneo Utara tanpa persetujuan kerajaan Borneo Utara. Kuasa ini adalah hak mutlak penduduk negeri ini.

Perkara 17: Perwakilan dalam Parlimen Persekutuan
Ini sepatutnya bukan hanya bergantung kepada jumlah penduduk Borneo Utara tetapi juga kepada keluasan dan keupayaannya, dan dalam mana-mana perkara ia sepatutnya tidak kurang dari jumlah perwakilan dari Singapura.

Perkara 18: Nama Ketua Negeri
Yang Di Pertua Negara.

Perkara 19: Nama Negeri Sabah.
*( Bukan berstatus "Negeri" dalam Malaysia , Sabah dan Sarawak adalah berstatus "Negara" )

Perkara 20: Tanah, hutan, kerajaan tempatan dan lain-lain
Perkara dalam Perlembagaan Persekutuan mengenai kuasa Majlis Tanah Persekutuan tidak harus melibatkan Borneo Utara. Seperti itu juga, Majlis Kebangsaan Kerajaan Tempatan tidak harus melibatkan Borneo Utara.

Saturday, August 25, 2012

Spinning

the world is spinning my dear and so as my troubles. the one thing that i've been avoiding this whole year, keep chasing me around. should i call it fate? one thing that i'm sure right now, is that i can not say anything yet. i have to make sure that everything is doing well and on track. if, the first thing do happen, i will talk. i will ask. oh Allah, give me strength.

ya Allah, apa yang sudah aku buat ni? takdir ka semua ni? hadapi saja? kurus la aku kalau macam ni terus. bila ku sangka the storm is gone, rupa-rupanya the storm is actually getting even stronger. oh my..

i can not see the future and no one can. so, just face it. no matter how strong the storm blow, i hope i will be strong too. :(

p/s: gambar tiada kaitan dengan entri at all !



Wednesday, August 15, 2012

My Happy Stats :)

Dear darl,

Nothing much to say. Hmm.. Why these few weeks i hardly publish new post to my blog ya? Hmmmm.. What is the reason? I guess maybe because my mind and my heart is empty..

Kosong..Suram...Gelap...Sunyi...

Ahhhh... what ever la kan? Life's goes on and on.. even when i think i'm at the edge. Tetap juga world spinning on its circle..Tiada apa yang berubah.. Haaaa... apa yang pasti bergerak maju ke depan is my..

BLOG STATS

Hahahhahaha.. bijak juga cara aku buat tajuk entri.. Hihihihihi..

See for your self la yaaa...


Sunday, August 5, 2012

Lesen memandu

Hai sayang,

Hujung minggu ni memang banyak story. Tapi, oleh kerana aku tidak banyak masa nak menaip aku shortkan jak ok? Hehehe.. (mana korang tau aku cepatkan atau panjangkan cerita?? aku yang taip aku punya cerita.. wakakakaka.. baca jak la.. bising ! muahahahahaha)

Keta aku bagi adik pakai suruh dia bagi upgrade sikit enjin biar lebih smooth dan lajuu siiikkkitttt.. hehe.. So, aku tumpang jak la keta bapak aku. Bukan aku nak sangat kuar dari sarang ku ni. Its just that tak tergamak aku biar meka berdua kuar KK berdua jak.. Hmmm..

Bla bla bla bla.. Sehari suntuk jugak kami di KK sampai bebuka pun di tepi laut sana. Punya indah. Tengok matahari terbenam sambil membaham nasi kerabu. Nyum2..

Mak aku bukak cerita, katanya :

Mak : Musim perayaan ni mesti banyak road block ni kan, bang?
Pak :  Iya. JPJ sama Polis Trafik.
Mak : Bila lesen mu tamat tempoh, bang? Macam satu bulan lagi bah kan?
Pak : Iya. Nantilah aku pegi renew. Ambil dua tahun terus.
Aku : (Diam jak)
Mak : Ha, ko Yah bila lesen ko tamat tempoh?
Aku : Bukak dompet dan terkebil-kebil dalam kegelapan melihat tarikh luput dan terus berkata,"Ohhh.. lama lagi mak. 11 Julai.
Mak dan pak : Gelak macam nak pecah keta tu...
Aku : Heran. "Pasal ni mak?"
Mak : Gila kauuuu.... Satu bulan dah tu expired ! Sekarang tanggal 4 Ogos !!!!
Aku : Gelak lagi dashyat dari mekaaaaaaaaaaaaa.... Wakakakakakakakaka..

Punyalah aku staring di jalanraya selama ni. Tanpa sedikit pun mengetahui bahawa lesen aku dah lama expired. Syukurlah selama ni aku belum ditahan JPJ or Polis Trafik. Adedededede..

Ok. Sok (6 Ogos) aku renew ok !!!!!!!! dem lucu.. Hahahahaha..

P/s: Memang patut sangatlah JPJ bagi tarikh luput lesen ikut tarikh lahir pemegang lesen. Sebab tarikh tu jak la yang majoriti kita ingat.. Tak gitu ? (^_^)