DIIKLANKAN OLEH

KAWAN-KAWAN

I'M A NUFFNANGER !

OUR ANNIVERSARY

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

MY NAZRIN

Lilypie - Personal pictureLilypie First Birthday tickers

Tuesday, November 27, 2012

Kesan Buruk Tiada Sekatan Menulis di Internet

Hai semua.

Tajuk entri patut lain sikit. Tapi aku pilih yang orang selalu "seacrh" di Google. :)

Dah jadi rutin aku agaknya, membaca berita dalam Yahoo Malaysia yang aku rasa aku perlu baca  (perlu tahu). Aku suka juga aktiviti ni sebenarnya. Sebabnya menambah pengetahuan aku yang sangat jarang baca suratkhabar dan juga tonton berita. Tapi tu lah yang bikin jengkel apabila tiba dibahagian ruangan komen. Nak tahu kenapa?

Dalam ruangan komen tu, hampir semua pembaca boleh taip untuk mengomen. Kelebihannya? Kebebasan untuk menyuarakan pendapat. Yang ini aku sokong habis. Keburukannya pula ialah apabila manusia separuh akal separuh iman ni apabila diberi kebebasan untuk menyatakan pendapat masing-masing sesedap jari menaip keluarkan apa jua bahasa yang mereka rasakan dalam hati ketika itu. Salahkah manusia-manusia ini mengeluarkan pendapat mereka yang kadang bernas kadang merapu tu dalam bentuk bahasa ilmiah? Maksudnya disini, cuba untuk berhemah dalam memberikan pandangan. Jangan ikutkan hati nanti binasa. Kita harus berfikiran dengan lebih jauh lagi bahawa apa jua yang kita taip (sekiranya pihak Yahoo Malaysia lambat untuk update ) akan dibaca oleh semua yang membaca artikel berkenaan. Orang tua, budak sekolah, budak kecik pun ada. Jadi, apabila pengomen menggunakan kata-kata kesat memaki sana-sini semua orang boleh baca. Jadi kita boleh buat kesimpulan bahawa pengomen yang menggunakan nama Melayu sebagai ID (yang kebanyakannya suka memaki dalam ruangan komen) adalah dari sebuah negara yang kurang didikan sekolah dan juga ibubapa. 

Kenapa aku bawa cerita ni pula di hari kerja macam ni?

Semuanya gara-gara marah lepas baca komen seorang komentar tiada akal macam dalam gambar print screen di bawah.

Gambar print screen ni aku ambil semalam (26 Nov 2012)

Aku ada komen lepas dah habis fikir apa yang perlu ku katakan pada manusia tiada akal tu. Komen aku, aku minta yahoo admin tolong buat sistem baru yang boleh auto delete komen yang ada perkataan-perkataan VULGAR. Aku minta yahoo jangan publish. Seram aku lepas baca komen manusia tiada akal tu. Hari ni (27 Nov 2012), aku buka balik berita ni dan aku lihat komen manusia tiada akal tu dah tiada. Komen aku pun hilang. Syukurlah. Yahoo dah lakukan apa yang patut. Kalau tadi aku cek masih ada lagi, kompom aku buat laporan polis. 

Di bawah ni, gambar print screen hari ni (27 Nov 2012).

Gambar print screen ni aku ambil hari ni (27 Nov 2012)

Ni link penuh berita ni. KLIK SINI.

Kesimpulannya. Sila berhemah. Sentiasa. Dimana jua. Mudahan negara kita tidak jadi seperti negara yang Allah sedang "cuci" akibat dosa melampau segelintir masyarakatnya. Aku dah buat fardhu kifayah aku.

Ok. Done.


Tuesday, November 20, 2012

Lelaki yang cari bala

Hai semua,

Hari ni sebenarnya, angin ku turun naik. Pagi naik sebab jem di Sepanggar. Tengahari sejuk sebab hujan dan kerja pun lancar. Petang sejuk sebab jalan ok jak. Malam naik lagi sebab terima sms macam bangkai. Aku ni tak juga jahat sangat tak lah baik sangat. Bilang orang cukup-cukup saja. Sedang-sedang saja. Cakap pasal jem di Sepanggar tu, apasal lah makin teruk ya? Please lah do something to that annoying "LAMPU TRAFIK" yang tak ketentuan peri pentingnya tu. Jem sampai IP ooo. Huhuhu. Nanti ada masa, aku nak  cerita pasal jem yang makan dalam tu.

But why on earth orang keep underestimate me? Aku tak kacau hidup orang tau. Pasal la orang ni jahat sangat dekat aku? Tak pa lah. Aku anggap semuanya dugaan Allah. Sebab aku adalah manusia cekal hatinya. Biar dimacam-macamkan orang, but aku tetap keep on going. I know i can. I still have my beloved parents who love me more than anything in this world. I have my bro yang sayang aku. My ipar who always stick to me no matter what. Dan kawan-kawan maya yang ada-ada saja celoteh meka di Twitter. Aku tau ada insan di dunia ni yang masih sayang aku. Tu sebab aku masih kuat dan cekal.

Nah kan panjang sudah.

Ceritanya sebenarnya begini. Aku terima sms dari kawan jugak la nama dia ni. Kenal dari facebook la. Dia aku tengok jual baju sukan jersey segala. Aku memang minat jadi accept jak la kan. Lama-lama dia tegur chat la. Okay fine. Dah tua. Aku anggap kawan-kawan. And suddenly akhir tahun lalu kot "abang" ni cakap ada projek nak buat di KK minta aku tolong supply barang. Jadi, aku pun minat lah nak tolong sebab barang dia nak tu memang senang dapat di KK ni. Oh ya "abang" ni orang semenanjung. Cerita punya cerita, ndak jadi projek tu. Aku ok jak lah. Nak buat apa kan? Bukan rezeki aku. Jadi, aku pun dah tak berhubung lah dengan "abang" ni.

Tiba-tiba..........................


Tu lah sms yang aku dapat. Cilakak betul orang tua tak sedar diri tu. Cukup baik ni aku tak siar habis number kau pakcik. Aku cover sikit bala kau ni. Orang dekat Palestine tu berjuang nak keamanan negara dorang. Ni kita ni duk Malaysia yang aman damai ni nak cak bala terussss. Eh, sodar-sodar lah sikit diri tu pakcik. Ada anak pompuan jugak kan? Apa kata karma ni datang balik dekat anak kesayangan pakcik? Best tak?? Hangin betul aku yob. Ingat aku ni pelacur ka? Babs tul. Ni lah akibat terlalu aman. Tak menghargai nikmat rezeki yang Allah dah bagi. Kang di bagi cacat kau kang. Haaa baru tau langit tu tinggi ka rendah. Aku tau pakcik tu suka skodeng blog aku ni jugak. Kau jangan main-main sama aku pakcik. Aku ni blogger. Sukak hati mamak bapak aku nak publish apa yang aku rasa patut disiarkan supaya orang tahu masalah dunia ni sekarang. Hish..geram betul aku nih.

Oh ya pakcik. aku nak share nanti dekat Twitter aku. Buat hesteg #MalaysianProblem ke..#MasalahMoral ke.. #KKCity ke.. Baru kau tau aku siapa. Ni buat peringatan manusia-manusia hidung belang diluar sana jugak. Mentang-mentanglah aku belum kawen apa kau ingat aku desperate sangat ka mau laki orang?? Dem lelaki-lelaki jahanam ni.

Ok aku dah marah tahap gaban. Sekian cerita amaran dari aku ni. Sapa lagi mau cari publisiti murah. Sila sms atau buatlah apa-apa yang kasi panas aku. Makan kamu marah aku ni.....

Ok bai.

Tuesday, November 13, 2012

Tempat makan makanan laut yang lebih baik dari Pasar Pilipin

Hai semua,

Semua orang sedia maklum kan Sabah ni heaven untuk makanan laut yang segar dan murah. Hehe. Syukurlah kan anugerah Allah. Masa aku masih bergelar student di Kota Kinabalu ni, tempat makan yang paling aramaitii sekali ialah di Pasar Pilipin. Sekarang bagi aku Pasar Pilipin tak bersih, mahal dan macam-macam lagi lah. Ada kawan aku tu sakit perut berak-berak lepas jak makan di situ. Hmmm...

Tempat makan makanan laut yang lebih bagus di Kota Kinabalu ni ialah dekat Pasar Malam bersebelahan Pasar Besar Kota Kinabalu di Jalan Tun Fuad Stephen. Area ni memang senang nak cari. Kawasan dia luas dan berbumbungkan kanopi putih. Banyak gerai ada dekat situ. Makanan laut dia pun masih fresh. Ada macam-macam jenis masakan yang sedap jugak lah. Bukan sekadar ikan bakar saja tau. Hehehe. Semua gerai menyediakan pelbagai jenis makanan laut macam ikan. udang harimau, udang biasa, ketam suri, sotong. Aduhh. Perut terus lapar. Eeeee..

Di bawah ni ada beberapa keping jak gambar untuk tatapan anda.

Tapun-tapun.
Itu mummy and daddy saya. Meka yang pilih lauk. Hehe.

 Ni sotong besaq punya. Anak udang di tepi tu yang rejek kot. Hehe.

 Ni ketam suri masak telur sambal. Nyum2 Kriuk2.

 Ikan ketambak masak tiga rasa.

Ni sotong masak goreng tepung. Sedapppp.. Dia letak daun kari sebagai perasa.

Tempat dia di kawasan bertanda *bintang*

Makan kali ni amek lauk sikit jak sebab kami tiga orang jak makan. Teka berapa kah harga makanan yang kami bayar. Ngengengengengenge..

Nanti aku nak makan sana lagi. Yeehaaa... Selamat tinggal dunia 45kg. (@_@)v


Thursday, November 8, 2012

Alone


This is a crazy world
These can be lonely times
It's hard to know who's on your side
Most of the time

Who can you really trust
Who do you really know
Is there anybody out there
Who can make you feel less alone
Some times you just HAVE to make it on your own


Thursday, November 1, 2012

Cara Paling Cepat Dapatkan Kulit Muka Yang Halus

Assalamualaikum dan hai semua.

Hari ini aku nak kongsi satu rahsia pasal muka lagi la kan. Hehehe. Sejak publish entri-entri pasal kecantikan muka ni, trafik belog aku ni makin naik. Hehehe. Pasal produk Daiso "Narakashiwa Charcoal Mask" tu perghhh.. power betei. Tiap hari ada saja orang view. Satu hari boleh cecah 25 view paling kurang lah tu.

Okay2. Balik cite aku yang sensasi ni. Produk ni dari Daiso jugak. Aku jalan-jalan hari tu mencari Charcoal Cleanser hampeh takda. So, meng "scan" barangan di Daiso 1B. Aku jumpa benda ni tau. Pelik betul aku bentuk dia. Nama dia pun pelik.

Taraaaaaaaaaaaaaaa..

Cocoons (The peeling effect of natural silk)

Harga dia biasalah RM5. Suma barang Daiso memang RM5 kecik ka besar ka. Hehe. Cara pakai rendam sekejap dalam air panas yang suam-suam sikit (tujuan: bagi dia basah sikit). Lepas tu masukkan jari telunjuk dalam lubang dan tenyeh pelan-pelan dekat muka. Tak payah tenyeh berabis nyah. Tenyeh kawasan T-zone dan dagu. Lepas dah pusing abis cocoons tu (pakai semua bahagian, rugi tak bagi licin abis cocoon tu), cuci muka macam biasa. 

Hasil nya?? Seyesly. Kulit lebih halus.. Kalau tak percaya pegi cari sendiri, beli dan try. Jangan pakai selalu lah nanti nipis kulit muka tu. Aku dah lama beli ni, baru dua cocoon pakai. Baru dua kali pakai, ipar aku dah tegur, "licin kulit muka, apa rahsia?" hehe.

Ok. tu je la cite nya. Sekian. Selamat berjaya mendapatkan produk best lagi murah ni. Bye !