DIIKLANKAN OLEH

KAWAN-KAWAN

OUR ANNIVERSARY

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

MY NAZRIN

Daisypath - Personal pictureDaisypath Happy Birthday tickers

MY NAZIRA

Daisypath - Personal pictureDaisypath Happy Birthday tickers

Tuesday, November 27, 2012

Kesan Buruk Tiada Sekatan Menulis di Internet

Hai semua.

Tajuk entri patut lain sikit. Tapi aku pilih yang orang selalu "seacrh" di Google. :)

Dah jadi rutin aku agaknya, membaca berita dalam Yahoo Malaysia yang aku rasa aku perlu baca  (perlu tahu). Aku suka juga aktiviti ni sebenarnya. Sebabnya menambah pengetahuan aku yang sangat jarang baca suratkhabar dan juga tonton berita. Tapi tu lah yang bikin jengkel apabila tiba dibahagian ruangan komen. Nak tahu kenapa?

Dalam ruangan komen tu, hampir semua pembaca boleh taip untuk mengomen. Kelebihannya? Kebebasan untuk menyuarakan pendapat. Yang ini aku sokong habis. Keburukannya pula ialah apabila manusia separuh akal separuh iman ni apabila diberi kebebasan untuk menyatakan pendapat masing-masing sesedap jari menaip keluarkan apa jua bahasa yang mereka rasakan dalam hati ketika itu. Salahkah manusia-manusia ini mengeluarkan pendapat mereka yang kadang bernas kadang merapu tu dalam bentuk bahasa ilmiah? Maksudnya disini, cuba untuk berhemah dalam memberikan pandangan. Jangan ikutkan hati nanti binasa. Kita harus berfikiran dengan lebih jauh lagi bahawa apa jua yang kita taip (sekiranya pihak Yahoo Malaysia lambat untuk update ) akan dibaca oleh semua yang membaca artikel berkenaan. Orang tua, budak sekolah, budak kecik pun ada. Jadi, apabila pengomen menggunakan kata-kata kesat memaki sana-sini semua orang boleh baca. Jadi kita boleh buat kesimpulan bahawa pengomen yang menggunakan nama Melayu sebagai ID (yang kebanyakannya suka memaki dalam ruangan komen) adalah dari sebuah negara yang kurang didikan sekolah dan juga ibubapa. 

Kenapa aku bawa cerita ni pula di hari kerja macam ni?

Semuanya gara-gara marah lepas baca komen seorang komentar tiada akal macam dalam gambar print screen di bawah.

Gambar print screen ni aku ambil semalam (26 Nov 2012)

Aku ada komen lepas dah habis fikir apa yang perlu ku katakan pada manusia tiada akal tu. Komen aku, aku minta yahoo admin tolong buat sistem baru yang boleh auto delete komen yang ada perkataan-perkataan VULGAR. Aku minta yahoo jangan publish. Seram aku lepas baca komen manusia tiada akal tu. Hari ni (27 Nov 2012), aku buka balik berita ni dan aku lihat komen manusia tiada akal tu dah tiada. Komen aku pun hilang. Syukurlah. Yahoo dah lakukan apa yang patut. Kalau tadi aku cek masih ada lagi, kompom aku buat laporan polis. 

Di bawah ni, gambar print screen hari ni (27 Nov 2012).

Gambar print screen ni aku ambil hari ni (27 Nov 2012)

Ni link penuh berita ni. KLIK SINI.

Kesimpulannya. Sila berhemah. Sentiasa. Dimana jua. Mudahan negara kita tidak jadi seperti negara yang Allah sedang "cuci" akibat dosa melampau segelintir masyarakatnya. Aku dah buat fardhu kifayah aku.

Ok. Done.


No comments:

Post a Comment

Nak komen? Sila layan diri..