DIIKLANKAN OLEH

KAWAN-KAWAN

I'M A NUFFNANGER !

OUR ANNIVERSARY

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

MY NAZRIN

Lilypie - Personal pictureLilypie First Birthday tickers

Sunday, October 30, 2011

Aku nak buat TESIS?

Dear luv,

OMGosh !!! Am I going to do this?
First time.. Time belajar dulu pun buat latihan praktikum ja..

O Tuhan.. Mudahan la aku bisa buat.
Gilak ni. Huhuhuhu.. Bab 1 - 3 RM500. Orang cakap lau sampai abis RM1,200. Wahhh.. agak-agak bebaloi ke sakit kepala aku dan my social life keep aside ni?

time piki2 nak buat ke tak??
last2 buat gmbr d atas guna paint.

ni la mesej aku dapat dari kakak tu..

"Ok dear.. Do the best in the best k. I trust U!"

Makkkiahhhh....!!! in the best??
Cikgu jugak ke ni? Hahahaha..


Saturday, October 29, 2011

Ikan Bakar

Hai luv,

Baca jak tajuk mesti tau da kan apa aku nak cerita. Hehehe.. Hari ni awal sikit makan malam nya. Kul 5 petang. Adeiii.. laparla malam ni.. Sob sob sob.. Tak pe bole diet sikit.. Hehehe..
Malas nak tulis panjang.. Hehehehe.. nak buat keja lagi... Daa.....

Enjoy mamam ikan bakar (ikan kayu)..

Pemandangan Yang Seram

Taken at Tg Aru Plaza, Kota Kinabalu, Sabah, Malaysia at 6.00 pm 28 October 2011.
See for yourself.



Credit : Cewek Comel

Thursday, October 27, 2011

I Will Find Someone Like "You' but should be BETTER than "YOU"

Kepada sayangku,

Hati tidak dicipta untuk disakiti..
Tidak sekali..
Ini kan pula berkali-kali...

Hati dicipta untuk disayangi..
Dimanjai..
Dibajai...

Aku juga punya hati..
Walau hatiku kecil bak segenggam tangan seorang bayi..
Tapi, hatiku kuat bak sepenumbuk Mohamad Ali...

Hatiku sentiasa resah tiada pasti..
Bila sentiasa kau sakiti...

Pintaku sayang buat hatiku yang satu ini..
Pergilah kau buat selamanya jauh dari sudut kamar hati yang lara ini..
Agar bisa hati ini tersenyum bahagia bersemadi..
Gah seperti mana sebelum muncul bayangmu dalam hidup ini...

Salam perpisahan sayangku yang gundut macam teddy ni...


I heard that you settled down
That you found a girl and you're married now.
I heard that your dreams came true.
Guess she gave you things I didn't give to you.

Old friend, why are you so shy?
Ain't like you to hold back or hide from the light.

I hate to turn up out of the blue uninvited
But I couldn't stay away, I couldn't fight it.
I had hoped you'd see my face and that you'd be reminded
That for me it isn't over.

Never mind, I'll find someone like you
I wish nothing but the best for you too
Don't forget me, I beg
I remember you said,
"Sometimes it lasts in love but sometimes it hurts instead,
Sometimes it lasts in love but sometimes it hurts instead,"

You know how the time flies
Only yesterday was the time of our lives
We were born and raised
In a summer haze
Bound by the surprise of our glory days

Nothing compares
No worries or cares
Regrets and mistakes
They are memories made.
Who would have known how bittersweet this would taste?




Dari,
Hati Nan Lara.


Wednesday, October 26, 2011

Deepavali Vanekem

Dear luv,

Quick post for today :) Neway..happy deepavali pada yang menyambutnya.. Yang tak sambut mesti happy sebab dapat cuti sehari.. hihihihi..

Today is public holiday. At first decided to finish 2-3 of my work but suddenly my bro want us to have picnic. Where else kan? If not Tanjung Aru Second Beach. Hmmm... kul 12.30pm baru start prepare food. So, kali ni tak banyak bawa mamam. Suma goreng2 ja. Maybe this Sunday baru pegi Pulau Mamutik huhuhu.. O ya.. it's raining bila sampai sana. So, gambar tak seberapa nya ada. Just after dah abis mandi2 baru hujan berenti. Cian alya aku gasak jugak mandi time hujan.. Mudahan dia tak sakit.

Di bawah gambar yang sempat aku, kawan abang aku (Boy yg gundut) and kazen aku ambil. Enjoy.

P/S : Hmmm.. Encik Ali (bukan nama sebenar) sori gambar makannya ndak ada. Tapi, tadi ada ikan goreng and udang goreng :)






 Ni...alya main air laut time hujan.. huhuhuhu.

 Alya sangat berani. Dia hantam jak air laut tu.. Hmm.. Alya2..

 Haaa...ni tengah piki2..sempat tak siap keja aku ni??

Happy sokmo aku nak balik dah...hehehe...


Sunday, October 23, 2011

Keruntuhan Akhlak Berlaku Di Seluruh Dunia

Masalah keruntuhan akhlak bukanlah masalah kecil yang boleh dipandang ringan. Semua lapisan masyarakat seharusnya memainkan peranan masing-masing dengan lebih serius. Wahhh..punya main serius aku. Macam ayat-ayat aku dalam assignment jak. Huhuhu..

Aku jumpa gambar ni dalam blog yang aku follow jugak. Tapi, entri dia tu dah lama lebih kurang 4 bulan lalu. So, aku rasa aku nak share sini. Sebelum tu, aku nak minta maaf lah kalau-kalau ada pihak yang rasa gambar-gambar ni tak patut aku puslish. Tujuan aku ialah untuk pengajaran mak bapak zaman sekarang. Zaman sekarang bukan macam zaman mak bapak kita yang bila mak dorang (nenek kita) cakap/larang/tegah sekali terus takut tak sentuh pun or even terfikir lagi pasal larangan tu. Budak zaman sekarang, makin kau tegah makin dia banyak tanya. Jadi, mak bapak zaman sekarang harus lebih bijak dalam berkomunikasi dengan anak-anak yang sudah pasti akan menjadi pelapis negara puluhan tahun akan datang.

Gambar ni aku rasa dari Jepun. Tengoklah sendiri. Masya Allah.







Video Song Kisah Hati (Part 2) - Yaya

Hai luv,

Well, actually aku bukan nak hmmm kepujian. Tapi, a friend of mine colleagues in office nak sangat aku nyanyi kasi abis lagu ni.. Hehehehe.. Tak sedap pon. Hihihihi..
Enjoy la... (^_^)

Saturday, October 22, 2011

Penat

Dear luv,

Waaaaaahhhhh... wa penat.. serius.. 
Fizikal dan mental..
Penat yang teramat..

Aku nak tengok Bini-biniku Gangster..
Aku nak layan Beyonce live..
Aku nak main-main dengan Alya...
Aku nak baring 1 hari...
Aku nak tidur 1 hari....

Wahhhhh... banyaknya aku nak...

Sabar wahai jiwa yang kusut, hati yang berhabuk...
tangan dan kaki yang kejang-kejang..
Jari yang macam nak tercabut...

Ko sabar jak sana...

Tak lama lagi aku merdeka !!!

Yahoooooo...... @_@ ?? Bila exactly tu??? Hmmmmmmmm...


Macam tahun-tahun pun aku rasa grade balik !!! 
Hahahhahaha... (^_^)


Sunday, October 16, 2011

Repost : Aku kah Wanita Itu ?

Wanita itu sungguh rapuh hatinya,
walau nafsunya lebih banyak dari akalnya yang satu,
tapi hatinya tiada tolok bandingannya bila mencintai..

Wanita itu tercipta dari tulang rusuk kaum Adam,
Lindungi dia.. Sayangi dia.. Kerna dia sebahagian darimu.
Wanita tidak akan pernah lengkap tanpa lelaki,
Lelaki jua tidak akan pernah lengkap tanpa wanita..
Saling memerlukan, saling melengkapi..

Disebalik kejayaan seorang lelaki,
pasti ada wanita yang berdiri teguh disisinya,
menyokong mu.. menyayangi mu..

Cantik wanita kerana kejernihan wajah,
Manis wanita kerana senyuman yang indah,
Ayu wanita kerana kesederhanaannya,
Hebat wanita kerana keimanannya yang teguh..

Carilah wanita berdasarkan agamanya,
bukan wajahnya.. bukan penampilannya.. dan bukan juga perwatakannya..
Kerna wajah, penampilan dan perwatakannya bisa kau ubah mengikut apa jua acuan yang kau mahu..
Jika putih warnanya, maka sucilah dirinya..
Jika hitam warnanya, maka gelaplah jalannya..

Kerna wanita bila menyinta, hanya Allah yang tahu hatinya..

Saturday, October 15, 2011

Another Video Song (Kisah Hati - Yaya)

Hai love,

Emmm.. Jangan marah tau.. Ni konfim shooting nda pro yang kebosanan dengan lambakan tugasan guru-guru yang naik gaji lagi dalam budjet 2012. Bestnya jadi cikgu. Cikgu-cikgu, jangan sampai hilang tujuan dan fungsi sebagai cikgu ya? Hehehe.. Sila lah dengar. (^-^)


Love,
Me.

Tuesday, October 11, 2011

Love is Courage


Hi love,

Just want to say that I’m in a process of healing. Heal from the same pain I felt few months back. Telling the truth this pain is much worst. Leaving scars all over my heart. Sometimes I think that there is no more colors that I can feel inside. Everything turns dark and sorrow.

Please dear love, dear Al-Mighty. Give me the most incredible drugs in this world that can make me forget that feeling. That one feeling. Feeling that sometimes make me floating in the air . Feeling that sometime makes me wanna dance. Feeling that makes me smile all day long. Feeling that makes me cry in the middle of a cold night.

There’s that tiny space in my mind blaming fate. Fate that is written in Luth Mahfuz that we get a chance to know each other. Got a chance to love each other. I’m blaming the fate for giving us that chance. Look how hurt I am. Until I cannot what is right and what is wrong !

Why do I still have that feeling? Am I so damn in love with him? Does he feels the same? I can’t get him out of my mind. I think I’m going crazy. Stupid me. This is my decision. To stop all the nonsense.

“Bare it ! Face it ! Be strong Naz. You can do it coz your so strong.”

I wish that I can erase all the memories from my mind from my heart. All I can do is hope and pray that I can get through this pain. Wish me luck, dear.


Sunday, October 9, 2011

Kisah Hati

Hatiku hatimu
Menjadi satu cinta
Ku rasa hadirmu menyempurnakan aku
Tapi cinta bukan milik kita
Semua harus berakhir

Cinta kau dan aku
Takkan mungkin bersatu
Untuk saat ini di dunia ini
Mungkin kita bersama
Nanti di atas sana
Biar ku setia menjaga cintamu
Selamanya



Sob sob sob sob =,= sedih habis lagu ni. Lirik pun sempoi ja tapi punya maksud yang sangat mendalam. Aku akui lirik lagu Kisah Hati ni sangat sederhana but yet so touching. Dengar lirik ni sambil tengok video lagi tambah feeling. So, layan................... 


I love my blog

Dear love,

Just want to say simple things today.
I don't have many friends. Coz I like to isolated myself.

I am very good in walking away.
And I'm damn good in leaving people.

If you hurt me, I'll be gone.
I like it. Coz it will ease my pain.

I don't care being alone.
Becoz I have my love..blog..my blog !!





It is really a place a space of my own.
She never hurt me. I can tell her everything.
That's why I love my blog.

The one and only...

>>>>>>>>  http://nazaku.blogspot.com   <<<<<<<<<

kau ada? nehhhh.... :)

Saturday, October 8, 2011

Man can be worst than Setan !


KUALA LUMPUR, Oct 8 — A man sodomised his 23-day-old son yesterday after his wife refused to have sex, according to police sources. Harian Metro reported this morning that the mother found injuries on the baby’s anus and mouth when she was bathing him yesterday evening. She had earlier refused to have sex with her 28-year-old husband since she had given birth three weeks ago.
“The mother was shocked to see the mouth bruised. She examined it further and found the anus injured as well,” the police source said. The 39-year-old mother only noticed at 4pm that the baby was weak and listless when she bathed the child.
The incident has sparked outrage among Malaysians who have called the man a “sick bastard” on Twitter.
Police believe the man bruised the toddler’s mouth when trying to stop him from crying during the sexual assault. He is believed to have sodomised the baby in the bedroom while his wife was resting in the living room. The source said that without her husband’s knowledge, the mother took the baby from the family’s home in Batu Caves to a nearby clinic. She was then referred to Hospital Selayang.
“The doctor confirmed the baby was sodomised."
“Furious with her husband, she lodged a report at the Selayang police station,” the source was quoted as saying by the Malay tabloid. Police arrested the man at about 8pm at his residence. He is expected to be remanded for four days. The newspaper added that Gombak police chief Abdul Rahim Abdullah confirmed the suspect’s detention. The suspect is being investigated under Section 377 of the Penal Code which relates to unnatural sexual acts.




Nangis aku baca artikel ni. Ya Allah, dah kiamat ka? Seramnya. How people can be so mean. 

Wednesday, October 5, 2011

1.0 Mbps

Wahhhhh..gahnya. Hehehehehe.. at last beb. Aku memiliki 1.0Mbps.. Happy sangat-sangat sampai aku nak menari.. "I Wanna Dance With Somebody"...lalalalalala... Macam jakun >>> aku lew tue.. Hahahahaha... So what? My money.. :) (kopak2...)

Sebenarnya dah lama aku nak apply streamyx ni.. Atas nasihat kawan seorang ni jugak la. Hehehe..banyak betul nasihat dia ni berguna kan? Hmmm.. Ada untung juga kot aku kawan balik dengan dia.. Siapa dia?? Shhh.. Biar lah aku sorang tau... Hehehehe.. Encik, thank you so much dong atas nasihatnya suruh aku apply streamyx time IT Fair last week. :) Belanja nanti tau?? Hehehehehe..

Orait... Mudahan la dapat aku siapkan dengan lebih pantas kerja yang berlambak-lambak ni...Amin....

Tuesday, October 4, 2011

Gara-gara Nak Berjimat RM70. (Malaysia IT Fair 2011-KK)


Hai suma... :)

Mulakan dengan mood happy kejap. Hehehe.. Actually ni entri dah lama nak buat but tak sempat. (padahal ada malu sikit !! wakakakakaka) Ni lah gayak aku. Lom cerita sudah ketawa. Memang aku begitu. Banyak orang cakap. Kadang orang cakap, "aku bukan ketawa sebab cerita kau lah, tapi sebab ketawa ko yang lawak tu" <<< dalam hati, badut sarkis ka aku ni? Hmmm..

Cerita bermula ketika Syawal masih dirasai. Kawan aku dari KL cerita, ada Malaysia IT Fair 30 Sep - 2 Oct nanti di 1Borneo. Dia cakap best. Ada banyak barang komputer jual murah gila-gila. Antara yang betul-betul menarik hati aku ialah Seagate External Hardisk 500GB for only RM99.00. Kamu tau jugak kan harga sebenar dia around RM169.00 gitu. Kira jimat RM70.00 lah. Memandangkan aku ni nak sangat berjimat, aku nekadkan diri nak sebijik external hardisk tu. Plus, lappy aku sedikit lembap akibat movie dan lagu yang belambak-lambak tu. Hehehe.. Lom abis tengok pun. Hihihi.

Sehari sebelum 30 Sep tu, aku dah plan abis dah macamana nak dapat sebijik. Pelan pertama konon aku nak minta tolong dengan abang aku yang tua dospet sana front row tunggu sampai kul 11am terus beli sebijik. Ditakdirkan Tuhan, pagi 30 Sep tu, aku gaduh dengan abang tua sebab dia tak nak tolong aku. So, terpaksalah aku minta tolong dengan bapak aku. FYI, 30 Sep kan Friday. Aku keja. Tak bolehlah pegi beli sendiri. I don't have any idea yang beratus manusia akan ke 1B untuk kejar external tu. Limited kan 100 pcs only for opening.

Dijadikan cerita, dalam kul 10.50am that 30 Sep, my dad call. Dialog dia lebih kurang macam ni la.

Dad: Ya, bapak ndak tahan. Datang gastrik bapak. Telalu ramai orang ni. (Dengan suara macam orang mo pengsan !!)
Me : Astaga pak. Ndak payah lah tunggu sana lau begitu. Pi la bapak klinik. Singgah mamak di uma. Jangan pi sendiri.
Dad: Ok.

Berdasarkan perbualan sebentar itu, aku pun bingung dan menyesal tahap dewa meminta tolong dengan bapak ku beli tu external. Bila bapak suda sampai klinik, aku cal my mum la mo tanya ok ndak suda my dad. Sekalinya, bilang mamak ku, "ndak.makin teruk ni bapak ko.baring suda di klinik ni." Naaahhh..lagi aku bingung. Terpaksa abang ku dari Putrajaya pi ambil my parents di klinik bawa ke hospital Queen sebab ndak bole drive suda my dad. Mau ndak mau terpaksa aku cakap sama bos aku mo balik tengook bapak sakit. Aku di suruh half day ya. Sial. Dipendekkan cerita petang tu kuar jugak bapak dari hospital. Kesimpulan, hari pertama IT Fair, tak dapat external tu.

Tidak berpuas hati kerana belum memperolehi external tu, Sabtu 1 Oct aku pi jugak 1Borneo. Tapi, terlewat sebab banyak urusan yang tidak dapat dielakkan. Hari kedua IT Fair, tak dapat jugak.

Hari terakhir 2 Oct, aku dan iparku nekad untuk memperoleh external tu. Dia cadang kami stay 1B dari kul 9 pagi aaaaa.. 9 pagi i cakap u.. Kedai pun lom bukak. Mau ndak mau. Aku iya kan saja. Sampai sana, astaga ada orang lebih awal yah. Ada satu Indian UMS student suda bebaris sana. Can you imagine how ppl want to bejimat bah. Ni masalah ekonomi ni tau.!! Aku cakap ala, biarlah dulu. So, dalam jam 9.30am lah me and my ipar badiri sana. Bediri punya bediri sampai jam 11am bah. Tunggu tu pintu entrance ke IT Fair di buka. Ingatkan main masuk jak sana. Rupa-rupanya berlari macam pertandingan lumba lari di sekolah a. Berlari sekuat hati menuju booth yang jual external tu yang terletak lebih kurang 20meter dari entrance. Astaga. Dapat ko bayangkan???? Hahahahaha..

Waktu count down pi 11 am tu kan. Aku takut sudah. Aku mau keluar dari line. Tapi, ndak dapat sebab terlalu sempit dan sesak. Pastu, aku pikir lagi ndak mau la lari. Aku mo jalan jak. Sekalinya tepikirla, lau aku ndak lari, kompom aku ditolak orang sampai jatuh ni sebab block dorang kan. So, mau nda mau terpaksa aku belari jugak. Wakakakaka. Sepanjang laluan tu, banyak nya staf yang keja di booth mengambil gambar orang-orang yang berlari tu. Astaga. Ada yang pakai handphone, ada yang pakai kamera, ada yang pakai video cam. Nahhhh.. Ko bayangkan malu ku? Stupid. Time aku berlari-lari tu, dalam hati aku doa, "Ya Allah, bolehkah kasi ilang aku sekejap dari dunia ni??" hahahahaha.. malu nya.. buduh betul.

Dipanjangkan cerita, kami antara yang awal la sampai di booth tu. Tapi, lagi ramai yang terus blok booth tu dari depan. Nahh..tekebelakang lah kami. Oleh kerana keadaan yang tidak terkawal dek keramaian orang ndak bermoral di booth tu (sebab ndak buat line), tiba-tiba orang di dalam booth tu teriak, "Sorry a. Itu RM99 abis suda. Balik harga asal RM169." Jeng jeng jeng... Terus ada 1 man batariak sekuat hatinya marah la tu. Dirakam bah sepanjang perbalahan itu orang sama orang dalam booth tu. Teriak sekuat hati tu lelaki. Astaga. Bilangnya, "ko try la bebaris berjam2 pastu belari macam anjing then tiba2 ko bilang itu barang abis!! Sampai begitu la gila lelaki tu. Tapi, at least dia dapat juga external tu dengan harga RM99. Shit. Sebab dia teriak ke? Huhu.. Untuk hilangkan pegal ku kala itu, aku pun tanya lah amoi tu, "Moi, ada lagi external RM169?". Amoi say, "tiada oo. Abis suda." Hampa gila. Hahaha... Memang bukan ditakdirkan untuk aku memilikinya mungkin. Hmmm...

Berlalulah pergi kami dengan hati yang hampa. But, sebelum kuar dari IT Fair, sempat aku rembat master cooler nottebook dengan harga RM33. Nak sedapkan hati ja sebenarnya. (@_@)+ (=,=)

Kesimpulannya, management Malaysia IT Fair sangat buvuf dan munyak. Uncivilised pun ada. Bengong lagi banyak sebab buat cara jakun untuk orang berebut beli external taik2 tu. Patutnya, letaklah booth tu depan2 so, ndak payah lah orang berlumba lari macam orang gila. Ndak pun, ko kira lah 100 orang yang nekad beli external tu bagi dorang kupon / number atas usaha dorang setia berbaris dari awal pagi. Ni ndak, betul2 macam jakun. Hahahaha.. << aku lew tuee.. Hihihihi..

P/S: Sumpah lepas ni aku nda akan mau beli barang yang dijual murah. Kau juallah RM1.00 pun external tu. Aku nda mo suda. Hahahahhaha..



Monday, October 3, 2011

No Life Without Handphone

Dear all,

Trust me. You can not live without a handphone. Ni bukan sebab tak dapat sms ke call dengan boyprend korang. I nak story sikit. Pendek jak. No time. Time jealous sangat dengan aku sekarang. Sedar-sedar dah tengah malam, dah tengah hari, dah bla bla bla.

Back to my story. Today, balik dari keja i singgah dengan my bro and her wife pegi CP nak cari handphone baru konon. Sebabnya handphone aku sekarang (yang lempar gajah mati), dah banyak damage such as bateri kong, skrin beline2 sebab alya lempar-lempar ke lantai, casing belakang pun hangkang atas sebab yang sama alya. Budak ni makin lama makin bikin panas. Ndak pa. Nanti besar, jadi doktor ya sayang. Hehehehe. Bole antie tumpang sekaki kot-kot sampai ke tua single lagi mingle kan, alya? Hehehe..

Ok. Masa pusing-pusing CP, my kak ipar want to drink YoYo. So, aku dengan disiplin yang masih kuat dalam hati cakap "sorry, i don't drink YoYo"... (padahal nak jaga perut ku yang sensitif bak seri pagi) eh..apa aku melalut ni..??? So, aku pun jalan-jalan la sorang-sorang konon nak cari selipar keja baru. Dijadikan cerita, handphone aku ada dengan abang aku !!!! Jalan punya jalan. Aku jumpa jugak dengan selipar comel tu. (hmm..bekenan..macam aku tau..comel ja selipar ni..hehehehehe..) Sedar-sedar, aku dah hilang my bro and her wife. Hmmm... "oh, maybe dorang masi di YoYo ni". Naik la aku mencari dorang. Aik...ndak da. Hish ke mana dorang ni.. Pusing-pusing aku cari dorang. Turun naik eskelator sampai aku pegi balik parking car kot-kot dorang tunggu aku di situ. Aikk.. tak de jugak !!.. Macamana nak call dorang ni?? Dalam hati aku. Dahla handphone haram satu aku tan ingat kecuali handphone bapak aku. Bingung nya... 

Aku balik lagi ke tempat kami bepisah. Takde jugak. Alih-alih aku duduk sorang-sorang tunggu. Manala tau terlihat kelibat mereka yang juga pasti mencari aku. Tunggu punya tunggu, ndak da jugak muncul ni.Kali ni aku dah nekad, nak bagitau pak guard yang sedang duduk-duduk perhati gelagat orang suruh announce "Ahmad Nasir dan Nayana Masih, adik anda sedang menunggu di kereta." ngam la ayat aku ni. Baru nak melangkah ke tempat pak guard tu.. aku dengar sayup-sayup suara memanggil aku.. "Yaya..yaya..." eh, tu pun kamu..badigol...hampeh...sikit aku announce nama kamu dua!!!" Hahahahahahaha..

Tu je la cerita malam ni. Bengong abis. Actually, aku ada entri pasal Malaysian It Fair..but, aku simpan tu dulu ok...tak cukup masa... bak kata aku tadi, masa sangat mencemburui aku yang hina lagi dina ni.. :)

P/s : Handphone ni sangat berguna pada mereka yang otak kerbau, tak boleh hapal number orang. <<>> arrggghhh... mulai hari ni, aku nak ingat number abang aku, mak aku adik aku...Huhuhuhu...