Hai suma... :)
Mulakan dengan mood happy kejap. Hehehe.. Actually ni entri dah lama nak buat but tak sempat. (padahal ada malu sikit !! wakakakakaka) Ni lah gayak aku. Lom cerita sudah ketawa. Memang aku begitu. Banyak orang cakap. Kadang orang cakap, "aku bukan ketawa sebab cerita kau lah, tapi sebab ketawa ko yang lawak tu" <<< dalam hati, badut sarkis ka aku ni? Hmmm..
Cerita bermula ketika Syawal masih dirasai. Kawan aku dari KL cerita, ada Malaysia IT Fair 30 Sep - 2 Oct nanti di 1Borneo. Dia cakap best. Ada banyak barang komputer jual murah gila-gila. Antara yang betul-betul menarik hati aku ialah Seagate External Hardisk 500GB for only RM99.00. Kamu tau jugak kan harga sebenar dia around RM169.00 gitu. Kira jimat RM70.00 lah. Memandangkan aku ni nak sangat berjimat, aku nekadkan diri nak sebijik external hardisk tu. Plus, lappy aku sedikit lembap akibat movie dan lagu yang belambak-lambak tu. Hehehe.. Lom abis tengok pun. Hihihi.
Sehari sebelum 30 Sep tu, aku dah plan abis dah macamana nak dapat sebijik. Pelan pertama konon aku nak minta tolong dengan abang aku yang tua dospet sana front row tunggu sampai kul 11am terus beli sebijik. Ditakdirkan Tuhan, pagi 30 Sep tu, aku gaduh dengan abang tua sebab dia tak nak tolong aku. So, terpaksalah aku minta tolong dengan bapak aku. FYI, 30 Sep kan Friday. Aku keja. Tak bolehlah pegi beli sendiri. I don't have any idea yang beratus manusia akan ke 1B untuk kejar external tu. Limited kan 100 pcs only for opening.
Dijadikan cerita, dalam kul 10.50am that 30 Sep, my dad call. Dialog dia lebih kurang macam ni la.
Dad: Ya, bapak ndak tahan. Datang gastrik bapak. Telalu ramai orang ni. (Dengan suara macam orang mo pengsan !!)
Me : Astaga pak. Ndak payah lah tunggu sana lau begitu. Pi la bapak klinik. Singgah mamak di uma. Jangan pi sendiri.
Dad: Ok.
Berdasarkan perbualan sebentar itu, aku pun bingung dan menyesal tahap dewa meminta tolong dengan bapak ku beli tu external. Bila bapak suda sampai klinik, aku cal my mum la mo tanya ok ndak suda my dad. Sekalinya, bilang mamak ku, "ndak.makin teruk ni bapak ko.baring suda di klinik ni." Naaahhh..lagi aku bingung. Terpaksa abang ku dari Putrajaya pi ambil my parents di klinik bawa ke hospital Queen sebab ndak bole drive suda my dad. Mau ndak mau terpaksa aku cakap sama bos aku mo balik tengook bapak sakit. Aku di suruh half day ya. Sial. Dipendekkan cerita petang tu kuar jugak bapak dari hospital. Kesimpulan, hari pertama IT Fair, tak dapat external tu.
Tidak berpuas hati kerana belum memperolehi external tu, Sabtu 1 Oct aku pi jugak 1Borneo. Tapi, terlewat sebab banyak urusan yang tidak dapat dielakkan. Hari kedua IT Fair, tak dapat jugak.
Hari terakhir 2 Oct, aku dan iparku nekad untuk memperoleh external tu. Dia cadang kami stay 1B dari kul 9 pagi aaaaa.. 9 pagi i cakap u.. Kedai pun lom bukak. Mau ndak mau. Aku iya kan saja. Sampai sana, astaga ada orang lebih awal yah. Ada satu Indian UMS student suda bebaris sana. Can you imagine how ppl want to bejimat bah. Ni masalah ekonomi ni tau.!! Aku cakap ala, biarlah dulu. So, dalam jam 9.30am lah me and my ipar badiri sana. Bediri punya bediri sampai jam 11am bah. Tunggu tu pintu entrance ke IT Fair di buka. Ingatkan main masuk jak sana. Rupa-rupanya berlari macam pertandingan lumba lari di sekolah a. Berlari sekuat hati menuju booth yang jual external tu yang terletak lebih kurang 20meter dari entrance. Astaga. Dapat ko bayangkan???? Hahahahaha..
Waktu count down pi 11 am tu kan. Aku takut sudah. Aku mau keluar dari line. Tapi, ndak dapat sebab terlalu sempit dan sesak. Pastu, aku pikir lagi ndak mau la lari. Aku mo jalan jak. Sekalinya tepikirla, lau aku ndak lari, kompom aku ditolak orang sampai jatuh ni sebab block dorang kan. So, mau nda mau terpaksa aku belari jugak. Wakakakaka. Sepanjang laluan tu, banyak nya staf yang keja di booth mengambil gambar orang-orang yang berlari tu. Astaga. Ada yang pakai handphone, ada yang pakai kamera, ada yang pakai video cam. Nahhhh.. Ko bayangkan malu ku? Stupid. Time aku berlari-lari tu, dalam hati aku doa, "Ya Allah, bolehkah kasi ilang aku sekejap dari dunia ni??" hahahahaha.. malu nya.. buduh betul.
Dipanjangkan cerita, kami antara yang awal la sampai di booth tu. Tapi, lagi ramai yang terus blok booth tu dari depan. Nahh..tekebelakang lah kami. Oleh kerana keadaan yang tidak terkawal dek keramaian orang ndak bermoral di booth tu (sebab ndak buat line), tiba-tiba orang di dalam booth tu teriak, "Sorry a. Itu RM99 abis suda. Balik harga asal RM169." Jeng jeng jeng... Terus ada 1 man batariak sekuat hatinya marah la tu. Dirakam bah sepanjang perbalahan itu orang sama orang dalam booth tu. Teriak sekuat hati tu lelaki. Astaga. Bilangnya, "ko try la bebaris berjam2 pastu belari macam anjing then tiba2 ko bilang itu barang abis!! Sampai begitu la gila lelaki tu. Tapi, at least dia dapat juga external tu dengan harga RM99. Shit. Sebab dia teriak ke? Huhu.. Untuk hilangkan pegal ku kala itu, aku pun tanya lah amoi tu, "Moi, ada lagi external RM169?". Amoi say, "tiada oo. Abis suda." Hampa gila. Hahaha... Memang bukan ditakdirkan untuk aku memilikinya mungkin. Hmmm...
Berlalulah pergi kami dengan hati yang hampa. But, sebelum kuar dari IT Fair, sempat aku rembat master cooler nottebook dengan harga RM33. Nak sedapkan hati ja sebenarnya. (@_@)+ (=,=)
Kesimpulannya, management Malaysia IT Fair sangat buvuf dan munyak. Uncivilised pun ada. Bengong lagi banyak sebab buat cara jakun untuk orang berebut beli external taik2 tu. Patutnya, letaklah booth tu depan2 so, ndak payah lah orang berlumba lari macam orang gila. Ndak pun, ko kira lah 100 orang yang nekad beli external tu bagi dorang kupon / number atas usaha dorang setia berbaris dari awal pagi. Ni ndak, betul2 macam jakun. Hahahaha.. << aku lew tuee.. Hihihihi..
P/S: Sumpah lepas ni aku nda akan mau beli barang yang dijual murah. Kau juallah RM1.00 pun external tu. Aku nda mo suda. Hahahahhaha..
No comments:
Post a Comment
Nak komen? Sila layan diri..