Masalah keruntuhan akhlak bukanlah masalah kecil yang boleh dipandang ringan. Semua lapisan masyarakat seharusnya memainkan peranan masing-masing dengan lebih serius. Wahhh..punya main serius aku. Macam ayat-ayat aku dalam assignment jak. Huhuhu..
Aku jumpa gambar ni dalam blog yang aku follow jugak. Tapi, entri dia tu dah lama lebih kurang 4 bulan lalu. So, aku rasa aku nak share sini. Sebelum tu, aku nak minta maaf lah kalau-kalau ada pihak yang rasa gambar-gambar ni tak patut aku puslish. Tujuan aku ialah untuk pengajaran mak bapak zaman sekarang. Zaman sekarang bukan macam zaman mak bapak kita yang bila mak dorang (nenek kita) cakap/larang/tegah sekali terus takut tak sentuh pun or even terfikir lagi pasal larangan tu. Budak zaman sekarang, makin kau tegah makin dia banyak tanya. Jadi, mak bapak zaman sekarang harus lebih bijak dalam berkomunikasi dengan anak-anak yang sudah pasti akan menjadi pelapis negara puluhan tahun akan datang.
Gambar ni aku rasa dari Jepun. Tengoklah sendiri. Masya Allah.
No comments:
Post a Comment
Nak komen? Sila layan diri..