DIIKLANKAN OLEH

KAWAN-KAWAN

I'M A NUFFNANGER !

OUR ANNIVERSARY

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

MY NAZRIN

Lilypie - Personal pictureLilypie First Birthday tickers

Sunday, February 26, 2012

Madah dan lagu

Lagu,
wujudmu.. indah? tanpa madah?

Madah,
kenapa diperkatakan? Sebab terbuai oleh lagu?

Peritnya dukanya hinanya..
Bukan berhenti mengharap pada lagu pada madah..
Tapi, kosong ! Setulusnya kosong.. muncul lah sepi..
Bagai campuran ton-ton warna yang gelap dan muram pada kanvas.
Mewujudkan ruang itu... si KOSONG !

Hai la pelukis seni yang sesekali diangkat diapresiasikan seninya..
Gunalah warna galak warna terang..
Agar pudar hilang si gelap si muram si kosong itu..

Mahu aku ajar cara guna warna yang terang itu? Mahu?
Ahhh.. aku tidak akan ajar kau lagi pelukis..

Sebab kau lebih tahu dari aku..
Itu aku pasti..
Cuma mungkin kau keliru atau mungkin kau lupa
cara yang terbaik untuk memulakan warna-warna terang itu..

Cepatlah pelukis.
Mesti indah hasil karya kamu itu.
Pasti...

"Wind" - Zakaria Ali (1991)

Gambar Bunga Api























Lada Cili Terkecil Di Dunia

Tanam belakang uma tauu...
Terkecil. Banding dengan duit 5 sen.. Hmmmm..
Ni benda betul tau.... :)

Sunday, February 19, 2012

Manusia bila hilang pertimbangan


Hai sayang,

Kejam sungguh kesan kebebasan menerbitkan apa jua bentuk penulisan dalam internet sekarang. Kebebasan disini bermaksud tiada halangan, tiada tapisan. Semua boleh dibaca oleh pengguna internet. Beberapa minggu ini, aku selalu membaca komen-komen pembaca mengenai berita di Yahoo yang kontroversi. Setakat ini, inilah yang terjahat sekali. Sila lihat sendiri gambar di atas. Aku tak mampu untuk menaipnya semula.

Jagalah lidah. Jagalah adab. Hormati manusia lain. Dunia kita pasti berubah menjadi lebih baik.

Sekain.

Saturday, February 18, 2012

Hantu Tidur

Hai sayang,

Seyesly im so fed up mo mampus with my own eyes. This one week aku jadi hantu tidur. Paling lama aku boleh bangun tika berada dalam bilik indah ku, 30 minit. Seyes 30 minit sahaja. And after that 30 minit I will automatically tidur. Huhuhuhuhu. Never happen. Or.. Or ada hantu tidur dalam bilik aku lately ni?? Biar dalam keadaan aku tengah men hp if itu hantu tidur datang, aku tetidur jugak. Tidur yang langsung mati. Bukak mata, kompom dah terang. Seram ok.. Dengan tak pakai selimut dengan bantal masih tak bersentuh. Ohohohohoho.. apa nak jadi dengan mata aku ni???

Keja aku yang bertimbun-timbun ni tak gerak walau seinci kedepan. Begerak seinci kebelakang adalah kot. Hishhhhhhhhhhh.. Bila nak siap camni??? Kalau minggu ni tak siap barang dua keja, aku kena pass dah dekat kawan-kawan yang boleh ambil. Goshh.. seyesly ini sangat membebankan.

Siang lak, ada Alya kecik ni asik kacau-kacau nak men lah tu... Huhuhuhuhu... aku kena fokus untuk siapkan cepat... Berikut senarai subjek projek kali ni...


HBSS 3203 PENGENALAN SOSIOLOGI X 2
HBAE 3103 KRAF TRADISIONAL X 2
HBML 3203 TATABAHASA DALAM PENGAJARAN BAHASA MELAYU X 2
HBEF 1403 SENI DALAM PENDIDIKAN X 1
HBML 2103 MORFOLOGI DAN SINTAKSIS BAHASA MELAYU X 4
BDAW 2103 BASICS OF FINANCIAL ACCOUNTING X 1
HBML 1103 PENGENALAN PENDIDIKAN BAHASA MELAYU X 2
HBPE 1103 PENGENALAN PENDIDIKAN JASMANI X 1
HBLS 3203 ASAS ELEKTRIK DAN ELEKTRONIK X 1
HBAE 1103 PENGENALAN PENDIDIKAN SENI VISUAL X 5
BBKN 3103 BUSINESS COMMUNICATION X 1
BBPM 2103 MARKETING MANAGEMENT X 1

Haaaaaaaaaaa... seksa ka tak seksaa??
Sabar deh sabar dehhh..

Ok bai.

Friday, February 17, 2012

10101

What a cute number............

With 99 followers...

Thanks... waiting for that 100.... XD

Thursday, February 16, 2012

Vacancy Available At Tg Aru Plaza, Kota Kinabalu Sabah

Holaaaaaaa...

Dapat emel dari Jobstreet. Ada jawatan kosong dekat KK.
Sapa-sapa yang rasa boleh kerja dengan Cina, sila-silalah mengapply.

Q: Best ka keja ni?
A: Best kalau cepat tangkap.

Q: Gaji ok?
A: Macam okay jugak lah.. :)

Ok bai.

Sunday, February 12, 2012

Whitney Houstan meninggal ?

Hai sayang,

Baru baca tadi dekat yahoo news.. Sob sob sob.. One of my favourite female singer.. Meninggal sebab drug jugak. Huhuhuhu.. Pasal banyak mati sebab drug nih? Sayang sangat tau.. Sia-sia ja bakat yang ada tuh. But, for sure aku blame abis Bobby Brown tu. Sebab dialah Whitney jadik macam nih. Plus, black community yang asyik blame Whitney sebab tak 100% macam Aretha Franklin.. Huhuhuhu..

Cian Whitney.. Hidup sengsara.. Famous brings thousand of miserable.. Huhu. Baik lah yang sederhana jak kan? Syukur suma yang berlaku sederhana jak..

Dan yang paling best sekali semalam mak aku mengamuk macam singa betina dengan adik aku dan gf dia tuh. Padan mukak.. !! Mak mengamuk sebab gf adik aku take away Alya macam tu ja dari hidup dia. Ngam-ngam baru jumpa budak dua ekor tu di uma haaa siap korang kena amukan mak. Hahahaha.. I've been wondering all these years mana aku dapat sikap pemarah nih?? Rupanya dari mak.. Tapi, mak jarang meletup.. Sekali meletupppp... Miahahahhaha.. Rasa korang. And, ALYA  dah ada dengan kami.. Yeaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa... Sayang Alya.. Muaahhhh..

Luv,
Sayang yang buzy !

P/s: Ni lagu terbaekk Whitney.. RIP..
She said "The biggest devil is me. I'm either my best friend or my worst enemy"

Friday, February 10, 2012

Ni nama dia kena block eh?

Hello...

Ada sapa boleh explain.. apaka benda nya nih??
Ni blogspot abg Adha yg rajin update keje kosong..

Apa maksud ni ye? Hmmmm..

Thursday, February 9, 2012

Penyanyi ASAL lagu Doraemon !!

Hai sayang,

Tadi aku layan youtube. Tiba-tiba terjumpa tajuk video "Penyanyi Asal DORAEMON Yang Sangat Comel"..

So, layannnnnnnnn..........


Luv me.

(Haissshhhh...)

Monday, February 6, 2012

Narakashiwa Charcoal Facial Product

Dear lovely readers,

Entri kali ni bukan nak review product or whatsoever, ok? But, so far ok la ni. This product is OK for me. Entri kali ni sebab nak rungkai segala penipuan wanita-wanita yang menjual barangan Narakashiwa Charcoal Facial Product dengan harga yang berganda-ganda lebih mahal daripada harga sebenar di kedai.

Bila aku tengok sendiri YES barang ni memang dijual di DAISO outlets seluruh Malaysia. Korang tau jugakkan barangan di DAISO hanyalah RM5 setiap barang. So??? Kira la sendiri kerugian anda dan keuntungan wanita-wanita yang nak naik haji cepat tu... Korang tak pecaya ye?? Aku hambek gambar lagi bukti bagi korang tengok.

 Alat pencuci muka yang lembut macam sumi-sumi !! 
RM5 sahaja di DAISO.

 Tu pencuci muka Charcoal Foam. Jugak RM5 untuk satu tiub !!

Dekat atas tu ha.. Charcoal Mask and sebelah dia Charcoal Makeup Remover. RM5 tiap satu tiub.!

Haaa... macam? Percaya tak? Hihihihii.. Aku ni bukan apa. Malas nak biarkan orang lain yang tak tau google. Pecaya bulat-bulat dengan mulut manis para penjual yang sah-sah nak kaya cepat. Kot ye pun nak kaya cepat, agak-agak la beb... Hish hish hish....

Berikut gambar print skrin yang aku dapat hasil laman web para penjual yang nak kaya cepat tu.. Sila lah jamu selera sambil mengira kadar kerugian anda dan pada masa yang sama kadar keuntungan penjual-pejual yang siap terang-terang bagitau baru beli Samsung Tab yang paling latest sebab nak update dengan serta-merta pembelian manusia-manusia yang naif tu.. Berapa yerk harga Samsung Tab yang baru tuuuu... (Google laaaaaaaaaaa tu la malas nak google...!!)

GAMBAR PRINT SKRIN DI BUANG UNTUK MENGELAKKAN SEBARANG KONFLIK DI MASA AKAN DATANG. 
<bukan aku ada bagi link ke blog mika punnnnnnnnn.. buwekkkk !!!>

 Alat pembersih ni pun ada di DAISO ok! Ish ish ish... 
Dia jual RM20 termasuk pos.
Matematik sikit. RM20-RM5 = RM15.
* Aku ambek RM20 sebab pos ke Sabah untuk barang kecik gila tu RM10 !!!


 Ha ni laman web lain pulak. Aku malas la nak bagi link. 
Pandai-pandai korang lah nak cari sendiwik !.
RM14 - RM5 = RM9 (ni belum masuk pos tau !!!)


 Argggghhhhhh.. malas nak taip. Korang congak sendiri la ye...


Ni aku tejumpa entah bahasa apa. 
Tapi dia pun jual barang yang sama. Huhuhu.. 
Popularnya barang nih !!

O ya.. Ni tips untuk kaki pembeli online diluar sana. Bila tengok product yang korang suka, pastikan anda melihat jenama or apa nama sinonim yang suka disebut-sebut dalam laman web korang tengah terhegeh-hegeh stalk tu.. Then, taip di E-bay (Mesia) untuk tinjau harga sebenar pasaran. Senang ok.. Kalau harga ada beza banyak you better be careful dear..

Hmmm.. for review terbaik product muka ni boleh klik dekat sini.

So, sakit hati tak? Berenti la beli dengan penjual kecik cekik darah tu.. Kalau korang nak beli jugak sebab tempat korang tak da jual, beli dengan aku. Aku jual RM5 !!! Miahahahhaha..

"untuk memuaskan hati semua pihak, aku STOP dari tolong belikan korang barang ni ya..
malas aku nak berperang siber dengan orang lain..
bagi yang dah bagi emel setakat 00:00 12 Mar 2012 sahaja aku tolong belikan..

aku nak ingatkan sekali lagi, entri ni dibuat sekadar makluman sahaja tiada kaitan untuk menjatuhkan mana-mana pihak. aku tak untung pun.. jika entri ni mengundang masalah pada yang terasa, im trulyy sorry. i dont mean any harm.. im just telling the truth.."

Ok bai.

P/s:

Sebelum  aku buat entri ni, aku dah tanya pendapat orang lain tau, nak tau tak nak buat entri ni utk bagitau (kepada yang belum2 tau lagi) harga sebenar barangan yang mereka beli guna duit hasil titk peluh mereka yang sah2 boleh beli rm5 berbanding rm 20 untuk barangan yang sama.. Banyak yang bagitau aku.. yes, go on.. Kita nak sebarkan yang memang barang yang dibeli jauh lebih mahal tu boleh beli rm5 sahaja. SO, whats is ur problem? Im telling the truth.. Dan kalau ya pun 


"dalam al quran pun ada sebut tak salah jika lbih untung 100% yang penting kedua pihak setuju.dan untung tak semestinya di nyatakan kepada pembeli.kalau dia letak hrga 1000 pun.kalau pembeli setuju tak jadi haram." <komen yang aku tak publish>


tunjuk dengan semua pembeli dahulu yang memang ada state benda ni harga asal RM5 dalam mana-mana entri dalam blog mika.. and show us dimana mika dapat stok barangan tu... ok?.. please show us..  then, i'll shut up!!! plus.........


"berniaga mmang mcm tu,tk kan beli rm5 jual rm5.nak untung apa ? minyak,penat lelah lg..." <komen yang aku tak publish>


yang ruginya aku..yang penatnya aku..yang minyaknya aku.. so?? (tak paham betul aku nyahhhh...)


apa yang aku tulis ialah kebenaran sayang... aku tak pernah cakap aku anti peniaga melayu yang nak berusaha malah aku kalau boleh nak sokong lagi... But, berniaga is berniaga bukan menipu..why i said like this? <ya Allah klu beli on9 adew yg jual 17rggt 1 ! bila tnye blh beli bnde ni kat luar x? dyew ckp bnde niey xdew jual kat mne-2 ! see skunk dh terbukti !---- ni komen salah satu komentar di bawah. sila baca.>


ok bai...............aku menulis fakta bukan auta... salam and peace no war..

UPDATE : boleh beli dekat sini



Sunday, February 5, 2012

GOSMS Pro, LINE and WAZE

Hai darl,

Mesti kamurang tau jugak apa ka tiga benda di atas tu kan? Ngeeee...

GOSMS Pro ialah satu aplikasi yang boleh diperolehi dari Android Market yang tujuannya adalah untuk SMS dan membolehkan MMS bagi yang pegang CSL Android. Tapi, setakat ni aku masih ndak tau camna mo setting tu MMS dari GOSMS Pro. So, ndak boleh MMS ok.

Yang kedua ialah LINE juga diperolehi secara percuma dari Android Market. Tujuan untuk chatting. Yang bestnya LINE ni berbanding Wassapp is ada sticker instead of only emoticons. Plus, boleh letak wallpaper suka hati kita. Wassapp ndak boleh kan? Hihihi..



Ketiga, WAZE. Juga bisa diperolehi dari Android Market secara percuma. WAZE ni pula untuk tujuan GPS. Kelebihannya ialah boleh update ramai-ramai trafic heavy di mana, road blok di mana, accident di mana.. best la. Yang penting selalu on la internet. Dia akan bagi naik korang punya scoreboard which is berapa jauh jalanan yang kamurang guna. Siok.. Mesti tau group waze mana yang aktif ja..

Tryla you alll... Hehehehehe.. aku dpt ni pun dari kawan aku yang freak Android Market. !




Hehehe..tujuan sebenar aku tulis entri ni sebenarnya nak bagitau pasal cerita lucu awal pagi tadi. Ni gara-gara font telalu cute ba sampai aku salah baca sms orang. Miahahahaha... Ceritanya begini. Semalam kan aku tido lewat buat kereja komputer nih. Sakit la kunuk mata tiba-tiba tebangun kan terus baca sms. Heran. Awal jugak Subuh ni. Pastu google la kejap jam berapa jugak subuh ni sebab CSL Azan aku macam dah tak update (Subuh jam 5.21). Pas google subuh masuk jam 5.15. Heran jugak dapat sms bangun untuk subuh jam 4.30am. Then, baca balik la sms ringkas tu. Hek eleh...."tahajud" rupanya. Ingatkan "its about time" hihihihi.. Kin malu tul. Sampai aku reply tu sms aa. Ya ampun.. memalukan.!

Ni suma gara-gara mata yang nda berapa fokus membaca sms. Miahahaha... Tapi, sempat jugak lah solat sunat tunggu subuh and tahajud kejap. Thanks encek. Baik sungguh hati beliau membangunkan aku yang kesian nih.. Hihihi..

Ni skrin shot sms memalukan itu..Pas ni, aku kena uninstall balik buang tu font. Huhuhu..walaupun sangat lah comel font itu.


Ok bai.

Saturday, February 4, 2012

Transformation

Hai darl,

Quick update. I mean seriously a quick update. I'm in a process of transformation. Transformation into what to be what? Will keep it a big surprise. Nampak hasil kang aku cerita ye.. But, so far kan.. boleh bolehlah. Mandarin cakap hi ke yi la..

Hope it will be a big success. New hope for 2012. Ngeeeeeeeeeee...

Arios.

P/s: Musim bersengkang mata yob !!!

Friday, February 3, 2012

ساي باڽق كرج

هاي سايڠ


لام ساي تق منوليس جاوي د سيني
سكارڠ ني، ساي باڽق كرج تاو تاڤي سلالو ساي تيادا موود مو بوءت
اشك-اشيق مڠنتوك. ساي سوله-وله ديڤوكاو اونتوق تيدور اول
سكارڠ ساي سلالو تيدور ڤوكول ١٠ اتاو ڤوكول ١١
ساڠت باڽق ممبوءڠ ماس


ساي ساڠت برهارڤ هوجوڠ ميڠڬو ايني، ساي داڤت مڽيڤكن سكورڠ-كورڠڽ ساتو توڬاسن


سكين دان تريما كاسه

Wednesday, February 1, 2012

Sedarlah Woiii

Hai sayang,

Memang bah kan sikap manusia. Bila fikir diri sendiri is above the level sudah ndak mo dah tengok-tengok nilai-nilai kelakuan, tindakan towards other people. Ya lah siapa ndak bangga diri disanjung-sanjung, dipuja-puja, ditunggu-tunggu oleh sekelian orang kan? Bestnya la bah tu. Ada jugak feeling-feeling macam hero Hindustan tapi jangan mimpilah ada rupa-rupa sayangku Ryan Gosling yang kurindui tu. Jauh ok.

Disinilah silapnya manusia. Mencipta barriers sesama manusia. Sebab dah anggap diri jauh lebih baik dari orang lain kan. Manalah mau tu disama bandingkan dengan orang kebanyakan. Takut jatuh reputasi, jatuh air muka diri dan keluarga.

Hahahaha.. tapi itu la bah. Betul jugaklah Tun Mahathir cakap dulu-dulu tu. Masih segar dalam ingatan aku. "Melayu mudah lupa". Baru dapat lebih sikit mula lah lupa asal tempat bepijak. Rata-rata Melayu begitu. Thats what i see. Well aku pun Melayu. Bila sebut jak perkataan 'Melayu' terus pandai macam-macam perkara yang ndak berapa bermotivasi muncul dalam fikiran. Malas nak hurai lebih teeeeeettt.. Standard cakap lah, bukan semua. Hmmm..

Sebenarnya aku ndak boleh tido bah ni. Semat jak kan aku ber "Sabah" kali ni. Nahhh.. makan kamurang. Paham ndak, hal. What do i care? Blog cikai ni.. sapalah baca kan?..

Hissshh.. balik ke cerita asalan. Haa...manusia yang cepat lupa ni. Apa ubat aa? Tiada ubat kali bah. Lau ada, lama dah bangsa Melayu yang mudah lupa ni setaraf bangsa Jepun, Korea yang bangga dengan nilai, budaya dan bahasa dorang sendiri. Kan? Kalau ada tu ubat aku bilang. Hahaha. Lau ada, aku pun mo dua. Satu tapau memang simpan dalam kompek hitam ya. Kin malu orang nampak. (Beli ubat anti lupa !!) hahahaha..

Merapu dan melalut lagi si bingung.

Bah..sebelum suma dalam otak aku tekeluar sini. Baik aku berenti menaip. Ko tau lah kalau aku mula menaip, ndak abis tu selagi ndak puas. Miahahhahahaha..

Lastly,

kawan, jangan bah terlalu memuja diri. Sama sak kita ni. Manusia. Hujung-hujung kain putih tiada jenama jugak yang kita pakai. Tiada tu diasing-asing ikut jenama ikut minat ikut tahap pemikiran. Yang jelas lagi kan kawan, pilihlah sepilih-pilihnya. Best bah tu memilih. Tapi ingat, jangan sak hujung-hujung temakan balik kau tu pilihan.

Ok bai.