DIIKLANKAN OLEH

KAWAN-KAWAN

OUR ANNIVERSARY

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

MY NAZRIN

Daisypath - Personal pictureDaisypath Happy Birthday tickers

MY NAZIRA

Daisypath - Personal pictureDaisypath Happy Birthday tickers

Friday, December 16, 2011

Budak Kecik Zaman Dulu

Pada suatu ketika dulu, ada sorang budak tomey nama yaya. Dia anak pompuan tunggal daripada empat orang adik-beradik. Oleh kerana yang demikian, beliau tersangatlah indipendendnya. Beliau tidak menenen botol susu sedari kecil. Beliau hanya menenen susu menggunakan gelas (yang nyata bukan botol susu baby2).

Budak tomey itu juga sangatlah independend ketika makan. Sedari kecik, dia makan sendiri tanpa disuapkan oleh mak dia. Dia nak makan sendirik macam orang besar. Beliau akan duduk di kerusi (tengah-tengah meja) macam bos. Makan dengan berselera sehinggalah tiada lagi ahli keluarga yang berada di meja. (menunjukkan betapa dedikasinya beliau ketika makan). Menurut mak beliau, budak comey itu akan makan sehingga kepala beliau tersembap ke piring kerana tertidur.!

Begitulah nekad dan azam budak tomey tu makan. Beliau mengikut sunnah nabi iaitu mengunyah sehingga 44 kali.

Sekain.

baju ni warna puteh..ada miau2 warna mewahhh..hik hik hik...


No comments:

Post a Comment

Nak komen? Sila layan diri..