semua bermula dengan perkataan "andai"..
Andai aku adalah pokok, kan bagus.
Aku hanya mengikut arah tiupan angin yang membelai dedaun ku.
Andai aku adalah meja, kan bagus.
Aku akan berada di mana juga aku diletakkan.
Andai aku adalah burung, kan bagus.
Aku akan bebas berterbangan ke mana jua sayapku membawaku.
Tapi, aku bukan pokok, aku bukan meja dan aku juga bukan burung.
Aku adalah aku.
Yang diciptakan oleh Yang Satu.
Bagaimana sekali arus kehidupan duniawi mencabar keberadaanku,
tetap aku adalah aku. Mensyukuri segalanya.
No comments:
Post a Comment
Nak komen? Sila layan diri..