Malam ini tangis ku terburai jua bersama pekat malam yang makin mencengkam hati dan sanubari. Apa yang perlu dipersoalkan sedalam-dalamnya? Apa yang ada dengan jawapan? Kalau jawapan itu bukanlah suatu penyelesaian?. Apa guna mempersoalkan soalan yang kita sendiri tahu tidak akan ada penyelesaiannya?
Walau fikiran meronta untuk sebuah jawapan pasti, tetap akal menyanggal, "tidak ada jawapan yang kau cari jiwa".. Mana hentinya semua derita dan sengsara ini?
Puas sudah aku berfikir untuk lari dari sengsara ini. Makin aku cuba untuk lari dan menidakkan sengsara ini tetap jua ia berlari mencari dan terus menerpa aku yang sudah sedia lemah.
Jiwa, fikiran, akal, hati bersatulah kamu dalam aku. Tolong aku lepas dari sengsara ini. Kerna aku sendiri. Fizikalnya aku ramai. Hakikatnya aku sendiri. Aku dan aku sahaja yang mampu untuk selamatkan aku yang kian lemah. Jika aku kian lemah, hibalah jiwa yang sedalamnya aku perlukan selamanya..
Bukalah walau sedikit ruang cuma untuk aku juga lepas sedikit dari duka dan sengsara yang kadang ku fikir teman rapat ku. Duka dan sengsara.
~my heart my soul~
No comments:
Post a Comment
Nak komen? Sila layan diri..