Perang. Berperang lagi.
Sudah aman. Perang lagi.
Sudah sunyi sudah diam.
Bising lagi. Gamat lagi.
Entah berapa kali aku tersungkur.
Aku pun dah lupa.
Yang aku ingat aku kalah dalam setiap pertempuran.
Aku ni tampak jak gagah.
Hakikatnya aku paling lemah.
Itulah sebabnya aku acapkali kalah.
Tersungkur. Kalah.
Tapi, aku bangun juga.
Biar merangkak. Biar bertongkah. Luka parah.
Aku bangkit juga.
Cukuplah dengan perang ini.
Carilah askar lain yang jauh lebih gagah.
Aku mau diam. Aku mahu sunyi.
Biarlah tanpa senjata.
Yang serasa aku, aku pun tidah tahu fungsi sebenar senjata tu.
Mahu ku cakap pasrah.
Aku pun tidak tahu tahap pasrah tu.
Jadi aku mau diam saja. Diam.
No comments:
Post a Comment
Nak komen? Sila layan diri..