DIIKLANKAN OLEH

KAWAN-KAWAN

OUR ANNIVERSARY

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

MY NAZRIN

Daisypath - Personal pictureDaisypath Happy Birthday tickers

MY NAZIRA

Daisypath - Personal pictureDaisypath Happy Birthday tickers

Sunday, December 23, 2012

Aku Dan Kerongsang Emasku

Assalamualaikum,

Hari ni sedih betul. Sedih yang teramat. Hari ini akhirnya aku kehilangan kesayanganku "kerongsang emas". Kerongsang ni bukan sembarang kerongsang. Bukan macam perempuan normal lain mereka boleh pakai apa jenis kerongsang pun untuk dipadankan dengan baju dan tudung mereka. Aku hanya boleh pakai satu kerongsang sahaja. Itulah dia kerongsang emasku yang mak hadiahkan masa aku masih dalam tingkatan 4 (1999). Aku bukan nak temberang cakap tapi kulit aku elergik dengan barangan yang bukan emas. Jangankan kerongsang, jam pun aku tak boleh pakai. Besi? Plastik? Kulit? Getah? Ha.. you name it. Aku dah try semua jenis jam. Paling lama boleh aku pakai satu jam tu, hanya setengah hari. Lepas jak setengah hari kompom kulit aku gatal semacam. Sedihkan? Ketidaknormalan ku ni. Kurnia Tuhan. Sabar.

Tapi, entri ni memang aku nak buat jugak untuk memperingati kerongsang kesayanganku tu. Kerongsang tu kecil jak. Mak cakap dia beli tahun 1999 tu harga dia dalam RM350. Bentuk kerongsang tu, macam bunga raya. Kelopak dia warna emas campur silver ditengah. Ditangkai dan jarum dia semua emas. Hmm. Dijadikan cerita.. Hari Khamis lepas aku tengah bersiap nak pergi kerja. Sedang-sedang cucuk kerongsang tu, tiba-tiba jarum dia terlepas dari kelopak. Aku try jugak bagi ketat balik tapi tak dapat. Jadi, aku ingat Sabtu atau Ahad aku nak hantar kedai emas di Menggatal. Sebelum ni, memang dah berapa kali jugaklah kerongsang tu ada masalah dan mesti dibuat dikedai emas jugak.

Ada beberapa kejadian yang pernah aku kehilangan kerongsang tu. Ada satu kali tu, akibat terlalu menguap dalam kapal terbang (KL-Tawau), kerongsang tu terlepas dari tudung aku dan terjatuh di bahagian bawah sekali tempat duduk. Karau aku memanjangkan tangan untuk mencapai kerongsang tu. Aku dapat jugak capai kerongsang tu tapi, kesan dia? Tangan aku sakit bagai nak tercabut untuk seminggu. :(

Memandangkan kelmarin (Sabtu) mak sibuk buat rendang tempahan kawan abang aku jadi aku cancel lah pergi Menggatal bagi baik kerongsang tu. Hari ni, hujan memanjang. Aku berat hati juga nak pergi tapi oleh kerana kulit leher aku dah gatal sangat (akibat dua hari pakai kerongsang lain) aku dan mak pun pergi jugaklah. Baru nak keluar simpang Taman Tebobon ni, aku dari jauh dah nampak ada kren besar gila babs tutup jalan simpang tu. Pelan-pelan aku drive rupanya pekerja tu ada bukak jalan kampung untuk tembus ke jalan besar. Aku ingat jalan tu macam jalan kampung biasa lah jadi aku redah jak. Tau-tau lecak dan sempit kalah jalan kampung Batu 4 Jalan Apas di Tawau. Aku nak reverse konon tak jadi kuar tapi memandangkan pekerja-pekerja tu dah menunggu nak tengok aku dapat lalu tak jalan tu sebab mereka nampak kereta aku memang lowered gila.



Sepanjang melalui jalan macam jungle trophy tu, mulut aku dah menyumpah seranah dengan kerja baik pulih parit dan jalan dekat simpang taman kami tu. Gara-gara mereka aku terpaksa lalu jalan becak tu. Mak marah aku konon aku ni penakutlah, berani tapi penakutlah macam-macam lagi. Aku bukan takut nak lalu jalan tu, tapi aku risau kereta aku sangkut di jalan sempit one way tu. Kalau ada apa-apa jadi dengan kereta aku siapa nak hantar aku pergi kerja esok? Dah lah annual leave aku habis. Jadi memang berhantam cakap betul aku dan mak. Sampai sempat mak cakap, "tu lah kau, ketulahan sama aku."

Lepas jak seksa melalui jalan kampung becak gila babs tu, kami pun sampai lah di Menggatal. Aku minta mak sorang pergi sebab aku dah tak da mood nak turun kereta. Jadi, mak sorang pergi kedai emas tu untuk baiki kerongsang tu. Tak sampai berapa minit mak datang. Dia cakap, rosak sikit jak boleh pakai lepas ni. Masa tu aku tengah cakap dengan si Abang pasal jalan yang kena tutup tu. Aku nak bagitau dia, kena pakai kereta besar baru ok kalau nak keluar dari taman. Sedang-sedang tu, mak cakap dia letak kerongsang tu dalam beg aku (yang memang haram jadah berzip). Dia letak betul-betul dikocek tempat aku simpan gincu dan handphone. Lepas jak mak simpan tu, aku cakap baik kita jalan-jalan dulu buang masa sampai kren besar tu dah tak block lagi simpang masuk ke taman. Mak cakap, ok.

Jadi, kami pun jalan-jalan lah di Pekan Menggatal tu. Tanpa ada pikiran langsung pasal kerongsang tu yang mak letak dalam kocek beg aku tu, aku asyik selak tangan cek handphone takut bunyi sms ka call ka yang aku tak dengar. Habis satu Pekan tu kami round. Bla punya bla. Kami pun balik rumah.

Sampai di rumah, aku gembira sebab si Abang ada di rumah tengah bersembang dengan adik aku yang servis kereta dia. Lepas tu, mak masuk dapur bagi makan adik dan si Abang durian. Aku happy tengok mereka semua gembira berbual sama-sama. Aku memang tak senang duduk sebab aku kan tak tahan bau durian tu. Jadi, duduk jauh sikit. Banyak lah perkembangan sihat hubungan si Abang dengan mak dan adik. Aku gembira sangat tengok.

Bla punya bla, hari dah malam. Aku naik kemas barang (pindahkan barang aku ke beg yang biasa aku pakai ke pejabat). Then, aku cari-carilah mana kerongsang emas tu. Tak jumpa. Aku panggillah mak minta dia tengok sama. Sampai cari di kereta pun tak jumpa. Hati aku dah sedih gila dan aku jangka memang sah jatuh time kami jalan-jalan di Pekan Menggatal.

Mak aiihhh. Punya panjang cerita aku pasal kerongsang aku ni. Itulah barang paling lama aku simpan yang mak bagi. Kita semua tahukan dulu-dulu RM350 tu besar nilainya. Sanggup mak buang demi belikan aku kerongsang emas supaya aku boleh pakai tudung dan supaya elergik aku tak ganggu aku belajar. :'-( Lama gila tu 1999 - 2012. Aku tak pernah pakai kerongsang lain tau sepanjang tempoh masa tu. Huhuhuhuhu. Kenangan tu jauh lebih berharga jika nak banding aku beli sendiri nanti. Huhuhu. Aku harap si Abang boleh hadiahkan aku sebijik kerongsang emas. Jadi, ada juga nilai sentimental kerongsang tu nanti. Aminnn.

Note: Kerongsang emas tu jatuh (kot) masa tangan aku dok seluk cari handphone. Bertuah betul orang yang jumpa tu. :(

1 comment:

  1. http://nawalnajahcollection.blogspot.com/

    Kami menawarkan pelbagai produk kosmetik dan kecantikan berkualiti dan relevan untuk wanita anggun dan berketerampilan di luar sana.

    Pelbagai fashion tudung, kerongsang dan busana muslimah juga akan kami iklankan dari semasa ke semasa bagi memenuhi keperluan anda untuk kekal bergaya dan "trendy".

    ReplyDelete

Nak komen? Sila layan diri..