DIIKLANKAN OLEH

KAWAN-KAWAN

OUR ANNIVERSARY

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

MY NAZRIN

Daisypath - Personal pictureDaisypath Happy Birthday tickers

MY NAZIRA

Daisypath - Personal pictureDaisypath Happy Birthday tickers

Sunday, July 22, 2012

Tak Kan Ku Buang

Dear darling,

Di ruangan ini aku menulis. Sebebas yang mungkin. Kenangan. Sejarah. Informasi. Kesihatan. Sakit. Macam-macam lagi. Kebanyakan entri adalah berkisar kepada pengalaman hidup aku sendiri. Kalau anda stalker yang tegar, pasti anda perasan saya masih menyimpan semua entri yang terkebelakang. Suka duka cerita hati saya. Mostly, cerita pasal hati saya yang selalu derita kerana dipermainkan oleh ranting-ranting yang salah.

Semua entri itu, tak kan ku buang. Biar entri itu jadi penghibur kala kebosanan menerjah ruang jiwa. Sekurang-kurangnya, aku pernah rasa bahagia dan gembira kerna pernah merasa manisnya disayangi dan menyayangi. Biar kala aku lemah, aku temui sedikit kekuatan kerna aku pernah harungi sakit yang sama suatu ketika dulu. Agar aku tau, aku masih boleh berdiri dan terus melangkah.

Terkini, aku masih lagi begitu dan begini. Kedepan tidak kebelakang pun tidak. Aku masih diam dan menunggu. Untuk aku bergerak lagi. Mustahil. Biarlah aku dengan kawan aku yang satu tu, si Bongol ! Si Bongol yang selalu ceria. Dia selalu dan kadang-kadang ada untuk aku. Aku yang sentiasa bosan sendiri ni. Kesian dia. Si Bongol tu suka sangat makan Chicken Foldover ! Makanan pertama yang aku belanja dia. For giving the returns sebab tolong aku cari rumah baru kawan aku di kawasan tempat tinggal si Bongol tu. Aku dan si Bongol tu hanya kawan. Kawan yang kawan. Semalam lepas bangun dari terawikh dan tidur, si Bongol suruh aku siap sebab dia ingat dia sudah janji aku. Bawa aku pegi tengok movie Batman. Wayang yang pukul 12 midnite. Kesian si Bongol. Dia bawa kereta dia yang sot-sot tu. Mati-mati kereta tu sebab aku rasa mungkin timing dia rendah sangat. Jadi, semalam tu kami kuar pakai keta aku. Ahhhh... akhirnya si Bongol tau gayak ku memandu. Huhuhu.. macam nenek-nenek dia leter aku. Ok fine ! Aku akan slow dan cermat.

Oh ya Bongol.. Tima kasih sebab sudi kawan dengan aku. Yang cerewet. :) Semoga segala hajatmu menjadi kenyataan. Kita sama-sama naik speed bot mu belah lautan. Naik super bike mu belah KK ni.. Decorate rumah idaman mu seperti mana yang kamu sukakan.. Bongol-Bongol ! :)

Si Bongol suka bagi aku gambar duit yang riban-riban...


No comments:

Post a Comment

Nak komen? Sila layan diri..