DIIKLANKAN OLEH

KAWAN-KAWAN

OUR ANNIVERSARY

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

MY NAZRIN

Daisypath - Personal pictureDaisypath Happy Birthday tickers

MY NAZIRA

Daisypath - Personal pictureDaisypath Happy Birthday tickers

Sunday, March 24, 2013

Pengalaman menaiki keretapi Sabah

Hai darling.

Hari Sabtu 23 Mac, c Abg bawa aku jalan-jalan ke Beaufort naik keretapi. Wahhh.. Punya siok naik keretapi.. Keretapi baru...ekon dia kuat, nda bising, jalan dia ok, kira laju jugak sebab 2 jam gitu boleh dah sampai Beaufort.

C abg pun nda pernah rupanya naik keretapi tu. First time gitu.. Aku bangun jam 5 pagi gitu. Jam 6 c abg sampai dah d uma ambil aku. Jam 6.30 kami dah sampai Terminal Keretapi Tg. Aru. Sarapan dulu d cafeteria dia. Ok jugak makanan dia. Ada mahal sikit la.

Harga tiket? Mak aihhh. Murah gila la berbanding kita drive sendiri sebab beli minyak, makanan segala bagai. Hihi. Naik train ni, kita enjoy tengok pemandangan dia tau. Dari Terminal Tg Aru ke Beaufort, harg tiket RM4.80 jer untuk satu hala. Murah kan? :)

Kenangan yang paling best naik train dengan c Abg ialah Abg belikan ai cincin ya... Hihi. Biarpun kecik tapi cukuplah sebagai tanda dia betul-betul serius dengan aku, kan? Hihihi.

Oh ya. Ada satu gua yang akan train tu lalui. Lokasi dia sebelum Papar. Jarak kurang 1 minit gitu. Kalau kena driver yang best, dia tak bagi hidup lampu tau... So, bayangkan gelap dia tu. Hihihi. C Abg eksited sangat. Haha. Sebenarnya c Abg mabuk dah. Dia tu cepat sgt pening. Geram aku. Heheehe. Nasib dia tak muntah hari tu. Kalau tak, aku ganyang dia. Hahahaha. Ala...cakap jer tu. Kita sayang ok...???? Hehhe...
Ok la. Tu jerla cerita pengalaman naik train. Harap korang yang baca ni, yg Sabahan terutamanya....silalah luangkan sedikit masa untuk rasa sendiri pengalaman naik train ni. Bestttttt.. Aku siap lambai semua kereta dan motor yg kena berenti disetiap hentian. Haahaha. Ala-ala model gitu. ;)

3 comments:

  1. waaaaaaaaaaaaaaaaaaaa~~~ murah gilak n... yah! 2 jam. mcm dr kL ke singapore jak. ehe. mau try la jgk nnt ;)

    ReplyDelete
  2. Kau belum test naik keretapi dari beaufort ke tenom. Huh! Wow! Lagi best gila. Kalau tidak percaya kau try lah sendiri :-p

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wahhhh.. Ya ka? Orait... Nanti aku pigi. Hihi.. Thnx yoo..

      Delete

Nak komen? Sila layan diri..