DIIKLANKAN OLEH

KAWAN-KAWAN

OUR ANNIVERSARY

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

MY NAZRIN

Daisypath - Personal pictureDaisypath Happy Birthday tickers

MY NAZIRA

Daisypath - Personal pictureDaisypath Happy Birthday tickers

Thursday, May 24, 2012

Cerita mimpi aneh

Hai darl,

Malu sebenarnya aku nak ceritakan kisah benar yang terjadi pada aku semalam ______

(23 May 2012). <<< ya ampun aku. Birthday mak aku !!!! Uwaaaaaaaa.... aku lupa.. Jap2.. aku nak tampar diri sendiri 17 kali.. dushummmmm..dushummm... (padan mukak kau..anak tak kenang budi...) Seyesly, aku baru ingat oo.. huhuhuhuhu.. 23hb tu aku busy gilak.. Banyak urusan kerja dan kewangan.. Sampai lunch pun skip sebab berkejar ke sana ke mari.. Huhuhu.. Sok aku nak mintak ampun nih.. Nak call sekarang dah lewat pulak.. :'( sadis sungguh...

Ok balik kepada mimpi tu. Sebelum itu, aku cerita kan kejadian sebelum mimpi. Aku tido awal pukul 10 macam tu. Then, jam 3 lebih (am), encek beruang call nak chat dia baru habis keja. Then, bangunlah layan kejap kang marah lagi beruang tu. Chat punya chat sampai kul 4 saja. Pastu, sambung tido.

Mungkin dekat kul 5 lah aku ada dengar sikit sayup-sayup suara orang mengaji. Tapi, telinga bebal ni tutup pakai bantal sebab nak sambung tido. Kan kita tau, pas orang mengaji Subuh pun tiba. Haa.. time nih la aku mimpi. Aku mimpi, kononnya aku dah bangun dengan macam-macam kepayahan untuk pegi ambil wudhu nak solat Subuh. Then, sedar lagi. "Oh, mimpi". Tetido lagi. Mimpi lagi. Situasi lain tapi penceritaan sama. Konon nak pegi solat Subuh. Dan ianya berlangsung mungkin lebih kurang 5 mimpi.

Tiba-tiba, tangan kanan aku rasa panas semacam. Aku tersentak (tapi lom bangun sangat) terasa seperti ada yang memukul tangan aku. Perggggggghhhhhhh.. punya main seram. Lepas beberapa ketika, aku bangun. Kali ni bangun betul-betul. Mak aiii.. panas ok tangan aku tu. Panas yang tak lah menggelegak. Tapi panas lah. Bangun jak, aku terus p toilet bersihkan diri dan ambil wudhu. And terus solat Subuh.

Pengajaran cerita. Jika anda dengar azan terutama sekali azan Subuh, sila bangun kan diri. BUKAN melalui mimpi. Tapi BANGUN yang bangun. Pegi solat. Tak takut ke???????? Sangat seram ok.


2 comments:

Nak komen? Sila layan diri..