DIIKLANKAN OLEH

KAWAN-KAWAN

OUR ANNIVERSARY

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

MY NAZRIN

Daisypath - Personal pictureDaisypath Happy Birthday tickers

MY NAZIRA

Daisypath - Personal pictureDaisypath Happy Birthday tickers

Friday, September 2, 2016

No title

Hi Bloggie.

Stepping to September 2016. Maksudnya tinggal 3 bulan sahaja  to end 2016. Cepatnya masa berlalu kan? My Nazrin 8 bulan sudah. Bila lepak-lepak sama Nazrin tengok video dalam hand phone, terasa sekejap saja Nazrin baby kecik. He so big and strong.

Semenjak Nazrin umur 6 bulan, actually i have started making him puree. But, i don't know why i don't take pictures. Hahahaha. Mama Nazrin rajin tau. I made him labu, carrot, brokoli puree tau. Last week i made him mash potato dong.. Hihihi. Sedap bak hang. Sekejap jak licin.

Kalau Nazrin teda mood (mostly sebab lepas hari jadi 22hb setiap bulan) dia tak kuat makan. Buat-buat macam muntah gitu. Bikin panas jugak bah. Tapi tu semua kejap jak la dalam 1-3 hari. Pas tu dia selera lagi makan. Licin saja. Selalunya, kalau habis dah makanan dia, dia teriak marah kunun. Hahahaha (kuat makan macam mama dia masa mengandung).

Apa yang funny kan. Orang cakap perangai anak akan terikut perangai maknya time mengandung. Masa mengandung dulu, aku tak dapat habiskan minuman atau makanan sehingga betul2 habis. Mesti ada sisa sikit. Jadi, begitu la Nazrin sekarang dengan susu dia. Hehehehe. Jangan salahkan anak tau. Hehehehe..

Ok la. Tu jak aku boleh share. Bosan d opis. Suddenly mati karan. Siokkkkkkkkk...

Ni gambar time mengandung. Cantik kan? Jangan jeles.

My son. Muahhh..

Thursday, June 16, 2016

Salam Ramadhan Kareem 1437H

Salam.

Belum terlambat kiranya untuk aku ucapkan Salam Ramadhan buat semua. Tahun ni alhamdulillah dapat menyempurnakan rukun ke tiga ni dengan setakat ni ok. Cuma bocor 2 hari pertama Ramadhan. Sob sob..

Sedang mengharapkan suatu yang hampir mustahil.

Ntah akan menjadi atau tidak. Mudahan la menjadi kan.

Penat dah tunggu.

Aissshh. Pa ku melalut ni kan? Hahahaha. Ni tengah tunggu nak balik jak. Keja suma dah bereh.

Nazrin pun alhamdulillah makin sihat tembam bambam.

Love u son.

Bye.

Semoga kita semua dalam lindungan Ilahi.
Selamat menjalani ibadah puasa dengan penuh keberkatan.


Tuesday, May 31, 2016

Heart breaks at full

Never in my life i felt this kind of disappointed. Ya. Kami sudah insaf. Bagilah kekuatan dan semangat.
Bukannya kondem orang sampai hilang maruah.
Sedih yang teramat.
2016 betul-betul dugaan berpusu-pusu.

Friday, April 8, 2016

Penyakit Kuning @ Jaundice

Salam semua. Wahwahwah.......

Sejak jadi ibu ni, paling nda da masa update blog ya !!

Pa kan daya. Anak jauh lagi penting. Jangan terasa ya bloggie. :)

Ok. Aku nak share ringkas jak ni pasal jaundice. Yes. My Nazrin kena jaundice. Hampir 2 minggu jugak kami masuk keluar Hospital. Waktu baru melahirkan tu, Nazrin kena tahan di Hospital Likas dengan bacaan 207. Ikut saiz badan Nazrin, dia sepatutnya tidak ditahan. Tapi, oleh kerana dia baru sehari, doktor terpaksa tahan. Oh ya. Nazrin kena juga penyakit ni sebab mama dan baba dia berdarah O.

Aku dah makan dan minum semua buah dan minuman yang heboh dikatakan dalam Facebook cara-cara untuk mengelakkan anak kena jaundice. Tapi, tetap jugak kena. Huhuhu.

Ni senarai usaha yang aku buat :-

1) Minum air oren (Peel Fresh)
2) Air kelapa
3) Air susu kambing
4) Air Glukose
5) Cincau
6) Kurma
7) Madu
8) Air anggur
9) Mandi guna tumbuhan kampung : Kapuk, Bunga Raya,
10) Minum ubat Tiki-tiki

Last-last, kakak ipar ku dari Benoni datang ke rumah bawa ubat titis dari Klinik Dr. Lu di Papar. Titis satu titis satu sudu kecil air susu kita. Kasi minum susu tu dengan baby guna sudu tu la.

Alhadulillah. Kuning Nazrin turun mendadak.

Ni bacaan kuning Nazrin.

207 - Masuk wad di Hospital Likas
248 - Keluar Hospital Likas
341 - Masuk Hospital Papar. Yang ni Nazrin kena masuk ubat :(
266 - Stay Hopital Papar
270 - Masuk Hopital Papar
250 - Keluar Hospital
308 - Masuk Hopital Papar
277 - Stay Hopital Papar
250 - Keluar Hospital
243 - Stay rumah dah
186 - Stay rumah dah
156 - Stay rumah dah
156 - Stay rumah dah
100 - Stay rumah dah

Bila tengok numbers di atas, hati rasa nak nanges. Huhu.

Jadi, kesimpulannya. Sila pastikan anda yang berdarah 0 untuk mempunyai ubat titis tersebut supaya anak anda nda di tahan sebab jaundice dan menerima treatment yang sangatlah menyeksakan iaitu baringkan tanpa pakaian anak anda di bawah lampu biru.. :(

ni Nazrin kena tambah air

mata kena tutup tau kalau bwah lampu biru ni (yang ni di Hospital Likas)

Yang ni di Hospital Papar


Ha........... ni lah ubat titis tu... 

Semoga bermanfaat kepada ibu-ibu dan bapa-bapa yang runsing...

Tuesday, January 26, 2016

Kelahiran Nazrin My Baby Boy

Assalamualaikum dear bloggie,

Lamanya nda update blog ku ya ampun sampai macam ada habuk besarang2 dah ni. O my... Serius aku rindu blogging! Well, as my title today you should know the reason huhuhuhuhu.. I'm a mom now !!!!!!!!! O my... Syukur la kan... Ngeeeeeeeeeeee..

Actually, my baby Nazrin lahir 22 December 2015, 3.35pagi di Hospital Likas. Hampir sebulan yang lalu. It's just that we having some difficulties tu la sebab baru seakan ok sikit keadaan. Syukur. Tis story will be reveal in the next entry ok.

Ok mari aku ceritakan kelahiran Nazrin sebagai kenangan takut aku terlupa dan juga mungkin sebagai panduan bakal ibu yang sedang membaca (kot....... hehehe).

My EDD (expected delivery date) dalam bahasa Melayunya tarikh jangkaan melahirkan ialah pada 24 December 2015 which is one day before Christmas, gitew. But, banyak orang cerdik pandai tengok (perut aku) sepatutnya aku awal melahirkan. So, aku amek cuti seminggu awal. Takut ada masalah la tu. But, tetap jugak baby tak mo kuar even dalam masa cuti tu aku dan husband berjalan-jalan sakan di kawasan perumahan ni (kalau di kira-kira adalah kali 10km sehari). Huhuhu..

Suddenly, on 21 December 2015, pagi lebih kurang pukul 9.30, aku pegi toilet nak kencing (oh ya dalam tempoh menunggu kelahiran ni, aku kencing macam setiap 30 minit... dehhhhhhhhhhhhh) then I saw a tiny spot berwarna coklat kekuningan di seluar dalam aku. First time tengok. So, aku cakap lah dekat mak aku (my guardian angel). Dengan seriusnya, mak aku cakap "mari kita ke hospital !". Erkkkkkkkkk.. aku cakap "tak mo lah mak. Teda pa2 tu" (uisey macam aku pernah melahirkan acah2 lawan mak aku yang 4 kali pengalaman). Mak marah lagi suruh tanya klinik nurse aku tu. Then, aku call la Klinik tu, kata my nurse, "pigilah kau ke bilik penilaian di Likas". Erkkkkkkk....sekali lagi aku terkejut. Tak sangka tanda spot kecik yang aku dapat pagi tu adalah satu petanda bakal melahirkan.

Dengan tergesa2, my mom and my husband bersiap nak ke Likas. Hmmm.. aku dengan selamba badak pigi oook oookk (buang air besar dahhhh) dulu. Lama gak. Sebabnya aku tu takut sebenarnya Hahahahaha. Niat nak berlambat2. Abis aku kenak marah husband dan mak aku.. Sebab kedua bagi aku tanda tu terlalu biasa dan bukanlah seperti tanda2 orang yang nak melahirkan. Seyes beb. Hanya ni jak tanda yang aku ada untuk rujukan aku masuk wad penilaian Tingkat 2 di Likas.

Oleh kerana hari tu adalah hampir dengan Hari Krismas which is quit a big celebration di KK ni, so, agak packed la jalanraya. Sana-sini jammed ok. Nasib lah husband aku tau jalan yang kurang jammed. Kami gerak dari pukul 10.30 pagi dari Kinarut dan hanya sampai di Likas pukul 12 tengahari. Sangat jammed kan? Huhuhu.. Syukur alhamdulillah sepanjang perjalanan aku tak rasa sakit perut langsung. Ketawa2 lagi. Stress2 lagi akibat jammed yang melanda. Hahahahaha..

Sesampainya di Likas, me and my so rushing mom terus ke tingkat 2 wad penilaian tu. Oh my goodness. I forgot to eat lunch. Sangatlah lapar ya. Then, disuruhlah ambil test kencing dari nurse dan tukar baju warna pink tu. Ohohoho. Kamurang kena belajar pakai tu baju dan kain ok. Funny. Then, bagilah buku Klinik kamu sama tu nurse. Tunggu giliran kena panggil then disuruh baring dipasang alat untuk mendengar degupan jantung baby di perut. Sepanjang masa ni, memang hanya kedengaran bunyi jantung baby lah. Hihihihi. Proses seterusnya jeng jeng jeng............

Bermulalah kesakitan yang kamurang nda sukak which is kenak check bukaan rahim. Sakit okkkkkkk.. Checking ni hanya berlaku selepas sesi soal jawab yang panjang lebar dari nurse2 dan doktor2. Lepas dah confirm 2cm bukaan, (what ????????? 2cm??????? dan aku bersambil lewa ya dari pagi.. huhuhuhu..) Rupa2nya, tak semua orang mengalami pengalaman nak melahirkan yang sama.

Selesai urusan di wad penilaian, aku dihantar ke Wad Kenanga 1 untuk tunggu bukaan lebih besar. Huhuhuhu. Dah petang masa melawat baru aku dapat makan nasi goreng melimpah 1 tapau aku habiskan. Sangatlah laparnya aku. Kasian. Sepanjang tempoh ni, macam dalam 2 kali kena check bukaan. Sandi sakit. Masa dalam wad ni lah baru aku buka segala petua yang keluarga dan kawan2 bagi dalam hp. Kena ingat macamana nak teran dengan betul dan tepat. Payah jugak nak begerak masa ni sebab tangan kita dah kena cucuk jarum plastik. Yang ni memang prosedur beranak sekarang. Takut in case, ada apa2 berlaku kan time nak beranak nanti.

Jam 9 pm, doktor check lagi bukaan rahim. Benciiii.. Huhuhu. Then, bukaan aku dah 4cm. Jam 10 pm masuk dewan bersalin dah. Huhuhuhu. Seramnya Allah jak yang tahu perasaan ni. Nasib baik semasa kenak tolak ke bilik dewan bersalin, husband dan mak sempat jumpa aku. Dapatlah aku merasa kasih sayang dorang berdua sebelum aku battle hidup mati di dalam sana. Sedih.... Huhuhuhu... Sepanjang tempoh ni, aku tiada merasa lagi sakit perut nak bersalin. Langsung teda. Sampai aku tanya bidan yag jaga aku "macamana jugak sakit mau beranak tu? saya ni beranak anak pertama, nda tau tu rasa". Dia bilang, "macam sakit mau berak, tapi jauh lagi sakit." Dia lah yang banyak bagi aku semangat sampai aku lupa aku ni mau beranak sudah. Hahahaha..

Sampai jak di bilik bersalin (aku sorang jak dalam bilik tu. Rupanya bilik2 aku ingatkan ramai ibu2 kan nama dia dewan??? Hehehe) doktor check lagi bukaan rahim. Oh ya ketuban aku tak pecah2 huhuhuhu.. Jadi, doktor bagi pecah air ketuban aku. Then, doktor pun decide bagi aku suntikan induce supaya bukaan lebih cepat. Bidan ada cakap memang akan rasa sakit nanti. Lepas tu aku merasa lah sakit perlahan2 sakit perut mau beranak tu. Pas beberapa ketika maybe 30 minit, bidan yang jaga aku bagi aku pilihan mau ubat tahan sakit mana satu, ada gas dihidu dan ada suntikan. Aku tanya mana yang ok. Dia cadangkan suntikan supaya aku boleh tidur sementara tunggu bukaan rahim. Then, aku pilih suntikan la. Sebelum tu, aku tanya dia, "bila boleh minum air selusuh?" Dia ni lah yang bagitau aku, "induce tu serupa lah air selusuh tapi versi moden. Minum air selusuh selepas bukaan sampai 6-7 cm baru lah tak merasa sakit perut yang lama." Pastu, aku pun tetidur. ZZzzzzz..

Sedar aku dari tidur bila perut ku mulai memulas2. Bidan ada datang tengok, dia bilang "sabar belum lagi buka abis rahim. Tunggu sampai kau rasa sakit mau berak yang teramat." Masa tu, dia check bukaan dah sampai 7 cm, jadi aku pun minum lah air selusuh dalam 3 teguk. 5 minit jak boss, sakit yang mau terberak tu datang. Makkkkkkkkkkkkkkk... sakitnya Allahu rabbi..... Masa ni lah aku baca doa Nabi Yusuf tu berulang2. Dalam masa yang sama, aku cakap sama baby, "please behave baby. Tolong mama senang keluar supaya senang mama ejan." Dekat pukul 3am macam tu, sakit dah memuncak2. Tiap 5 minit aku rasa macam mau melayang dah. Sakit yang teramat. Sampai aku tekan butang kecemasan tu. Huhuhuhu..

Luckily, bidan datang. Dia sempat cerita dia baru abis kasi beranak ibu di bilik sebelah. Dan bila dia check rahim dah bukak abis kepala baby pun dah nampak sikit. Dia cakap, "masa untuk mengejan mama"... Erkkkkkkkk.. sempat aku rasa seram.. Me?? Mengejan?????????? Goshhh.. Mulalah kepala serabut bagai sampai aku lupa apa yang aku baca masa di Wad Kenanga 1. Hahahahaha. I guess semua ibu2 masa tu pun lupa kan? Hehehe..

Bila dalam proses tu, bidan cakap, "eh mama cepat ejan macam terberak dah baby dalam ni. Mesti cepat ejan mama nanti baby sakit." Aku ingat lagi bidan ada cakap juga cuma ejan bila sakit tu datang. Awal proses ejan bidan cakap aku salah ejan sebab muka aku merah. Then, aku berenti. Berfikir dan berdoa. Alhamdulillah. Suddenly, aku ingat cara nafas dan cara ejan. Lepas tu, aku mula ejan dengan sempurna sebabnya bidan cakap, "yes mama macam tu lah ejan. Pandai mama." Ada kurang 10 kali ejan, my baby keluar dengan selamat. Alhamdulillah............. Bidan cakap, "mama...... saya tak gunting ya, baby kau yang kasi koyak."

Bidan terus angkat my baby bagi tengok jantina dia. Erkkkkkkkk.. "Nah mama baby boy la bukan girl". Aku pun terkejut hehehe sebab selama mengandung semua sangka baby girl. Dengan menyebut berterusan kalimah "Allahu akbar" aku menyambut baby ku yang diletakkan didadaku. Pandai baby cari susu dia.. Hehehe.. Airmata bercucuran. Sakit semua hilang. Huhuhuhu... Baby ku besar dan sihat sempurna. 3.5kg 49cm. Terima kasih bidan.

Lepas tu, bidan kasi keluar tembuni. Tak perlu ejan dah. Dia tekan perut saja. Lepas jak tembuni keluar, darah beku pun mencurah2 keluar. Bidan tanya, "mama minum air sejuk ka masa mengandung, ais krim ka?" Aku jawab, "ya ais krim paling banyak babanya suka makan ais krim jadi aku pun terikut huhuhuhu.." Bidan bilang, "mama jangan makan sejuk time mengandung, nanti banyak darah beku." Aku baru tauuuuuuuuuuuuuu... Lepas tu azab seterusnya, jahit !!! Oh ya, aku beranak normal with no gunting ya. Dengar cerita auntie ku, no more gunting prosedur. So, bayangkan lah berapa besar koyakan aku. Sandiiii................

Lepas sejam baby baring didadaku, baby diambil oleh nurse untuk dimandikan. Barang baby semua ada dalam beg yang aku bawa. Beg ni dah lama prepare ok. Maybe sejak bulan November. Hihihihi.. Selesai semua, aku disuruh tidur untuk berehat. After few minutes kali dalam setengah jam, aku dikejutkan oleh nurse, dia datang bawa baby yang dah dimandikan. Comellllllllllll.. Then, aku kasi susu baby. Pandai baby menyusu.. Yes... Bila baby tidur, nurse simpan dia di baby cot. Aku sambung tidur. Orang diluar (my husband dan my mom tak tau aku dah beranak. Huhuhu kasian dorang. Aku sangat lemah sebab tekanan darah sangat rendah.

Then aku tidur lagi lepas minum air milo dan makan kurma yang aku bawa. Ada dua kali lah aku tertidur lama dalam bilik tu sebab aku sangat lemah. Doktor beramai-ramai datang tengok aku. Aku minta keluar dari dewan bersalin sebab aku kena makan bagus2 baru tekanan darah ku ok balik. Di bilik ni aku tak boleh nak ok. Huhuhu... Lepas doktor dah nampak muka aku tak berapa pucat, baru dorang bagi aku discharge dalam jam 10 pagi tu. Kesian si husband dan mak. Beberapa jam baru mereka dapat lihat si baby. :(