Salam semua.
Yeay. Syukur Alhamdulillah. Aku selamat melahirkan anak perempuan, puteriku pada 26 Mei 2018 bersamaan dengan 11 Ramadhan 1439H hari Sabtu. Aku beri nama Nazira. Memang banyak pilihan nama masa mengandung. Tapi, last² neneknya berkenan dengan nama Nazira. Katanya ngam sebab hampir dengan nama abangnya Nazrin.
Banyak drama mengandung dan beranak kali ni. Tapi, lagi dashyat kawan punya cerita. Huhuhu.
Masa akhir kandungan, aku sakit selesma dan batuk. Terjangkit dengan babanya. Bila sakit baba dah hilang, aku dengan Nazrin yang masih lagi sakit. Nazrin batuk². Aku pulak batuk berkahak sampai lah selepas beranak.
Oleh kerana batuk berkahak yg teruk, time meneran pun masih batuk. Got no nafas. Sebelum deliver tu, doc check dah tak da air ketuban. Dorang tanya bila tumpah? I said i don't know. Sbb bila batuk, i also terkencing². Then, dorang agree jugak maybe tu reason tiada air ketuban. Huhu. Syukur dapat bidan yang superb. Bidan Bugayah nama dia. Makasih lah kak tolong saya.
Nazira cuma 2.92kg. Jauh lagi kecil dari abgnya 3.5kg. Tiada kena jahitan. Lagi syukur. Hmmmm. Cerita kelahiran Nazira lebih kurang sama dgn abgnya Nazrin which is ai langsung tidak merasa sakit beranak sampailah dibilik dewan bersalin. Cumanya, Nazira lahir exactly same date as the EDD (bukan jugak sebab Nazira mau keluar this date tapi sebab doktor pakar tulis dlm buku and remind me yg if baby tak keluar jugak one day before EDD, ai kena serah diri di Likas).
So, on 25 May ai serah diri di PAC Likas. Mcm yg semua sedia maklum, sgtlah packnya ya ni tempat dan on that day dia punya lack sgt luar biasa. Too many ibu² mau beranak. Hehehe. Pagi dalam jam 9 kami bergerak dr Lokkawi dan sampai di Likas dlm jam 10.30. Terus ai pi mendaftar. Mcm biasa di PAC tukar baju pink dan tggu giliran dicheck. Prosedurnya lebih kurang sama teda yg berubah which is denyutan jantung baby dibaca, perut discan dan check bukaan rahim. Tp oleh kerana so many ibu² mau dicheck, so lambatlah masanya. Masa ni kan bulan puasa, jadi sementara menunggu kena periksa sempat lagi kami minta izin turun makan di kantin. Huhuhu. Ai makan mee goreng basah. Yum². Nazrin dgn babanya sudah awal² makan (baba nda puasa ya. Bilangnya dia kepenatan menjaga Nazrin!!).
Seusai makan, ai cepat² naik balik. Aishh dapat plak doktor baru lelaki Chinese. Dia lah cek bukaan katanya mcm 2 cm. Oleh kerana nda pasti dia minta pandangan doktor perempuan yg kebetulan lalu dekat ai. Doktor perempuan itu sgtlah ganas. Rasa nak tekoyak bila dia cek bukaan. Yup mmg 2cm. Sama jgk dgn Nazrin dlu. Lepas tu kena scan utk tgk kedudukan baby dan berat. Doktor Chinese tu punnnn tak berapa pandai mengira berat. Aishh minta tlg lagi dgn doktor perempuan yg ganas tu. Drg kata baby berat 3.2kg. Erkkk ku kata hmmm sama lagi dgn Nazrin dlu. Dlm hati masa ni dah pikir camnalah mau teran sebesar itu? Huhuhu. Mau jam 6.30 petang baru selesai dan dipindahkan di wad Kenanga 1. Bayangkan ya dr awal pagi masuk PAC.
Oh ya. Sudah abis dicheck, di PAC jugaklah ditentukan ubat apa utk bantu percepatkan bukaan rahim. Dulu Nazrin mcm di dewan bersalin baru disuntik induce. Yg Nazira masa di PAC suda dikasi ubat. Ubatnya bukan suntik mcm biasa suda. Ni kali ubat belon. Alatnya pjg ada air which is ubat. Dimasukkan di pintu rahim dimana tu belon diletakkan dekat kepala baby. Mcm tu la lebih kurang. Sgt tak selesa sbb ada dua belon gantung² dicelah paha kau.
Sudah masuk wad dikasi berehatlah kunuk. Dlm jam 12 tu belon terjatuh sebab terlampau kuat ai batuk. Blg nurse sbb bukaan dah besar tu lah jatuh. Yup masa kena check ni dah 4 cm. Pastu dlm jam 12.30 pagi kena hntr ke dewan bersalin bilik dapat sama tmpt mcm Nazrin dlu (blg Acik kalau Hep B mmg di situ kena letak).
Nazira pun warded jaundice macam abgnya. Tapi tak tau lagi akan prolong atau tak sbb pada hari ke 10 bacaan dah turun ke 202. Hari ke 14 mesti 85! Hmm macam mustahil kan? Huhuhu. Kalau prolong, banyak darah kena ambil tau.
Updatenya. Hari ke 19 kuning suda turun ke 68. Petua lain utk turunkan kuning ialah barut bdn baby dgn daun mengkudu!!. Hehehe mujarab plak sama Nazira.
Oh ya. Kali ni tips terbaik punya baby yg jaundice atau kuning ni. Dari lahir sampai u dpt bacaan free from jaundice (currently, 85!) u jangan kasi breast feed. Just kasi susu formula yg khusus utk baby new born. Paling ok yg paling mahal la mcm S-26. Seriously, bacaan kuning Nazira jatuh mendadak bila ai stop BF dan hanya bagi SF. Kumpulan darah ai dgn baby sama which is O. I know BF is far more better than SF. But, mana kau pilih, warded jaundice or kasi hilang kuning baby? The choice is in the mothers hand. Doc dan nurse hanya mampu nasihat saja.
Kasian jgk dgn Nazira. Dia mau susu badan. But, kena stop dulu. Kuning mesti hilang baru bole BF balik. Huhuhu sorry sayang. Bukan kemahuan mama macam ni.
Apa pun, raya makin dekat. Tahun ni, ai langsung tak da rasa nak raya. Dah 3 kali ai kena tangas oleh mum. Sangat seksa ya puan². Tu sakit pandai datang². Dia hantam di kepala dan tengkuk. Syukur la ada mum bole buatkan ai tangas. Belum p berurut lagi ni. Haishhh.. Baba bz keja.
Ok la. Bye. Ai syukur sangat dapat sepasang dah. Mcm tak mau dah mengandung. Cukuplah dua org askar ni. Hidup ai dah lengkap. Alhamdulillah ya Allah swt atas nikmat mu yg paling indah ni.
Masa ni baju dia jauh besar dari dia. Baju ni 0-3 months tau.