DIIKLANKAN OLEH

KAWAN-KAWAN

OUR ANNIVERSARY

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

MY NAZRIN

Daisypath - Personal pictureDaisypath Happy Birthday tickers

MY NAZIRA

Daisypath - Personal pictureDaisypath Happy Birthday tickers

Tuesday, June 28, 2011

Namun Kau Tahu - Lokman

Ayuhai la jiwa...

Sadisnya ku rasa dihari ini..
:(

lain nya di rasa of not seeing him in my screen..
he always there..everyday..every moment..
but, how can this happen?


is my love not enough for you?
or is it too much for you to handle?


This is the last song i gave him.
And i never thought that this will be the last one.
Seems like everything that happen, it is fated !!


God, give me all the strenght..
I just want to let go of everything..
I really do...


:'(

p/s: to feel my feeling right now..listen to this song..
 

Sunday, June 26, 2011

Maha Suci Allah Tuhan Sekalian Alam


Hari ini aku ingin mengucapkan terima kasih yang tidak terhingga pada dua entiti.


Pada entiti satu, Allah Taala.
Jika boleh tika dan saat ini aku sembah-Mu ya Allah akan ku sembah Kau tanpa putus..akan aku penuhi bibir ini dengan kalimah kesyukuran tidak terhingga buat-Mu Tuhan yang menciptakan segala apa jua yang ada di langit dan di bumi begitu juga apa yang ada di antara keduanya.


Namun, apalah daya ku? Saat ini aku adalah wanita yang sedang dalam keadaan gering. Aku hanya mampu mengucapkan kalimah kesyukuran yang tidak putus dalam hatiku.


Syukur aku Tuhan, Kau masih sayangkan aku hamba-Mu yang paling lalai yang paling lemah dalam menempuhi dugaan hidup. 
Terima kasih di atas kejadian yang menimpa aku hari ini. Kini, aku tahu siapa dia yang sebenarnya sebelum aku terima dia sepenuhya dalam hidup ku.


Sebenarnya, sudah dua kali Tuhan beri aku peluang untuk melihat siapa dia sebenarnya. Kali pertama, aku tidakkan mata hati untuk percaya atas sebab aku pegang pada janjiku "tidak akan tinggalkan siapa-siapa yang bertahkta di hati". Kali kedua, aku terus sedar, ya ini lah apa yang ingin Tuhan sampaikan kepadaku. Dia bukan untuk aku walau sejauhmana hatinya dan hatiku bersatu.


Pada entiti kedua, dia.
Jika dia ada didepan mata tika dan saat ini, akan ku renung matanya sedalam-dalamnya dengan mataku yang tidak putus oleh airmata dan seribu satu kesalan. Sebolehnya aku ingin menampar saja wajahnya namun, aku sedar tamparan itu tidak akan boleh mengembalikan kejadian yang telah berlaku.


Terima kasih dia. Kerana kamu, hari ini DENGAN RASMINYA aku menutup sepenuhnya hati ku untuk menerima siapa pun. Siapa pun. Kerana tiada "hati" sudah dalam diriku. Hati itu hilang hancur berkecai bersama dosa dan penipuan yang telah kau lakukan.


Bukan sekali kau dusta padaku. Kali pertama, aku maafkan kerana menganggap semua orang yang bersalah harus diberi peluang kedua. Biar seteruk mana dosa mu aku maafkan. Kali kedua ini, kau dustai aku dengan lebih dashyat. Kau tipu aku ketika kau katakan cintamu hanya padaku.


Dia, aku cukup terluka atas dosamu pada orang lain. Aku tidak pernah merasakan sebegini terluka. Terima kasih yang tidak terhingga kerana pernah melafazkan kata yang cukup indah padaku.


"Syg, kita kawin.."


Terima kasih dia..Dan maafkan aku sebab aku tidak akan memaafkan semua salah dan dosamu pada aku dan keluargaku. Aku malu punya teman seperti kamu.


Maafkan aku mak dan bapak, kerana kamu tidak akan melihat aku menjadi punyanya orang. Maafkan aku.


p/s : kepada yang pening dan bingung akan entri yang cukup sadis ni, ini adalah kisah benar yang berlaku padaku. Nasihatku, JANGAN SESEKALI SERAHKAN HATI kamu pada insan yang belum lagi kepunyaan kamu.. JANGAN..!!!!



Friday, June 24, 2011

Dia Bila Menyintai

Cinta?
bagi dia,
Cinta ialah apabila dia memikirkan hati itu lebih dari dirinya sendiri
Cinta ialah apabila hatinya degil bak kesan kotoran degil pada sehelai baju putih.

Biar direndam 150 juta kali,
Biar dibasuh 150 juta kali,
Tetap jua masih tersisa disitu..


Terkadang dia sendiri benci pada hati yang degil itu.
Terkadang dia hilang kawalan pada hati yang kukuh itu.
Dia sendiri bingung adakah kedegilan hati itu adalah suatu
kekuatan atau kelemahan bagi nya?

Kenapa sukar bagi dia untuk mengajar hati itu untuk berhenti menyayangi?
Berhenti memberikan hamparan pelangi indah bagi dia dan dia bersama menyulam benih kasih dan sayang?


Sebegitu teguhkah cinta itu pada dia?
Sebegitu teguhkah cinta itu dari dia?


Oh hati..berpada lah sebelum sekali lagi kau terluka..

p/s : ini hanya sebuah nukilan tentang cinta sesama manusia.
Tiada bandingan dengan cinta kepada-Nya. Masya-Allah.


Sunday, June 19, 2011

Pilihan Hatiku


Dear bloggie,

Walaupun penyanyi nya ndak la secantik KD ndak seayu Dian Sastro, 
tapi lagunya cukup indah..
Biarlah aku jadi dia yang sederhana
Sederhana dalam segala hal..

Kadang tangan ku ingin menggapai bahagia
Tapi, selalu juga ndak kesampaian..
Biarlah aku sendiri 
kerna mungkin sendiri dan sepi itu yang paling setia
yang tidak akan memberi kesangsian..

Kadang hati ingin senyum seindah senyuman Datuk Siti
Tapi, mungkin senyum itu lebih baik di dalam hati..

Kadang mulut ingin berbicara suatu yang pasti
Tapi, selalu juga jawapan yang buntu aku perolehi..

Jadi, bloggie..
Baiklah kita jadi macam dulu kan? :)
Kita bicara dengan lantang 
Tapi dalam diam..
Biarlah mata yang selalu sedih ni mengalirkan air nya dalam diam
mungkin itu yang terbaik buatnya..

Tuhan, aku mohon ketenangan hati buat aku meneruskan hidup yang mungkin masih panjang 
dan mungkin juga masih sedikit tersisa..
Ketenangan hati buat aku dan dia yang masih aku sayang..
Moga Kau lindungi dia dalam sihat dan sakitnya...
Berikan dia kekuatan untuk dia tempuhi hidupnya yang mungkin bahagia jua akhirnya..

Amin ya Rabb.....

Friday, June 17, 2011

:(

i miss you so damn much !!!!
so much... mucho...
words cannot explain how much i miss you 



















my dear 











bloggie.....

:(

Monday, June 6, 2011

Mode : Busy

Hai bloggie,


Ringkas jak entry kali ni tau. Sebab? Hmmm... tanya lagi !!!!!
Busy la.. cari side income plus kes tajam otak and perhaps kes laju skil menaip and maybe kes hebat skil penulisan.. Ahaks.... :))


Yup, i'm so damn busy... Setakat ni baru siap 1 jak.. ada 8 more to go...


Nak laptop baru ba... Yang superb laju.. Laptop aku ni.. Sori to say la.. So damn lidut suda.. Penat kali dia ya atau tuak suda ndak mampu mo handle banyak program sekali jalan. Kenak kau mo on skype lagi.. Adehhh.. hampeh noh.... Sori la banyak2 Mr. Abe cayang... :((    Rindu gilak mo men boling ma abe tau.. C gilak pun ndak rindu begini... (Note: Bole men lawan boling & bom-bom kapal di skype....hehehehehe...)


Apa2 pun, chayyyokkk chayyokkk !!!! Gambateh Naza-san..........................





Sunday, June 5, 2011

Sorry tak dapat hadir


Aku yakin sangat..Event korang di facebook pun macam ni kan? :)
Dalam banyak2 event ni. 1 jak la yang aku attend.
Hmm....bilang kawan ku c Jumak, lau mau cepat jodoh datang, rajin-rajin g majlis kawin kawan. Hahahhahaha... lau kenak aku yang sangatlah "rajin" g kawin orang, agak2 ada chan ka tahun ni? Hahahhaha.. no la kan.. kompom abis.. Kawin org 1 jak ko p apa kes nak kawin tahun ni? Hehehehe..

Betul macam musim mengawan jak kan? Di kawasan Tebobon ni jak.. adehh macam ada 7 ba orang kawin.. Malam2 dengar jak orang karaoke..kenak kau dogok di sebelah taman tu bearamaitiii teruss.. bunyi kapiting ka apa tu..."ting...ting" terus...

Alamat, ndak tidur la aku malam ni... bukan apa..tadi petang pun aku dah berabis tido...
So....malam ni...jom cari duit...buat assignment orang OUM...
yahuuu...

P/S: Uncle aku nak sambung Master, so....aku la jugak ni dapat habuan buat keja Master.. hihihihi...
mampu ka aku? lau aku mampu buat....aku pun nak ambik Master la... pas tu mesti gaji aku naik melambung2 naik kan? huhuhu... siok ......................