Ada orang dalam ?
Kechik : Ada.. Ada apa ya ?
Beruang : Tumpang tanya, boleh ?
Kechik : Boleh.. ndak jugak dicas apa-apa kan ?
Beruang : Iya. Hehehe.
Kechik : Bha mo tanya apa encik ?
Beruang : Ini taman bha ada yang punya ka ?
Kechik : Hah ? Taman yang mana encik ?
Beruang : Taman ini lah. Yang ada bunga sekuntum tu. Yang ada papan tanda "Di Larang Main-Main Di Sini". Yang sejuk tu. Yang ada bangku kayu sebijik tu. Yang ada buaian sebuah tu. Yang ada rama-rama seekor tu.
Kechik : Ohhhh.. taman tu. Tiada yang punya tu encik. Kenapa encik tanya ?
Beruang : Saya mau beli. Mau di kasi cantik lagi biar berseri biar lebih banyak bunga yang tumbuh mekar. Biar lebih banyak rama-rama pelbagai warna datang. Biar lebih ceria.
Kechik : Hmmmm.. encik seyes ka ni mau beli taman tu ? Bukan apa encik. Mahal taman tu setahu saya. Kalau encik seyes mahu beli. Nanti saya tanya tuan punya taman ya.
Beruang : Saya mahu sekarang. Lagi cepat lagi bagus. Saya takut ada orang lain beli.
Kechik : Ndak lari gunung dikejar encik.
Beruang : Ahhh. itu gunung. Jangan samakan dengan taman yang cantik ni.
Kechik : Sebenarnya, saya lah tuan punya taman tu encik. Encik seyes nak beli ni ? Sanggup ? Banyak songeh ni taman encik. Kadang-kadang pandai mekar bunganya rumputnya. Kadang-kadang pandai layu tu. Encik mesti faham pe el nya baru encik dapat beli taman ni. Apa kata encik sewa dulu ? Kenal-kenal dulu dengan pe el taman ni.
Beruang : Ndak mau sewa-sewa. Mau terus beli ni. Seyes. Awak mahu jual ?
Kechik : (Tergamam seribu bahasa...)
Beruang : Mahu ndak ? Saya bukan apa cik. Saya jatuh hati dengan taman ni. Saya mahu sangat taman ni. Taman ni kalau di baja ni, kompom la mekar sampai anak cucu cicit ni. Percayalah cik.
Kechik : Ekkk? Hmmm...baiklah encik. Kalau sudah encik berkata begitu. Saya bukan apa encik. Saya takut encik sia-sia kan taman yang sedang-sedang ni. Banyak orang datang tanya-tanya taman ni. Tapi, saya ndak jadi jual sebab orang yang nak beli pertama jak nampak serius. Lepas beberapa minggu dah buang tebiat. Encik begitu ka nanti ?
Beruang : Tidak. Jangan samakan saya dengan orang lain. Kalau saya sia-siakan taman ni, cik ambil pisau terus tikam saya ya. Lepas tu cik bunuh dirilah supaya ndak ditangkap. Hahahaha. Jangan risau lah cik. Saya betul-betul mahu taman ni. Saya sanggup. Saya akan usahakan yang terbaik untuk taman ni.
Kechik : Baiklah encik. Encik masuklah dulu tengok-tengok taman ni. Manatau makin jatuh hati tu. Hehehe.
Beruang : Ok. Terima kasih cik.
(Aduhhh.. mati lah aku. Cantiknya taman ni.)
Kechik : Oh.. sama-sama encik. Saya jual ya ?
Beruang : Saya beli.
- The end -
Ini lah encik Beruang tu.
Kechik dah jual taman tu dekat dia !!
(Blush)
No comments:
Post a Comment
Nak komen? Sila layan diri..