DIIKLANKAN OLEH

KAWAN-KAWAN

OUR ANNIVERSARY

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

MY NAZRIN

Daisypath - Personal pictureDaisypath Happy Birthday tickers

MY NAZIRA

Daisypath - Personal pictureDaisypath Happy Birthday tickers

Saturday, January 4, 2014

Antara insan yang teristimewa

Hai bloggie,

Terkadang tu, dugaan datang bertimpa-timpa kan? Ada kalanya serasa tak tertanggung bahu. Yang menjadi suatu penyesalan maha besar bila semua yang ditatang bagai minyak yang penuh sudah tiada dalam hidup. Tinggalah bersendirian menghadapi dugaan hidup yang tidak henti bertalu menerpa jendela hidup.

Dia insan yang sangat istimewa. Kesayangan Allah. Senantiasa diuji kesabarannya. Seumur hidupnya dia berbuat baik pada sesiapa saja disekelilingnya. Percaya bulat-bulat pada orang. Dengan sangkaan, orang lain juga mempunyai hati dan perasaan yang sama seperti dia. Baik. Bersangka baik. Suci.

Dari mula belajar cinta dan tanggungjawab, dia curah segala apa yang ada padanya. Kudrat, buah fikiran, masa, wang, harta benda, kasih sayang dan segalanya untuk membina kehidupan yang lebih baik. Tapi, siapa menyangka segala yang dibina hancur berkecai sehingga tiada sisa yang tinggal untuknya?

Cuba kita buka minda. Cuba berfikir dari sudut kehidupannya. Cuba merasa berada ditempatnya.

Harta bukan segalanya.

Oh Tuhan. Kasihanilah dia. Berikan lah kesenangan dunia dan akhirat buat dia. Permudahkan lah segala urusannya. Hilangkanlah segala kedukaan dalam hatinya. Berikan dia ketenangan hati sebagaimana yang sepatutnya dia punyai untuk segala usaha kerasnya selama ini. He deserved it, God. Please Al-mighty, have  mercy on him.


No comments:

Post a Comment

Nak komen? Sila layan diri..