DIIKLANKAN OLEH

KAWAN-KAWAN

OUR ANNIVERSARY

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

MY NAZRIN

Daisypath - Personal pictureDaisypath Happy Birthday tickers

MY NAZIRA

Daisypath - Personal pictureDaisypath Happy Birthday tickers

Wednesday, January 1, 2014

The Year of Certainty 2014

Hai bloggie,

Tahun baru datang lagi. Kesian Malaysia. Bila ku tengok TV berita sambutan tahun baru di seluruh negara di dunia ni, mungkin cuma Malaysia yang ada rusuhan. Biar pun nampak macam kecil tapi bagi aku sudah mencacatkan pembukaan kepada tahun baru yang biasanya penuh dengan harapan yang baik-baik mengenai masa depan. Tak patut sangat orang-orang tu merusuh ke pentas. Untuk apa? Apa hasilnya semua tu? Kalau misi perhimpunan tu nak kerajaan turunkan barang. Biar misi tu tercapai habis la baru ngam. Ini hangat-hangat taik ayam jak.

Ada macam-macam cara yang sah dari segi undang-undang la bro. Melalak, merentang, baring di jalan raya. Cuba korang cari kalau ada sekelumit bangsa lain selain bangsa kita yang serba-serbi bengong tu. Ya itu bangsaku bangsa Melayu. Senang sangat dihasut, dimomok, dibodoh. (sedihhhh)

Kalau korang nak buat sesuatu tu bagi aku, biarlah sampai ke pangkal lengan. Biar jadi debu. Ini kerja sekerat-sekerat. Hasilnya? Kotor. Sampah sana-sini. Imej buruk bagi negara. Biasanya, aku ingat lagi tahun lalu, mesti wartawan sebok nak temuramah warga asing yang datang Malaysia sama-sama meraikan tahun baru di Malaysia. Tahun ni?? Hampehh. Padan muka perusuh-perusuh tu. Apa korang dapat? Otak tu pakai la bukan sebok nak buat havoc. Buat kerja biar sampai capai misi tu objektif tu. Paham?

Nahhh kan. Melalut suda aku. Grrrrrrrrr...

Ok la tahun ni memang aku lihat ekonomi Malaysia secara keseluruhannya secara realitinya makin teruk. Aku bimbang kita akan menjadi macam ekonomi negara lain yang makin parah. Atas kertas, memanglah nampak ekonomi Malaysia ni nampak elok jak. But in reality, ekonomi kita makin teruk hari demi hari. Sebagai contoh, lima tahun lalu, bawalah RM50 ke pasaraya. Berapa banyak benda kita boleh beli? Cuba bawa RM50 ke pasaraya sekarang. Apa yang kau dapat beli? Sandi kan? Itulah kesan kemelesetan ekonomi ya tuan-tuan dan puan-puan. Aku akur semua tu.

Harapan aku tinggi menggunung ni untuk tahun ni. Ya. Aku bakal menamatkan status bujang bersama dia orang yang paling baik pernah ku kenal. Terima kasih ya Allah sebab kau temukan aku dengan dia. Aku sekarang jauh lebih bahagia bersama dia. Dia pun begitu. Syukurlah. Semoga urusan menuju ke gerbang yang satu ni, jadi lebih mudah. Aaminn.

Hei you.. 2014, please be nice to me ya? ^-^


2 comments:

  1. Sayang, aku doakan segala urusan mu dipermudahkanNya. InshaAllah.
    Jadi, marilah kita mengumpul emas byk2. Beli sikit2. Ada lebih2 tu beli la emas. Itu jak la cara terbaik utk kekalkan nilai ringgit kita.

    <3 u muahh!

    ReplyDelete
    Replies
    1. iya makasih sayang.. inshaAllah kasi lepas dulu urusan tawen2.. tq. moga kau baik2 saja sayanggg...

      Delete

Nak komen? Sila layan diri..