DIIKLANKAN OLEH

KAWAN-KAWAN

I'M A NUFFNANGER !

OUR ANNIVERSARY

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

MY NAZRIN

Lilypie - Personal pictureLilypie First Birthday tickers

Saturday, August 9, 2014

My Wedding @ 8 June 2014

Setelah lebih 2 bulan baru aku sempat buat entri panjang untuk majlis perkahwinan aku. Hahahahahaha..

Alhamdulillah selamat jua aku menjadi isteri lelaki yang dicintai si Sapin ani. Hehehehe..

Majlis perkahwinan yang sederhana sudah cukup bagi aku. Aku gembira melihat ramai kaum keluarga sebelah mamak dan sebelah bapak ku datang dari jauh ke Kota Kinabalu semata-mata untuk meraikan majlis perkahwinan kami berdua. Keluarga dari sebelah suami juga datang dari Kg. Kelanahan dan Kg. Benoni, Papar. Dan tak kurang meriah kedatangan jemputan khas dari Kg. Sembulan Lama dan Keningau. Wah wah.. terima kasih semua..

Majlis dijalankan di Dewan Saadah, Wisma Muis, Kota Kinabalu, Sabah pada 8 Jun 2014 @ 10 Syaaban 1435H. Majlis bermula dari pukul 10.00 pagi hingga pukul 3.00 petang. Majlis ni sengaja aku buat satu kali gus sebab aku malas nak susahkan ahli keluarga lain berulang-alik untuk beberapa majlis seperti merisik, naik duit, nikah dan macam-macam lagi. Semua aku buat satu kali gus. Kata mak andam, bagus juga buat macam ni sebab satu kali penat satu kali belanja. Hehehe..

Kami kan sudah bertunang lebih setahun yang lalu jadi majlis bertunang memang aku tak nak buat heboh-heboh sebab aku nak ikut syariat agama Islam bahawa majlis tunang sepatutnya ahli keluarga terdekat sahaja yang perlu tahu.

Kad hantaran dan banting aku buat dengan menggunakan khidmat Kad Kahwin Glamour Sabah. Klik untuk ke facebook meka. Ni kesah aku dengan kedai ni la yer. Takda maksud nak kondem or what so ever. Tapi seyes, aku 3 bulan lebih awal bayar untuk meka start buat kad dan banting aku. Reply emel mereka pun aku buat sepantas kilat. But, in the end, kad aku dapat, kurang sebulan sebelum majlis dan banting aku ambil satu jak sebab banting kedua hanya siap sehari sebelum majlis. Sorry2 aku mau pigi ambil yah. Apa pun, terima kasih daun keladi. Apa yang saya masih berhutang harap dihalalkan. Sebagai pengajaran supaya treat every customer equal. Siapa bayar awal, dia dibuat awal bukan ikut tarikh majlis orang. Makasih. Ngeee.. Jangan marah ha !



Untuk hantaran, aku buat untuk dua-dua belah pihak. Takder nye nak upah kedai untuk buat hantaran aku yer. Nih kamiorang yang buat sendiri. Aku, si abang, adik-beradik dan ipar-ipar aku. Hehehe.. Kreatif jugak kan kami? Hehehe. Untuk hantaran barangan lelaki aku guna warna putih dan orange. Untuk hantaran barangan perempuan pula aku guna warna cream dan maroon. Tapi, aku kecewa jugak sebab tak ambil semua gambar setiap dulang tu. Uwaaaaaaaaaa.. Kenapa boleh terjadi??? Eeeeeeee.. Jadi, yang ada ni jer la aku titip dekat sini yer? :)


Haaaa.. Ni nama dia Sirih junjung. Mak aku yang deco. Semat kan? Dia nak sangat guna sirih hidup. Aku ingat nak beli saja di kedai tapi dia nak juga buat. So, aku ikutkan saja. Sirih junjung ni siap dalam tempoh sejam sahaja dan menggunakan sedikit bantuan ipar aku. Hehehe. Tq mak for the most beautiful sirih junjung in my life ! Ngeeee...


Yang ni tuala besar. Di sulam oleh kawan kepada ipar aku si Acik. Sebenarnya ada banyak lagi sulaman dia tau tapi oleh kerana tuala ni agak besar dan dulang ni kecik jak tak boleh nak bagi tengok design kupu-kupu dua belah tu. Apa boleh buat lah kan? Nasib badan. Hehe. Kalau korang nak khidmat sulam murah2 ni boleh hubungi aku yer.. area KK saja. Hihihi.. Yang tukang deco tuala ni ialah abang aku yang sulung. Kreatif sungguh tangan dia kan? Masih bujang tu dan sangatlah hensem. Korang nak kenal? Ni fb dia. Hihihi..


Comel kan? Kek hantaran aku? Hahahahaha. Biasanya tulisan mestilah "Selamat bertunang" ke "Selamat Pengantin Baru" ke kan?! Ha, kek aku special sikit sebab tulisan dia "I Love You Sayang". Kahkahkahkahkah. Nak dijadikan cerita... Aku order sama kawan ipar aku si Acik jugak tapi kawan dia yang lain pulak. Tak kan orang yang sama kan? Sapu habis nampak! Hehehe. Aku berwhatsapp sama si Acik jer untuk order kek ni. Sebab aku dah servay2 memang mahal kek yang di kedai2 kek then si Acik suggest guna kawan dia lagipun tempoh masa siap 1 hari jer. Aku order last minute so no choice. Aku order jak. Ikut warna hantaran lah. Pasal wording tu pulak, aku main2 jak sama Acik cakap "Acik, tukar lah tulisan tu jangan pakai Selamat Pengantin Baru, tapi ko pakai I Love You Sayang." Sekali siap, makk kauuuuu.. punya ku ketawa terbahak2. Bikin malu betul. Tapi, nak buat apa kan? Barang dah siap as per order ! Terbaik punya ipar.. Grrrrrr. Apapun kek ni jauh lagi murah berbanding order di kedai ya. Jangan jeles. Nak order kek untuk majlis anda? Meh PM aku. As usual KK area only. Ngeeee...


Gambar di atas ialah 7 dulang hantaran untuk lelaki. Tapi, aku heran mana satu lagi dulang erkkk?? Mungkin sebelah tuala tu.. Hmmm.. Senarai barang-barang hantaran untuk pihak lelaki ialah:
1) Kek
2) Buah-buahan
3) Coklat (dari Labuan ni. Kebetulan ipar aku si Acik jugak hehe pigi undangan kawin kawannya so, dia pajak kan aku coklat Ferraro Roche, Kinder Bueno, Daim, Tablerone dan persegi2 bentuk dia tu. Aku tak ingat nama dia.)
4) Dompet dan tali pinggang
5) Kain sarung dan jubah sembahyang
6) Tuala
7) Minyak wangi - yang ni adik aku belikan masa dia masih keja Hospital KL. Hehehe.


Gambar di atas pulak hantaran pihak perempuan. Hehe..
1) Sirih junjung
2) Al-Quran
3) Telekung dan sejadah - Yang ini ipar aku si Ana yang design. Dia bilang dia tengok di Internet. Hehehe. Tq Ana. 
4) Beg tangan dan dompet - Satu set gitu. Hehehe.
5) Cincin nikah dan cek hantaran - Cincin aku beli di Sing Kwang Kedai Emas dekat Segama. 


Untuk barang-barang doorgift, aku beli di YTBC, Kg. Sipanggil, Putatan saja. Mudah dan murah. Hehehe.. Masa aku beli tu kan, aku dapat free gift tau. Hehe. 1 bakul dulang hantaran yang sangat lah cantik deco dia dan aku gunakan untuk bakul hantaran buah-buahan tu. Tq aunty yang memberi. :)


Oleh kerana aku yang deco barang-barang hantaran, maka kedai yang paling best untuk beli kelengkapan hiasan dulang hantaran korang pigi kedai D&C di Segama. Best... Pekerja-pekerja dia pun baik hati melayan dengan penuh kesabaran. Makasih adik2 semua.



Ok siap. Bahagian yang kecik2. Sekarang kita masuk bahagian mak andam pula. Mak andam ni memang terkenal sebab dia baik dan sentuhan dia memang majik la. Berubah terus muka ai gitu. Cerita pasal mak andam ni kan. Masa si abang pertama kali jumpa mamak bapak aku kan. Aku rasa lepas dari itu lah bapak aku sudah berjanji sama kedai mak andam ni supaya dia ambil andaman untuk majlis kahwin aku. Sebabnya, mak andam tu ada cakap, "Dik, lama sudah bapak kamu tempah sama saya mungkin dalam satu tahun lalu" Erkkkkkkkkkkkkkkkkk.. aku ternganga. Ya ampun. Rupa-rupanya sudah lama bapak order patutlah balik-balik dia tanya aku pasal andam. Hemmmm.. Makasih pak. Pilihan bapak memang yang terbaik. Sebab pelamin dan andaman kakak memang yang terbaik. Baju pengapit lelaki dan perempuan pun turut disediakan oleh pelamin ni. Baik kan? Untuk baju lelaki pihak keluarga pun aku sewa sama butik ni. Supaya seragam kata si abang. Baju untuk keluarga perempuan pulak meka beli sendiri. Nak bergaya kata ipar aku si Acik. Ngeeeeeeee...

Untuk baju pengantin, aku memang dari sebelum kahwin minta sama mamak tak mau tukar2 baju. Sebab aku tak mau susah2 turun pelamin dan pigi tukar baju. Lagi pun, baju yang aku pilih adalah tema keseluruhan majlis which is biru turqoise dan putih. Warna tema ni hanya muncul selepas aku memilih baju untuk kahwin. Love at the first sight gitu. Hmmm.. Makasih kakak andaman. Memang yang terbaik makeup kakak dan juga pelamin serta hiasan gerbang semuanya. Dan, aku dapat special price yang tak akan dibagi kepada siapa2 pun. Ni aku gerenti punya lah. Hahahaha... Andaman yang bertanggungjawab dalam keseluruhan majlis ialah tak lain tak bukan "Butik Seri Impian" beralamat di Tg 1 Lot 1.52A Kompleks Asia City. Sila klik untuk facebook butik ni.


Ok lah. Punya panjang entri aku kan? Hahahhahahahahaha. Makasih kepada yang sudi membaca. Harap dapat membantu bakal pengantin2 sekalian. So, di bawah ni aku sertakan sedikit gambar untuk majlis perkahwinan aku yer...


Bakul untuk letak doorgift. Mamak aku yang buat. Cantikkan? Hehe..


Headband si kecik Hawa Umairah binti Ahmad


Yang ni malam sebelum majlis. Si Alya Damia Shaza sama si Wawa my lil kazen dari Tawau memupur aku. Comel kan? Hahahaha.. Sorry bilik ada serabut. Ngeeeeeee..


Acara malam berinai aku. Sempoi kan? Hahahahaha..


Ni aku first time seumur hidup kena makeup macam ni sekali teruk. Aku siap tertidur2 bah. 
Punya sandi. 
Zzzzzzzzzzz...


Pelamin aku. Hmmm... Cantik kan? Meja kecil di depan tu dan juga alas duduk adalah untuk acara nikah. Hehehe..


Ni gambar keseluruhan dewan


The hand and the ring !


The kissing (hand !!!) Ni untuk acara batal wudhuk


The family !!!! Tak tahan tengok gayak bapak aku tu tau. Hahahahhahaha.. Adam Aaryan tido ! Alya tengok belakang pulok ! Muka Hawa Umairah tertutup. ERkkkkkk gaya bapak aku dan abg aku si Amat sama lahhhhhhhhhh.. Wahhhhhhhhhh.. Ipar aku si Acik sebelah kanan hujung. Ipar aku si Ana sebelah kiri hujung. Abang aku yang hensem tu sebelah mamak aku. Ensem kan? Hehehe... Adik aku menten bapok style. Grrrrr...



Aksi wajib kata ipar aku lagi. Hahahaha..


Ini lah cameragirl aku. Percaya ke tak? Hahahaha..
Thank you so much kazen ku Glee. Tu fb dia. Dia cameraman aku yang selamatkan majlis aku. Sebab orang yang sudah ditempah berbulan sebelum ini tarik diri last minit. Ntah apa masalah tu orang. Sampai sekarang aku tak tahu dan sampai sekarang aku tak ditegur2. Pun aku tak tau apa punca dia. I guess maybe its better if we never talk again, kan? :(


Byeeeeeee...... 

Kini aku bahagia. Rasa2nya nak tukar skin blog lagi. Kali ni nak upah orang pulok untuk design baru. Hehehe. See lah what to do nanti. Hehehe.. Yang penting, berbelog adalah suatu kepuasan bagi aku dan laki ku benarkan selagi tak mengganggu manusia lain. Ngeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeee... Tq darling. Muaksss... 

P/S: Untuk gambar yang selebihnya, aku ada upload sikit di fb aku album "My Big Day"...

Sekian dan terima kasih. I'm the club sudaaaaaaaaaa....





10 comments:

  1. Selamat Pengantin baru rakan sekelasku naz..semoga berbahagia hingga ke akhir hayat..amin dari Belleng...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yessaa belleng... Thanks.. Aminnnn ya rabbal alamin...

      Delete
  2. :)) senyum senyum aku baca entri ko ni.
    tahniah kawan.
    bahagia rasanya kannn lepas da jadi isteri.
    cm ko masih lg semangkit berbelog.
    belog aku da kepam jadinya.
    hihi.

    ReplyDelete
    Replies
    1. kah kah kah.. aku pun masi tersengih2 kalu baca balik. thnks to u aku baca balik entri ni. hahaha. ya mmg aku gilak berbelog. mcm mau gila kalau nda membelog dlm 1 bulan. huhuhu tu dah minimum dah... ai bz.

      bahagiaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa hahahahha..

      Delete
  3. Bru dpt bca entri nie..sdeh btol xdpt dtg ari tu..serius aku ingt acara nya ada malam..huhu..aku lupa kita bkn d twau..apapun,best kan kwenan..😁😁..ayok lumba dpt bby..👍👍

    ReplyDelete
    Replies
    1. Lain kan d kk punya acara. Hmmm. Duluan kau kats. Aku mau enjoy² dlu. Hehehehe..

      Delete
  4. Nak sewa dulang hantaran awak.. whatsapp sy 0149506012

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alamak. Sory syg. Tu pun org kampung punya. Kak ipar yg bagi pinjam.

      Delete
  5. mana bah nombor contact wisma saadah ni. nda jumpa2 pun

    ReplyDelete
    Replies
    1. sorry bro. tu hari aku pun dpt dari org MUIS.

      Delete

Nak komen? Sila layan diri..