Hi bloggie..Tak sangka rupanya dah masuk tahun baru 2-0-1-1..hayyo..punya la aku lambat mengucapkan selamat tahun baru buat semua..Selamat tahun baru semua yerk...!!
Pasal update belog ni, bukan aku tak ingat2 dekat kau..tapi pasal aku dah buang dah number lama aku tu..number tu sekali dgn berukband..pasal dah tukar number la aku pun tiada berukband lagik..sedih2...aku nak berhijrah sebenarnya di tahun baru ni..tapi, aku dah mulakan sejak akhir2 tahun lalu lagi..petama tu tukar number la..kedua, shhhhhhhhh... biarla rahsia... :)
Memandangkan aku dah tiada berukband maka agak susahlah aku nak mengupdate belog ni..ciannya aku...huhuhuhuhu...
Sebenarnya banyak benda aku nak story sepanjang akhir tahun lalu tu..tapi, seperti yang telah aku katakan tadi sebab dah tak de berukband la..tahun 2011 ni ntah la aku nak beli berukband baru ka? hmm..tengoklah nanti ya..
Ha..antara kenangan pahit dan manis 2010 aku..apa lagi, bercinta dan putus cinta la dengan beruk bangang tu...Oh, Tuhan Kau panjangkanlah usia nya murahkan rezekinya.. Hanya itu yang aku mampu aku lakukan. Nak benci2 terus pun bukan dapat balik masa aku yang 1 tahun lebih tu balik.. Huhuhuhu...
Kenangan lain..hmmm...mula kerja di syarikat McCorry tu la..pabila aku pikir dalam2..ya Allah itu memang sangat adil dan kisas atau karma atau dalam bahasa yang senang difahami ialah balasan Tuhan..aku ingat lagi dulu time aku keja di DY Design..gayak aku macam gayak bos yang sangat aku benci sekarang..ahahahha..mungkin inilah perasaan budak2 DY masa aku keja sana ya..?? ahahaha..masa keja DY, aku sangat tegas dan butiran kerja mesti tertib dan kemas..kuat marah..hmmm..ntahla apa lagi..nahtijahnya, gayak ini lah yang aku dapat keja di McCorry sekarang...Alhamdulillah..aku rasa juga seperti budak2 DY rasa..tapi, budak2 ku sayang, percayalah aku buat semua tu demi kepentingan kamu dan syarikat semata-mata..kalau aku ada salah pada kamu semua aku mohon maaf yah.
Seperti kamu semua, aku juga ingin memohon dan berharap agar tahun 2-0-1-1 ini membawa kebahgiaan yang tidak terkira buat diri aku..Di tahun 2010, aku dah berjaya dapat tunaikan 2 daripada 3 hajat aku dalam tahun 2010..iaitu 2-K..korang tau ke? hehehe..mari aku story..
K pertama ialah K-E-R-J-A...Yup, kerja aku sekarang sangatlah bersesuaian dengan kelayakan akademik aku..Banking and Finance..biar tak kerja bank tapi skop kerja aku adalah dalam bidang Kewangan..tapi more on Financing purpose..Sangat kontra dengan kerja aku dulu kan? ahahaha.. K pertama ni aku dapat awal tahun 2010 iaitu 25 Januari 2010..atas usaha aku sendiri dan doa mak bapak aku ya....and of course kehendak Allah hehehe..tapi, mungkin juga disebabkan atas pertolongan best buddies aku sekarang Puan Jenny R Sedomon..shes the one who convinced my boss to take me instead of taking the other Chinese candidate.. Thanks Jen..i owe you..
K kedua ialah K-E-R-E-TA...hahhahaha..akhirnya, pada umur 27 tahun aku ada kereta aku sendiri..which i got with my own money and effort...nama dia SAB1057D...Viva 850 warna putih ya..hehehe..tapi, ada banyak story la pasal keta ni..which pada masa ni aku tak nak reveal..ahahahha..
Ok la..di bawah ni aku bagi sikit gambar mengenai aktiviti aku dalam 2010...Sayonara 2010..and Hanayesayo 2011...LOL!!! Arios...
Ni aktiviti sempena World Walking Day di Penampang..
Ni time famili dari Tawau datang bercuti and berubat..Mandi2 di Beting Tg Aru..
This is Her... SAB1057D...