DIIKLANKAN OLEH

KAWAN-KAWAN

OUR ANNIVERSARY

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

MY NAZRIN

Daisypath - Personal pictureDaisypath Happy Birthday tickers

MY NAZIRA

Daisypath - Personal pictureDaisypath Happy Birthday tickers

Saturday, March 26, 2011

Perintang

Jom belajar....


Perintang adalah komponen elektronik yang mempunyai dua terminal yang memberi rintangan tertentu terhadap aliran arus dan menghasilkan voltan susut antara terminal tersebut sepertimana dalam Hukum Ohm : R = V / I. 


Unit rintangan adalah Ohm. Satu ohm merupakan nilai pertentangan perintang kepada aliran arus. Lebih besar unit Ohm maka semakin besar pertentangannya terhadap arus dan sebaliknya. Simbol Ohm ialah Ω.  

Perintang berguna untuk menghadkan arus dalam litar atau untuk mendapatkan voltan susun merentasnya. Jika nilai rintangan tinggi, arus yang kecil dihadkan melaluinya. Jika nilai rintangan rendah, arus yang besar boleh melaluinya. Apabila arus melalui perintang haba akan terhasil dan voltan susut merentasinya. 

Terdapat empat jenis perintang iaitu perintang tetap, perintang boleh ubah, perintang LDR (Light Diode Resistor) dan perintang termistor. Perintang mempunyai kod warna pada bahagian luarnya. Kod warna berbentuk jalur  pada perintang karbon. Kod warna dibaca dari kiri ke kanan. Jalur pertama adalah untuk digit pertama, jalur kedua adalah untuk digit kedua, jalur ketiga adalah pendarab dan jalur keempat adalah toleransi. Cara untuk membaca kod warna perintang adalah seperti dalam gambar di bawah:



 

5 comments:

  1. Uinah, ilmu elektrikal kita belajar ah. Ni kali la. Hehe. Nice!

    ReplyDelete
  2. ni baru perintang..ngengenge,...
    akan menyusul...byk lagi..ihihihiihi...

    ReplyDelete
  3. mne gambar foto perintang ( LDR ) bleh aq 'SAfe as'

    ReplyDelete
  4. huhuhu.. ini ja yg ada hafizan.. sorry.. :)

    ReplyDelete

Nak komen? Sila layan diri..