DIIKLANKAN OLEH

KAWAN-KAWAN

OUR ANNIVERSARY

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

MY NAZRIN

Daisypath - Personal pictureDaisypath Happy Birthday tickers

MY NAZIRA

Daisypath - Personal pictureDaisypath Happy Birthday tickers

Sunday, December 23, 2012

Aku Dan Kerongsang Emasku

Assalamualaikum,

Hari ni sedih betul. Sedih yang teramat. Hari ini akhirnya aku kehilangan kesayanganku "kerongsang emas". Kerongsang ni bukan sembarang kerongsang. Bukan macam perempuan normal lain mereka boleh pakai apa jenis kerongsang pun untuk dipadankan dengan baju dan tudung mereka. Aku hanya boleh pakai satu kerongsang sahaja. Itulah dia kerongsang emasku yang mak hadiahkan masa aku masih dalam tingkatan 4 (1999). Aku bukan nak temberang cakap tapi kulit aku elergik dengan barangan yang bukan emas. Jangankan kerongsang, jam pun aku tak boleh pakai. Besi? Plastik? Kulit? Getah? Ha.. you name it. Aku dah try semua jenis jam. Paling lama boleh aku pakai satu jam tu, hanya setengah hari. Lepas jak setengah hari kompom kulit aku gatal semacam. Sedihkan? Ketidaknormalan ku ni. Kurnia Tuhan. Sabar.

Tapi, entri ni memang aku nak buat jugak untuk memperingati kerongsang kesayanganku tu. Kerongsang tu kecil jak. Mak cakap dia beli tahun 1999 tu harga dia dalam RM350. Bentuk kerongsang tu, macam bunga raya. Kelopak dia warna emas campur silver ditengah. Ditangkai dan jarum dia semua emas. Hmm. Dijadikan cerita.. Hari Khamis lepas aku tengah bersiap nak pergi kerja. Sedang-sedang cucuk kerongsang tu, tiba-tiba jarum dia terlepas dari kelopak. Aku try jugak bagi ketat balik tapi tak dapat. Jadi, aku ingat Sabtu atau Ahad aku nak hantar kedai emas di Menggatal. Sebelum ni, memang dah berapa kali jugaklah kerongsang tu ada masalah dan mesti dibuat dikedai emas jugak.

Ada beberapa kejadian yang pernah aku kehilangan kerongsang tu. Ada satu kali tu, akibat terlalu menguap dalam kapal terbang (KL-Tawau), kerongsang tu terlepas dari tudung aku dan terjatuh di bahagian bawah sekali tempat duduk. Karau aku memanjangkan tangan untuk mencapai kerongsang tu. Aku dapat jugak capai kerongsang tu tapi, kesan dia? Tangan aku sakit bagai nak tercabut untuk seminggu. :(

Memandangkan kelmarin (Sabtu) mak sibuk buat rendang tempahan kawan abang aku jadi aku cancel lah pergi Menggatal bagi baik kerongsang tu. Hari ni, hujan memanjang. Aku berat hati juga nak pergi tapi oleh kerana kulit leher aku dah gatal sangat (akibat dua hari pakai kerongsang lain) aku dan mak pun pergi jugaklah. Baru nak keluar simpang Taman Tebobon ni, aku dari jauh dah nampak ada kren besar gila babs tutup jalan simpang tu. Pelan-pelan aku drive rupanya pekerja tu ada bukak jalan kampung untuk tembus ke jalan besar. Aku ingat jalan tu macam jalan kampung biasa lah jadi aku redah jak. Tau-tau lecak dan sempit kalah jalan kampung Batu 4 Jalan Apas di Tawau. Aku nak reverse konon tak jadi kuar tapi memandangkan pekerja-pekerja tu dah menunggu nak tengok aku dapat lalu tak jalan tu sebab mereka nampak kereta aku memang lowered gila.



Sepanjang melalui jalan macam jungle trophy tu, mulut aku dah menyumpah seranah dengan kerja baik pulih parit dan jalan dekat simpang taman kami tu. Gara-gara mereka aku terpaksa lalu jalan becak tu. Mak marah aku konon aku ni penakutlah, berani tapi penakutlah macam-macam lagi. Aku bukan takut nak lalu jalan tu, tapi aku risau kereta aku sangkut di jalan sempit one way tu. Kalau ada apa-apa jadi dengan kereta aku siapa nak hantar aku pergi kerja esok? Dah lah annual leave aku habis. Jadi memang berhantam cakap betul aku dan mak. Sampai sempat mak cakap, "tu lah kau, ketulahan sama aku."

Lepas jak seksa melalui jalan kampung becak gila babs tu, kami pun sampai lah di Menggatal. Aku minta mak sorang pergi sebab aku dah tak da mood nak turun kereta. Jadi, mak sorang pergi kedai emas tu untuk baiki kerongsang tu. Tak sampai berapa minit mak datang. Dia cakap, rosak sikit jak boleh pakai lepas ni. Masa tu aku tengah cakap dengan si Abang pasal jalan yang kena tutup tu. Aku nak bagitau dia, kena pakai kereta besar baru ok kalau nak keluar dari taman. Sedang-sedang tu, mak cakap dia letak kerongsang tu dalam beg aku (yang memang haram jadah berzip). Dia letak betul-betul dikocek tempat aku simpan gincu dan handphone. Lepas jak mak simpan tu, aku cakap baik kita jalan-jalan dulu buang masa sampai kren besar tu dah tak block lagi simpang masuk ke taman. Mak cakap, ok.

Jadi, kami pun jalan-jalan lah di Pekan Menggatal tu. Tanpa ada pikiran langsung pasal kerongsang tu yang mak letak dalam kocek beg aku tu, aku asyik selak tangan cek handphone takut bunyi sms ka call ka yang aku tak dengar. Habis satu Pekan tu kami round. Bla punya bla. Kami pun balik rumah.

Sampai di rumah, aku gembira sebab si Abang ada di rumah tengah bersembang dengan adik aku yang servis kereta dia. Lepas tu, mak masuk dapur bagi makan adik dan si Abang durian. Aku happy tengok mereka semua gembira berbual sama-sama. Aku memang tak senang duduk sebab aku kan tak tahan bau durian tu. Jadi, duduk jauh sikit. Banyak lah perkembangan sihat hubungan si Abang dengan mak dan adik. Aku gembira sangat tengok.

Bla punya bla, hari dah malam. Aku naik kemas barang (pindahkan barang aku ke beg yang biasa aku pakai ke pejabat). Then, aku cari-carilah mana kerongsang emas tu. Tak jumpa. Aku panggillah mak minta dia tengok sama. Sampai cari di kereta pun tak jumpa. Hati aku dah sedih gila dan aku jangka memang sah jatuh time kami jalan-jalan di Pekan Menggatal.

Mak aiihhh. Punya panjang cerita aku pasal kerongsang aku ni. Itulah barang paling lama aku simpan yang mak bagi. Kita semua tahukan dulu-dulu RM350 tu besar nilainya. Sanggup mak buang demi belikan aku kerongsang emas supaya aku boleh pakai tudung dan supaya elergik aku tak ganggu aku belajar. :'-( Lama gila tu 1999 - 2012. Aku tak pernah pakai kerongsang lain tau sepanjang tempoh masa tu. Huhuhuhuhu. Kenangan tu jauh lebih berharga jika nak banding aku beli sendiri nanti. Huhuhu. Aku harap si Abang boleh hadiahkan aku sebijik kerongsang emas. Jadi, ada juga nilai sentimental kerongsang tu nanti. Aminnn.

Note: Kerongsang emas tu jatuh (kot) masa tangan aku dok seluk cari handphone. Bertuah betul orang yang jumpa tu. :(

Nuffnang Tak Naik-Naik

Hai dear Bloggie,

Jarang dah aku update kan? *Hihihihi* Busy bah orang gayut di pokok depan umah tu. Miahaha sejak dua menjak dah buang tebiat aku. Hahahahaha. Tak lah aku busy layan my darling sana. Dia ni best tahap gaban. Aku tak payah susah-susah. Aku tak perlu buat apa-apa pun. All I have to do is smile. That's all. He'll do the rest. Siok kan begitu? That's how things should be bah kan? Jangan perigi cari timba. Biar tu timba mencari perigi. Miahahaha.

Ok done with the intro yang geli semacam. Back to tajuk entri. Bengang betul aku rasa tau. Macam kepujian pulak nuffnang ni. Hari tu naik mendadak bah. Dari RM5 lebih to RM29 gitew. Tu aku tekejut. Then, check bulan lalu RM33. Check lagi tadi masih RM33. Awat dia stop naik ya? Wa heran ni. Dah berapa minggu dah macam ni. Stats aku tiap hari naik gila babs. Tambah lah aku heran. Huhuhu. Hmmm.. Lantaklah beb. Malas sangat dah aku layan nih. Kot-kot memang ada konspirasi ni nuffnang ni. What ever lah. :'-(






Wednesday, December 12, 2012

Pertemuan Aku dan Dia

Dear bloggie,

Mesti semua blogger pun sebok nak berkesah-kesah tentang tarikh unik yang manusia-manusia terpilih jak menjalani hari yang hanya muncul 100 tahun sekali ni kan? Aku pun begitulah kiranya. Miahahaha. Bagaimana untuk aku kesahkan barang sedikit tentang hari ku untuk tarikh yang istimewa ini ya? Hmmmm..

Dah banyak aku taip tadi tapi aku padam. Taip. Padam, Taip. Padam. Mungkin cerita kali ini hanya layak diketahui bila sampai masanya kot? Erkkk.. Apa yang aku tahu, tarikh ni menjadi tanda bermula kesah cinta aku dan dia. Hahahaha. Dipendekkan cerita. I'm in love. I have a very strong feeling that this is it. Cross my finger. Mudahan semuanya dipermudahkan. Mak, pak. Semoga mak dan bapak dapat terima dia sebagaimana aku terima dia. Bulan depan insyaAllah.. :)

Arios.

12.12.12

*PS: Aku kena buang tarikh 12.12.12 dari tajuk entri sebab banyak sangat komen spam aku dapat dari omputeh sex maniac. Hihi.

Cerpen: Bukan Kemahuan Hati


"Meja tu letak dekat sudut tu bang, cantik kalau letak macam tu".
"Ha ah sayang. Kejap abang bagi kemas lagi".
.
.
.
.

"Haa…..kemas dah pun. Nampak sesuai sangat, sayang. Pandai sayang atur".

Begitulah rutin hidup kami suami isteri. Rumah lah tempat kami menghabiskan masa terluang bersama-sama selepas kedua-dua kami selesai membuat kerja-kerja menanda kertas jawapan budak sekolah, membuat rancangan pengajaran dan macam-macam lagi kerja perguruan yang lain. Perabot, hiasan di laman luar rumah, kereta, gajet baru, semua tu jadi mainan kami tatkala bosan menguasai jiwa. Hampir 12 tahun hidup bersama rumahtangga kami belum juga dikurniakan seorang bayi. Seluruh pelusuk negara ni sudah kami pergi untuk berubat dan mendapatkan nasihat pakar tapi malangnya keputusannya tetap sama. Perubatan moden, perubatan kampung, pantang-larang semua dah ku lalui dan aku semakin lali dengan semua tu. Malah, langkah untuk mengambil anak angkat pun sudah kami lakukan. Anak itu dari kecil hingga berusia 7 tahun kami pelihara bagai anak sendiri, tetap kami tidak boleh punya anak sendiri.

Menurut doktor pakar, aku dan suami sama-sama subur dan tiada masalah untuk mendapatkan anak. Sebab itu lah kami tetap bersabar dan terus mencuba. Ada empat kali aku disahkan mengandung. Tapi hampa, empat kali itu jugalah aku keguguran. Sebak hati Tuhan saja yang tahu. Ibu mertua ku semakin benci dengan aku. Kerana pada sangkaannya, aku lah penyebab kedukaan ini. Hubungan ku dengan suami juga semakin renggang. Dari menghabiskan masa bersama-sama kami kini kami lebih banyak menghabiskan masa sendiri. Buat kerja masing-masing. Tapi, aku percaya suami ku tidak punya siapa-siapa lagi.

Ahh..teringat aku kisah cinta kami dizaman kami sama-sama belajar di Maktab Perguruan di Sandakan. Indahnya cinta itu. Aku bersyukur sangat cinta itu kami teruskan dalam hidup berumahtangga. Kamilah pasangan yang paling bahagia sehingga mendatangkan iri hati dikalangan rakan-rakan maktab yang lain.

"Mat, mana Ramlah. Korang ni macam belangkas. Ke sana ke mari sentiasa bersama. Cemburu betul aku tau. Aku ni masih mencari lagi pemilik tulang rusuk aku tu". Begitulah perbualan Rina dan suamiku tatkala kami sama-sama menghadiri Majlis Reunion Maktab Perguruan Sandakan tahun lalu. Tika itu, aku pegang erat pergelangan tangan suamiku dan suamiku juga merangkul kemas pinggangku. Ohhh.. indahnya perasaan kami berdua tika itu.

Masa semakin meninggalkan semua kenangan indah itu dari aku dan suami. Masing-masing sudah buntu dalam usaha untuk mendapatkan zuriat sendiri. "Oh Tuhan. Berilah kami kekuatan dalam menempuhi dugaan ini". Doa yang tiap kali ku panjatkan pada Ilahi siang dan malam tak kira waktu.

Hampir semua kenalan kami tahu mengenai masalah kami ni. Aku rasa semua pun berusaha mencari penyelesaiannya. Akhirnya, seorang kenalan lama memperkenalkan kami dengan seorang doktor pakar sakit puan dari Australia, Dr. Lisa. Dr. Lisa adalah pakar yang diikiraf dalam bidang ni. Cuma kami saja yang tidak tahu mengenainya. Seminggu lebih kami di Australia berulang-alik ke hospital tempat Dr. Lisa bekerja. Setelah melalui bermacam-macam ujian, Dr. Lisa memanggil kami berdua untuk mendengar keputusan yang kami nantikan.

"Sila duduk", ujar Dr. Lisa yang manis berkaca mata nipis dengan lesung pipit di pipi.

"Saya harap Encik Ahmat dan Puan Ramlah bertenang dengan keputusan yang ada ditangan saya ini."

Kala ini, tangan suamiku ku genggam erat dan begitu juga suamiku memegang kemas genggaman tanganku. Debaran dihati maha dahsyat sehingga aku terdengar bunyi degupan pantas jantung suamiku. Tangannya juga semakin sejuk. Dia juga merasai debaran maha dashyat yang aku rasai. Doa kepada Tuhan yang semuanya akan selamat tidak berhenti ku pohon dalam hati yang kian gundah-gelana ni.

"Setelah melakukan ujian makmal sebanyak empat kali sebagai pengesahan, keputusan yang kami perolehi tetap sama. Darah Encik Ahmat dan Puan Ramlah tidak membolehkan anda berdua untuk punyai anak sendiri" kata Dr. Lisa dengan nada yang syahdu sekali. Aku seolah-olah tidak percaya dengan apa yang baru sahaja aku dengari. Aku meminta Dr. Lisa untuk mengulang sekali lagi apa yang baru sahaja dia ucapkan. Pada saat ini, hanya airmata kedukaan yang mengalir dipipiku. Pandanganku mulai kabur. Kepalaku makin berat…….

“Sayang..sayang bangun sayang” aku mendengar suara suami ku yang cuba membangunkan aku dari pitam. Masih ku terasa basah pipiku. Oh..sungguh aku harap segala yang berlaku ini hanyalah sebuah mimpi sahaja. Tetapi, tuhan yang lebih mengetahui akan sesuatu. Akhirnya, aku redha.

Sehari selepas menerima berita yang sedih itu, aku dan suami berbincang hati ke hati mengenai apakah rancangan kami yang seterusnya. Sungguh tak ku duga suami ku dalam bicaranya yang lemah tetapi tegas itu, bulat mahukan anak sendiri. Seakan tamparan hebat bagi diriku. Jauh dalam sudut hatiku, aku juga seperti dia, mahukan anak sendiri. Ahhhhh… buntu kami mencari jalan penyelesaiannya.

Dalam kesunyian yang mencengkam sanubari. Tiba-tiba suamiku berkata, “sayang, kita cerai?”

Seakan mahu jatuh langit dikepalaku tatkala mendengar perkataan “cerai” keluar dari mulut suamiku. Aku menangis semahu-mahunya begitu juga suamiku yang memeluk dan memujuk untuk meredakan tangisku. Kata suamiku dalam pujuknya, hanya itu cara yang terbaik bagi kami berdua memiliki zuriat sendiri. "Bukan kerana rasa sayang itu telah tiada, sayang", katanya. Mungkin setakat inilah jodoh kami berdua. Malam itu, kami berpelukan erat seolah perkataan cerai itu belum pernah terlintas dalam perbualan kami.

Sekembalinya ke tanah air, kami berjumpa dengan semua ahli keluarga suamiku. Sebutir-sebutir perkara aku ceritakan agar keputusan kami untuk bercerai diterima oleh semua terutama sekali adik ipar aku yang sangat manja dan serasi denganku. Dialah yang paling tidak dapat menerima keputusan ini. Ibu mertuaku yang dahulunya membenciku juga turut menangis semahunya sambil memeluk dan mencium pipiku. Dia memarahi suamiku kerana mengambil keputusan yang bodoh ini, baginya. Aku dan suami juga sebenarnya tidak mahukan perceraian, namun apakan daya hanya inilah jalan terbaik bagi kami berdua. Setelah puas memberikan jawapan kepada ahli keluarga suamiku akhirnya, mereka dapat menerima keputusan paling meruntun jiwa ni.

Oleh kerana cuti sekolah bakal berlangsung dalam masa seminggu lagi, aku dan suami bercadang membawa seluruh ahli keluarga bercuti bersama di Kota Kinabalu. Tujuan kami adalah untuk meninggalkan kenangan-kenangan indah buat semua selepas perceraian yang akan kami lakukan hujung tahun ni. Biarlah hanya kenangan indah yang tertinggal dalam memori kami semua dan bukannya kedukaan yang berpanjangan.

-The end-