DIIKLANKAN OLEH

KAWAN-KAWAN

OUR ANNIVERSARY

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

MY NAZRIN

Daisypath - Personal pictureDaisypath Happy Birthday tickers

MY NAZIRA

Daisypath - Personal pictureDaisypath Happy Birthday tickers

Sunday, March 24, 2013

Pengalaman menaiki keretapi Sabah

Hai darling.

Hari Sabtu 23 Mac, c Abg bawa aku jalan-jalan ke Beaufort naik keretapi. Wahhh.. Punya siok naik keretapi.. Keretapi baru...ekon dia kuat, nda bising, jalan dia ok, kira laju jugak sebab 2 jam gitu boleh dah sampai Beaufort.

C abg pun nda pernah rupanya naik keretapi tu. First time gitu.. Aku bangun jam 5 pagi gitu. Jam 6 c abg sampai dah d uma ambil aku. Jam 6.30 kami dah sampai Terminal Keretapi Tg. Aru. Sarapan dulu d cafeteria dia. Ok jugak makanan dia. Ada mahal sikit la.

Harga tiket? Mak aihhh. Murah gila la berbanding kita drive sendiri sebab beli minyak, makanan segala bagai. Hihi. Naik train ni, kita enjoy tengok pemandangan dia tau. Dari Terminal Tg Aru ke Beaufort, harg tiket RM4.80 jer untuk satu hala. Murah kan? :)

Kenangan yang paling best naik train dengan c Abg ialah Abg belikan ai cincin ya... Hihi. Biarpun kecik tapi cukuplah sebagai tanda dia betul-betul serius dengan aku, kan? Hihihi.

Oh ya. Ada satu gua yang akan train tu lalui. Lokasi dia sebelum Papar. Jarak kurang 1 minit gitu. Kalau kena driver yang best, dia tak bagi hidup lampu tau... So, bayangkan gelap dia tu. Hihihi. C Abg eksited sangat. Haha. Sebenarnya c Abg mabuk dah. Dia tu cepat sgt pening. Geram aku. Heheehe. Nasib dia tak muntah hari tu. Kalau tak, aku ganyang dia. Hahahaha. Ala...cakap jer tu. Kita sayang ok...???? Hehhe...
Ok la. Tu jerla cerita pengalaman naik train. Harap korang yang baca ni, yg Sabahan terutamanya....silalah luangkan sedikit masa untuk rasa sendiri pengalaman naik train ni. Bestttttt.. Aku siap lambai semua kereta dan motor yg kena berenti disetiap hentian. Haahaha. Ala-ala model gitu. ;)

Wednesday, March 13, 2013

Akan Berkurangan

Hai sayang-sayangku di ruang blog aku ni
Streamyx akan dimatikan anytime soon. :( I have too. Sedih gak. Bukan apa. Aku jarang sangat guna tau. Nak-nak lagi.. Skrg aku pakai hp sanggih kunun. So, kena on internet slalu. Dari aku bayar benda aku tak pakai, ada baiknya aku bayar yg mesti aku bayar ni.
Melalut namanya..
Ok. Tuan-tuan dan puan-puan,
Entri ni aku cuba-cuba post guna blog android. Berabad jugak menaipnya yobb. Parah ni. Hurmmm.. Wat to do la kan. In the future, hp ni jer la jambatan aku utk berblogger.
Next story, persiapan kawen kami. Slow moving. Kami fokus kpd persediaan selepas kawen. Ekonomi, fizikal dan mental. Hahaha. So, buat masa skrg, really dont have anything to share. Sabar jer la...
Next lagi. Aku dah berabis ni lengkapkn barangan sukan aku. Konon nak joging. Haishhhhh.. Pls la Naz.. Yup. Berat semakin bertambah. Pipi makin terkeluar dr landasan. Ohhh. Sabarnya aku.
Okla. Doakan urusan bina masjid lancar yer. Huhuhu.
Ps: Yob, tahniahhhhh...

Monday, March 11, 2013

February Yang Ku Tinggal

Salam blogger,

Bisa-bisanya (dalam Malay sama erti dengan bolehnya) aku melepaskan bulan February 2013 ini tanpa sebarang entri !!!. Ini sudah lebih. Sangat terlebih. Yup. Alasan yang membosankan semua. Busy. Hell to the busy. Actually tu musim aku buat asimen OUM, but it actually turns out that aku pass 80% of all my asimen to my other friends. So, apa yang kau busykan ni Naz??

Adehhhhhhh. Ni aku malas bila banyak benda kena sensored. Aku dah taip dah tadi. Sikit punya lawa ayat aku tadi. Kena delete sebab banyak cerita kena sensored sudah. Dem it.

Haaa. kita cerita benda yang nda sensored aaa.. Aku bertukar jenama kepada jenama popular sekarang. D'Herbs kunun. Dari gincu kolegen, shampu dan krim rambut, celak mata dan pencuci pepe'. Semua D'Herbs tau. Biarpun ada sikit mahal dari barangan biasa di kedai-kedai, aku rasa ada berbaloi juga la. Harap boleh lah dikekalkan yer. :)

Done with that. Kita alih cerita kepada the incredible story if the year buat all Sabahan. Yup. Isu pencerobohan la apa lagi kan? Hmmmm..

Aku tak sangka sebenarnya keadaan di Lahad Datu terutamanya adalah teruk. Bom mesin gun segala bagai. Bila TV3 siar dalam Buletin Utama hari tu.. aku baru tau yang sebenarnya memang perang dah di Lahad Datu cian. Kami di KK ok jak bah. Tapi, keadaan malam agak sunyi lah jika dibandingkan dengan malam-malam pada hari biasa sebelum-sebelum ni. Mungkin langkah berjaga-jaga kot. Orang Sulu Pilipin ni hmmm. Meka ni mana ada pikiran ni. Tu la aku yakin ada pihak yang cucuk-cucuk pikiran meka ni. Tak pun disogok dengan duit bagi hancur Sabah ni or dibuduh-buduh bilang Sabah ni negara meka yang kaya nya dinikmati oleh orang lain. Ala..orang macam ni memang senang nak diperbodohkan. Tengoklah siapa yang paling banyak dalam perhimpunan-perhimpunan Bersih tu? Berduyun-duyun bas dari ulu-ulu kampung, kan? Hmmm. Malas cakap lebih la. Tapi, itu lah pikiran aku. Hmmmm..

Ok. See you in the next ________- i dont know. :(

Goodbye February !!!