DIIKLANKAN OLEH

KAWAN-KAWAN

OUR ANNIVERSARY

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

MY NAZRIN

Daisypath - Personal pictureDaisypath Happy Birthday tickers

MY NAZIRA

Daisypath - Personal pictureDaisypath Happy Birthday tickers

Sunday, June 6, 2010

Masalah Keguguran Rambut????


 Salam readers, haku yakin bahawasanya masalah yang sama dialami oleh hampir semua wanita yang membaca entri kali ni. 

Aku sangat-sangat merindui rambut haku yang dulu..
Sangat lebat dan sangat hitam.
Macam mana nak kembalikan kecantikan rambut?
Sebab makin hari, rambut haku makin nipis.
It's really making me nuts...
To be added, aku tak pernah tukar-tukar syampu. Guna syampu dan conditioner lah jugak macam iklan dalam tv tu. And last aku rebonding is a year ago. Selepas gambo di bawah tu diambil lah. 
Tapi, kenapa makin gugur? Haku dah abis idea dah...
Tolonggggg.....



Aku buntu sebab mungkin dah lebih kurang setahun aku mengalami masalah ini. Dan hari ni baru ku sedarinya. Sebab aku sedar? Pas haku membelek-belek (?) album gambar dilappy haku. Baru lah sedar...Huhuhu..

JENIS-JENIS MASALAH KEGUGURAN RAMBUT

* Androgenetik alopesia

Ia merupakan masalah keguguran rambut yang paling kerap berlaku di kalangan lelaki dan wanita. Ia juga dikenali sebagai salah satu bentuk kebotakan pada lelaki (male pattern baldness).

Ia disebabkan oleh kombinasi tiga faktor iaitu:
  • testosteron - (hormon lelaki).
  • usia - selepas seseorang berusia lebih 20 tahun.
  • keturunan - biasanya berlaku lebih kerap dikalangan lelaki berbanding wanita.
* Alopesia areata
Masalah keguguran rambut setempat pada kepala ini tidak diketahui puncanya. Prognosisnya agak baik tanpa rawatan, bagaimanapun adakalanya ia akan pulih semula dalam tempoh enam hingga 12 bulan.

* Telogen effluvium
Masalah ini boleh berlaku antara dua hingga empat bulan selepas proses kelahiran, demam panas, penyakit-penyakit akut, tekanan fizikal atau emosi dan diet tidak seimbang (crash diet). Namun, rambut yang gugur ini akan tumbuh semula selepas beberapa bulan, tanpa memerlukan sebarang rawatan.

Sebelum

 

Selepas




No comments:

Post a Comment

Nak komen? Sila layan diri..