DIIKLANKAN OLEH

KAWAN-KAWAN

OUR ANNIVERSARY

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

MY NAZRIN

Daisypath - Personal pictureDaisypath Happy Birthday tickers

MY NAZIRA

Daisypath - Personal pictureDaisypath Happy Birthday tickers

Friday, September 28, 2012

Buat Kamu Kawan Ku

Kawan,

Aku masih ingat nasihat terakhir kamu pada aku hampir setahun yang lalu. Kamu nasihat aku. Jaga diri baik-baik. Jangan kuat nangis. Hidup biar happy. Biar hati tak happy mesti senyum. Senyuman tu sedekah. Orang lain tengok pun senang hati. Macam-macam lah kamu cakap untuk aku. Yang paling aku ingat, kamu doakan aku supaya cepat-cepat ada kawan baik supaya boleh join hidup kamu-kamu. Ermm.

Tapi kawan,

Aku minta maaf. Satu pun aku tak mampu buat. Aku dah cuba ikut nasihat kamu. Tak semua pun asal adalah yang terbuat kan? Macam senyum tu. Ya. Aku senyum dengan semua orang. Kawan aku cakap, banyakkan senyum Naz, berseri hari tengok kau senyum. Tapi, dengan segala macam masalah yang datang menimpa bertalu, aku mula lupa cara nak senyum yang itu. Aku lupa. Maafkan aku.

Kawan,

Malam ini, aku terkenang kembali semua tu. Aku hitung-hitung. Ya, benar. Tak banyak yang aku mampu  buat. Setahun kawan. Setahun. Maafkan aku. Aku kira lepas dari hari ini, aku akan balik kepada asalan aku. Diam. Sugul. Mungkin lebih gigih lah cari bekalan dunia dan akhirat sendiri-sendiri.

Kawan,

Aku harap hidup kau jauh lebih baik dari aku. Asal boleh ku nampak senyuman comel sang arjuna kecil yang tampan diperantiku. Sudah memadai.

P/S: sesugul-sugulnya hari, bila ada pelangi biar sedikit, tetap indah hari tu.

4 comments:

  1. mak kan dah bilangggggg..lain kali jgn suka kentut sambil karaoke..degill sangat nieehhh

    ReplyDelete
    Replies
    1. aiks. kita kuar angin dalam toilet je. biar gema satu toilet. apa kes nak kuar angin tengah bising2 ? tak havoc man. hahahahahaha.

      Delete
  2. eeee..xsenyonyohhh..nak buang anginnnn..buanglaaaaa dalam tong sampahhhhhh

    toilet tu dah la senyap..tambah pulak bunyik angin putaran cerekawala berkumandang..huhh..kompom die punye gema sampai boleh masuk berita tv3 punyelah

    ReplyDelete
    Replies
    1. kah kah kah kah.. gurau je laaaa.. hikhikhik..

      Delete

Nak komen? Sila layan diri..