DIIKLANKAN OLEH

KAWAN-KAWAN

OUR ANNIVERSARY

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

MY NAZRIN

Daisypath - Personal pictureDaisypath Happy Birthday tickers

MY NAZIRA

Daisypath - Personal pictureDaisypath Happy Birthday tickers

Wednesday, December 12, 2012

Cerpen: Bukan Kemahuan Hati


"Meja tu letak dekat sudut tu bang, cantik kalau letak macam tu".
"Ha ah sayang. Kejap abang bagi kemas lagi".
.
.
.
.

"Haa…..kemas dah pun. Nampak sesuai sangat, sayang. Pandai sayang atur".

Begitulah rutin hidup kami suami isteri. Rumah lah tempat kami menghabiskan masa terluang bersama-sama selepas kedua-dua kami selesai membuat kerja-kerja menanda kertas jawapan budak sekolah, membuat rancangan pengajaran dan macam-macam lagi kerja perguruan yang lain. Perabot, hiasan di laman luar rumah, kereta, gajet baru, semua tu jadi mainan kami tatkala bosan menguasai jiwa. Hampir 12 tahun hidup bersama rumahtangga kami belum juga dikurniakan seorang bayi. Seluruh pelusuk negara ni sudah kami pergi untuk berubat dan mendapatkan nasihat pakar tapi malangnya keputusannya tetap sama. Perubatan moden, perubatan kampung, pantang-larang semua dah ku lalui dan aku semakin lali dengan semua tu. Malah, langkah untuk mengambil anak angkat pun sudah kami lakukan. Anak itu dari kecil hingga berusia 7 tahun kami pelihara bagai anak sendiri, tetap kami tidak boleh punya anak sendiri.

Menurut doktor pakar, aku dan suami sama-sama subur dan tiada masalah untuk mendapatkan anak. Sebab itu lah kami tetap bersabar dan terus mencuba. Ada empat kali aku disahkan mengandung. Tapi hampa, empat kali itu jugalah aku keguguran. Sebak hati Tuhan saja yang tahu. Ibu mertua ku semakin benci dengan aku. Kerana pada sangkaannya, aku lah penyebab kedukaan ini. Hubungan ku dengan suami juga semakin renggang. Dari menghabiskan masa bersama-sama kami kini kami lebih banyak menghabiskan masa sendiri. Buat kerja masing-masing. Tapi, aku percaya suami ku tidak punya siapa-siapa lagi.

Ahh..teringat aku kisah cinta kami dizaman kami sama-sama belajar di Maktab Perguruan di Sandakan. Indahnya cinta itu. Aku bersyukur sangat cinta itu kami teruskan dalam hidup berumahtangga. Kamilah pasangan yang paling bahagia sehingga mendatangkan iri hati dikalangan rakan-rakan maktab yang lain.

"Mat, mana Ramlah. Korang ni macam belangkas. Ke sana ke mari sentiasa bersama. Cemburu betul aku tau. Aku ni masih mencari lagi pemilik tulang rusuk aku tu". Begitulah perbualan Rina dan suamiku tatkala kami sama-sama menghadiri Majlis Reunion Maktab Perguruan Sandakan tahun lalu. Tika itu, aku pegang erat pergelangan tangan suamiku dan suamiku juga merangkul kemas pinggangku. Ohhh.. indahnya perasaan kami berdua tika itu.

Masa semakin meninggalkan semua kenangan indah itu dari aku dan suami. Masing-masing sudah buntu dalam usaha untuk mendapatkan zuriat sendiri. "Oh Tuhan. Berilah kami kekuatan dalam menempuhi dugaan ini". Doa yang tiap kali ku panjatkan pada Ilahi siang dan malam tak kira waktu.

Hampir semua kenalan kami tahu mengenai masalah kami ni. Aku rasa semua pun berusaha mencari penyelesaiannya. Akhirnya, seorang kenalan lama memperkenalkan kami dengan seorang doktor pakar sakit puan dari Australia, Dr. Lisa. Dr. Lisa adalah pakar yang diikiraf dalam bidang ni. Cuma kami saja yang tidak tahu mengenainya. Seminggu lebih kami di Australia berulang-alik ke hospital tempat Dr. Lisa bekerja. Setelah melalui bermacam-macam ujian, Dr. Lisa memanggil kami berdua untuk mendengar keputusan yang kami nantikan.

"Sila duduk", ujar Dr. Lisa yang manis berkaca mata nipis dengan lesung pipit di pipi.

"Saya harap Encik Ahmat dan Puan Ramlah bertenang dengan keputusan yang ada ditangan saya ini."

Kala ini, tangan suamiku ku genggam erat dan begitu juga suamiku memegang kemas genggaman tanganku. Debaran dihati maha dahsyat sehingga aku terdengar bunyi degupan pantas jantung suamiku. Tangannya juga semakin sejuk. Dia juga merasai debaran maha dashyat yang aku rasai. Doa kepada Tuhan yang semuanya akan selamat tidak berhenti ku pohon dalam hati yang kian gundah-gelana ni.

"Setelah melakukan ujian makmal sebanyak empat kali sebagai pengesahan, keputusan yang kami perolehi tetap sama. Darah Encik Ahmat dan Puan Ramlah tidak membolehkan anda berdua untuk punyai anak sendiri" kata Dr. Lisa dengan nada yang syahdu sekali. Aku seolah-olah tidak percaya dengan apa yang baru sahaja aku dengari. Aku meminta Dr. Lisa untuk mengulang sekali lagi apa yang baru sahaja dia ucapkan. Pada saat ini, hanya airmata kedukaan yang mengalir dipipiku. Pandanganku mulai kabur. Kepalaku makin berat…….

“Sayang..sayang bangun sayang” aku mendengar suara suami ku yang cuba membangunkan aku dari pitam. Masih ku terasa basah pipiku. Oh..sungguh aku harap segala yang berlaku ini hanyalah sebuah mimpi sahaja. Tetapi, tuhan yang lebih mengetahui akan sesuatu. Akhirnya, aku redha.

Sehari selepas menerima berita yang sedih itu, aku dan suami berbincang hati ke hati mengenai apakah rancangan kami yang seterusnya. Sungguh tak ku duga suami ku dalam bicaranya yang lemah tetapi tegas itu, bulat mahukan anak sendiri. Seakan tamparan hebat bagi diriku. Jauh dalam sudut hatiku, aku juga seperti dia, mahukan anak sendiri. Ahhhhh… buntu kami mencari jalan penyelesaiannya.

Dalam kesunyian yang mencengkam sanubari. Tiba-tiba suamiku berkata, “sayang, kita cerai?”

Seakan mahu jatuh langit dikepalaku tatkala mendengar perkataan “cerai” keluar dari mulut suamiku. Aku menangis semahu-mahunya begitu juga suamiku yang memeluk dan memujuk untuk meredakan tangisku. Kata suamiku dalam pujuknya, hanya itu cara yang terbaik bagi kami berdua memiliki zuriat sendiri. "Bukan kerana rasa sayang itu telah tiada, sayang", katanya. Mungkin setakat inilah jodoh kami berdua. Malam itu, kami berpelukan erat seolah perkataan cerai itu belum pernah terlintas dalam perbualan kami.

Sekembalinya ke tanah air, kami berjumpa dengan semua ahli keluarga suamiku. Sebutir-sebutir perkara aku ceritakan agar keputusan kami untuk bercerai diterima oleh semua terutama sekali adik ipar aku yang sangat manja dan serasi denganku. Dialah yang paling tidak dapat menerima keputusan ini. Ibu mertuaku yang dahulunya membenciku juga turut menangis semahunya sambil memeluk dan mencium pipiku. Dia memarahi suamiku kerana mengambil keputusan yang bodoh ini, baginya. Aku dan suami juga sebenarnya tidak mahukan perceraian, namun apakan daya hanya inilah jalan terbaik bagi kami berdua. Setelah puas memberikan jawapan kepada ahli keluarga suamiku akhirnya, mereka dapat menerima keputusan paling meruntun jiwa ni.

Oleh kerana cuti sekolah bakal berlangsung dalam masa seminggu lagi, aku dan suami bercadang membawa seluruh ahli keluarga bercuti bersama di Kota Kinabalu. Tujuan kami adalah untuk meninggalkan kenangan-kenangan indah buat semua selepas perceraian yang akan kami lakukan hujung tahun ni. Biarlah hanya kenangan indah yang tertinggal dalam memori kami semua dan bukannya kedukaan yang berpanjangan.

-The end-

2 comments:

  1. Tgh aku dok senyum2 tetibe anak aku dtg…’abah..mak nak cerai…’

    Aku tersentap..mata ku otomatik bepinar..rokok tetap maintain kt mulut..
    Tetibe je dia nak minta pepisahan??? Aku ni bkn insan yang lemah,cukup nafkah zahir batin kat bini aku tuh.
    Umah ni pun aku beli pakai nama dia…(aku beli je…dia yang bayar..hehehe) pas tu keta kt depan umah tu mmg aku dah habis bayar pun khas utuk dia (kancil 660 thn 1999)hape lagi yang kurang..dengan panas kepala ni aku terjah dia kat dapur


    ‘YAH, APE KURANG KE KASIH SYG ABE KT AWOK?, APE ABG NI TAK HENDSOME LAGI KE SMPAI AWAK NAK MITA TUUUUI!!! TERGAMAK AWAK WAT ABG MACAM NIE…..!!!!’
    Ape nie bang….susah sgt ke nak bagi?
    YAH! AWAK JGN UJI SAYA!
    Iye lah..lau berani buat lah…
    YAAHHHHH……AWAK MELAMPAU! Kaki aku dah mengeletar,peluh menitik2,idung aku kembang kempis,kat telinge aku dah terdengar2 lagu Anang..jari jemari dah sejuk…sanggup kah aku ucapkan perkataan itu….
    Iye..buat lah bang OIIIII…saya nak masak gulai ni g lah ambik serai tu cepat..boboi tak cakap kat awak ke…
    HAH SERAI??????? Betuah punyer anak…pelat….

    ReplyDelete
    Replies
    1. wakakakakkakaka.. kau memang sa-orang panulis. sotttttt...

      Delete

Nak komen? Sila layan diri..