DIIKLANKAN OLEH
KAWAN-KAWAN
Monday, December 7, 2015
The waiting (week 37)
Saturday, October 31, 2015
My 8th months of pregnancy
Allahu akbar. Allahu rabbi. Selawat pada Nabi junjungan besar. Sesungguhnya pengalaman mengandung semakin hari semakin menarik. It seems like every day you getting know your baby inside your womb. My baby active at night when i was ready to go to bed. So, siang memang dia kurang aktif. Gerak jugak la but not that active compare to night movement.
Oh baby. Mama loves you. Baba also loves you. Jadilah anak yg pintar, sihat dan selamat dunia akhirat. Doakan yg terbaik utk keluarga kita ya sayang.
Barang baby almost 100% done. Barang mama jak yg belum lengkap ni sayang. Huhuhu. Doakan mama kuat ya. Mama ni penakut sayang. Tapi, demi baby mama ni mama kuatkan semangat. Mudahan lahirmu nanti segalanya mudah. Mama mau anak mama ni sihat. Jangan kuning ya nak. Demi baby, mama minum air jus oren Marigold oren yg masam tu. Petua auntie di Tawau. Anak dia tiada kuning. Huhuhu. Mudahan la ya nak.
Mama minta maaf sbb mama kurang bercakap dengan baby. Mama sibuk siang keja, malam buat asimen. Huhuhu..
Keluarlah dengan selamat nak bila masanya sampai nanti. Mama nda sabar peluk cium anak mama.
Muahhh.
Wednesday, September 23, 2015
My baby movement !
Yay. funny when you yourself looking at your belly moved. ngeeee.. last night mu baby moved so hard. it tickles. hihi.. enjoy...
https://youtu.be/kP-o16ZMIG4
Wednesday, July 29, 2015
Second Trimester
Tired. Sleepy. Bored. Not comfy.
Haa.. tu la perasaan yang paling malar aku hadapi sekarang. Apa tak nya. Ni gara-gara opis jugak. Too much thinking. Rasa bosan hari-hari macam ni.
My baby? She's ok. (Eceh.. yakin-yakin aku kan?) Ngeeeeee.. Well, it's the bonding. Itu apa yang aku rasa kan lah. Dah masuk 6 bulan nanti aku scan la. Mudahan tepat la jangkaan aku dan suami ni. Kalau tak tepat pun, kami terima juga. Hehehe..
Perut dah makin membesar. Muntah-muntah dah kurang. Muka dah hilang abis tu jerawat segala. Shining shimering gitu muka aku sekarang. Banyak orang tegur, berseri-seri sangat !. LOL. Alhamdullilah la kan.. Hehe..
Mengantuk ni pula sebab banyak tidur kali. Awal tidur. Awal bangun. Hmmm.. terbayangkan katil di rumah. Aisshh sedapnya ni kalau baring barang sejam. Huhuhuhu..
Oh ya. My mom semua di Tebobon dah moved ke area kami sekarang. Hari ni la meka masuk uma baru. Best sangat-sangat. Yeay. Dah ada environment baru. Bosan dengan environment lama tu. Sampai buat aku menyampah gi sana. Kihkihkih..
My husband? He is getting very the very sihat. Bak katanya, "tengok baja la." Hahahahaha. Kurengg betul. Ya tau la kita ni sedap masak. Sedap-sedap. Hahahahaha.
Tak sabar rasanya nak cuti bersalin. Nak tengok baby. Nak rehat di rumah. Biar segala keriuhan ni sepi. Malas nak dengar orang bertekak hari-hari. Malas.
Harap-harap baby sihat lah hendaknya. Tak dapat penyakit kuning tu. Aku makan kurma hari-hari tau. Orang cakap sangat ampuh untuk melawan penyakit kuning baby. Nanti masuk bulan ke tujuh, aku minum suus kambing la pulak. Pun untuk elak penyakit tu. Aku nak sangat baby rehat di rumah dan bukan di hospital. Huhuhu. Palis-palis.
Ok lah. Nak tertidur aku meniap ni ha.. By the way, ya i missed you bloggie.. Ada banyak kan gambar dekat bawah sekali tu? Tu gambar-gambar from my IG akaun tau. Hehehe.
Ok byeeeeeeee..
Thursday, June 18, 2015
puasa ramadhan 2015
salam semua..
oho.. hari ni puasa pertama tahun ni. ni tahun kedua puasa bersama suami dan si baby dlm perut.
baby memang terbaek punya. kalau dia nda suka apa yg mama makan, automatik keluar balik after 10 minutes. so, maksudnya ibarat aku tak makan apa-apa la tadi. huhuhuhuhu... sedey. harap boleh bertahan la apa yg tinggal ni.
buat malu kalau aku tak puasa nanti dekat opis..
ok bai...
Monday, May 25, 2015
44 penyakit ibu mengandung tanggung
I'm coming to my end first trimester. Hopefully after this, I will become much better.
Susah tau mengandung ni. Seyes. Banyak sangat penyakit yang melanda. Dalam entri ni aku list all penyakit yang melanda diri aku ya. Sebagai memori dan juga panduan ibu mengandung lain yang membaca blog aku ni. (if any)..
1) batuk
2) mual
3) muntah
4) jerawat
5) kencing²
6) tak lena tidur malam
7) peluh berlebihan
8) badas
9) pening tak bersebab
10) hormon tak stabil
11) demam selesma
12) mengidam
13) sakit pinggang
Tu jer setakat ni. Nanti ada lagi, aku update. ngeeee.. Masuk minggu ke 10 ni, batuk aku kejap hilang kejap datang. Ni yang paling aku stress sekali. Sampai org opis muka ketat dengar aku asik batuk. Oiii ni bukan penyakit la.. Ni pembawaan budak pahe dok?!
Hari ni aku tak kejo lagik. Suma sebab bersin yg gila tak putus semalam. Sadis sungguh. Yang tambah sedih, sakit apa pun tak bule makan ubat. Ngeeee.. Sandi2...
Setakat ni ubat utk batuk ni, aku minum air limau kasturi, kicap dan garam. Ada kurang sikit dlm tempoh beberapa jam. Lepas tu balik juak. Huhayy.. Sabo jer la ya... Agak² baby pompuan ke ni? Hehehe..
Tuesday, May 12, 2015
My First Trimester
Saturday, April 25, 2015
happy birthday mama !
alhamdulillah tua lagi setahun. syukur diberi kesempatan hidup di dunia Mu ya Allah.
sebenarnya dari awal minggu ni aku rasa tak sihat badan. terutama sebab kena ruam yang melampau² sakitnya sampai menyukarkan pergerakan aku. kemarin jumaat pun aku tak dapat keja. khamis petang aku balik awal sbb tak larat perasaan tu.
jadi, kiranya dari mala khamis ku terlantar baring saja di rumah. kesian si abang yang buat semuanya. huhu. sorry.
sempena birthday ku si abang rancang mau jalan² ke poring mungkin. tapi aku tak sihat. jadi semua pun dibatalkan.
keja aku baring dan merengek kesakitan. huhuhu. lama tu beb.
sabtu pagi si abang dah tak tahan tengok aku makin pucat, dia kata lepas dia abis keja, kami ke klinik. aku iyakan.
jadi menuju la kami ke kk sebab si abang mau jugak aku jumpa doktor perempuan. kk ni susah mau jumpa doktor perempuan oo. ada pernah ku jumpa tapi di papar. that doctor is a no good one. banyak mulut. sampai aku taubat tak mau jumpa lagi.
so, ke Klinik Dr Suzanne la kami. nasib klinik belum tutup sbb sabtu klinik tutup pukul 4. masa tu Dr Suzanne takda yang ada doktor ganti tapi nasib pompuan gak. so im glad.
doktor tanya bila last period? aku cakap bulan 3 tanggal 19. terus doktor suruh misi ambil kencing aku utk test pregnant. masa tu, doktor tengah bincang nak bagi ubat apa. dia kata nak bagi antibiotik, to kena tunggu result urine test.
berapa minit kemudian, misi datang dengan muka terkejut dia berkata "nah, doktor, mengandung".
.
.
.
.
.
.
.
.
sunyi kami semua sekejap. macam ada malaikat lalu. erkkk.
then, kami semua ketawa. doktor cakap nah hadiah birthday kau. wahahahaha. aku punya ketawa dan senang hati sampai lupa diri masih sakit.
so funny. doktor tak jadi bagi ubat antibiotik sebaliknya dia bagi aku vitamin asid folic utk baby katanya. erkk. aku tediam. aku cakap dgn doktor aku masih bingung. hahahaha. abis aku diketawakan doktor dan misi. malu. haha.
walaupun tahun ni tak makan kek macam selalu, tapi berita ni sudah cukup sebagai pengganti malah lebih lagi. hmmm..
misi kira, katanya kandungan dah masuk 5 minggu 3 hari. ngeee..
doakan aku dan baby ya semua. bye2.
ps: i miss u bloggie.. muahh.
Saturday, February 14, 2015
Again ! Hantu tidur !
Entah apa yang tak kena dengan mata ni. Asyik mengatuk saja. Berat sangat. I have a lot of work to be done ok ! But....... arghhhhhhhhhhhhhhhhhhh
Teruk la kalau macam ni. Ni bukan pertama kali tau, Aaaaaaa aku ingat. Dulu pun aku macam ni jugak dan masa tu masa buat asimen. Hmmm..
Jadi, kesimpulannya, makin banyak asimen makin mengantuk la mata ni. Ahaha. Sadap.
Ni kali lah.. Sandi,
Ok byeeee..
Wednesday, January 21, 2015
First entry for 2015
Hamboiii punya tambirang betul suda aku kan? Miahahahahaha. Dulu-dulu time bujang bukan main kan? Mesti mau ada first entri yang tanggal 1. Hahhahaha. Ketara nda da kerja dulu kan.. Sekarang malar busy. Almaklumlah sudah kahwin sudah belaki mesti mau jaga masa. Tidak boleh suda buang masa suka-suki. Masa penuh buat macam-macam benda. Hehehehe.
Tapi, untuk dijadikan cerita yang best kan.. Ni bulan musim asimen lagi. Last month asimen UUM. Nda juga banyak. Tapi, bolehlah akan menambahkan lagi kebizian aku. List di bawah tu yang setakat entri ni ditulis lah. Hehehe..
Syukur lah kan.
Ok bai. Si Abang memanggil lagi. Eeeeeeeeeeeeeeeeeee.. Kelapisan betul. Hahahahahahhaha...
1) Business Law
2) International Business
3) Marketing management
4) Gaya Hidup Sihat
5) Membentuk dan Membuat Binaan
6) Pengajaran Komsas dlm BM
7) Biologi
8) Pengurusan Silang Budaya
9) Linguistik
Ni kali ai sapu rata. Ahaks~~~~~~~ but i wish dapat buat satu kali lagi asimen bina model landskap ooo.. siok bai tu. Sa sukak !! Please pm me ya? Sapa2 dapat ni asimen dan tak mau buat, Hehehehehe..